Tips menjadi blogger otai, terkenal dan ternama.

Nampaknya, dunia blogger Malaysia semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bila makin ramai yang dah ada blog, jadi persaingan tu mungkin lebih sukar. Memang tak dinafikan, rasanya setiap hari mesti ada blogger yang akan mencari-cari tips nak jadi jutawan dengan nuffnang, ataupun tips hendak menjadi blogger otai, atau bahasa lainnya blogger ternama.

Sedar tak sedar, blog ni pun dah lebih setahun. Bermula dari blogspot, kemudian berpindah ke WordPress. Ikut anggaran, blog ini baru lebih kurang 5 bulan di platform wordpress, mungkin tempoh yang agak singkat. Hehe. Semenjak start menulis blog ni, saya dapati ada pelbagai cara atau tips untuk menjadi seorang blogger otai atau terkenal, jadi dalam entry ni saya letakkan kesemua sekali, senang! Jom baca tips-tips yang dikenalpasti.

Blogger Otai

Copy paste entry suratkhabar

Ini adalah cara yang paling senang. Selalunya kalau ada berita panas di Harian Metro, Utusan, Berita Harian atau Kosmo, sudah pasti suratkhabar tersebut akan laris bagai pisang goreng panas. Jadi, kalau nak berjaya, sila copy paste sahaja tulisan-tulisan tersebut ke blog anda, tanpa menulis dengan ayat sendiri. Sebagai contoh, jika ada berita “Adik-beradik ditangkap kerana melakukan sumbang mahram“, copy paste entry dari surat khabar dan buat tajuk yang seakan-akan sama. Sudah tentu, apabila orang ramai google atau search di internet, potensi blog anda untuk dipaparkan di muka depan google adalah tinggi! InsyaALLAH. SEO kot tu.

Sila war-warkan pendapatan nuffnang anda setiap minggu.

Bermula dengan blogging secara rela, setelah satu tahap ada sesetengah blogger akan hilang minat menulis untuk berkongsi, sebaliknya hanya lebih suka menjadi jutawan dengan nuffnang. Disebabkan ramai blogger dilahirkan setiap minggu, anda boleh lah paparkan pendapatan BE anda di blog, dengan alasan untuk berkongsi tips nuffnang padahal takde tips satu habuk pun. Ha ha. Kalau nak lagi bagus, sila main klik-klik nuffnang, mungkin lagi cepat. Biarlah orang nak cakap apa-apa pun, janji dapat tunjuk kat orang lain.

Tulis mengenai gosip artis

Sepertimana yang kita tau, selalunya blog blog gosip artis akan mendapat trafik yang tinggi. Jadi, jika ada terbaca di suratkhabar hiburan dan majalah-majalah hiburan, jangan berfikir lagi untuk turut sama memeriahkan majlis dengan menulis entry tersebut di blog walaupun anda tidak tahu kesahihannya. Nak lagi best, sila letak gambar seksi-seksi, mesti ramai lagi orang datang. Jangan risau, bila ada “orang tegur, kenapa letak gambar seksi-seksi”, cakap je lah, “kubur lain-lain bro”. InsyaALLAH tidak akan ada masalah lagi.

.

Alhamdulillah selesai sudah tips-tips yang berguna ni. Hanya berkongsi dari pengalaman, walaupun ilmu kurang. Tapi kalau ada yang kurang, boleh bagi idea untuk penambahan. Oh ya, jangan lupa inform kepada blogger-blogger Malaysia agar mereka mendapat serba sedikit faedah ye.

Kredit gambar: via Melromeo

Komen

  1. Oh Pakar says:

    hampir serupa topik kita

  2. Dauspozi says:

    Pedas giler tips ni… hahaha… Amat ‘berguna’… siyes lawak dowh… entry menyindir kan..

  3. Izzat Aziz says:

    ketiga-tida benda yang aku tak suka buat.. memang sampai bila-bila lah aku tak popular..hehe

  4. encik luthfi says:

    ada lagi sebenarnya.. nanti aku follow up tulis benda ni :D

  5. aizuddin says:

    macam best je tips ni..kalau boleh gambar biar yang seksi-seksi T.T

  6. Amir Said says:

    Hahaha kelakar la. Sarkastik gile ni. Hehe. Point no 1 tu, copy paste tajuk je la. Ayat paraphrase sikit. Nanti blog mcm newspaper plak. Point no 2 n 3 tak boleh blah. Haha. Nanti ko cuba la buat. :D

  7. miss lolly says:

    baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaik hahaha =P

  8. Amir Izzat says:

    Salam. wah! boleh ikut ke tak ni? Haha…tapi macam riak je.Kuang3…

    aku rasa nak ikut juga. Boleh kan?

    Bila ada yg tanya siapa suruh.

    Tuan punya blog ni. Hahhaa..tips yg berguna… Adoi

  9. naim says:

    haha..nice info..rupanya ni cara ko jadi terkenal dan popular..thx share..ngee~

  10. fitri says:

    hahaha..takmo la aku nak copy paste…yup persaingan makin tinggi..tapi kalau ikhlas berblogging insyaAllah ada la rezeki nak dapat trafik tinggi tu…

  11. ST says:

    Hahaha… gosip artis tu aku selalu buat… memang menyerlah siot.. wakaka

  12. LadyzuL says:

    salam kenal….
    wah2 ini ye caranya….akan cuba skg jg….
    hehehehhe…

  13. namaakulynn says:

    like dgn komen inii~=)

    p/s:lps ni share2 la lagii..

  14. aman says:

    haha. gila sarkastik artikel nie. terbaik~

  15. myssmie says:

    nk try la buat!!! haha…. ptt rmai je yg glemer pemes~

  16. donny says:

    share pendapatan tiap minggu tu memang patut dibuat supaya blogger lain mendapat inspirasi dari pendapatan blog kita.

    apapun terima kasih kerana sudi berkongsi tips ni.

  17. berita-harian.net says:

    salam,terima kasih tips ni,saya blogger baru ..hehe

  18. Silah says:

    uishhhh len mcm je tips..agagagaga

  19. zaza says:

    boleh tak nak tanye

    nuffnang ni mcm mane? sye dah ade nuffnang. mcm mane nak cek jumlah pendapatan kite. sye daftar nuffnang dah lame. sye cek maseh 0 sen. sye byk lawat blog org dan org lawat belog sye. tp x de pon nuffnang. kene klik nuffnang org erk?

    btol, sye stuju, awal2 kongsi pengalaman. pastu ramai yg kejar duet nuffnang..

    thanx atas tunjuk ajar di atas. sye seorang blogger yg bru blajar jalan ta teh..mohon tunjuk ajar

  20. zaza says:

    thanx.. ape nasehat nak suruh nuffnang tingii.. jom kite maen klik2 nak? keh3

  21. ini care sinikal paling ganas pnah aku jumpa..kehkehkeh

  22. TheSharkox says:

    Ini adalah tiga benda yang aku takkan letakkan dalam blog aku…

    paling bosan kalau berita copypaste tu…bosan bosan bosan

  23. dnoBiz says:

    hahah, yang first tu memang aku suka buat, tampa ubah walau satu ayat pun, kecuali tajuk dan kalau aku nak bagi pandangan aku akan buat post yang berlainan, atau buat nota tambahan

    Ps : kalau kat papaer tak tau apa orang lainrasa, sebab tu aku letak kat blog boleh pakat komen :D

    ps : pada aku makna plagiat adalah bila kita olah idea orang lain jadi macam kita punya, sebab tu aku tak kan ubah apa apa milik orang lain tapi aku akan bagi link, dan siapa penulisnya dan itu pada aku ialah kongsi dan sebar maklumat :D

    • Affan Ruslan says:

      plagiat maknanya ambil idea atau tulisan org lain.
      kalau kita tulis sendiri, kemudian ambil idea atau isi org lain dan diolah sendiri, masih kena bg kredit. jadi tak timbul isu plagiat kalau nak olah tulisan org lain.

      kalau malas sgt, mungkin blh 50-50, antara petikan asal dan ayat sendiri.hehe

      • dnoBiz says:

        Yang ni buat aku kompius ni bro..
        “jadi tak timbul isu plagiat kalau nak olah tulisan org lain”

        aku tak berapa paham dengan yang diatas tu

        Ps : aku semakin keliru denga isu plagiat ni

  24. anif says:

    Err kalau mahu jadi popular jangan jadi blogger :)

  25. adele says:

    wow..bagusnya tips..haha..jd dri sendiri je lah..kalo xpandai tulis..buat cra baru blajar..tuntut ilmu dr affan ni ha..

  26. cynical? haha..

    biarla tak jd otai smpai bile2 pun kalo camni.. cewahh =P

  27. Hahaha…yang pasal gosip artis tu memang betul…cepat je traffic naik…

  28. Darkace says:

    Wah! nak pratikkan ni :) hehe

  29. rockinsudu says:

    haha. suke ayat kubur lain2.haha

  30. zaza says:

    blacklink..blacklink.. blacklink..
    blacklink tu ape?

    innity tu plak pe?

    hehhehe..sori byk tanye

  31. LOL. Aku dapat detect bau-bau sarcasm kat post ni. Sayang Abang Affan!

  32. RT @dauspozi: Tips menjadi blogger otai, terkenal dan ternama. http://bit.ly/gdxwom by @affanruslan

  33. akublog says:

    1st of all, aku memang benci nuffnang.. Ni cerita tahun 2007.. Hohoho..

    bagus tips2 ko yang berbau lucah Azwan Ismail ni.. eh lucah plak.. berbau perli2 nih.. I LOIKEEE..!! Auwww..!!

  34. Affan says:

    erk ye ke? aku ingat berguna. huhu http://goo.gl/fb/ImIov @amirsaid7 kelakar la tips ko kt blog tu. haha

  35. Tips menjadi blogger otai, terkenal dan ternama. | Critical Angle http://fb.me/NABhH5Ez

  36. Affan says:

    Thanks RT Tips tak seberapa tu. hehe http://goo.gl/fb/ImIov @amirsaid7 @a1zudd1n @dauspozi @yanmie

  37. Affan says:

    Thanks RT Tips tak seberapa tu. hehe http://goo.gl/fb/ImIov @amirsaid7 @a1zudd1n @dauspozi @yiedpozi

  38. AnWaR NAiM says:

    Tip yang 'berguna' untuk semua blogger, hoho http://fb.me/D3yw5imo

  39. Ali ridha says:

    entri pasal artis dan gambar seksi.
    pasti ramai pengunjung datang singgah.

  40. azizan4444 says:

    suka tp x suka..lebih kurang cmtu la bila bace tips ni.ekeke

  41. Kujie says:

    ada blog siap letak A Blogger’s Disclaimer cakap bahan dlm blog tu hak milik pemilik blog, pendapat peribadi tapi 70% entrinya copy je…

    mcm menuding jari kat diri sendiri tanpa sedar..hehe

  42. Tukang Masak says:

    haha. boleh nak try nie tips-tips nie semua. lol~

  43. tupaikaran says:

    ciss patutlah aku xglemer2 lagi nih.. aku xbuat lgsung 4 benda tu. xpa nti aku wat. ehhe nice “tips” bro :)

  44. zul says:

    kalau citer bab agama, maybe trafficnye biase2 je… penat tuan punya blog tu publish, masuk kejap je tengok tajuk pastu terus pangkah!

    • Affan Ruslan says:

      takpe, blog agama info dunia akhirat.
      tak dinafikan, mungkin trafik slow. tapi saham dunia akhirat InsyaALLAH

      • yas says:

        Yup setuju…saham akhirat lagi penting…kalau nak kejar yg dunia jerr….sampai mati pun tak habis, tapi dunia kita skg mmg terarah ke dunia je yg lebih….termasuk ler yg tulih nih…hehehehe

  45. Faisal says:

    Copy paste bukan cara terbaik utk cari terkenal or ternama…

  46. Affan says:

    Tips menjadi blogger otai, terkenal dan ternama. http://kelantanbloggers.com/read/5711

  47. syira says:

    salam

    1 suggestion itu paling senang tapi tak pernah buat lagi setakat ini, mana nak tau kot2 esok buat…huhuh

  48. syahrilhafiz says:

    kahkah, blogger korang faham2 lah yerk
    affan tak mo cuba ke?

  49. Hadi Rofiee says:

    Artikel yang tepat mengenai sasaran. Hehe.

    Aku kurang suka yang ke-2 & ke-3, no.1 pula jarang2. :-)

  50. tehr says:

    kah kah kah
    tips terbaik aku jumpa minggu ni

  51. Affan says:

    Tips menjadi blogger otai, terkenal dan ternama. http://selangorbloggers.com/read/11653

  52. fitri says:

    RT @affanruslan: Tips menjadi blogger otai, terkenal dan ternama. http://selangorbloggers.com/read/11653

  53. Kalau yang blog niche tu macam mana bro?Macam blog saya yang khusus tentang buah pinggang,takkan nak masukkan cerita tentang gosip artis pulak.

    • Affan Ruslan says:

      hehe. takde lah macam tu bro. kalau niche buang pinggang tulis je pasal buah pinggang. hehe.

      1. Mungkin kalau ada tulisan pasal kesihatan buah pinggang dari doktor2 pakar yg lain di suratkhabar, blh jugak share di blog. Saya tak nampak salahnya kat situu. Ni berbeza dgn segelintir blogger yg hanya tau nak ceduk topik2 panas di suratkhabar je, semata2 nak trafik.

  54. Raja Fiqri says:

    Haha. Lawak jugak entri nih.. :)

  55. lazaac says:

    semua point tu betul sgt dah.. ahah

  56. klik klik iklan ye..hahahaha

  57. fendidahada says:

    berguna amat tips ni..tapi aku tak ikut sangat la..hehe..

  58. izanishak says:

    takpelah kalau tak jadi popular pun kan…
    hehehe…

  59. alif says:

    pas ni nk buat la

  60. Silah says:

    ni mmg nk perli ke?agagagga

  61. azinur says:

    bgus nye….mcm2 tips dah saye ketahuii…dah saye kaji….sedikit sebanyk dpt membantu blog saye…yeahh~~

  62. Amirez says:

    eh, topik yang sama. baru ingat nak buat tadi eheh.
    yg copy paste kandungan surat khabar bulat2 tu memang terang-terang nak tarik trafik. kalau buat ulasan, masih boleh diterima

  63. hafizmd says:

    alamak…aku belum lagi buat semua tips2 ni…tapi gosip2 panas artis tuh..mmg aku malas nak usik…kalau nak baca..p blog orang lain yer…heheee

    terbaik dan jujur tips ni :D

  64. Ladfe Amir says:

    belum mencuba teknik ni. tetapi sudah difikirkan. InsyaAllah.

  65. suri says:

    ho..tak hingat jawapan yang paling best di beri heee..

    salah satu potensi nak maju ke depan

  66. eiela says:

    yang tak bleh blah, kubur lain-lain tentang gosip artis tuh. bahaya tuh. =P

  67. lydia miza says:

    wahh bila LM nak di kenali ni?

  68. serol says:

    kalau kopipes, then ada ulasan sendiri ok jugak.. kalau kopi bulat2.. err.. baik baca kosmo online je.hehe

  69. odio terbiut says:

    Normally semua tips tu aku tak pakai ekekekeke….

  70. dhilla nazli says:

    alamak..
    malasnye na buat..
    aiseeyyy
    cne na jdi hebat niy~~~

  71. i smell sometging yg tak best..ade nk perli sumone ke ni?..huhu

  72. Peh,memang best tips ni,akan aku cuba aplikasikan tips ini ketika berblogging..

  73. arrizz says:

    tips yang sangat berguna! haha..boleh try nanti..hehe

  74. fyzal says:

    serius bro. aku senyum je bila baca entri ni. very sarcastic. tp yg method pertama tu mmg aku ada buat. aku petik entri dr surat khabar. dan aku ulas sikit. bukan apa. kadang2 org kita lagi suka cari info berita semasa di blog drpd buka web newspaper online.

    tp yg no 2 dan 3 tu memang aku tak pernah buat. aku memang takde tips nuff dan aku tak suka gosip artis.

    newspaper takde masalah copy paste. lagipun nature berita dalam surat khabar memang utk disebarkan kepada umum. cuma eloklah diberi kredit pada page asal utk menunjukkan sedikit etika kita dalam blogging :)

    tp kalau copy paste entri org lain tanpa permission mmg tak boleh. because itu memang violate copyright law.

  75. Fitrihadi says:

    aku blogging untuk kepuasan diri je.. duit je tak penting sangat..kalau dapat lebih alhamdulillah lah.. kalu kureng visitor tu maka earning pun kurang, pun terima je lah.. one day kita akan puas dengan apa kita buat..

  76. omurice says:

    hohohohoho…dahsyat betul tu….tips pertama pernah buat tapi sekarang dah tak mo buat…tip seterus nyer ,memang tak Omu sentuh…..xminat…..xsuka…..dah blog hanya suka2 nak tambah rakan2…yang suka baca….hehehe.

  77. MR.Z says:

    sebab tu aku tak jadi terkenal dan ternama kut..
    dah aku memang tak suka gosip artis.. haha

  78. mie says:

    tips yang slalu blogger guna…
    tapi mcam da unsur lain plak..
    heheee

  79. nza says:

    berblog utk kepuasan hati n dairy harian je…..

  80. kakyon says:

    salam,
    besh tips nie..boleh di aplikasi kt blog akak..

  81. SobriMansor says:

    Uitsss…3 cara tu memang aku pernah buat dulu….dulu la….tapi sampai skang tak famous2 pun….hehehhe

  82. Mohd Isa says:

    haish…rasa nak golek2 pun ada…point no 1 tu mmg terbaiklah…copy paste aje dari paper…haha…tp tak baik tau…mak tak suka…haha…

  83. eQuRlz says:

    tips yg best..hakhak..jujur ke menyindir nieh?? :p btw ada tnya psl innity kt chatbox eqa kn?innity syarat ketat sbb iklan die mahal..tp klu traffic kita mcm ade sket lg nk capai syarat yg dorg letak..dorg still boleh consider lg pmohonan kta tu..tp tu dlu la, skg xtau la..eqa dlu yg blh dpt innity mmg pulun la blogwalking bg capai traffic tu :p

  84. LadyBird says:

    salam..
    bagus jugak kan buat mcm tu..
    lady x pernah pun buat selama ni..
    lady main ikut mood jer nak tulis ape..
    x update selalu pun blog lady..
    nuffnang pun x pernah lagi dpt duit.. huhuhuhuhu..

    tq sebab bg tips tu yer.. :) ..

  85. joijoi says:

    jgn klik fraud kat nuffnang. tp nak popular cepat carila kekdah lain…

  86. Hans says:

    kalau click iklan banyak2
    nanti jadi fraud click plak
    hohohoh

  87. adamfaiz says:

    jawapan “kubur lain-lain” tu memang boleh diguna…pernah sorang ustaz cakap, “memang la kubur lain-lain, tapi kalau kubur kita sebelah menyebelah, saya tak sanggup nak dengar orang meraung kena siksa”…

    Tapi memang power la tips ko ni.. 8)

  88. BOleh cuba nanti tengok…traffic meningkat tak.

  89. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..simple tips
    tapi berguna dan ada benarnya..
    cuma harapan copy paste biarlah
    di sertakan sumbernya..

  90. Affan says:

    jgn lupa amalkan untuk hasil yg jitu! heheee @mohdisa Tips menjadi blogger otai, terkenal dan ternama. http://bit.ly/gdxwom

  91. Izwan says:

    aku kena letak cermin bila baca entri ni nak terbalikkan maksud dia.. hahaha

  92. main klik2 nuffnang? ada ustaz kata jatuh hukum haram sebab dalam perjanjian ada sebut tak boleh kan..so jgn main klik2 nuffnang..klik kalau berminat je..=)

  93. RedBoys says:

    ni tips jujur yg pernah ku baca. haha. bagus2. sindiran tu.

  94. luna Q jimat says:

    ahaha..suke sgt tips ni..nice one! :D

  95. zik says:

    renung2kan dan selamat beramal.. soryla dah jarang ke blog bro..

  96. Alienelliz says:

    haha thanks sharing, walaupun nampak mcm perli, tapi point tu smpai..haha

    THANKS SEBAB KOMEN DI BLOG ALIENELLIZ!!!..=)

  97. swagger says:

    yg laen ak stuju..tp y no2 tuu br’kesan ke..heheh

  98. tips ni mungkin utk org lain..sbb buat blog ni utk berkongsi apa yg kita rasa walaupun tak popular..

  99. GreenLava says:

    Tips terbaek pernah saya baca :) )
    Dan contoh terbaik bahawa sindiran menajamkan mesej.

