Menulis blog juga macam hidup, bermula dari bawah. Belajar sikit-sikit ilmu yang berkaitan blog, lama-lama boleh lah survive sendiri, dah tau nak buat apa. Rasanya peringkat-peringkat menulis blog ini semua blogger akan lalui, cuma tempoh bagi setiap peringkat tu berbeza bagi setiap orang.
Peringkat 1: Permulaan (Newbie)
- Ramai orang mula berblog menggunakan blogspot, kemudian baru berpindah ke wordpress self-hosted. Tapi ada juga sesetengah blogger yang menggunakan wordpress awal-awal, rasanya itu lagi bagus sebab di wordpress, banyak perkara yang boleh anda pelajari berbanding blogspot. Ini serius!
- Selalu newbie kalau template atau theme mesti nak yang fancy-fancy, tulisan warna-warni, lepas tu letak macam-macam widget mengarut dalam blog. Itu normal! Sebab masa awal-awal berblog setiap blogger pasti ada keinginan nak cuba macam-macam perkara yang nampak menarik pada pandangan mereka, walaupun ianya mungkin tak digemari pengunjung. Jadi yang dah lama berblog tu, bagilah diorang chance nak melalui proses kematangan ye. hahaha. Jangan condemn teruk sangat, tegur elok-elok lah.
- Tiru identiti blogger lain. Ini memang banyak berlaku. Dari segi cara penulisan dan beberapa aspek lain. Tapi amaran, jangan copy paste. Sebenarnya normal bagi seseorang itu nak tiru identiti blogger lain di awal-awal penulisan. Sebabnya, bukan ramai blogger yang pandai menulis kan? Cuma, please janganlah copy paste entry orang bulat-bulat.
- Blogger baru ini selalu amat memandang tinggi blogger lain yang mempunya follower beribu-ribu. Saya pun macam tu gak dulu. Tengok je blogger yang ada follower dua tiga ribu, terus rasa “Wah, mesti blogger ni trafik beribu-ribu sehari!“. Realitinya, itu semua tak betul! Ada blogger follower beribu-ribu, tapi trafik biasa-biasa je. Mungkin guna konsep “I follow you, you follow me back” kut? . Tapi bila dah lama-lama berblog baru perasan, sebenarnya diorang sama je dengan kita. Cuma mungkin diorang dah lama dan mempunyai identiti sendiri.
- Mencari tutorial atau tips-tips asas seperti tips asas mendapatkan trafik, tips nak dapatkan BE Nuffnang (har har har) dan tutorial nak customize blog.
Peringkat 2: Pertengahan
- Bila dah selesa menulis blog, penulis blog mungkin akan mula mencari identiti sendiri. Di peringkat ini mungkin dah mula bertanya-tanya pasal nak beli domain .com, hosting sendiri dan sebagainya.
- Penulisan mempunyai hala tuju. Kalau dulu lebih suka “copy paste dan ubah sikit-sikit”, di peringkat ini mungkin korang dah boleh nampak apa yang boleh ditulis di blog. Setiap blogger mempunyai kelebihan masing-masing, ada blogger yang suka memberikan tips-tips, ada blogger yang mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi penulisan mereka mungkin kearah itu.
- Mula membina network sendiri, mempunyai rakan-rakan blogger sendiri.
Peringkat 3
- Dah mula belajar mengenai SEO atau beberapa perkara yang lebih advance contoh berkaitan hosting, sekurti dan sebagainya.
- Mula berani memberikan pendapat sendiri di blog. Kebarangkalian mempunyai haters pun ada. haha.
- Mungkin lebih selesa untuk menulis berkaitan apa-apa perkara di blog kerana sudah mempunyai pembaca tetap.
- Bila dah lama berkenalan, baru akan tau siapa kawan dan siapa lawan. Blogger tikam belakang? Itu biasa. Blogger pun manusia jugak. Tapi bila dapat kawan-kawan blogger yang rapat, bila dah lama tak update mesti masing-masing akan tanya “Lama tak update blog bro” atau “Lama tak nampak kat blog?”. Itu biasa, macam kawan-kawan di alam realiti, bila sorang hilang, yang lain akan perasan.
Peringkat 4
- Bila dah ada pengalaman dan ilmu dalam dunia blogging serta mempunyai identiti sendiri, tak mustahil akan akan ada blogger lain yang akan menjemput anda untuk bekerjasama dengan mereka untuk projek-projek baru berkaitan website atau blog.
- Kebiasaannya, blogger yang sudah “stabil” juga memilih untuk mempunyai lebih dari satu blog kerana mereka sudah mengetahui potensi yang dimiliki oleh setiap blog. Ada juga yang memilih untuk membuat blog yang mempunya niche.
- Menjadi tempat rujukan atau pertanyaan bagi blogger lain. Blogger pun boleh jadi cikgu tau hehe. Tapi sangat best bila dapat bantu orang lain.
Peringkat 5
- Bersara. Makcik kujie, berapa umur bersara bagi blogger ye? 60 tahun ye. hahahahah :p
Gambar dari:Β chrisabraham.com
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis dan pengalaman serta pemerhatian dalam dunia blogging di Malaysia selama 3 tahun. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza dari setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis.
azrijohan
wah,huraian panjang lebar…nice:)
masih dalam fasa noobie (newbie)
Affan Ruslan
sama la π
Akulah.com
samalah, haha.. merendah diri…. ^_^
nurmisnan
Semua itu benar… mula2 masa start buat blog guna WP tapi itu
hanya utk peribadi shj. Hanya yg tertentu saja dpt membaca. Selepas itu buka blogspot. Memang nak letak widget mcm2 seperti
music tapi sekejap jer coz bingit.. kemudian biasa2 jer…
nice sharing here brother.. =)
Affan Ruslan
kalau pakai blogspot nak buat blog personal (bukan untuk bacaan orang lain) ok je kalau nak letak lagu ke apa ke. kita je yang bukak blog kita tu hehe.
tapi bila guna wordpress jarang nampak orang letak lagu atau widget2 menarik. mungkin sebab kena bayar, jadi blogger selalu akan menulis blog dengan lebih serius. tidak semestinya guna wp kena jana duit dari blog, tapi sekurang2nya dapat meningkat karisma dalam menulis blog π
izwannizam
masih hingusan dalam dunia blog ni…sekarang banyak observe je apa berlaku π
Affan Ruslan
bagus la observe dulu, belajar dari pemerhatian. aku awal2 dulu pun camtu gak. sebab tu sekarang ni aku boleh nampak perbezaan ketara dunia blog di Malaysia (walaupun pemerhatian aku mungkin salah)
neo
perbezaan cam mn tu?
Affan Ruslan
entah la, nak cakap pun taktau camne. ada yang positif ada yang negatif.
contohnya, kalau dulu nak jumpa blogger malaysia (blog BM) yang alexa bawah 100k dunia memang susah. Sekarang ni berlambak2 dah haha. Dulu NN macam kurang guna, tapi lepas Redmummy jadi famous sbb dapat jana 10k sebulan dari blog, sejak dari tu aku perasan semua orang tergila2kan nuffnang. :p
Tu antaranya la, banyak lagi sebenarnya π
akubiomed
Bagi saya ia adalah perbuatan normal bagi seorang manusia. Kita semasa bayi dahulu pun meniru perbuatan orang dewasa seperti bercakap, berjalan dan sebagainya. Cuma apabila meniru biarlah ia berkhemah
Nizam
perkongsian yang agak bernas bro…
nizam sendiri pun tidak suka entri copy paste seperti yang nyatakan di atas..
biar buruk mana penulisan kita asalkan ianya dari jari kita menaip seikhlas hati…
Affan Ruslan
haha. sama bro.
rasanya aku menulis dah lebih baik dari masa awal2 dulu. walaupun mungkin orang lain rasa biasa2 je, tapi bagi diri sendiri rasa lain sebab kita yang menilai tahap pencapaian kita dalam dunia blog dari segi luaran dan dalaman.
neo
“Mencari tutorial atau tips-tips asas seperti tips asas mendapatkan trafik, tips nak dapatkan BE Nuffnang (har har har)” – aku dah say no to NN
ulasan yg ok bro
Affan Ruslan
thanks bro.
NN? No komen π
Shahrul
best la entri…majoriti blogger melalui peringkat2 tu.
Affan Ruslan
mungkin la. cuma mungkin sedikit berbeza antara blogger dgn blogger yang lain
nizarazu
haha..umur bersara 60 taun?? ekeke dah nk pencen ni.. :p
Affan Ruslan
erkkk. niza ni bukan masih muda ke? kekeke
nizarazu
dah nk pencen dah…hahhaa
iqbalhakimi
pengalaman seorang blogger tegar ni..hehe…tp betol2..revolusi seorang blogger..setuju dunia blog dah banyak bezanya =P
Affan Ruslan
aku blogger picisan je, update blog sendiri pun malas haha
izwannizam
iyelah tu blogger picisan… π
Affan
iyelah π tunduk hormat pada bro izwannizam
Frantz
peringkat matang…
1. pakai theme twenty eleven // twenty ten then customize sendiri-sendiri…. tak pun suruh Flisterz tolong design theme untuk blog…
2. theme sangat clean and minimal… xder pun widget2 yang menyakitkan hati… loading blog sangat smooth…
3. theme ada mobile support…. sme ada supportable by the theme installed itselft ataupun third party plugin
4. ada system backup sendiri pada blog… mcm iDrive WorkPress backup ke, Amazon S3 intergration ke, DropBox image hoster ke…. atau kaya lagi pakai VaultPress…
cukup tak ho?
Affan Ruslan
1. pakai custom made theme tu ado pitih buleh la
2. betul
3. setuju, baru nampak professional. The right term is responsive theme π
4. Guna plugin aci tak? Backup db je, then hantar ke email. Aku prefer hantar ke email dari host kat hosting, hacker2 jahat kang takut die musnahkan sekali backup files, bahaya gak tu :p Kalau backup the whole thing, buat la secara manual seminggu atau dua minggu sekali haha
syahrilhafiz
no komen! dia byk senpai HACK dari gua lagi..huhuhu
Affan
Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog http://t.co/PVBcSBsV
iqbal hakimi
Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog http://t.co/PVBcSBsV
akubiomed
Kalau ada kemahiran mahu usik css code untuk customize tapi tidak ada kemahiran. Kalau yang basic boleh lagi godek. Kalau ada hosting CDN boleh set W3TC bila archieve entry dah banyak sangat
Affan Ruslan
ya bro, saja berjinak2 dgn html dan css dari blogspot la.
pastu guna wordpress, main php sikit2. nak tweak sikit2 boleh la, nak tulis dari scratch mmg tak pandai haha
razis
terlalu jauh nak mencapai tahan ke4, tahap pertama pun masih merangkak2 lagi..
fasz
nice info…sy baru tahap ke 2 kot…hehehe~ join ur site, join me back…salaam perkenalan blogger !
little daisy
Oh…masih di peringkat newbie… ^_^ Banyak lagi yg kena belajar dari blogger-blogger senior.
Kujie
benci arr…………… mentang2lah kak jie dah warga emas!
Kak Jie sebenarnya dah bersara tapi baru2 ni PM umumkan dalam perbentangan bajet boleh tambah 2 tahun pilihan , jadi Kak Jie tambah umur bersara tu…
sebab blog kak jie dari awal memang dikategorikan blog peribadi, jadi penulisan adalah kisah peribadi yang bersangkut dengan isu semasa. agaknya sehingga tuan blog dah tak ada lagi kot…
syahrilhafiz
wakakaka..jap je gelak ni..bubui..hehe
affan..kak jie PRO okeh..aku je noobmedia.my π
Affan Ruslan
hahaha, takpelah kakjie. tulis selagi boleh, nanti boleh anak2 baca π
puanbee
hehe siap selit bersara ye , saya lambat lagi nak bersara ni haha ..
Affan Ruslan
heheh puanbee muda lagi kot. long way to go. banyak lagi kejayaan dan kepuasan yg boleh dikecapi dari dunia blog π
puanbee
baru setahun jagung hehe .. terima kasih bg dorongan tu ..
Affan Ruslan
hehe. setahun jagung apanya, trafik mantap tu blog puanbee π
puanbee
betul-betul setahun ni hehe .. cer tengok archive tu , memang setahun je
tehr
aku tertarik bab bersara tu
bloggers perlu bersara setelah 60 tahun juga?
rasanya boleh sambung lagi tu, pelan2 kayuh…
hehe
Affan Ruslan
hahhaa. selalunya blog akan mati bila blogger tu busy dgn komitmen lain spt family dan pekerjaan.. kalau suri rumah tu taktau la bila, mungkin bila dah bosan agaknya hahaa
ana farha
aiyokk..saya still newbie.. ? haha.
btw, mata ni suka tengok fancy2 mehhh..
tapi tak terrr-lalu fancy.
nway, entry ini memang perlu dibaca lagi2 oang macam saya. XD
Affan Ruslan
takpe, semua orang bermula dari bawah. belajar perlahan2
wazy
Bila baca dari peringkata wal tu,terkenang jugak la masa mula-mula berblogging,memang teruja sangat-sangat nak hias blog,apa-apapun entri ni kira bagus la bro,sebab buat berdasar pada pengalaman,mungkin boleh dijadikan panduan pada satu hari nanti
iqbal hakimi
RT @kujie: Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog http://t.co/NRklgTwZ via @affanruslan – adoiiii ..mentang2lah kite warga emas
ariff
Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog http://t.co/JEA0BpBS via @affanruslan
namaakulynn
sekali update blog,memang peh la kannnnn org ini.
saya tak reti blogging encik. so,boleh la tlg ajar pasni. :p
pss,kesiannn kakjie. kejam kejam kejam. (LOL)
Affan Ruslan
hai..
syahrilhafiz
Peringkat 6 :
Tudia aihh..dah pandai bagi peringkat2 kat orang..haha
suarapeople
wah huraian yang bagus sgt! =)
syazlinaiza
Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog http://t.co/AK3meg5R via @affanruslan
syahrilhafiz
Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog http://t.co/AK3meg5R via @affanruslan
Omar
Entri yang bagus sangat.
Aku rasa aku berada ditahap yang ketiga lah. Takut nak naik lagi atas. Tapi kalau pergi tahap ke 5 tu, berpotensi la kot bila dah tak mampu bayar duit domain. Hahahaha!
Mempunyai haters, erm.. susah nie..
Affan Ruslan
hehe. lambat laun semua org akan berhenti berblog juga.
aku bakal chem engineering, kalau kena keje kat pelantar minyak confirm tutup blog π
paihujey
setiap peringkat yg dilalui mematangkan kita dan juga usia blog..dari hari ke hari kita boleh fikir apa yang baik dan apa yang tidak untuk ditulis dan ada dalam blog kita..hehe..
lagi satu, say no to NN..haha
Affan Ruslan
ye, berblog juga merupakan proses pembelajaran. makin lama menulis mungkin cara penulisan kita lebih baik
aizan
saya newbie.. macam macam kemahuan. hehe. sedang membaiki penulisan blog.
Affan Ruslan
takpe, belajar2 la hehe. semua orang bermula dari zero
iMBobo
bagus entry ni dapat membuka minda dan tanggapan mengenai blog..penerangan yg umum mudah difaham.. semua tahu, setiap org ada kecenderungan masing2 dlm dunia blog ni..tapi rasanya semua setuju dgn entry ni π
ceri
betul la tu …..
wootmedia_my
Selamat pagi. Siapa di sini blogger? Sila LIKE. Pagi ini kami nak kongsi pengalaman seorang blogger π http://t.co/u5FdnxTo
pinkbubblegumprincess
setuju part tengok “blog yang ramai followers tu..” hehehe
Affan Ruslan
hahaha. bila tgk followers ramai mesti fikir camtu kan.
tapi dah lama berkecimpung dalam dunia blogger, kita boleh nampak kelebihan seseorang blogger tu
nik
nice one!
sangat setuju dengan peringkat2 yang diceritakan.
pendapat kita hampir serupa:)
dan yes!daku masih newbie fasa pertengahan
Kodet
Aku baru peringkat kedua…. masih newbie jika dibandingkan dengan Blog Critical angle
Affan Ruslan
=,=
sama la, aku pun masih belajar :p
SitiSafiyyah
tang gambo last tu lawak! hehehe :DD
baru2 ni menyepi sekejap sbb busy nak sambung study blk. pastu kawan2 blogger asyik tanye2 bila nak update pe sume. tetiba rasa mcm eh ade org baca blog aku rupenye. terharu lime saat :p
Affan Ruslan
owh bagus la kalau kawan2 bg dorongan suruh update.
saya mula2 dulu kawan2 kolej je baca, then dah sampai satu tahap tu rasa nak lebih berjaya, jadi dah mula berkenal2an dgn blogger lain, dgn kata lain networking. byk boleh belajar dgn blogger lain π
Mohd Isa
feewittt…mantap seh…serius aku rasa semua aku pernah lalui…bersara tu tak tahulah bila…jika ada kemampuan…maybe akan teruskan lagi kot…haha…psst…ada typo di sini walaupun ianya mungkin tak digemari pengunjur…pengunjur ke pengunjung? hehe, anyway sekadar bertanya. sudi tak nak menulis satu artikel di blog aku? hehe…
sakura
Err, kenapa time “tips nak dapatkan nuffnang BE tu gelak har har har” ? gelak jahat ke ? Haha..
Nak ke stage 4 plak hee.. Btw, blogger pon ada umor bersara eyh? bijok ah =)
Affan Ruslan
gelak sarcasm. sbb sekarang ni blogger buat blog, terus nak cari duit. padahal penulisan blog belum cukup baik. nanti bila dah pasang NN, tak dapat duit pastu salahkan nuffnang. byk blogger camtu
sakura
=)
misSbLurRy
wa kat peringkat mana pun xtau la…ahahahahh
titan
emm..aku kat peringkat mana ni ekk..
Hafism
lol. tibe2 teringat zaman belogsepot dulu. gile widget mengarut. patut ko tambah kat part newbie tu…selalunye URL blog dorang panjang 14km dan hanya tuan dia je yg ingat URL blog dia. HAHAHA.. HAHAHA.. HAHAHA… (macam aku zaman mentah dulu ler… π )
tuan tanah
menaarik……itu la kehidupan kitaran blogger……dan peringkat yang ke-5 tu anytime jer blogger boleh bersara hehehe…..kalu ada jawatan hakiki untuk blogger best juga hahaha
mankuchai
Bila difikirkan balik masa-masa mula jadi newbie ah malunya…malu pada diri sendiri har…har..har…adoi malunya bila dingatkan balik…byk buat benda2 bodoh..letak widget blink2…tapi sekarang dah tak layan sgt widget2 mengarut,letak yang perlu jer π
Bersara?entahlah…bila dah trafik 0 kat blog,baru bersara la kut.Mungkin masa tu dah tua,pemikiran pun dah old style…he3…bagila org2 muda merasa lak…
KNizam
best giler blogpost ni hehe π
adamfaiz
Mungkinkah kita melalui 5 fasa ni sekaligus…mcm aku..? hahahha..
AziE
Pengomen kat sini hebat2 semua ya. Dah peringkat 4 ke kalaupun jauh lagi peringkat 5…har..harr..Aku ni newbie lagi. Mohon tunjuk ajar sifu semua.
donha
jauh lagi level untuk fikir besara. fuh..pelan-palan kayuh. dunia blogging ni luas…cantik artikel. Like
Maya
π
SS
aku sekarang peringkat boleh hidup *tahap sadis*. cuma kemalasan membelengu diri ni *sigh*
anyway suka gila entry ni. lagi2 gambar tu, TROLOLOL gila
kimi kay ames
nice entry π
thanks sudi singgah blog itam sy yg serabut itu hahaha… first time ada entry gini. slalu org explain pasal, cane nak jadi blogger yg cambest dsb…
salam ukhwah~
Anyss
Assalamualaikum,
Enti yang menarik.
Bersara? Lambat lagi kot…kena cuti belajar dulu, kemudian sabatikal…pas tu dipinjamkan ke blog lain, bla bla bla…last sekali lupa nak bersara. Boleh gitu?
eiela
haha jahat gila affan tanya kak jie umur bersara. saya newbie lagi tapi dah semakin slow berblog.
reezluv
kalau aku lak lain tang nombor 4 tu..blog niche aku buat dulu berbanding blog personal..baru sekarang buat….kira terbalik le..hehe..blog personal aku buat kemudian..
pasal ads, aku dah tamau letak mana-mana ads, kecuali ada le satu dua aku letak..dan bukan nampak jelas macm NN,Advertlets ke ape ke…hehe..
apa pun memang best evolusi ni..dan blogger akan berterusan membina blog demi blog cuma mungkin ada blogger peringkat 5 atau 6 yang akan hire blogger lain untuk update blog-blognya dan tak lupa juga mungkin dapat buat web based on cms wordpress selain blog…:D
shah Blogger
Nice huraian ni anarki demi anarki.. Bila dah matang nnt akan jd demokrasi haha..
Anyway bnyk point aku suka mcm follower tu.. tikam belakang.. Hater.. etc.
Izwan
abam affan yang smart..singgah la ke blog saya yang newbie ni.. follow tau..
nak gak tips2 BE.. HeHeHe ..
fiqah
menarik π
mak lagenda
OoooOoooOOoo..ada frasa2 gak yek jd blogger nih?? Tp nmpknya, bro mcm tertinggal 1 fakta di mana2 frasa. Frasa 3-5 kot. Fakta yg tertinggal adalah….> malas update blog.
Muahahaha…salah sorangnya, MAK lah!
Pacifista
aku baru je masuk peringkat 3.huhu…macam mana nak masuk peringkat 4 tu?macam susah je.hehe π
syamila
baru peringkat ke-2… he3
rohaya
saya baru nak masuk peringkat 2.
bancik
terbaek…
Rina As
Saya akui nie saya newbie forever. Selalu butuh asupan ilmu dari para master Blogger termasuk anda..
Mohon petunjuknya ya..
padin
hehe aku ni baru masuk peringkat dua rasanya.. emm,
entahla, kot – kot terus skip peringkat 5, hahah
zuls
saya pun tak tau saya peringkat mana, mula-mula guna blogspot, lepas tu beralih ke blog wordpress self host, lepas tu selesa guna blogspot balik.
Mula-mula ada satu blog, lepas tu ada dua blog, lepas tu tambah lagi. Tiba-tiba sibuk pulak. Turun balik fokus satu blog.
Aku rasa aku masih tahap eksperimen dengan diri sendiri.
muhammad fakhruddin
Nak kata peringkat 3 tak juga. Baru sampai yang ke-2 sahaja kot
WP
Nice2.. kalau macam tu aku sentiasa di peringkat 1..
Kakiwayang
wow…nice….kitorang masih terkinja2 di peringkat 2 kot…hehe..
samanosuke_04
hoho, nice post, aku masih lagi kat peringkat belajar SEO, walopon berhasrat nak bukak banyak blog, tapi kena pastikan blog sulung nie ada trafik stabil dulu.. huhu, peringkat yang last tue paling payah nak sampai, kena tunggu kakjie bagitau apa benchmark nak sampai peringkat tue..
najashark
macam terkena kat aku pulak. π
Kazen
terbaik ah entry….apa macam menulis blog smemangnye best kan?
hajat di hati nak pndah ke wordpress tp xtau carenye π
dah pndah tu nk pakai hosting snirik lah hehe leh ajorkan x?
hanif
tengah berfikir nak ada domain sendiri..
Memang diakui wordpress memang baik sebab banyak plugin..tak macam blogspot…susah bangat!!!
Impian aku…
Zety
yay.. haha.. saya masih baru lagi.. new bee.. walaupun start blogging dari 2007. ahaha.. :p
Lili noris
ooh gitu ya. kunjungan pagi klu gitu π
ohcikgu
emm..tak tahu kat peringkat mana. semua orang peringkat super saiya nih..
shaharil
Blogger yang mula-mula terjebak dengan wordpress mesti terpengaruh dengan income otai-otai blogger. hehehe…
dj surendeng
mencari jati diri… π yg yg paling susah… dan membutuhkan waktu yg lama π
dzulagil
salam aidiladha…
perkongsian yg sgt baik….
dlm proses menjadi blogger yg lebih baik…
terima kasih…
kai
saye bermula dengan wordpress..
pakai self hosted..
tapi lame kelamaan rase mcm malas nk update..
malas tros nk renew hosting ngan domain..
now pakai blogspot je …
zack
Saya baru beberapa bulan berblog…. hehhehehe
Faris Al-Muhandisu
seronok blogging ni kan. bila dah bertahun2 blogging, pastu bukak balik post yg awal2 dulu time noob lagi, rasa nak gelak pun ada.. wakaka
muhamad afif
Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog ~ http://t.co/SnlHCDma via @affanruslan
Ummi Hanie
nice entry .. suke …. π
sy keliru sy peringkat mane .. yg pasti bukan newbie dah la… hehe
koding
Aku blogger tahap satu jer la nampaknya..
miss buble
blogging mmg best, mula2 tak tahu apa yang bestnya..hehe.tapi bila dah ketagih..fuhh, teringat-igt kat blog..hehe
Isu Panas
fuh.. baru peringkat ketiga, belum smpi lg ajar org, klu ada yg nak blh je..hehe
Ahmad Fikrizaman
Lama betoi x mai usya kat sini.. theme pun dah berubah… No komen pasal entry ni.. “Ada yang start guna WordPress…” tapi aku guna Joomla.. har har har..
Affan Ruslan
hang otai. untunglah haha
Ahmad Fikrizaman
mana ada otai.. pndai2 ja abam apan ni..
Ahmad Fikrizaman
Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog http://t.co/GRChkAYL via @affanruslan
kazukik
aku pun newbie jugak.. kiki~
blackrosehunter
aku tak tahu aku peringkat mana..lost identiti..hahaha..newbie lagi kot..taknak tua..hehehe
zack
Beberapa Peringkat Dalam Dunia Blog @affanruslan http://t.co/P0PSjMXZ
cik bunga
sy di kategori mane ek??
most of the time , cam syok sendiri pon ade. haha..
Zaini
Peringkat demi peringkat untuk buatkan blog dan blogger lebih matang dan berilmu. Daripada main redah sampai la jumpa laluan betul.
Kalau dah Peringkat 5 rasanya dah memang otai habis la.
Rendy Dhicomp
Infonya nya sangat bermanfaat.
Salam Kenal
cakap kosong
wahaaa memang betul la apa yang ditulis oleh affanruslan =) dan, apabila membaca kategori2 blogger tu, aku termasuk dalam kategori yang pertama kot. hee masih lagi terkial2 dalam blogging, dok customize tu, adjust ney, macam2 la.
apapun, thanks to this blog because i get lots of info here !
bardbahtiar
yup..setuju sgt dgn entri ni…x bleh blah masa mula2 jd blogger..( skrng pn msih newbie lg) …widget bersepah…exited smpai tidur x cukup….hahaha π
shoutvoc
erm banyak ugak oeringkatnye nih. saya kat peringkat 1.5 kot.hehe. tapi memang baru dalam blogging nih.
Cyza
Nicely written bro.
Kalau ada follow up untuk article ni memang cun.
must
Macam sekolah juga ye…? sampai tingkat 5, lepas tu ada yg sambung ada yang giveup… Tapi aku masuk dunia blogger umur dah hampir 1/2 abad & masih newbie tak habis2… mcm man nie…?
Emm.. blog ni banyak info & tips berguna utk blogger, aku ada masalah dgn comluv, bila install utk blog anak aku princesscomey, dia kata “Internal Server Error.” Apa ke benda masalahnya tu?
Hafizul
hahaha..ada bersara jugak ke? emm bagi newbi mcm aku ni, memang terasa nak blaja tentang SEO..hal-hal mcm edit blog tu kurang sikit sebab aku tak kreatif..haha..
ProfHariz
Bila dibaca dan diteliti. Aku baru Peringkat 3. Masih jauh perjalanan aku dalam dunia blog ni π
Zulhilmi Zainudin
Part “..bagilah diorang chance nak melalui proses kematangan” ni yang paling kelakar. Tapi betul kot. Teringat zaman blogspot dulu. Macam-macam widget nak letak di sidebar. :p
masjamian
Bismillah. Walaupun posting ni dah lama tapi dapat memberi inspirasi & maklumat berguna buat saya yang baru ‘terjebak’ dengan blog. Salam ukhwah, teruskan memberi inspirasi bro!