Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

Emel Daripada Seorang Ustaz Kepada Anak Murid

06/02/2013 Affan Ruslan 17 Komen

Learning

Lama betul tak update blog. Hehe.

Tiba-tiba, minggu lepas saya dapat emel daripada seorang pembaca blog ini, bertanyakan pasal Kanada. Rasanya ini bukan pertama kali orang emel bertanyakan pasal kehidupan di sini, selalunya berkenaan makanan, tempat tinggal, cuaca dll. Tapi kali ini emel ini datang dari seseorang yang istimewa, seseorang yang pernah mengajar saya suatu ketika dahulu.

Salam Affan,
Ust kenali affan melalui blog,  mengikut maklumat affan skrg belajar di Toronto Kanada. dan pernah belajar di MRSM Kuala Kubu Bharu.

Ust ingin berkenanalan dengan affan dan mendapat maklumat tentang Toronto Kanada. Ust akan pergi tronto pada bulan jun nanti utuk tempoh 2 tahun. Dulu ust juga pernah mengajar di MRSM KKB 2002-2004.

Emel yang sangat ringkas. Di penghujung emel turut disertakan nama pengirim:

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwah Drp:

***************************************************

~Ust Jameer Kodiang

Pensyarah Pendidikan Islam, International Baccalaureate, Kolej MARA Banting.

Tel : 012-xxxxxxx / Email: xxxxxxx@yahoo.com Facebook: xxxxxxxxx

Konfius. Ni Ustaz yang mana satu ye?

Daripada alamat emel yang disertakan, saya cuba cari di Facebook. Jumpa! Kebetulan beliau gunakan gambar sebenar sebagai Profile Picture di Facebook, jadi senang nak cam muka.

Kalau tak silap, beliau pernah ajar saya untuk subjek Bahasa Arab di MRSMKKB dulu. Kalau tak subjek Arab, mungkin Subjek Pendidikan Islam. Mungkin Ustaz pun tak berapa ingat saya, sebab masa beliau di KKB, saya masih kecik lagi, Tingkatan 1 atau 2.

Lalu saya membalas emel tersebut, dan menjawab beberapa soalan yang ditanya. Kedatangan beliau ke Kanada adalah kerana isterinya yang akan membuat fellowship di salah satu hospital kanak-kanak di Toronto. Beliau dan isteri, bersama 3 orang anak akan menetap di Kanada selama 2 tahun.

Sebagai bekas pelajar, walaupun dulu tak rapat, terasa tanggungjawab untuk membantu sebaik mungkin. Harap-harap permohonan VISA tiada masalah. Sekarang nak mohon VISA leceh dan ambil tempoh masa yang agak panjang memandangkan pejabat kedutaan Kanada di Kuala Lumpur dah ditutup dan semua urusan permohonan VISA terpaksa di buat di pejabat mereka di Singapura.

 

Semoga berjumpa pada bulan Jun kelak. InsyaAllah.

Kategori: Kanada

Komen Pembaca

  1. Hafizul

    06/02/2013 at 1:23 pm

    Hehe..untung ust tu ada anak murid yang baik hati macam ni..hehe

    Balas komen
  2. azrijohan

    07/02/2013 at 6:47 am

    🙂

    Balas komen
  3. cikgu naman

    07/02/2013 at 10:43 am

    wah…rezeki ustaz tu 😉

    Balas komen
  4. Sharafie

    07/02/2013 at 2:11 pm

    semoga semuanya dipermudahkan..MRSM Kuala Kubu Bharu?? saya pernah main bola tampar peringkat daerah kat situ kot tahun 2003..hehe ke sekolah sains..adess tak ingat dah..lama sangat..

    Balas komen
  5. Aya

    07/02/2013 at 8:45 pm

    Ini kira macam jejak kasih gak ni dengan cikgu lama.. 🙂

    Balas komen
  6. akubiomed

    08/02/2013 at 3:14 pm

    Untung Ustaz yang pernah mengajar bro Affan. Harap dapat membantu melincinkan perjalan beliau ke sana.

    Balas komen
  7. yusri

    10/02/2013 at 6:49 pm

    insyaAllah…semoga ikatan ukhwah dapat dijalinkan serta dipermudahkan segala urusan…

    Balas komen
  8. Katak Comel

    12/02/2013 at 10:17 am

    wah..
    cikgu sndr bce blog ko..
    ahaha

    Balas komen
  9. muazfaris

    14/02/2013 at 4:15 am

    dah tau la sapa nak kena contact lepas ni bila gi toronto.. haha..

    nanti aku bawak sekali anak bini.

    Balas komen
  10. Kaki Kencing

    17/02/2013 at 3:39 pm

    wah..
    bertemu kmbli di dnia blog..
    ungla

    Balas komen
  11. muhammad fakhruddin

    22/02/2013 at 9:05 am

    Memang lumrah orang akan cari ‘contact person’ kalau nak datang negara orang. Kalau kenal rapat boleh kirim barang sekali hihihi

    Balas komen
  12. Capo Grande

    22/02/2013 at 10:57 am

    masa untuk berbakti kepada guru pasti akan tiba…jadi guru2 kena lebih ikhlas..among thousands, one will sure repays you right??

    Balas komen
  13. titan

    26/02/2013 at 3:44 pm

    pehh..dia ingat lagi ko tuu..

    Balas komen
  14. BeritaKaki

    22/04/2013 at 10:01 pm

    wah betapa powernya anak muridnya..hehe

    Balas komen
  15. Hairul Azni

    25/04/2013 at 2:02 pm

    Untung ustaz tu ada bekas anak murid di luar negara.. 🙂

    Balas komen
  16. Rina

    25/06/2013 at 1:10 pm

    semoga segala urusan dan pertemuannya dengan anak murid anda di Canada berjalan lancar 🙂

    Balas komen
  17. shortseacongress

    04/02/2014 at 5:19 pm

    selamat berhati2 di Toronto pak ust….sebarkan syari’at Islam di Kanada..
    restuku menyertaimu..

    Balas komen

Komen Anda Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (36)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Hakcipta Terpelihara © 2021 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework