Hari ini, 24 April 2020 maka bermulalah kita umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan. Tahun ini semestinya satu kelainan memandangkan pada masa yang sama, kita di Malaysia sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Tiada bazar Ramadan, tiada solat tarawih berjemaah di masjid, tiada iftar dan moreh beramai-ramai di masjid. Semuanya serba kelainan. Jika tahun-tahun sebelum ini hampir setiap hari saya berbuka puasa di masjid, tahun ini nampaknya terpaksa berbuk puasa di rumah sahaja. Walau bagaimanapun, halangan-halangan ini diharapakan tidak sedikitpun mengurangkan ibadah berpuasa kita pada tahun ini.
Entri popular di bulan Ramadan
Seperti dijangka, setiap tahun 3 entri di blog ini akan mencatatkan peningkatan trafik ketara. 3 entri ini merupakan kumpulan lukisan kartun comel karya Brotherhood Arts. Setiap 1 bahagian entri ini mengandungi 10 lukisan yang mewakili setiap hari dalam bulan Ramadan. Bahagian 1 merupakan 10 perubahan yang kita boleh lakukan pada 10 hari pertama bulan Ramadan.
Bahagian 2 pula merupakan 10 perkara atau perubahan yang boleh kita lakukan pada 10 hari berikut. Begitu jugalah Bahagian 3. Ketiga-tiga entri ini boleh diakses melalui pautan di bawah:
- Kartun Comel: Renungan Ramadhan {Bahagian 1}
- Kartun Comel: Renungan Ramadhan {Bahagian 2}
- Kartun Comel: Renungan Ramadhan {Bahagian 3}
Ramadan tanpa solat Jumaat
Ramadan kita pada tahun ini saya kira cukup menarik memandangkan ianya jatuh pada hari Jumaat, hari yang penuh berkat. Walau bagaimanapun, akibat pengenalan PKP, maka tiada solat Jumaat yang boleh ditunaikan pada bulan Ramadan tahun ini.
Pada minggu ini, genaplah 6 minggu tanpa solat Jumaat akibat pengenalan tempoh PKP. Saya anggap ini satu pengalaman yang unik. Namun, usah khuatir kerana larangan menunaikan solat Jumaat ini telah dilakukan pihak yang berautoriti (kerajaan dan ulama), maka tidaklah kita berdosa kerana meninggalkannya dengan sengaja.
Sahabat sebagai saham akhirat
Kira-kira 6 minggu lepas iaitu kali terakhir menunaikan solat Jumaat sebelum PKP diperkenalkan, saya masih teringat satu petikan ayat daripada tazkirah di radio IKIM yang dipasang dalam kereta. Ketika itu saya sedang memandu ke masjid untuk menunaika solat Jumaat.
Di dunia, kita marah sebab kawan tegur kita. Tapi di akhirat, kita akan marah pada kawan yang tak tegur kita.
Pada awalnya, puas saya fikirkan maksud tersirat di sebaliknya. Namun, penjelasan penceramah di radio selepas itu menjawab persoalan saya.
Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak. Tapi, berapa ramai antara kita yang boleh terima apa bila kita ditegur? Adakah kita melenting? Atau bersikap tidak ambil peduli (ignorance)?
Ada segelintir manusia merasakan bahawa kawan-kawan rapat adalah kawan yang sanggup bersusah-senang bersama-sama. Dalam erti kata lain, kawan yang “sekepala”. Tidak kisah apa yang kita lakukan sama ada betul atau salah, mereka tetap akan setuju atau “backup” apa sahaja yang kita lakukan.
Mungkin ramai yang tidak tahu, kawan-kawan rapat kita merupakan saham akhirat kita. Boleh jadi mereka yang akan membantu kita ke syurga, boleh jadi mereka yang akan mengheeret kita ke neraka. Seorang kawan mempunyai hak atau kawannya yang lain.
Hari akhirat adalah hari menuntut-nuntut pahala
Dulu saya pernah tengok satu video ceramah di Youtube yang bagi saya amat menakutkan. Maaf saya tidak ingat siapa penceramahnya, mungkin Ustaz Wadi Anuar.
Menurut Ustaz, di padang Mahsyar semua manusia akan hanya memikirkan mengenai diri mereka sahaja – adakah pahala aku cukup untuk ke syurga?
Maka, wujudlah adegan-adegan menuntut pahala daripada kenalan-kenalan kita di dunia, antara ahli keluarga, antara sahabat malah antara suami isteri sekalipun! Tidak hairanlah ada yang tiba-tiba muflis pahala di akhira. Bagi orang lelaki, pahalanya mungkin “dituntut” oleh isteri dan anak-anak. Adakah anak-anak kita lengkap menutup aurat? Sudahkah kita mengajar anak isteri kita ajaran agama?
Inilah perkaitan apa yang diperkatakan oleh penceramah di radio IKIM yang saya katakan di atas. Di dunia, kita mungkin marah pada kawan atau sahabat kita sebab tegur kita. Tapi di akhirat, bila masing-masing tuntut pahala daripada diri masing-masing, kita akan marah kawan kita sebab dulunya di dunia tidak menegur kita!
Kita hanya fikir untuk selamatkan diri kita sahaja. Masing-masing sibuk menyalahkan orang lain, saling tuding-menuding.
Dulu saya pernah tanya 2 orang sahabat baik kepada seorang individu, kita gelarkan individu ini sebagai A.
- Kawan 1:
Saya: Ko rasa apa yang si A buat ni betul tak?
Kawan 1: Tak betulah. Aku pun pelik apehal dia tu.
Saya: Pastu ko tak bagitahu dia?
Kawan 1: Hmm biarlah dia, kalau aku tegur dia lebih-lebih kang takut lepasni dia marah aku pulak.
2. Kawan 2:
Saya: Weh, si A ni adalah masalah ke?
Kawan 2: Entah lah weh. Terkejut gak aku tiba-tiba di jadi macam ni.
Saya: Dah tu ko tak nasihat apa-apa ke?
Kawan 2: Tak berani lah weh dia garang, kang aku pulak yang kena marah. Lagipun aku rapat dengan dia, kalau aku tegur kang lepasni dia takmau share apa-apa dengan aku dah. Lagipun aku dengan dia kan macam family dah.
Semoga Allah permudahkan urusan kita di akhirat kelak. Sebenarnya lagi ramai kawan kita, lagi banyaklah tanggungjawab kita pada mereka. Ada orang bangga mempunyai ramai kawan, boleh jadi ianya satu nikmat, boleh jadi ianya satu ujian. Sama ada kta sedar atau tidak sahaja.
akubiomed
Ya benar, Norma Baru untuk Ramadan tahun 2020.
Affan
Fuhh tak sangka blogger lama komen.
Selamat berpuasa bro.
Ikhtiar MY
Artikel terbaik bro. Memang ramadan kali ini new normal, siap pakej ramadan di rumah, ramadan tanpa solat jumaat, ramadan tanpa terawih di masjid. Semuanya akan jadi satu kenangan. Doakan semoga ramadan akan datang kita dapat suasana seperti kebiasaan.
Affan
Betul, pernah gak terfikir bestnya kalau dapat cuti sebulan masa Ramadan dapat fokus buat ibadat. Masa PKP ni dapatlah merasa sekejap sebelum kena masuk kerja.
Tapi suasana terawikh tu memang tak sama macam biasa. Dengar kat Youtube pun rasa syahdu je.
ril
assalammualaikum… harap 2021 ni ada skit perubahan… insya Allah
JiwaSihat
Tahun 2022 ni, kita masih hidup bersama covid walaupun ada sedikit kelongaran.