Banyak blogger, banyaklah ragamnya.

Selamat hari Selasa. Sekarang ni tengah busy, minggu ni ada 3 midterm jadi mungkin tak dapat nak update banyak-banyak. Lol. Walaubagaimanapun, saya dah cuba amalkan tips sebelum ini, boleh baca Tips Berblog Bagi blogger yang sibuk. Hasilnya? Alhamdulillah dah ada 9 entry yang sudah ditaip dalam handphone. Hehe

Blogger semakin bertambah

Memang tak boleh dinafikan lagi, bilangan blogger semakin bertambah. Kalau 2 3 tahun lepas, mungkin ramai yang tidak tahu apa itu banyak, tak macam sekarang! Dulu blogger mesti kenal satu sama lain, sebab komuniti blogger masa tu kecil tak macam sekarang. Entah-entah dah berpuak-puak macam Aman cakap:

blogger Malaysia

Komen dari tulisa Al-Ridha yang bertajuk Blogger 2008 dalam kenangan.

Ragam 1: Geng klik-klik nuffnang

Kes lama. Main klik-klik Nuffnang, sampai semua orang dapat email amaran Fraud Click! Maknanya dah kritikal sangat time tu. Sampai ada yang buat geng klik-klik. Sekarang? Geng klik-klik HeartBeat. Best ke? Serius, kalau ikhlas menulis, duit yang kita dapat tu lebih bermakna dan korang akan lebih puas hati. Dulu siap ada bloggers kantoi menipu klik-klik lagi di blog ni, kalau tak percaya cuba baca entry Sejak Bila Blog ni ada iklan. Hehe. (masa tu tak pasang nuffnang)

p/s: ada blogger cakap boleh main klik-klik Heartbeat. Diorang tak faham ke tujuang sebenar sesuatu iklan itu? Mungkin diorang takfaham “the inwritten rules” :)

Ragam 2: Iframe

Isu beberapa minggu lepas. Ambil trafik guna teknik Iframe. Ni lah masalahnya bila ada yang mementingkan trafik semata-mata, bukan lagi kualiti dan mesej yang ingin disampaikan melalui penulis. Kalau ada yang jenis macam ni, lebih baik korang takyah update blog dah, dok diam je tengok counter tu tunjuk angka beribu-ribu. Jadi, di mana seronoknya menulis blog itu?

kujie2

Komen dari Makcik Kujie daripada entry Sila pastikan penggunaan Katakunci yang betul dalam entry!, tulisan mengenai blogger yang menipu katakunci untuk dapatkan trafik.

Ragam 3: Blogger hentam blogger

Ni isu berulang-ulang. Tiap-tiap tahun mesti ada. Bila ada yang kena hentam, mulalah timbul puak-puak yang menyokong dan yang menentang. Bagi saya:

  • Ramai blogger taktau adab menegur. Untuk teguran pertama, cubalah try email blogger tersebut dulu, selesai cara cara baik. Ni tak, terus hentam, siap tak censoredkan sekali nama blogger tersebut. Ingat, semua orang buat salah.
  • Jangan jadi batu api. Bila ada blogger gaduh, mulalah ada yang buat entry macam-macam, macam die pulak yang gaduh. Lepas tu, panggil member-member, tweet-tweet, dah jadi berpuak-puak. Lagi parahlah kalau camtu.

Komen & Pandangan

  1. Seperti amanz katakan.blogger sekarang dah ramai.ikut puak masing-masing.
    ada blogger tu buat blog kerana berblog sesama kawan.tak takut ke jadi
    fraud click nuffnang.

    berblog menggunakan blogspot.blogger jenis berblog hanya sesama mereka yang menggunakan blogspot.cara berblog menggunakan blogspot tak sama dengan wordpress.jadi pengguna blogspot tu kalau nak backlink melalui komen.
    sila gunakan comluv untuk letak entri terkini dan backlink satu link pun jadilah.

  2. “Dulu blogger mesti kenal satu sama lain, sebab komuniti blogger masa tu kecil tak macam sekarang.”

    Alamak, aku blogger dedulu gak, tapi tak kenal gak antara satu sama lain, huhuhu… tak tergolong dalam komuniti blogger aa kot erk… hehehe… :)

    “lain padang lain belalang”, “rambut sama hitam, tapi hati dan penulisan lain-lain”

  3. sgt2 lah setuju weh dgn entry ni, b4 ni pon i ada buat entry lebih krg mcm ni, wlpon i dgn HB bru je stahun berblogging, tpi ktrg mcm puas hati kalau org dtg blog ktrg utk membaca, bukan sj2 dtg nak follow ke apa, kalau org dtg blog kte lepas tu drg suka baca entry kte, itu perasaan yg plg best lah, sbb penat lelah kte mengarang berjaya, kalau setakat nak kejar traffic nak buat apa, tak ke mana pon, tapi kalau isu berpuak2 tu mcm susah sikit kot, sbb kan ramai dah blogger, kalau semua nak berkawan mmg susah, sbb kat uni budak2 course i pon sama, bila dah ramai, takkan la semua org kena satu geng kan, leceh pulak nak pg makan ramai2, course yg sikit org, mmg senang, semua satu geng. faham tak maksud yg i nak bg ni?mcm berbelit2..haha..

    • betul, rasa seronok kan kalau ada orang yg sudi komen.
      Alhamdulillah.

      Faham2. hehe

      Pasal berpuak2 tu, takde masalah. Cuma yang tak bestnya, bila ada gaduh2 nanti, puak sendiri pun turut sama nak sibuk hentam blogger lain. Hehe.

  4. Dah layu dan lunyai dah bab blogger ni….masing2 ada ragam tersendiri.

    Terus terang, kadang2 ramai yg keluh kesah, rasa kecewa kenapa orang tak kawan dgn dia, kenapa org tak pi blog dia, kenapa orang tu sombong dgn dia..kenapa blogger tu buat itu buat ini….

    Majoriti nampak di luar sana penyebab mengapa dia tidak berjaya sedangkan berblogging adalah datang dari diri sendiri – bukan kena paksa pun macam pergi sekolah.

    Kita yang suka rela nak berblogging, jadi kenapa nak salahkan orang tu orang ni?

    Dah bertahun2 ni, korang ingat Kak Jie pun tak ada blog yang suka yang tak berapa suka? Mesti ada, kan. sebab kita manusia hidup mengikut keselesaan tersendiri.

    Tapi, pernah nampak Kak Jie dok mention seluruh alam tak suka org tu tak suka orang ni?

    Simpan dalam diri sendiri , cukuplah..itu perkara2 negatif

    Cari perkara2 positif yang boleh kita dapat dalam berblogging…. positiflah yang kita jumpa.

    Kalau cari yang negatif, semestinya jumpa yang negatif….yang ni berlambak ada , boleh create 1001.

    erk..kena stop…kang membebel sampai bumbung rumah pun dah panas!

    • Amik ko! sekali Kujie dah bebel.. tapi memang betul …tiada siapa yang paksa…kita tulis orang baca…orang suka dia datang lagi.. tak suka nat wat camana?

    • Betul.
      Tak semua blog yang kita tak suka, kalau tak suka tak yah lah nak heboh2kan kat orang. Hehe

      ps: erk, takpe2, komen yang panjang digalakkan hehe

      • Kalau tak suka…paling mudah, klik saja butang pangkah..kalau rasa ada yg boleh sama2 kita nasihat..nasihatlah melalui email ke tuan empunya blog..jgn pula kita keber ke hulu ke hilir..

    • betul tu..
      yang biasa jadi masaalah bila blogging semata mata kerana duit, dan langsung tiada minat sebenarnya…
      Ps: jangan ingat kita burukan orang orang akan anggap kita baik silap silap time tu jugak orang meluat kat kita

  5. Huhu…. nak jadi blogger kena kewl lah kan… aku rasa niat asal nak berblog tu mustilah baik. kalo niat tu mmg nak duit, isi blog dan hubungan antara blogger rasanya tolak tepi dah…

    just my 2 cent jer :)

    • betul, kena cool jugak nak jadi blogger ni.
      jangan baru kena tegur sikit, sampai marah2 buat entry.
      pastu mula lah org lain heboh2, huru hara jadinya

  6. alamak, start blogging since hujung 2005, time tu xramai pun, bolehlah saling kenal-kenal, pusing-pusing jumpa blogger yang sama, skrg nie memang dah banyak blog tumbuh bagaikan cendawan, memang ada ramai yg akak tak kenal, maybe ada jugak betulnya, berpuak-puak kah??

