Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

Officially Graduated

20/06/2014 Affan Ruslan 21 Komen

Alhamdulillah, baru selesai majlis konvokesyen minggu lepas.

Terima kasih kepada emak dan abah yang sanggup datang ke Kanada untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Alang-alang sudah berada di sini, kami sempat berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik yang berdekatan

1. Niagara Falls

Tempat wajib dikunjungi jika anda ingin melancong ke Kanada. Kira-kira 1jam 30minit perjalanan menaiki kereta dari Toronto. Kami disini selama 3 malam.

Selain itu, untuk lebih feel, boleh naik Hornblower Cruise dimana anda akan menaiki feri yang akan belayar berdekatan dengan Niagara Falls. Dapatlah merasa tempias air daripada falls tu. Jangan risau, setiap orang yang diberikan baju hujan (poncho)

Harga pula $19.95 bagi seorang dewasa.

2. Chinatown, Toronto.

Antara tempat menarik untuk dikunjungi terutamanya jika ingin mendapatkan cenderahati pada harga semurah $1 untuk satu keychain.

Masa haritu mak dan abah sempat borong keychain dan juga fridge magnet untuk diberi kepada saudara mara.

3. Ottawa

Di Ottawa, kami sempat ke Parliament Building, Peace Tower, Byward’s Market and Chinatown. Di Byward’s Market, dapat juga bawa mak dan abah merasa Beaver’s Tails.

Selain daripada tempat-tempat yang disebutkan, kami juga sempat berziarah ke beberapa rumah keluarga Melayu disini termasuk saudara belah ayah yang kini menetap di Kanada dan juga ke rumah ustaz yang pernah mengajar saya di MRSM KKB dahulu.

 

Kategori: Kanada

Komen Pembaca

  1. paeh

    20/06/2014 at 11:27 am

    Yeay! Dah boleh release theme baru!

    Balas komen
  2. Syahril Hafiz

    20/06/2014 at 12:18 pm

    Yeay! Tahniah.. Mohon jangan balik Malaysia. Kalau nak balik duduk setahun sudah, pi sana balik.. Masih muda.. Cari pitih dulu di negeri orang hujan emas, negeri sendiri makan batu… Heeee ingat… Ikut mcm anak Cina semua kerja keras kat luar. Haha Baru senang hati mak ayah :)) #untungah

    Balas komen
  3. Hafiz Rahim

    20/06/2014 at 12:28 pm

    Tahniah bro. Selagi ada peluang stay lah kat sana. Hehehe

    Balas komen
  4. ATA

    20/06/2014 at 2:23 pm

    Tahniah Bro! 🙂

    Balas komen
  5. akubiomed

    20/06/2014 at 2:33 pm

    Tanniah bro, Lepas ini ke mana kita?

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      23/06/2014 at 10:53 pm

      Sedang mencari kerja 🙂

      Balas komen
  6. Muaz

    20/06/2014 at 6:35 pm

    Dropby..

    tahniah boss.

    Balas komen
  7. Azri Johan

    20/06/2014 at 6:39 pm

    Beribu-ribu tania bro! Memang awesome grad kat negeri orang 😀

    Balas komen
  8. zai zamree

    21/06/2014 at 2:52 pm

    tahniah…sonok mak pak leh p jln2 sn

    Balas komen
  9. muhammad fakhruddin

    30/06/2014 at 8:34 am

    Tahniah orang Kanada!

    Saya pun tunggu graduasi juga, dah sampai Malaysia ke la ni?

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      30/06/2014 at 10:49 pm

      Thanks.

      Belum, sedang memperbaharui passport. Dah siap nanti baru plan nak balik bila. Hehe

      Balas komen
  10. Izwan

    01/07/2014 at 8:04 am

    sekarang puasa kat negara orang ke cane?

    tahniahhh!!!

    Balas komen
    • Affan

      02/07/2014 at 4:09 am

      Haah bos. 17 jam je puasa haha

      Balas komen
  11. Anas

    08/07/2014 at 10:49 am

    Nak ucap tahniah tak terhingga kepada bos

    Balas komen
  12. SEMUT

    09/07/2014 at 8:10 am

    Alhamdullillah.
    Tahniah!
    Bukan senang mendapat peluang belajar di negara orang…
    mengenal budaya orang.
    Harap semua pengalaman tu dijadikan panduan meniti perjalanan hidup…

    Balas komen
  13. Hazmin Hamudin

    10/07/2014 at 8:51 am

    Tahniah bro. Lepas ni boleh masuk alam pekerjaan pulak.

    Balas komen
  14. Lynn

    22/07/2014 at 12:44 am

    next entri mana next entri?

    Balas komen
  15. Iskandar

    03/08/2014 at 3:43 pm

    Tahniah! woooo, untungnya dapat jalan jalan kat Niagara Falls. aku ni bila la nak dapat sampai.

    Balas komen
  16. faisal

    10/08/2014 at 2:53 pm

    Aku tempat2 menarik Malaysia pown banyak lagi x pergi…..dengki orang melancong jauh2

    Balas komen
  17. yusri

    15/08/2014 at 3:03 pm

    tahniah brother!
    Wow!Menarik sungguh tempat2 di sana…bila lah agaknya boleh sampai…huhu

    Balas komen
  18. Amirul

    11/10/2014 at 1:56 am

    Tahniah tuan besar 🙂

    Balas komen

Balas komen Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (36)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Hakcipta Terpelihara © 2021 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework