Nampaknya bila bilangan blogger semakin meningkat, ada satu fenomena kurang baik yang muncul. Pertama, entry copy paste, yang keduanya adalah entry sama yang terlalu banyak. Cuba bayangkan, blogwalking di 50 buah blogger, 30 entry yang sama. Tak payah pandang jauh, tengok je masa Anugerah Juara Lagu 25 yang lepas, lepas habis je AJL25, berpusu-pusu orang nak buat entry pasal AJL25. Tips ni mungkin berguna bagi sesetengah orang, tapi kalau yang jenis macam kat bawah ni mungkin tak perlulah baca kot tips ni. Hehe
- “Saya tulis blog suka-suka je”
- “Blog aku, suka hati akulah nak tulis apa!”
Bagi 2 golongan kat atas ni, tips berikut mungkin tak sesuai lah untuk korang. Hehe
Amalkan SEO
Sebagai seorang blogger, kita kena tau sumber trafik (pengunjung). Secara umumnya, blog kita akan dibaca oleh:
- Blogger lain
- Pengguna Internet
Jadi, kebarangkalian untuk blogger lain membaca blog anda adalah sangat tipis. Mana taknya, ramai sangat tulis benda yang sama. Takkan nak baca benda sama sampai 20 kali, ye tak? Jadi, target visitor perlulah diubah kepada pengguna internet yang lain, dengan kata lain untuk makcik-makcik kat rumah yang tak sempat nak tengok AJL25. Haritu, saya pernah tweet benda di kat twtter @affanruslan:
Seterusnya, macam mana nak tarik trafik dari diorang, jawapannya adalah SEO! Cuba tengok screenshot kat bawah ni, hasil daripada pengamalan SEO yang berkesan:
Jadi Kreatif!
Seseorang blogger mempunyai kebebasan untuk mengulas dan memberi pendapat tentang sesuatu isu. Contoh, pasal AJL. Takkan nak tulis tajuk “Keputusan AJL 25” je, kalau orang yang dah tengok AJL mesti takkan bukak entry tersebut untuk baca. Sebaliknya, gunalah kreativiti dengan kata kunci AJL tersebut, contohnya tulislah berkenaan perbandingan AJL 25 dan AJL 24 ke, dan seumpama dengannya. Sekurang-kurangnya, tulis lah sesuatu yang orang tak boleh jumpa kat suratkhabar, dan ulaslah sebaik mungkin. Betul tak?
Contoh lain, berkenaan kemungkinan facebook ditutup. Mungkin jugak boleh buat entry bertajuk “Kesan-kesan buruk jika Facebook ditutup” dan seumpama dengannya.
p/s: Dapat idea dari soalan di forum gengblogger π
gambar oleh nesca
atie
btul2..ni.org tulis AJL..die pun nk AJL..org tulis FB tutup, yg ni pun nak tulis FB tutup..huhuh
Affan Ruslan
tu lumrah. ramai orang ingat, blog hanya untuk tulis berkenaan isu semasa. buka minda, macam2 boleh tulis untuk blog, lagi-lagi blog personal. Kalau boleh yang memang niche mengenai isu semasa, memang patutlah tulis isu semasa
Uie
Betul2 setuju2
http://aniesandyou.blogspot.com
just an opinion..
kreatif tu penting..x kira la w’pn entry tu merapu dan meraban..janji x kopipes dr mn2 pihak.. dr situ org akn tahu dan menilai blog kite..
Affan Ruslan
betul. memang tak dinafikan, bukan senang nak jadi kreatif. saya pun bukan kreatif, tapi bila nak menulis tu akan cuba tulis yang terbaik lah kalau boleh. hehe
tehr
masa sekolah dulu join kumpulan pengakap
‘buat habis baik’
hehehe
missnina
lemah lagi bab SEO, kena menuntut lebih skit baru boleh faham.
Affan Ruslan
SEO tak penting pun, cuma bonus π
Yang penting, tulis lah blog dengan gembira.
Hidup Biar Sedap bak kata kakjie, apa yang yang sedap taktau lah, mungkin makan makanan yang sedap kot hehe
Kujie
sedap tu rasa – macam gula
kita kata gula tu manis
macam mana manis tu?
itu tuan blog saja rasa
kalau kita tulis dengan rasa
tulis 2 baris pun rasa puas
p/s – ramai kejar keywords semasa, kak jie tulis keywords yang kasta rendah – carian tak banyak tetapi evergreen sepanjan g tahun…….. saingan pun tak banyak!
naimulfirdaus
owh..
saya setuju ini.
blogging memang the best.
sekalipun saya menulis blog agama yang bagi orang lain sangat bosan dan perlu struggle, tapi saya sangat enjoy blogging.
sedap.
adele
betul jgk.sy jalan2 blog org pun boring tengok entri sama je..
time kasih ats tunjuk ajar..
Affan Ruslan
biasalah, macam tertulis kat atas, pembaca blog terdiri daripada dua golongan, iaitu blogger lain dan pengguna internet.
jadi mungkin diorang target untuk pengguna internet yang lain kot, kita yang blogger ni memang nak termuntah lah. hehe.
ps: ni bukan tunjuk ajar, cuma perkongsian idea je, belum lengkap. ada apa-apa nak tambah?
Izzat Aziz
Memang terang lagi jelas, benda hangat macam tu boleh bawa trafik yang tinggi melalui SEO, tetapi aku tak suka menulis mengikut trend, aku tak suka join bandwagon, malam ni AJL so tulis hal AJL.. aku tak suka camtu.
Tapi aku sedar, kalau aku tak buat camtu aku susah nak dapat trafik.. sekarang pun aku tengah cuba perlbagai cara nak pastikan aku dapat trafik walaupun tidak menulis mengenai perkara-perkara yang ‘hot’ berjaya ke tidak.. tak tahulah π
Affan Ruslan
aku rasa mungkin cara kita sama. aku pun tak berapa suka macam tu, sebab bila aku baca blog orang lain pun aku naik bosan, ni pulak nak tulis kat blog sendiri. hehe.
lain orang lain cara memajukan blog.
aku prefer tulis hal semasa yang orang banyak tak pandang, ataupun pasal isu luar negara, barulah tak tepu dengan entry-entry blogger malaysia. hehe
TheSharkox
ana raffali, ajl, fasha sandha,ana raffali, ajl, fasha sandha, ana raffali, ajl, fasha sandha, ana raffali, ajl, fasha sandha, ana raffali, ajl, fasha sandha,…
arghh…
Affan Ruslan
hehe. ko dari haritu merungut pasal benda ni, samalah aku. hehe.
tapi lain orang lain cara berblog, lantak lah diorang, yang penting aku baca sekali je, yang lain 20 entry sama aku tak baca selalunya. huhu
Kujie
lepas tu ‘terasa hati’ orang tak komen
sudah dia target pengguna internet bukan kawan2 blogger
kita tengok feed pun tak klik
fitri
ade gak tulis pasa ajl..tapi takdela cite pasal pemenang ajl sebab tau dah ramai yg tulis..sape pulak nak baca blog aku kan..so aku hanya bangkitkan sikit pasal kebimbangan freemason dalam ajl..entri tu pun ditulis sebelum ajl stat..
trafik ley tahan la aritu sebab ramai pulak letak keyword pasal freemason dalam ajl 25..hehe..be creative meh..
Affan Ruslan
tu maksud aku bro, pandai lah manipulasi katakunci, jadi kreatif.
bonus, guna SEO sebaik mungkin untuk trafik.
Terima kasih untuk respons tu hehe
little daisy
hmm..freemason dlm ajl. yg lepas2 perasan jgk. tp kali ni punyer pon ader ker? menarik nih…
fitri
kali ni takde..tapi ade unsur filem tron pulak..haha
Affan Ruslan
hehe. tu aku tak pasti pulak, since aku tak tengok AJL
rockinsudu
yup2. betul bro. kene ade kelainan. klaw bukak blog bnyk2 tp entry tu je sape rajin nk bace semua kan
Affan Ruslan
hang lah baca sorang, aku tak mau, baca sekali untuk tau, yang lain2 tu baca untuk nak hafal ke. ehe
tehr
hahaha
mana tau ada soalan ujian akhir tahun
Affan Ruslan
hehe. π
tomato
nice tips nih π
tengs π
Affan Ruslan
sama-sama π
matahari
aku pun bosan tengok benda yang sama. tapi nak wat gimana. nice.
