Assalamualaikum,
“Ramai orang tidak tahu apa itu Ummul Mukminin”
Ummul Mukminin merupakan gelaran khusus bagi isteri-isteri Rasululllah SAW.
“Nabi itu ( hendaknya) lebih utama bagi orang Mukmin dari diri mereka
sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka….” (al-Ahzab: 6)
Justeru, ayat ini menjelaskan bahawa Ummul Mukminin membawa pengertian ibu bagi seluruh umt Islam yang beriman.
Siapakah Ummul Mukminin?
Sejarah mencatatkan terdapat seramai 13 org Ummul Mukminin iaitu:
- Khadijah binti Khuwailid
- Saudah binti Zam’ah
- Aisyah binti Abu Bakar
- Hafsah binit Umar Al-Khattab
- Umm Habibah Ramlah binti Abu Sufyan
- Hindun Umm Salamah binti Abi Umayyah
- Juwairiyah binti Harith
- Sufiah binti Huyai bin Akhtab
- Maimunah binti al-Harith
- Zainab binti Khuzaimah
- Asma’ binti al-Nu’man al-Kindiyya
- Amrah binti Zaid al-Kilabiyyah
Sungguhpun demikian, terdapat pendapat kedua yang mengatakan bahawa Ummul Mukminin adalah seramai 15 org. Namun demikian, pendapat kedua ini tidaklah bertentangan dengan pendapat yang pertama kerana pertamabahan yang kedua itu termasuk hamba sahaya Rasulullah SAW iaitu:
- Mariyah binti Syam’um al-Qibintiiyyah
- Raihanah binti Zaid al-Quraziyah
Keistimewaan Ummul Mukminin
Ummul Mukminin merupakan antara golongan yang sangat istimewa;
“Hai isteri2 Nabi, kamu sekalian tidalah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa” (al-Ahzab: 32)
Keistimewaan 1: Mendapat ganjaran yang berganda dan rezeki yang mulia
“Dan sesiapa di antara kamu sekalian (isteri-isteri) tetap taat pada ALLAH dan Rasul-Nya dan mengerjakan amal yang soleh, nescaya kami memberikan pahala kepadanya dua kali lipat dan kami sediakan baginya rezeki yang mulia.” (al-Ahzab: 31)
Keistimewaan 2: Taat kepada ALLAH dan Rasul
“Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sakalain mengingini kehidupan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mu’tah dan aku ceraikan kamu dengan yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) ALLAH dan Rasul-Nya serta kesengan di negeri akhirat, maka sesungguhnya ALLAH menyediakan bagi sesiapa yang berbuat baik dinataramu pahala yang besar.” (al-Ahzab:28-29)
Keistimewaan 4: Kedudukan mulia di kalangan manusia.
Allah SWT memuliakan kedudukan para Ummul Mukminin dengan meletakkan garis panduan kepada sesiapa dikalangan lelaki ajnabi yang hendak berurusan dengan mereka.
“Apbila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada merka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (al-Ahzab: 53)
Keistimewaan 5: Kedudukan sebagai ibu bagi orang2 yang beriman.
“Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (oula) mengahwini isteri-isterinya selama-selamanya sesudah baginda wafat. (al-Ahzab: 53)
Sumber: Majalah Anis, Julai 09
Komen Anda