Sejak bila blog ni ada iklan?

Saya bingung jap, sejak bila blog ni ada iklan? Cuba cek kat sidebar tu, mana tau ada jumpa. Ketika entry ni ditulis, memang takde lagi iklan dalam blog ni. Sebenarnya bagi yang perasan, dalam blog ni masih ada shoutmix di bahagian bawah blog ni. Dalam dok tengok orang spam, sebenarnya macam-macam perangai manusia dapat kita lihat. Kalau setakat nak promote entry, nak cakap “Hi”, saya tak kisah. Tapi kalau main klik-klik iklan nuffnang ni, macam tak berkenan pulak. “I klik u, u klik I”. Haha.

nuffnang

via: jehzlau

shoutmix_spam

spam_shoutmix

fraud_click

Apa yang hendak di klik?

Sejak blog ini berpindah ke WordPress, blog Critical Angle ni memang dah jadi Ad-free blog macam blog Oh! Islam. Mungkin buat sementara waktu je kot. Tapi ramai pulak tulis dah klik ad, ada kat mane iklan tu?

Rasuah atau Fraud Click?

Rasanya masa dulu-dulu dah ada team yang ditubuhkan main klik-klik ini, kalau tak silap Nuffnanger. Selalunya orang yang klik ads di blog orang lain akan tinggalkan mesej dalam shoutbox dan meminta agar pemilik blog klik balik iklan di blog mereka. Bila fikir-fikir balik, tak ke macam rasuah tu? Tolong-menolong amalan mulia?

Halal dan Haram

Sebenarnya, dalam mencari rezeki, HALAH dan HARAM adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Tak perlu pandang jauh-jauh. Kalau dalam alam pekerjaan, memang rasuah dan politik wang dah jadi barah bagi umat Islam, tapi kalau dalam blogging, fraud click nampaknya dah menimbulkan masalah besar pada advertiser. Baru-baru ni pun rasanya semua yang register dengan nuffnang sudah menerima email amaran daripada pihak nuffnang berkaitan fraud-click ini, jadi kalau masih kumpul duit dengan fraud-click, baik sedekah je duit tu, dan stop berblog.

We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
– asking for blog visitors’ help to click on the ads
– registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
– repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Pada pendapat saya:

Orang yang main klik-klik, lepas tu buat entry di blog “Cheque dari Nuffnang yang ke ..  ” atau “Buffered Earning yang ke …. dari Nuffnang” adalah seorang yang LOSER.

Smile.

Komen Pembaca

  1. bro…shoutbox pnoh~hehehe…
    tp bg krole sal bat en3 tntang cek or BE dr nuff bukannye loser…baik jgk begitu…untuk menaikkan semangat blogger2 yang baru berkecimpung dalam dunia blogging or nuff ni~

    p/s : smuanya dari penerimaan kita jew kan???

    by the way krole suke sgt en3 ni…hehehe…luv ur blog

  2. izan pun tak suka org yg tinggal pesan pasal klik2 ni. sebab kalau nak klik2 tu klik ajelah. tak suruh pun, dgn rela hati.

    **baru perasan belog ni free ads~~ suka n3 kali ni~~

  3. aku memang tak paham orang yang buat gini
    1. dia menipu
    2. dia menipu

    tipu yang pertama. menipu main klik klik.
    tipu yang kedua. menipu orang lain kononnya diorang dah klik.

  4. haha..bl bc n3 ni n komen2nyer rs nk gelak jer..
    i ngaku i pun wat iklan nuff tp x perlu smpai nk heboh klik2 tu..
    blogging tuk suke2 smbil cr info or ilmu br..
    kalo takat nk dpt side income tu x berbaloi kot..gaji tetap kan dh de..
    anyway thanx kongsi info :)

  5. Sebab tu saya tak letak chat box dalam blog.
    nanti jadi tempat spam jer. dah lar komen form sya sekarang ni dah jadi tempat orang spam hari-hari. Kurang widget lebih laju blog kita. Lebih laju blog bermakna google akan bagi kita ranking yang baik sikit dari blog-blog yang slow dari niche yang sama.

  6. Hahaa.. kantoi sudaaa..
    mmg ramai yg sangat “sangap” nak tulis “I klik u, pls klik me back” dan mcm2 lagi dekat chatbox..
    entah ape2 je. nampak sngat tak ikhlas.. entah betul2 klik ke tak.. itu yg kite tak tahu.. hahaaa..

    Cara diorang tu totaly mmg Salah.. boleh dikire sebagai Fraud klik…

  7. itu menipu yang terkantoi
    macam mana dgn blog lain yg betul2 ada nuffnang
    betul ke di klik?

    hehehe…

    ada yang ikut petua dari guru yang salah :p

    • haha. tu pun tak pasti jugak kak jie.
      ada blogger merungut org tinggalkan pesanan dah klik, bila cek balik die kate tak naik pun income.

      sambil merungut, diorg pun tak sedar cara diorg main2 klik2 pun salah.
      dua dalam 1

  8. aku rasa diorg pakai hack kot or just copy/paste.. ada aku baca satu entri pasal hack shoutmix ni.. blog aku dh xde problem pasal benda2 camni mungkin sebab aku guna shoutmix popup dan security lock supaya x kena hack..

  9. mrs jamal

    iyer la..memang x best kan..x seronok bila orang tinggal msg camtu, 1 lg..

    ‘i dah folo u..u folo i jugak tau…’

    lagi haru……..

    • betul. susah kalau side income tu dah jadi macam main income, gila2 nak dapat duit punya pasal.
      ada jugak blogger yang cakap dah follow.
      1. “saya jadi follower ke xx”. Kalau macam ni saya tak kisah. Kalau singgah, suka, saya blh follow blog die pulak
      2. “saya dah follow, sila follow balik”

      senyum

    • myFirdaus

      i really dont like org mcm tuh…. nk pksa2 plak org main follow2… ade gak jenis bgtau; “i already follow google awak… follow sy plak eyh”…. sjak bila laa blog aku ni ade google friend connect…. huhuhu.. pelik2

  10. aku x penah layan spam camtu kat shoutbox, so xde la rasa sakit hati sgt..hehe
    rasanya kalau ade formspring lg sakit hati kot

    yg bestnya blog xde ad, tp claim dah klik ad..haha
    org camni la yg plg frust bila nuff earnings x seperti yg dorg expect

    • haha. betul bro, daripada dapat duit haram. baik mintak mak bapak. walaupun mungkin menyusahkan, lebih terpuji.
      tapi janganlah mintak2 smpai membebankan, mintak duit utk beli ais krim sudah lah. hehe

  11. entri yang menarik. haha.. padan muka yang terkantoi. pasal tak tayang aja nama dorang tu?

    aku nak tambah kata-kata bro affan ni. ~sila lah jadi blogger yang ikhlas, promote jgk blog aku kat sini. haha.. tujuan utama aku jadi blogger sebab nak berkarya dan kongsi ilmu. jom kongsi ilmu fotografi. ;))

    • ok bro. aku mmg baru lagi dlm fotografi. tadi baru singgah baca pasal ISO.

      saja taknak tunjuk nama, nak bg terasa je. kalau nak tunjuk nama, kena tegur dulu secara direct, barulah lebih beradab pada pendapat saya.

  12. Faarihin

    betul tu.. tak suka orang yg dtg blog kita dok sibuk bg tau.. dah click2 nuff ni.. pastu minta kita click dia balik..

    sbab tu skang dah malas nak letak cbox lagi.. hmmm..

  13. haha.. mesti guna yg autoblogwalking lau mcm ni…
    manusia tak habis dengan menipu…
    biar je diorg dengan kerja2 terkutuk tu…
    nak kemana dengan benda2 macam tu kan…

  14. mmg cubaan menipu..
    dorang pakai copy paste jer tu..
    semua shoutbox sama..padahal iklan blog pun x der tulis juga..
    bila buat cam tu, org klik blk iklan dia.. padahal dia x klik iklan org..
    dah la kira fraud klik..

  15. i dh klik u..jgn lupa klik i blk tau…wakakakakka

    ala, aku pun selalu dpt msg camtu..wpun aku tau derang tipu
    blog aku ni baru lg, mana ada iklan dok kuar sgt pun..seminggu sekali iklan nk kuar pun susah..lantak derang la
    aku x kan g masuk blk blog org tu sekadar nk ucap time kasih atau balas klik..sbb serius aku x tau nk klik apa…

  16. mr khamsani

    macam helah kaum Yahudi nak menangkap ikan hari Sabtu..pnh bace?hehe
    semua dunia pny pasal,tapi kalau ikut pon aku rase care nk cari rezeki camtu mmg tak patut la

  17. saya pun sebelum ni tak pasang iklan atas sebab-sebab tertentu.tapi time tu la ramai cakap duk click-click.click apa pun tak tahu la kan. adekah mereka suka mengantoikan diri yang sedang menipu =.=”

  18. masalah2 hanz pun malas dan nak letak iklan nuffnng tapi sekadar suke nak clik2 2 yang malas baik kite jalan kat blok orang kongsi ape yang baik kan.

  19. hurm…nak wat cmner manusia mmg mcm tu…tp omu akui omu dlu cmtu la…masa 2mggu berjinak ngan nuff…tapi tu pn terikut ngan org….lama2 omu malas nak tinggal jejak cmtu….wat naik nyampah jer…cam kemaruk sgt nak ke duit…huhu…omu letak jer iklan…sbb omu xbyk sgt idea nak curah2 kat blog tu….huhu….bagus post ni…menyedarkan omu….tima kasih…xle nk letak jejak shoutmix wat hal…huhu…

    • betul tu omu, belajar dari kesilapan, yang penting duit kita tu halal. ni cari duit sampai sanggup menipu, dah lah gila2 cari duit nuff, baik kerja part time dapat duit lagi byk.

      kalau nak sgt duit, pastikan artikel atau entry mantap2, baru org datang. bila ramai org datang, InsyaALLAH ramai lah yg berminat dgn iklan2 yang ada.

  20. yeah, totally agree..walaupun aku de letak, but its for advertise only..kalau suke iklan/product tu then sukaty la nak klik kan..just for the sake org nak lawat blog ko, nmpak sgt lah xikhlas nak berblogging kan..its our mentality actually..for some, DUIT is everything.

    thanx for the reminder fren ^^

  21. emmm… dulu ada buat gak.
    Tapi macam tak best je n tak pernah dapat pun duit tu lagi.
    Tapi sometimes iklan2 Nuff tu memang menarik kan.
    Memang la Latifah akan click sendiri sebab nak tengok isi kandungannya.
    =)

  22. saiful

    kalau google ads, dah lama kena bans. Aku pasang iklan nuff pun sbg aksesori je,dpt alhamdulillah, x dpt, xda hal.heheh..

  23. erm… mmg x elok pon sruh2 org klik.. bkn x elok tp x best la kn mcm tu. mcm aku ade gk bnde nuff ni tp aku x phm pon bnde ni dr dulu.. so wt dek je.. haha. tp mcm agk x appropriate la kte ckp diorg ni loser. diperingkat awal berblog mcm aku ni mmg tgh dlm fasa explore new things jadi kalau tahu ada bnde2 mcm nuff, buffered earning malah “i follow u, u follow i” ni merupakan satu titik tolak orang nak menulis. pstu semangat nk pegi jenguk page org lain. kalau stakat bw pegi page org cari shoutmix dan exchange link lama2 org bosan nk dtg page kita (page aku la tu… jrg update). lagi satu tak ke rasa berterima kasih sebab diorg ni dh dtg page kita wlupon nmpk la kesengalan sebab blog ko xde adds. nampak sangatlah bw bkn nk baca tp nk tggl link je. tp still klu akulah ada org nk dtg kire ok la. up trafik kn? kalau org yg dh lama berblog ni mgkin x prlu bekerja keras sgt nk up trafik cm kami2 yg baru ni. ade la cara nk up trafik tu tp aku xtau pun.. sbb kdg2 baca entri org cane nk up trafik aku x phm. haha.. ini je la pndpt aku sbb aku pun baru je nk aktif ngn blog ni. pdhl dh staon gk ada blog. wlupon aku x pnah pun sruh org klik2 apa yg patut klu dtg blog aku, tapi still klu aku kt tmpt org2 yg anda mksdkn tu aku akan rasa down dan x smgt nk berblog. apa slhnya bls knjungn n letak link kita je pstu tnda terima ksh org sggh kita klik la apa2. x slh kn? bkn 1 klik tu dpt rm1k pon. bkn rugi pon klik. bape sen je aku rasa BE skali dpt. kdg2 kita dh kt atas terlupe kita pernah gk kt bwh dulu. so jgn cpt melatah n merendah2kn org.. jgn marah ek. ni skdr pndpt aku la… ampun bos!

    • Terima kasih. Aku pun tak merendahkan sesiapa. Aku pun masih di bawah lagi dlm dunia blog ni :D

      1 – Maksud saya dgn loser tu : main klik-klik, lepas tu bangga dapat earning tinggi. Saya tak tuju kepada sesiapa secara direct. Bukan apa, kalau main klik2, tak perlulah bangga. Betul tak. Bukan “usaha” kita sendiri pun, lain lah kalau kita berblogging bermati2 an. Hehe.

      2 – Memang tak jadi masalah nak balas kunjungan dan letak link. Kalau letak link tu, aku rasa nak promote entry. Tak salah bukan? Bukan aku paksa org klik pun. Hehe.

      3 – Hm, bukan apa bro. Aku cuma concern pasal halal haram je. Aku pun bukan baik mana pun, tapi pihak nuffnang sendiri pun dah bagi amaran psdsl klik-klik, siap email kat semua org lagi tu. Jadi benda yang tak baik, takkan nak biarkan. Aku pun takde lah baik sgt.

      *Harap bro tak terasa pasal LOSER tu. Baca balik. Tu seumpama kita meniru dalam exam, lepas tu nak bangga kat mak ayah, “saya dapat dean list!”
      Tak rasa bersalah ke? Bukan hasil usaha kita, tapi kita cakap kita dapat result bagus. Mesti mak ayah akan rasa kita ni dah berusaha keras. Huhu. Lebih kurang macam tu lah :)

      Terima kasih bg cadangan. Aku takde marah mana pun, biasalah tu hehehe

      *Ouch, ko cakap blog aku sengal ye takde blog? Hehe. Aku saja, nak “tengok2″ dulu. InsyaALLAH next time ada lah tu. Aku pun bukan ada duit nak support hosting ni.

      Salam

      • ade ke wt cmtu? tp klu entri dpt BE sll gk aku tgk. kalau klik2 sndri bole ek? aku x brpa fhm halal haram tu sbb aku pun bkn amek port sgt psl nuff ni. macam mana die berfungsi smpy bole jatuh haram tu.

        haha… xdela bukan blog ko sengal la.. aku ckp mmbr yg tulis klik2 tu sengal sebab blog ko xde adds pon nk klik kn. dun get me wrong.. hehe. len kali highlite nama org tu bg ilang terus sbb aku boleh baca lg kot. tacink plak org terbabit nti.

        blog ko smart. ada content. aku suke blog ada content bkn feeling semata-mata. aku suka baca. sebab tu aku baca entri ni. tapi kalau selalu entri tacink aku pun jd mls nk baca. sesekali xpela kn.

        btw aku tgk ko ni cm dh pwr gk la dlm blog2 ni kn. ada masa bole jd sifu aku. hehe..

        • Haah. ramai org dapat BE, jadi aku tak tuduh sapa2 lah, mungkin diorg memang trafik kencang, tak macam aku. so, aku tak nak pertikaikan lah. cuma kadang2 meluat je lah, sbb kalau tulis pasal BE confirm benda yg sama je. Tapi tu hak diorg, sbb setiap hari, mesti ada blogger yg cari info pasal nuff, so diorg dapat lah trafik kot kalau buat entry2 macam tu.

          *owh pasal halal haram tu, pihak nuff dah bg email amaran, tak boleh main klik-klik. Jadi kalau langgar term of servis, duit tu dah jadi haram. Memang diorg dah bg amaran byk kali dah rasanya. huhu. Tujuan ads nak tarik org beli sesuatu produk, bukan nak tarik pengklik. Jadi tak guna lah kalau buat ads, org klik suka2, padahal tak minat pun iklan tu. Hehe. Baik tak yah buat iklan. Kalau main klik2, tak ke menipu advertiser namanya tu?

          owh, ok sori. aku tersilap tafsir pasal sengal tu. hehe.

          *haah, aku rasa pun aku boleh baca. tajam mata ko. haha.

          Biasa2 je aku ni. Noob jugak. Tapi ada lah ilmu sikit2 kalau nak kongsi. Dulu pun guna blogspot gak, skg guna wordpress self hosted, saja nak beralih arah pulak. hehe.

  24. huhu best betul artikal di blog ni.

    nk cri rezeki halal biarlah bertempat..nmpk mcm bkerjasama tp sbnarnya ia mnipu bila main klik2 ni.bila dh mnipu tu duit yg dpt tu faham-fahamlah haram.

  25. aaaaa…. xde plak tgk iklan nuff kat dlm blog ni… saya ada gak daftar nuff… tapi tak besh pakai… 2 – 3 bulan xde apa2 pun… terus tukar… uhuk…

    lama x singgah sini…

  26. eh.. bro.. mane dia shoutmix? dah buang eh?
    hehhehe
    tu la pelik.. klik3… tp iklan xde.. klik ape dia?
    hahhaha.. siap boleh berperang ngan nuff lagi. hehehe

  27. tau xpe.. I kalau jumpe mmg nak geget2 je org camtu.. menipu je kejenyer.. watpe nak suruh org klik2 nuff ni.. biarkan je.. kalau ad yg mmg nak tau diorg akan klik.. xpyh nipu klik iklan tp xbaca pun.,. just nk dpt sesen yg xberkat

Komen Anda

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.