Affan Ruslan
hehe. betul, blog sendiri hak sendiri, lantaklah. hehe. yang pasti aku malas nak baca
Anip
aku pon baru nak belajar seo nie..huhu tips ni menarik.hehe
Affan Ruslan
aku pun masih belajar, belajar slow-slow
nash
aku xreti sangat pasal seo ni..cuma aku selalu ping entri kat pelbagai kelab2 blog dalam fb,retweet,gengblogger,etc..hehehe
Affan Ruslan
tu pun salah satu cara tarik trafik, tapi pada pendapat aku kalau nak buat entry yang ramai blogger tulis, takde cara lain untuk trafik, SEO jugak. Kalau ping2 tu selalunya blogger lain je yang nak baca
syafiq.net
aku kurang minat nak tulis hal popular. macam FB tutup.
aku lagi suka cerita pasa benda yang orang tak terbaca. cerita yang popular orang dah baca kat tempat lain. takkan nak baca kat blog aku lagi kot haha.
p.s aku, orang yang tak reti SEO
Affan Ruslan
betul, sebab tu aku cuba elakkan tulis benda yang kat tempat lain orang lain boleh
Kujie
bukan tak reti ni…tapi beretika, tulis benda2 ilmiah..hehe
syahrilhafiz
hahaha
yang FB tu aku tahu sapa..
oo ko senyap erk main amik screen shot ni
ish2..
tajuk
“Perluke Blogger Mengambil Screenshot tanpa Kebenaran”
kikiki
Izwan
FB ko ke?.. hehe
Affan Ruslan
hehe. bukan.
hati-hati lah fb ko, takut aku main screenshot hehe
Affan Ruslan
sila2 hehe. shh, diam-diam sudah hehe
syahrilhafiz
pergh bahaya..hehe
Izwan
bila affan berbicara tentang SEO.. hehehe..
agak bosan gak bila baca berpuluh2 tajuk sama.. setuju tentang kreatif.. kena ada kelainan, baru ada speciality..
Affan Ruslan
aku bukan pandai sangat SEO ni, sambil tulis sambil belajar kot. hehe.
betul, kreativiti main peranan penting kat sini kalau banyak sangat entry sama
syahrilhafiz
hehe, bagus affan
pratik lebih baik dari melihat..
adamfaiz
isu semasa ni memang tarikan untuk orang buat entry..aku buat je..tapi ikut style sendiri
Affan Ruslan
ikut style sendiri tak kisah lah, ni kalau dok copy paste suratkhabar aku pun malas2 nak baca. kalau rajin baru aku komen atau baca
zul
sebab tu aku x buat entri AJL, aku tau dah mesti ramai yg akan buat!.so, bior aku citer bab lain je..
Affan Ruslan
hehe. bagus lah camtu, dalam blog banyak lagi benda lain boleh tulis hehe π
hazwanha
nice tips..boleh praktikkan
Affan Ruslan
sila-sila
Fitrihadi
aku pun tak tulis bab isu semasa… sebab blog aku tak masuk google search lagi.. better low-profile dulu..adehh disaster tul blog tak masuk google search..
eastbullet
macam mana blog ko bley tak masuk google search lagik? bukan dah lama ke..?
Fitrihadi
memang dah lama.. aku rasa dulu domain tu dah expired..so google buat dari index diorang.. then aku kutip so aku lupa nak buat site-reconsideration.. baru dua hari lepas aku buat.. dan hasilnya semalam aku blog aku baru masuk google.. yeahhh
Affan Ruslan
owh tak settle lagi ke, aku pun tak pasti lah bro
Fitrihadi
dah settle dah bro.. baru semalam masuk google.. hehe π
eastbullet
blog sepatutnya tempat melahirkan insan kreatif, iaitu dengan mengolah isi orang lain dan menjadi isi sendiri. Kalau semua orang menjadi kreatif dalam penulisan, takkan timbul isu entri sebijik. tajuk yang sama mungkin ada. tapi isi yang sama, mustahil.
Affan Ruslan
betul setuju. kalau olah guna idea sendiri, memang isu-isu yang bro sebut tu sangat susah nak terjadi
Yulia Fajrin
keywords itu penting…:D
Affan Ruslan
hehe. tu kalau nak praktikkan SEO.
kalau keywords untuk tajuk, pastikan kreatif, isi pun kenalah selari dengan tajuk hehe
MR.Z
sebab tu kadang2 topic hot ak tak tulis dah.. banyak dah blogger tulis.. ajl25 pun ak tak tulis..
Affan Ruslan
hehe. tu terpulanglah kat blogger tersebut, tapi aku cuba elakkan
suri
nampknya kena pikir utk ajb pula heee..
anif
Menulis tentang topik yang sama memang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila ia berkaitan dengan trend serta isu semasa. Cuma ulasan yang dibuat tu perlu dari perspektif sendiri π
Affan Ruslan
betul, amat-amat-amat-amat-amat digalakkan buat ulasan sendiri, barulah nampak perspektif seorang blogger tu camne
s.y.a.r.q
good idea!!!
saiful
pendapat aku,xjadi masalah nak tulis sesuatu topik yg sama tapi biarlah dari idea sendiri dan menggunakan tajuk yang unik.
Affan Ruslan
betul tu lah maksud aku, olah sendiri. ehe
Hadi Rofiee
Bila beberapa blog memaparkan perkara yang sama, saya akan terus ke blog lain pula. π
Affan Ruslan
hehe. biasalah rasanya semua orang buat benda yang sama π
Ali ridha
bila diorang nak tulis tu.
ikut suka hati dia je.
kita nak baca juga benda yang menarik.
pada aku la.AJL 25 ni satu
daya tarikan SEO.ya betul tu SEO
kita kena berlainan.serta memberi maklumat
bukan tulis ikut suka hati kat aku la.
inikan blog aku.domain dan hosting aku
yang bayar setiap bulan.
Yakboktam
Ringkas tapi cukuplah 2 tip yang bagus utk diamalkan.saya selalu seo kan blog utk dptkan ranking yg baik tp masih rangkak2 lagi seo ni.hehe
artikal ni best.5 bintang setengah.hehe
Affan Ruslan
artikel ni biasa2 je, 5.5 bintang dari 10 oklah hehe.
saya pun masih merankak rangkak dengan SEO
Ali ridha
5.5 bintng korang kasi ke.
nadzmy
Tips yang sangat baik..
tengkorak emas
tak nak tulis benda sama, selit2 okla gak, kalau boleh nak jadi luar biasa dari org lain he2..tapi kalau setakat membaca entri yg sama no hal π
Affan Ruslan
hehe. betul, kurang kurang pun selit lah sikit pendapat hehe
RedBoys
ehem2. salam. auww. status sapa tu? macam kenal je.
aku buat entri tu pun pasal nak test main SEO je. tengok2 meletup pulak.
betul tu. mesti kreatif. kalau nak buat entri yang sama, kasi title dan content lain. baru blogger lain minat nak baca. nice one.
psst.. nasib ko censored. kalau tak malu aku. haha.
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
hehe
deCrewz
Kadang2 jai penil nak BW musim AJL tgh panas baru2 ni.. Buka2 je AJL, semuanya entry sama.. Nak komen xkan nak taip benda sama.. Sptutnya tuan blog yg kena kreatif, ni tidak, tukang komen pulak yang memikir apa komen kreatif ckit..ha3
Affan Ruslan
hehe kita sebagai blogger ni pulak pening nak baca apa
deCrewz
Ha3.. Tau xpe.. Xpelah, pening2 pun kebanyakannya dapat traffik meletup time tu.. Masa jai BW, juma 1 blog ni traffik harian dia 100 – 200 je shari.. Buat entry AJL Ana Rafali, terus dapat 900 tuk aritu je,,he3
RedBoy Blogger
Tips: Macam mana kalau ramai blogger buat entry yang sama? http://bit.ly/fQgB37 @affanruslan
Affan
Tips: Macam mana kalau ramai blogger buat entry yang sama? http://johoreanbloggers.com/read/9949
Affan
TQ for RT @RedBoy_Blogger Tips: Macam mana kalau ramai blogger buat entry yang sama? http://bit.ly/fQgB37
zulkbo
salam..
petua yang baik buat para bloggers..
cuma rasanya semuanya nak mencari
rezeki trafik sesat..tak semua blogger
mementingkan SEO mahupun kualiti..
asalkan masuk trafik memadai pada
mereka..
Affan
Tips: Macam mana kalau ramai blogger buat entry yang sama? http://selangorbloggers.com/read/16488
yoy
tol gak cam ko ckp..
semua pun tulis benda yg same..
beza pada penyampaian dan pandangan..
π
sollehahn
haha…macam isu facebook nak tutup hari tu…aku pusing cerita sikit jer; sebab-sebab facebook tak akan tutup…banyak gak trafik masuk…huhu
Ladfe Amir
aku kurang berminat menulis perkara yg sama. maybe ada jgk kot, tapi respon yg aku bagi biasanya lbh lambat berbanding org lain.
pasal main SEO ni..memang best. tambah2 pula jika dapat first rank first page..
MDHAFiZ.NET
dah jd lumrah dunia blogging kot… π
ohcikgu
nak buat macam mana, dah ramai orang ada blog. Mesti nak cerita benda sama juga..
Panduan Buah Pinggang Sihat
Salam bro,kalau betullah laman facebook ditutup,nampaknya laman-laman yang menggunakan facebook ni nak kena ambil inisiatif lainlah.Kalau yang ada fanpage yang mempunyai beribu-ribu like,rugilah ye.
Nor moscow
betul kata penulis ni..akak pun masih baru..tapi just suka2 nak citer pasal pengalaman merantau di negara org jer..bukan nak tarik trafik ke pebenda..org nak bc..baca..tak nak bc..sudah..janji ada kenangan2 dlm blog akak..hehe..
alexa yussida
aaaaa…pening kepala bila org ckp pasal seo..eos canon saya taw la..hehehe
syamila
entry menarik. share is caring, right? lg byk info blh la kongsi bersame π . so keep it on. chayok ^_^
sky
bnde2 g2 x dpt nk elakkn..kdg2 idea nk tulis n3 xde..so isu2 g2 je la yg di ulas..tp xleh nk wat ape sbb bl0g d0rg so d0rg pnye suke la..^__^
caer
nice info la kat sini..=)
Amry
aku selalu kalau banyak sangat yang buat entry tu, aku buat sinopsis jer tentang perkara tu sebab beranggapan ramai yang dah tahu, pas tu aku akan bagi hujah aku sikit tentang pendapat aku tentang artikel tersebut…hmm…
Ikhwan
Salam,
Ikhwan pun ada tulis pasal AJL ke-25.
Tapi Ikhwan utamakan pasal video promo.
Lepas tuh list-kan juara tahun-tahun lepas.
Sebab Ikhwan tahu. Nanti ramai yang akan menulis entri pasal benda yang sama.
kami
kami sokong dgn idea ko bro, mmg bernas..:)
padgie lee
yes. totally agree.
bila ada entry yg sama je, i’m not gonna read it over again.
IeDa
betul.. kadang2 dah dpt agak, entry apa yg plg bnyk ditulis nnti.. kalo sy, konfirm xbc sume2 tu.. boring…
Johari Hamzah
huhu.. aku tak update pown pasal ajl.. semua blog aku singgah hari tu majoriti mesti update pasal ajl.. nak muak aku baca.. :p
tapi kalau nak maen dengan SEO, aku rasa wordpress memang terbaik la.. π
Amirez
nice tips π dapat kembangkan idea malam ni
faiz_slur@yahoo.com
yep, betol2..at least buat sumting yang different dari orang lain kan..huhu
Amirrah Zawani
ajl byk gak naikkan traffic saya..
keyword ana raffali ajl 25.. π
Yoy
RT @affanruslan Tip: How many bloggers do if the same entry? http://bit.ly/fQgB37
aleen aiden
xtau sgt seo sume tuh.blom cukup pendedahan lagi.tp tips kamoo 2 berguna jugak..hee
Faris Al-Muhandisu
idea yg best! π .. susah jugak nk stand out from the mass ni kan
zik
persaingan begitu ramai.. so kena kreatif dan kelainan post itu, jangan hanya bergantung kepada tajuk panas selalu… nanti pembaca dari kalangan blogger lari biarpun pembaca dari bukan blogger ramai..
Kafe Que
Rmai aku tgk amik tajuk dari akhbar je..xkreatif lgsg..
Cube bg pndapat@pengalaman@kesan@faktor dari tajuk 2..
Dari copy paste akhbar baek bce paper jek
fendidahada
betul2…kena pandai pusing isu la…bagi kontrovesi baru orang nak baca…ni story pemenang anugerah juara lagu..buat la entri macam ni…wajarkah ana menang..hehe,,baru nampak anda berfikir time menulis..bukan copy paste je..hehe
Daus
Rasanya penguna google malaysia kebanyakkannya mencari isu pasal artis, Etc Etc.
Kalau diorang nk cari bab lain memang haramlah.. satu keyword pun dpt skit2 je. tapi klu bab artis etc2 tu bnyk gak.
Kalau pentingkan seo, nak trafik dari google, mesti kena buat jugak pasal isu bab artis, Hot2 semua tu.
Tapi yang payahnya dah dapat tempat pertama google..
Kalaulah blog aku pagerank 7 π π π
Pejuang Kesenian Extreme
memang diaorg tak kreatif kalau sekadar paparkan keputusan AJL je..tapi walau macam mana juga fan,trafik sesat mesti datang..tapi tak banyak la..
NEON SILAMPUNEON
buat entri yg tgh hot ek? bagus laa tapi tak suke entri artis2..
suri
rasa dah tumbuh cam sendawan..tapi klu dah bloger buat entri yg sama nak ke tdk kena bri komen gak huu…
suri
setuju..andai ada topik panas harus di kembangkan..
barulah ada kelainan d stu hee
akubiomed
Apa bila ramai yang menulis mengenai perkara yang sama akan timbul populariti SEO dan persaingan untuk mendapat kedudukan carian paling atas. Memang mencabar kreativiti π
suri
erk..tak termampu nak buat hee…takat ni biasa2 jer ..asal tak menyusahkan diri kira oklah hee..
mancai
betul tu… setuju2.. jalan penyelesaian yang nampak mudah tapi kena berfikir berulang-ulang ni… tapi kalau dah biasa ianya akan jadi mudah…
Mohd Isa
satu pandangan yg baik bro, i liked. SEO penting dalam entri yang sama dengan blog lain. maybe org selalu ckp, lain blog lain pembaca. tp harus diingatkan, kebanyakkan blog dibaca oleh kalangan blogger sendiri. akibatnya, keluarlah komen. “Tahniah kepada Ana Rafali” sahaja, memang sedih kalau keluar komen pendek camtu jerk. hehe, apa-apa pun. kalau target trafik tinggi dari entri sama, sila amalkan SEO. yg penting frasa kata kunci yg berlainan, ko perasan tak aku tulis pasal AJL25 dengan frasa kata kunci apa? soalan cepu emas untuk ko. π
admin
Saya suka bro.. memang kerap jumpa blog yg punya entri yg hampir sama dan pada waktu yg sama. Sebenarnya tak jadi masalah kalau bukan entri ciplak sebab cara olahan entri itu juga penting.. samada worth to read or not.
Nice entry
amni
tip yang bagus …
Dea
bung Affan, betul dech…. karn bingung mo berbuat apa…. lebih enak kalau judul blog awal2 di tulis macam 2 yg kat atas itu ya.. muahahaha…. suka2 je..nak tulis apa.. hehehe
Btw, entry yang sama memang membingungkan…
tapi lebih binggung yg mo nulis dari yg baca.. hehehe…
salam…
Sir Marcello
tajuk yang mantop tapi isi yang kureng pun tak baik juga π so seimbangkan…
CikSembang
entri yang terbaik yg pernah sy jumpa.thanks
nUmara...
as-salam..
tepat skali tu… tgk kat bloglist, ignore je pasal AJL 25.. sbb mcm da boley agk isi kandungannye…
dan, sampai ari ni, i still have no idea, SEO? what? how? hehe..
Schubert Serenade
ok..this one agak betul…kita boleh jumpa most of entry yg sama dalam different blog… so untuk bagi org minat nak baca entry kita, knalah be creative kan..ulas sebaik mungkin n gunakan kata kunci yang betul n menarik…ok agreed:))
cik tom
20 blog pi bw..semua entry n tajuk pun sama…borink jgk…hehhehe
Car Tips
Memang bosan juga kalau banyak sangat entry blog yang sama…
aidabeelicious
tajuk lain, isi sama -.-
Princess MOMOY
terima kasih tips yang berguna tu. boleh momoy cuba