  100. deCrewz says:

    Yang lain2 tu ok, yang last tu cemana yer.. Tumpang tanya jelah bro, Jai ni bukan reti sangat bab2 agama ni? Apakah hukumnya sekiranya kita mempromosikan gambar2 seksi seseorang, apakah sama dosanya dengan tuannya yg mempromosikan gbr2 seksi mereka sendiri?

  101. hazwan says:

    hahaha……..sape makan cili die rase pedas

  102. AyieBlog says:

    Assalamualaikum,hahaha tips terbaik tapi dalam bagi tips terselit sesuatu betul?? hehehe :) ,bagi diri aku tak ada otai :) ,sebab semua bermula dari bawah, kalau dah dilebalkan diri otai, ha mulalah bangga diri . Semua perkara tak kenal ,

  103. missnina says:

    tips ni menarik tapi secara halusnya menegur segelintir pihak.
    saya suka entri ni.

  104. Ali ridha says:

    letak kan dalam diri kita.
    gambar artis dan seksi
    tak perlu letak.

    blog artis tetap boleh maju.
    asalkan niat kita cuma nak
    tegur artis kita ni.

  105. akubiomed says:

    Memang satu cabaran kepada blogger apa bila yang menjadikan blog sebagai satu sumber pendapatan sampingan.

    Menjadi blogger yang bertanggungjawab adalah satu tugas berat memerlukan ketahanan diri yang kuat berkemungkinan blog tidak mendapat sambutan.

    Apapun terpulang kepada blogger memilih jalan yang mana satu. Tepuk dada tanya selera.

  106. burp says:

    hahaha! otai ke x! bloggin msti happy! tetibe! :P

  107. hehe..macam betul;D

  108. eliza says:

    alamakk semua tips tu kite x suka la..bukan apa, ramai sgt blogger buat mcm tu..jadi mcm takde kelainan lak huhuuh

  109. yaya says:

    yaya baru nak berjinak jinak dalam blogging ni :)

  110. cik tom says:

    tips terbaik!!!hahaha…..

  111. deCrewz says:

    Terbaiklah tips ni, bagus untuk newbie macam Jai ni. Erm.. Nuff tips, xde perubahan dari dulu..hu3

  112. Jebat Malaya says:

    macam ke??? bukan kah perli?

  113. terbaekk punya tips!! kalau sekali sekala letak BE nuff tu oke lagi. tapi kalau dah hari2, kira otai dah.. hahahaha

  114. mrs jamal says:

    tapi ramai sangat yang tulis entri yang sama..bukak sana berita bukak asini pown berita, tak payah dah nak beli suratkabar

  115. gayahspears says:

    aku malas nk jd otai ni..
    aku tak suke tulis hal artis.. suka merapu je..hahaha.. name pon blog aku blog peribadi…koh3

  116. cikmin says:

    ada jugak blogger pemes kata..blog dia kena ada macam2 topik ada..sebab readers dia tak semua baca paper…erkkk..boleh tima tak alasan tu…

    sekali sekala up jugak entri hot..nak asah parang supaya tak tumpul… :P

  117. betul ka….
    boleh kaa wat macam tu….

  118. Yakboktam says:

    Bahaya entry macam ni bagi yg baru berblogging.takut dorang belasah buat je benda tu klu tak baca komen smpai hbs haha.terus jadi popular keh3,.mungkin boleh letak kt bawah skali sindiran semata-mata.

    apa-apa pun artikal ni terbaek reverse psychology hehe

  119. Kafe Que says:

    Amik..spe yg mkn cili pdn muke die..ehehe

  120. Ali ridha says:

    banyak kali baca nak tergelak
    pun ada….main letak gambar seksi-seksi.

  121. TulisanSuara says:

    Hahahahahahaha! Luculah.

    Siapa termakan cili, pasti terasa pedas.

    Tulisan agak relevan dengan keadaan kebanyakan blogger.

    *5 bintang*

  122. bardboo says:

    nak gelak baca entri nie..hehe..

    yg org duk tulis pasal artis tu, kena pikir skit..kalo apa yg dia taip di blog tu x btol, dh mcm menyebarkan fitnah la, kan? btol x?

