Seronok. Tiba-tiba dapat invitation untuk snowboarding bagi ahli MyMAC. Oh ya, MyMAC tu singkatan bagi Malaysian Students at McMaster University. InsyaAllah kalau segala berjalan lancar, 23 Februari ni dapatlah ber-snowboarding. Sistem universiti di Kanada ni pelik sikit, ada satu minggu cuti yang dipanggil Reading Week. Motif? Nak suruh pelajar baca buku agaknya. Haha. Jadi waktu reading week ni memang waktu paling sesuai nak main snowboard ataupun ski.
Tahun ni kali kedua pergi snowboarding. Tahun lepas first time main snowboard, balik je rumah malam tu terus sakit-sakit badan. Hehe. Tahun lepas pun tak bawa kamera, jadi nak takde gambar nak dimuat naik. Tahun ni harap-harap tak lupalah nak bawa kamera, boleh ambil gambar hensem-hensem. π
Artikel berkaitan, kalau rajin bacalah:
Harap-harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin.
anif
Wahaha.. Aktiviti menarik tu. Ambil gambar banyak-banyak! π
Affan Ruslan
InsyaAllah. Kamera dah beli, harap tak lupa bawa π
klcitizen
wah, belum tengok gambar, dah rasa jeles. π
selamat bergumbira ..
Affan Ruslan
Thanks hehe. Masih dalam perancangan, harap2 menjadi. Lama dah tak main snowboard. huhu
syahrilhafiz
untunglah dok tempat 4 musim..hehehe
kalau aku kan, konfirm pusing sakan lah, lantak la duit tak dak pun π
Affan Ruslan
Takde duit dok rumah je lah hehe. Nak jalan2 kena ada duit sikit, transport kena bayar haha
Lynn
Wuuuu..pandai eh main?*raguragu* hahaha
Selamatlah snowboarding..
Affan Ruslan
Bolehlahhh. Hahah
Affan
<3
Syahbinar
dah teror main ke? Syok tengok orang main snowboarding, walaupun selalu jatuh-jatuh.
p/s: amik la gambar hensem banyak-banyak macam @justinbieber.. kehkeh π
-@pynart-
Affan Ruslan
Hahaha. Tak habis2 dgn JB lagi ke hehe.
Owh ye, first time main tahun lepas sakit punggung. Asyik jatuh je haha
akubiomed
Jangan lupa ambil gambar aksi Snowdoarding. Nak lihat juga kalau ada yang pandai buat backflip. π
Affan Ruslan
Haha. Tempat ni takde tempat nak buat backflip, ramp biasa je. Kalau nak backflip kena g tempat lain lah kut, hehe
jackiekoh
weyhh..g la membaca!! hahaha…ni snowboardg plak…..
Affan Ruslan
Oit cuti la buatpe nak baca buku haha
adele
baguslah Reading Week, kita kat sini Study Week, belajarlah smpai muntah.. π
nak masuk musim sejuk dah ye kat sna..kat Malaysia pun nak masuk musim sejuk jgk..hahaha
Affan Ruslan
Kat Malaysia study weekn tu sebelum final exam kan? Oklah tu, ada masa untuk prepare. Reading week ni kat tengah2 sem haha. Lepas tu takde study week pulak tu, kadang2 ada paper 2 hari lepas last class je haha.
titan
hoho..bilalah aku dapat gi snowboarding ni..
Cyza
Cool. Snow boarding lah selagi mana ada kat situ ye tak?
We’ll patiently wait for the photos and videos (if possible).
By the way, bro, buat Chem Eng ke kat sana? Just wondering…
Affan Ruslan
Haah, chem Eng π Bro chemical engineer ek? Rasanya dulu ada sorg blogger cakap pasal cyza.us ni, tapi lupa siapa hehe
Cyza
Yep, chemical engineer…check out my Chemical Engineering World blog…. That’s my first blog.
Just key in “Chemical Engineer Blog” di google dan lihat SERP. InsyaAllah ada lah kat atas2 tu….
zool
wah terbaiklah boleh snowboarding.. ye lah duduk obersea..
kita ni obersiti je bolehlah.. huhuhuhuhuhuhu..
yas
Time ni la nak tunjuk skill kat mat salleh tu yang org melayu pun bole layan konar dan cilok2 ataih snow bro….hehehe
shraqs
Tak payah cakap banyak… aku dah jeles nih!
tehr
dengar khabarnya salji tahun ni memang luar biasa banyaknya
memang best kan?
Affan Ruslan
Haah, tapi tu kat Europe. Kat kanada tahun ni pelik sikit, kat tempat saya salji turun 2 3 kali, tapi sehari ja. Esoknya dah cair. Tapi sejuk tetap sejuk, bawah 0C.
Juan
serius jeles aku
Norizwan
steady la….memang sangat menarik aktiviti ni….best gilerr….
apaajanews
kat sini tak de salji cuma boleh buat aksi tunggin buyong kat sungai je la he he
kimmie
baca tajuk pun dah terbayang keseronokkannya. selamat berseronok, nnt kongsikan gambar2 yg menarik.
Affan Ruslan
InsyaAllah, harap2 menjadi. Manusia hanya merancang π
ohcikgu
bilalah dapat main snowboard dan salji ni ye..
bardboo
ehem2…reading week ye…bukan snowboarding week…hihi.
Affan Ruslan
Cuti reading week, snowboard sehari je hahah
Amirez
rugi kalau tak cuba snowboard kalau dah duk kat negara bersalji. jeles lak rasanya hehe
Affan Ruslan
Haah, rasa rugi kalau lepaskan peluang. Ski belum pernah lagi, teringin juga nak cuba satu hari nanti kalau ada rezeki
Zida
Bestnyaaaaaaaaaaaa jeles sangat. haha harap2 tahun depan salji turun kat mesir ni. kehkeh (harapan palsu)
arrizz
waa best tuu..reading week?aku rasa more to enjoy week kot..hahaha
Izwan
kau tidur hari2 dengan kamera kasi tak lupa bawak.. letak bawah bantal ke,tepi kepala ke time tidur.. har har har..
azura
snow kat bukit cahaya sri alam je penah jejak dengan icity…wah best affan
mancai
tak pernah merasa lagi… wah seronoknya….
BudakSerius
Best giler nak snowboardng.hehe