    Pasal Hearbeat tu ada jugak terbaca, siap dengan tutorial segala. akak xfaham sangat dengan heartbeat tu…baca pun blur sebab tak amik kisah…ehehe, berblog sebenarnya bagi akak adalah satu hobi dan 1 kepuasan bila akak dapat lahirkan entry dalam blog :)

    • hehe. heartbeat ni mungkin baru lagi kot, malas pulak nak cuba hehe.

      biasalah tu, ramai sgt sekarang ni blogger, yg mana bertegur sapa tu kenal lah, yg tak bertegur sapa memang tak kenal hehe

      ps: eh lamanya, sejak 2005 ye?

  7. Bab yang puak2 tu no komen la… aku pi blog tu, ada geng dia, pi blog ni ada geng dia.. masing2 dijadikan idola.. Masing2 nak tunjuk “Oh, akulah hero kepada orang lain kerana aku ramai followers”.. Dan pengikut2 pun memuja2 hero dorang, walaupun benda yang disampaikan hero dorang tu kadang2 tak berapa nak betul.

    Masing2 menggunakan prinsip Blog aku sukahati aku la…LOL

    Berkenaan isu bergaduh sesama sendiri dengan cara membalas entri tu, aku tertanya2…apa yang aku dapat bila baca benda2 macam ni? Di mana ilmiahnya? Yang aku dapat tengok ialah komen2 berunsur kesat, berbentuk cacian, berbentuk menyokong benda yang tak berapa nak betul, dan benda2 yang boleh membuatkan aku tersengih2…

    tersengih pasal apa? pasal melihat tiada kematangan dalam berblogging.. Last2 aku pergi aku gelakkan ajer dalam komen tu

    nak kata aku ni matang tu idak le….

    Lulz

  8. salam..
    tahniah krn berjaya update jgk..huhu
    bkn semakin ramai blogger makin byk ragam, tp selagi bernama manusia, mmg byk karenahnya krn blogger juga adalah manusia :D

    • Wa’alaikumsalam.
      hehe. busy betul minggu ni.

      biasalah tu, blogger adalah manusia juga.
      cuma entry ni hanya fokuskan pada blogger je, memang macam2 ragam dapat kita tengok

  9. yup..yp.. nanti nak tegur la sorangblogger tu…
    nama dia Affanruslan… dia suka gelak sumijelly…..hahahaha

    tapi memang pun… nak membina memang payah.. nak menghapus amat senang…
    fikir2kan la tujuan asal untuk berblog..bila tak capai target g marah2 pulak..dah sendiri buat hal.. apa kes nak marah org…
    eh..ter ‘emo; lak…hehehe

  10. oo.. ade gak ek geng klik2 heartbeat.. patut la hr tu ade yg drop komen kat blog aku pastu btau dah klik heartbeat..

    bagi aku benda camni takkan berhenti berlaku sebab blogger sekarang ramai yang ghairah sangat nak buat duit.. tapi masing2 nak guna cara yang mudah..

    pasal hentam blogger lain tu pun skang ni banyak sangat berlaku.. tapi yang sedihnya sebab semuanya blogger melayu.. rasanya tak pernah pulak dengar kontroversi blogger kaum lain bergaduh sesama sendiri..

    btw.. entri ni bagus untuk peringatan semua.. walaupun bukan mudah nak berikan kesedaran.. matlamat tak menghalalkan cara..

  11. Geek Malaya a.k.a Jebat Malaya

    No komen… sbb aku pun salah seorang daripada apa yang affan critakan.. Tapi ambo x dok geng… ambo kawe ngan semuo.. hok yang wak ambo annoyying tu yang ambo x suko tu.. hok yang x psal2 block ambo dari fan page dio tuh.. hok tu ambo saket hati sangat eh.. tapi nok wat gena, doh hok dio, ambo timo gak la…

  12. kebanyakan blogger yg baru ni buat blog sebab kawan pun ada blog, sebab nak daptkan duit, sebab nak kejar nama.. huhuu.. sebab tu la banyak blog baru. macam kawan sya pun cm tu, buat blog sbb syok tengok kawan ada blog. tpi padahal dia sndiri pun tak tahu blog tu macam mana. kesanya, dah buat 2,3 entry, lepas tu trus senyap tak bernyawa blog tu..

  13. masa dulu, internet ni takde la ramai sangat penggunanya. bila internet tu dah jadi sumber maklumat utama, memang mencanak2 la naik dunia blogging ni.

    saya pun baru 2 tahun lebih jadi blogger. boleh dikira newbie lagi la kan. haha

  14. komen kak jie besttt!=)
    sangat2 setuju dgn entri ni..feel nak blog skrg dah tak macam dulu.
    skrg ni,skit2 ade je blogger sini hentam sana..yang sana hentam sini..*annoying ok..adess..

    nak jadik mcm dolu2 la..silent blogger..asal gumbira..=)

    • hehe.
      ramai betul suka komen kakjie ye.

      ps: jadi silent reader bagus jugak. kalau tak puas hati dengan pendapat blogger lain, simpan sendiri je. tak perlu lah siap buat entry, pastu geng2 pun support buat entry, last2 kacau bilau

  15. Wah.. Meriahnya dunia blogger sekarang ngan mende2 negatif sebab tercabut dari tujuan asal berblog.. bab puak2 tu Jai ada sokong sikitlah sebab terang2 blh nampak dan buat2 x nampak.. :) Yang penting, kita x kacau org, org jgn cuba kacau kita.. :)

    • Hehe. biasalah tu kan, blogger tu manusia.
      saja tulis entry ni, nak fokuskan pada ragam blogger je hehe.

      ps: betul, jangan kacau org kalau taknak kena kacau

  16. sekarang dah macam ragam, entahlah, ramai sangat blogger kt malaysia nie, makin hari makin bertambah, masing2 nk kejar trafik. apepon aku lebih suka blogger dulu2, memang best !

  17. pertambahan bilangan memang tak boleh nak disekat
    pertambah geng juga ikut selari pertambahan bilangan
    kita pula cuba sebaik mungkin tidak mengusik menyakat
    yang buruk kita buang, yang baik sama2 kita ‘makan’

  18. bagi geng klik2 and follow2 tue…biasanya adik2 yang baru kenal blogsphere…diorang tengah seronok menulis..tgk duit kat nuff bertambah…dan ramai follower…kita yang dah biasa dengan hal ini, jangan mudah melantun…nasihat or leave it~

    nanti lama-lama mereka akan sedar semula…mmg nampak annoying but lagi annoying bila yang dah lama2 nie maki hamun sumpah seranah…tak syok lah macam tue…ye dak?

  19. hello, this is my personal opinion. blog is for everyone. semua orang boleh buat blog and it is up to them untuk org tu berada dalam sesuatu team or not. sesetgh org bukan sombong atau berpuak puak. macam aku sendiri, aku tulis blog sekadar suka suka. u like it, u read it, else, abaikan. ada aku kesah? Nak bergeng2 dalam blogging? Yang aku kenal cuma kawan aku yang ada blog. it is not about berpuak-puak. x semua orang sama. macam kes kalau ada facebook, ada yang jenis suka je approve n add org, ada yang cuma approve or add yg betol betol. kenal.benda tu adalah privasi masing-masing. waktu kita buat blog, tak ada rule or regulation cakap kita mesti ada parti dan puak blog. tak ada peraturan yang cakap kita mesti ada geng dalam belog. itu adalah hak masing-masing.

    • thanks for your opinions.
      memang takde rules, tapi cuma tak berkenan bila ada kes blogger hentam blogger. satgi geng2 die pun nak sibuk2 hentam.

      kalau baik je semua tak de masalah, blogger dah ramai, pandai2lah berkawan

  20. setuju tuh, tapi biasa la, adat sesama manusia, mesti ada yang tak puas hati. dan aku tengok kebelakangan ni banyak hang printscreen, takut aih macam ni komen2 dengan kau kat FB..ekeke

  21. mathematical equation : kontroversi + populariti + hot story = traffic ( more income ).. aku pun masih baru,tak berada di zaman2 blogger2 lama bertapak.. hmm,tulis pasal diri sendiri je la selamat & senang hati.. hehe

  22. aku baru je menceburi bidang blogging ni… masih berhingus hhehe..kalo aku rasa nak komen aku komen je..kalo rasa nak singgah maka aku pun singgah hehe

  23. gua paling benci kat blogger yg tipu traffic…konon2 jerit kat cbox, padehal hampehhh…skg ni gua nk b/w ikut suke hati jer…
    Alhamdulillah rasanya sejak guna ishout tu…kurang sikit yg menipu.

  24. yup.. setuju sgt2. skang ni ramai blogger yg mcm dah terpesong je tujuan ada blog ni. hopefully sy akan terus berada pada landasan yang betul dengan tunjuk ajar dan panduan drpd blogger2 yg btol2 ikhlas. amin..

  25. yoy

    hehe..ragam 3 baru aku pos smalam..rupenya da dibincangkan di sini..saket mate gak bile bnyak sngat nak gadoh2 ni..mkn gado2 lagi best..:)

  26. betul2. sy rindu zaman blog dlu2 means sekitar 2008-2009. b4 tahun tu jd silent reader saje. skang blog yg jd pilihan yg striking2, muka gedabak atas header.penat lah

  27. alaaaa.. affanruslan ni banyak ragam laaa…
    apa kata takyah pikiaq semua2 ni.. jom kita
    pi blueboy.. hahahahahahaha… auww~

  28. saya start blog dari 2008, sbb busan n rasa mcm nak try2 je, sbb semua org asek cte2 pasal blog masing2..
    xtao plak ley wat bisnes tru blog n dapat duit tru advertising, so, xrasa la update blog tu penting..
    then bila da tau pasal bole advertising nuffnag ,cuba2, tapi smpai skang x pernah dapat ape2, sbb jarang update blog —
    at last , my interest is read others blog rather than update mines..
    btw, pasal hentam la tipu2 tu, kalo bukan dlm blog pon, in ur real life, everthing will change.. Malaysia pon, dulu xde KLCC kan, skang da ade..
    so.. think about it.. all in all, i comes from ur heart @ intention when doing something .=)

    • owh dah lama jugak ye.
      saya pun dah lama, tapi dalam tahun lepas baru nak aktif balik hehe

      takpe tak update blog, reading others’ blogs might be beneficial.
      ada org tulis blog untuk kongsi ilmu at the first place, and u have your own rights to read someone’s blog or not :)

  29. itulah dia kata-kata dari seorang yang berpengalaman didalam dunia blog ni yang dibaca oeh orang yang tidak berpengalaman :)
    sekarang ramai sangat buat blog untuk mendapatkan duit. tak salah, tapi biar kena cara.
    kalau dah guna iframe tu…apakah tujuan blog itu dibangunkan?kalau semua buat macam tu.tunggu jer lah pelawat masuk.hmm

  30. ramai org ramai banyak ragam tu perkara biasa…tapi kalau ada yg berpuak-puak tu yg tak best..jadilah blogger yg beretika dan mesra alam.

  31. dunia sekarang ni, org ada blog. dia pun nak ada blog, pastu niat pun dah salah. budget nak share itu ini, padahal nak cari duit semata-mata. memang cari duit tu tak salah, tp cuba bayangkan. baru ja nak wat blog, dah tanya itu ini macam mana nak dapat earnings. hoho, geget gak kang ni. dah ramai blogger, byk la kepalanya. itu ini semua hendak ditambah. tambah satu lagi ragam, bila dah ramai blogger. banyaklah group kat facebook dibuka, member sampai beribu-ribu. kenalnya idak…hai…masalah2….

    • har har.
      pasal group fb tu aku setuju.
      satgi byk pulak notification.
      aku dah try tukar setting pun masih ada notification.
      last2 aku kuar group tu kehkeh

      • notifications kat facebook rasanya memang tak boleh nak disable, untuk email bolehlah. aku redah jerk, jji aku boleh paste url aku kat situ. haha, pastu wat dunno jerk. bro, ko tak pakai wp comment autoresponder ke? nasib baik aku datang balik, tgk ko dah balas komen ke blm. hehe

  32. wallahuallam.. sekarang dengan dulu tak sama dah… kerna nila setitik rosak susu sebelanga, apepun kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi .. macam melodi pulak nieh.. huhu..

  33. punca utama yang EB rasakan lambakan blogger dan blog ialah disebabkan pengiklanan seperti nuffnang dan sebagainya. ramai yang buat blog semata-mata nak dapat income dari pengiklanan macam ni. sedangkan dulu blog dicipta hanya untuk catatan peribadi dan perkongsian pendapat..

    • hehe. mungkin jugak tu, bila dah kuar kat suratkhabar redmummy.com jadi kaya dengan blog, berpusu2 org lain nak buat blog, nak jadi kaya jugak.
      tapi realitinya, bukan mudah.
      ramai yg nak cepat dapat duit, jadi macam2 cara jahat diorang guna

  34. Yang bergaduh dan berpuak-puak ni biasanya geng makcik2, kita yang baru berblog ni pun dipulau, kerana tidak memartabatkan bahasa melayu katanya. Siap buat post lagi mengata blog kami cuma link blog tak diberi, kalau tak dapatlah visitor free…. :) :) :)

    Blogger kontroversi memang boleh cepat popular tapi adakah itu matlamat dan cara yang dicari untuk menjadi blogger popular?

    • haha.
      sampai mcm tu sekali?
      it’s up to you whether you want to write in english or malay language, third class mentality betul!

      if they dont like it, just dont read it. hehe.

  35. Affan, lepas ni selitkan sekali isu vlog. Ada ura-ura mengatakan vlog jalan untuk popular dengan cepat. Ramai dah yang kene hentam. Kui3..

  36. memang banyak ragam, sekarang ni aku tengok ada blogger yang nak mempunyai pengaruh dan nak cari penyokong atas apa yang dia tulis, namun tidak pernah mencuba untuk membina hubungan dengan blogger lain

    bila dah rasa ramai follower mulalah menuduh blogger lain itu dan ini, hentam blogger lain dalam tulisan di blognya tetapi tak pernah siasat ataupun emailkan dulu pada si tertuduh tu (blogger lain)

    dan mereka seronok bila dapat sokongan dari pembacanya, wal hal dulu masa mula nak menjadi blogger kita la yang di rujuk, macam2 pertanyaan di lontarkan…

    panjang kalau nak bebel kat sini, tapi itulah hakikatnya sekarang

    • heheh. tu namanya dah lupa daratan tu, dalam realiti pun memang ada orang macam tu.

      yang tak bestnya bila dah ramai follower ni, cakap apa pun orang sokong. bila nak tegur, kang ramai pulak backup, siap marah2 lagi. dah banyak dah tengok blogger camni

  37. kebanyakan blogger blogspot(BS) kurang mahir mengenai wordpress(WP) sebab tue diorang jarang berkawan dengan pengguna wordpress…rasanya bukan sebab berpuak2…sekadar pendapat sbb kita takkan tahu kalau kita tak sendiri mengalaminya kan…

    macam cik tom sendiri pengguna BS… dulu rasa kekok nak bertegur dengan pengguna WP sbb nampak korang hebat je…rs segan nak berkawan…dan ada yg ckp pulak pengguna WP ni suka pndg rendah dgn BS sbb WP ni biasanya golongan professional…manakala BS golongan biasa…hahhahaa…

    macam2 pandangan la yang ada…kalau bahaskan isu ni memang xhabis cerita…tp kita takkan tahu kebenarannya selagi kita belum rasai keadaan/mendengar pendapat di kedua2 belah pihak kan..peace ^_^

    • haha. betul tu ciktom. saya dulu masa guna BS, hanya segelintir je blog WP yang saya baca. lepas dah guna WP, dah rajin2 nak tegur. tapi tak boleh jugak cakap pengguna WP ni pandang rendah pada pengguna BS, macam cik tom cakap, sampai bila2 pun tak habis isu ni. tiap2 tahun, ada blogger baru, timbul isu yang sama.

  38. Tentang klik-klik iklan ni bukan berlaku di Malaysia shj, dulu adsense yg jadi mangsa.. dan yg memulakannya blog luar dan kita ikut.
    Blogger menghentam ni.. aku rasa tak patut, kalau dah tak suka tak payah lah jenguk dan baca entri org tu. Pastu bidas balik dlm blog sendiri.. huh!
    Blogger berpuak memang ada.. blogger wp cuma pg blog wp, blogger bs cuma pg blog bs.. aku pun tak paham, ada beza ke selain platform yg diguna? Takde apa yg nak dimegahkan.
    Lama2 esok blog ni ada negara2 blog pulak. Ada presiden, PM, menteri dsbnya.

    Entah la..

    Anyway.. nice, thumb up!

  39. aku tak tahu keadaan sebenarnya beberapa tahun yang lepas sebab aku start pun sekitar hujung 2009..time tue aku memang aware pasal nie sebab si Khai tue dok mention dunia blog dah tak sama macam dulu..memang betullah apa yang dia cakap tue..dalam banyak2 ragam kat atas, ragam ke-3 tuelah paling bermasalah..aku tak faham kenapa nak bergaduh?best ke?even kalau tak puas hati pun, macam ko cakap, emel blogger tue, tanya apa masalah, selesaikan secara senyap2..ini tak, mentang2 tak ada bahan nak update blog, pasal gaduh jugak nak dicanang dalam blog tue..adoi

    • tu lah masalah nya, tak nak settle baik2, baru kena tegur sikit, melenting, tulis post.

      satu lagi masalah bila dah berpuak2 ni, dah ramai follower, apa yang ditulis macam tak de salah silap pulak. pastu ramai lah yang jadi baru api.

  40. hahaha..secara jujur..saya sangat tak suke blogger yg berpuak2..yg slalu pegi gathering akan berpuak2 sesama yg pegi gathering je..ni secara jujur la ek..

    penah saya bg cdngan, gathering try la wat aktiviti lain..punyela berlagak deme kata.. “kalau tak penah dtg gathring, tak yah nak bising bg cdgn..”

    what the fish….. berlagak2..eee..tak suke taw.

    • eh? sampai camtu sekali ye. taktau pulak. sbb tak pernah join mana2 gathering. kalau setakat lepak2 kat shopping complex, malas pulak, takde point.

      takpelah, kita berblog cara kita. orang baca tulisan kita pun dah patut bersyukur, walaupun orang tak kenal kita. yang kita mahu adalah isi blog, bukan orangnya hehe

  41. saya pun blogger baru. harap tak termasuk dalam blogger yang nak up traffic cepat. hehe. sebab saya biasanya masuk blog yang saya minat je dan leave comment.

  42. Bak kata pepatah “rambut sama hitam, hati lain2″..hehe

    Yg penting, kita sebagai blogger faham apa yg kita nak smpaikan melalui blog kita…adakah sekadar nak tarik traffik saja? atau cuba memberi informatif berguna?

    Tepuk dada, tanyalah diri masing-masing :D

  43. peh memang macam2 politik berblog ni… namun jadikan yang kurang baik itu satu panduan untuk memperbaiki diri menjadi seorang blogger yang di senangi… posting ini juga dapat menyedarkan dan mengajar di perantaraan baik dan buruk yang ada pada arena berblog itu sendiri….

  44. Junaidiey

    Entry ini menarik.

    dari apa yang saya perhatikan, sememangnya ramai bloggers yang kejar traffic berbanding hubungan silaturrahim sesama bloggers.

    Komuniti bloggers memang merata tempat sekarang ini.
    Kalau isu bloggers berpuak, itu memang tidak dapat dielakkanlah saudara. :)

    btw, jom kita anti geng klik-klik nuffnang. Laporkan terus kepada nuffnang. haha :X

  45. Betul pantun dua apa yang dinyatakan dalam pantun dua kerat yang biasa aku dengar masa zaman sekolah dulu.

    Banyak udang banyak garam,
    Banyak orang banyak ragam.

    Apa yang berlaku dalam dunia blogging ini sama apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Mesti ada suka dan mesti ada yang benci.

  46. hai salam,

    sy suka artikel ni, sebab saya pun baru lepas kena hentam..huhu…i wonder kenapa manusia ni suka sangat cari salah orang dan cari gaduh, padahal tak kenal sesama sendiri…kadang2 sedih jugak tengok sikap dan perangai orang Islam masa kini..huhu..neway, teruskan buat artikel2 best..insyaAllah, saya akan bace…

  47. salam..yup,btowl tu..skrg rmai blogger yg blogging hanya utk kejar trafik dan follower..diowg x kesah pown kalo entry diowg tu x bwak manfaat lgsung pd blogger yg len..mcm hampess…

Tinggalkan pendapat atau komen