  123. Lucu says:

    Ni macam perli jer? (*_*)

  124. murni says:

    Assalam..
    trime kasih ats tip-tip tersebut..=)
    murni recently posted..Terima Kasih Cikgu!My Profile

  125. zuls says:

    patutlah blog aku tak popular. Aku tak buat tip2 kat atas tu.
    zuls recently posted..SponsoredTweets Terkini Mei 2011My Profile

  126. Milo Ais© says:

    nak popular senang jer..wat blog politik.hari2 hentam sana sini…nati dh kecoh kat akhbar satu malaysia tau..cnfirm popular…tips kat ats memeng best..
    Milo Ais© recently posted..Membaca Al-Quran Ketika Haid Dan BerjunubMy Profile

  127. Mr.PiNGu says:

    hehe.. sy nak jd blogger yg ada pride.. sy xmo paparkan gambo seksi2.. hanya utk larikkan blog.. hehe.. ikut orang la.. sy camtu caranya.. mungkin byk cara lg utk popular dgn cara yg sopan kan? ngehehee

  128. zura says:

    thanks…tips yang bagus utk blogger baru

  129. anis aneesa says:

    salam..err..x stuju yg letak gmbar sexy mexy tu..mmg la kubur len2..tp larat ke kite nk tggung dosa owg len plak sbb ajak owg bwat zina mata..huuu..nauzubillah..

  130. sahrul says:

    KEREN TUTORIALNYA…KUNJUNGAN PAGI GAN…

  131. cikgu azim says:

    tidak ada yg mustahil untuk bergelar jutawan nuffnang :)
    cikgu azim recently posted..Kucing Ditembak 30 Kali Masih Hidup – Hope the CatMy Profile

  132. putra suki says:

    hai, bagus info. sngat berguna.. huhu. :)
    putra suki recently posted..Friendster Kini Berwajah Baru?My Profile

  133. khairil says:

    thanks bro for the info…

  134. BroZooL says:

    wah,ramai yg komen di sini..semua nak jadi terkenal dan ternama..hehe.
    Memang ramai blogger yang buat artikel tentang artis dan berita semasa,tapi bagi saya cukuplah saya buat ikut niche sendiri jer…

    Pa2pun..thanc bro atas tips ni..

  135. Orandableg says:

    Lak.. tips yang pertama dah aku buat kat blog aku. Tapi trafik blog aku lengang je, mcm jalan kampung..

    Hari ni aku makan sambal belacan. Pedas.

  136. MEMANG BERGUNA BRO..HEHE…X YAH SUSAH..COPY JE KAT NEWS..HAHA…
    josrevalution2011 recently posted..Cara untuk Menjimatkan bandwidth(Quota) internetMy Profile

  137. PutraRocker says:

    kubur kata mari..
    PutraRocker recently posted..(HOT) Hukum Wanita Letak Gambar Dalam FacebookMy Profile

  138. selalu gak copy paste berita dari harian metro, gossip artis pun ada walaupun x byk, saya lebih suka berkongsi ilmu tapi tetap nk raih pendapatan sampingan melalui penulisan blog ini

  139. Jadikan blog medan perjuangan dan ilmu yg sewajarnya.

  140. abgteror says:

    memang susah nak naikkan blog nie……kalau la semudah yang orang sangka kan best…… sememangnya mesti memerlukan usaha yang lebey kan?
    abgteror recently posted..SENARAI TOP BLOGGER MELAYU EDISI OGOS 2011My Profile

  141. aku konfius dgn artikel ni. artikel tips ke artikel sentap? haha.

  142. akuzle ayu says:

    mcm klaka laa plaks. sinis pom ado. terpulang pd niat memasing kan?

  143. iman says:

    info menarik :D

  144. Zaini says:

    Padat dan pedih. Siapa makan cili, pandai-pandailah cari ais..hehehe. Nice job bro!

  145. Alan Rizque says:

    Memang pedas dan panas..
    Alan Rizque recently posted..Politik itu kotorMy Profile

  146. fnd says:

    Tak feel langsung buat kerja gini,kahkahkah
    fnd recently posted..SimplicityMy Profile

  147. ciksembang says:

    mula2 saya baca entri ni dengan serius, dan tak minat dengan main klik2 nuffnang sbb pada saya it is not a legitamate business, tapi bila baca 2 kali.. macam tak percaya je dengan tips ni datang dari blogger otai affan ruslan..
    ciksembang recently posted..Lepak MalamMy Profile

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge