Percaya tak kalau saya cakap blog ni dapat amaran daripada pihak RIM (Recording Industry Association of Malaysia) nsebab pelanggaran hakcipta (copyright infringement)? Haha. Saya tak berapa ingat bila, tapi rasanya lebih kurang tahun lepas saya ada tulis sebuah entry dan dalam entry tersebut ada saya sertakan sekali pautan (link) untuk mendownload:
Ni pulak surat amaran dari RIM (Recording Industry Association of Malaysia) :
Kronologi:
1. Ada seseorang maklumkan pada saya mengenai perkara ini melalui Twitter (@affanruslan)
2. Saya bukak emel dan perasan ada emel yang berkaitan.
3. Saya delete dahulu artikel tersebut tanpa membalas emel tersebut.
4, Keesokan harinya dapat emel daripada pihak hosting maklumkan mereka akan menyekat public access ke blog ini. Emel kepada pihak RIM, tapi dihantar juga pada saya:
Hello Sirs/Madams,
Please treat this as friendly follow up. As per checked, our client seems no taken any action from their end, therefore I have disabled public access for domain affanruslan.com.
If you have any enquiries, please do not hesitate to contact us. Thank You!
5. Saya cepat-cepat reply emel tersebut, memaklumkan dah delete artikel tersebut pada hari sebelumnya.
6. Pihak hosting dah tak block public access ke blog ini 😀
Hi Affan,
Good Morning,
I have enabled public access and I can see the page has been removed.
Thank you for your cooperation.
If you have any enquiries, please do not hesitate to contact us. Thank You!
Masa awal-awal baca emel yang mengatakan public access ke blog ini sudah dihalang, saya agak kelam-kabut. Terus reply emel cepat-cepat bagitau artikel telah didelete. Haha 😆
Ingat lagi tak dulu masa SKMM block access ke file sharing website, ramai yang mengeluh. Kalau nak access jugak, boleh, tapi kena pakai proksi, VPN dan beberapa cara lain. Cuma bayangkan kalau blog personal dihalang public access? Memang takdelah orang baca blog ni hehe.
Ok tu je nak kongsi supaya ramai blogger di luar sana ambil pengajaran. Saya selalu nampak ada blogger kongsi link download lagu, movie dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya. Tapi hati-hatilah sebelum dapat amaran yang serupa macam saya 😆 Lagipun blog ni pun hanyalah blog peribadi, jadi rasanya in future takde dah masalah macam ni.
ps: Femes gak ye blog ni orang RIM (Recording Industry Association of Malaysia) tau 😆
syahrilhafiz
Bahahaha. bajet baik tup tup kena batang hidung LOL
err takut gak aku, banyak jugak download link dalam blog syahrilhafiz.com lalala~ 😛
hafizmd
hati2 bro…orang RIM selalu singgah sini kot? ntah2 dah bace komen bro ni…hehehe
Anyss
Assalamualaikum,
terima kasih dengan perkongsian berguna ni…ada masa kita terlupa tentang hal2 penting begini…maklumlah, semua nak kongsi 😉
Moga2 kita (terutama saya) akan sentiasa ingat
diya
Selalu je saya tengok blog kongsi link download. kemain berleluasa, ingatkan boleh je. haha =.=’
Aizan Fahri
aku… lagi laah kelam kabut -_-
Cikgu Hairul
Terbaik la bro. Besar juga pengaruh artikel dlm blog ni ye..Blog ni memang fames pun. Jadikan itu sebagai pengajaran. Terus tulis dan tulis.. 🙂
hazman aka species1980
Betul tu… ramai gak blogger lain yang diberikan amaran serupa oleh PIHAK RIM atas sebab yang saya… lagipun memang tugas diorang perjuangkan harta intelek kan….
Syaz
hehehe.. kebiasaanya ianya berlaku bila ada org report or banklink yg bnyk dri blog affanruslan ke laman web tersebut… tu dworang prasan.. thanks entri ni, dpt la beringat sikit,… agak susah gak bila terfikir nk masuk personal blog kena VPN pelbagai. hahaha
CMRatu
hehe.. sama2 kita ambil iktibar.. thanks sudi kongsi pengalaman.. 🙂
Man
hot sungguh..hehehe.
dakcomot
femes skejap.. heheheheheheh~ tgk website len siap bg movie tbaru lg.. xde lak sapa2 nk sekat eh.. mmg insan dan blog tpilih betul lah~
ct n honey
lepas ni kenalah hati2, terima kasih sbb berkongsi maklumat
iza
Assalam..
Tak berani jugak nak letak link download, sebelum RIM bagi amaran,
hubby ku dah bagi amaran awal2 lagi..huhu..
Shahrul
kena saman dengan hubby dulu…hehehe
myvitrd
seram sejuk aku dengar ni.. hehehe.. dalam blog aku pun banyak link drama dari tonton.. huhu
Ekspresi Ruang
mmg kena berhati2 buat blogger2 yg suka berkongsi link ni
muazfaris
laju nye org komen sini.. haha..
ermm, tu baru satu link. Camne la kalo blog tu mmg dok kongsi je pasal link download muvee, lagu n dll.
adele
tak berani dah nak letak link dari mana2..huhu..pernah jgk dulu letak pastu ada org tegur terus buang..
ammboi
biasalah.. blog popular.. ramai yg masuk.. konfom cpt jer kene detect…
tq bro.. pengajaran yg paling berguna buat semua….
SuhairiDotCom
Bab kene banned website tu masih boleh dipertimbangkan tapi kalau saman tu pening kepala bro. Hati2 dalam perbuatan kita, InsyaAllah selamat.
wazy
Lepas ni kita sebagai blogger kena berhati-hati,kalau kena sama tak ke haru biru jadinyer
noorsyamsul
elok dijadikan pedoman oleh semua blogger…
nuriz
slm affan nampaknya kita serupa , nak kongsi lagu rupanya bahaya datang balik kat diri huhu…
saya dapat surat tetapi tak dapat email,,
tapi dah hapuskan dah link tu. tarikh diorang cek sama dgn affan jugak. adoi bahaya betul.
Denaihati
pengalaman mematangkan kita jadi insiden ini akan menjadi iktibar kepada Blogger lain.
suffer8zine
wahhh… bahaya juga ni… huhu… btw banyak bebeno typo entri ni… hihikkk… =D nice info bro!
Ikhwan
Nak tahu gak apa benda yang kau share tu.. hahaha
izwanyusof
blog hang memang ohsem femes amous kot! tak yah wat p/s, p/s lahh..
hahahaha..
Shahrul
peh…kalau tak letih la turun naik mahkamah. Bahaya kongsi benda illegal sekarang ni…
zool
SEO mantap.. tu yg org RIM jumpa tu..
cik tom
aah maybe sebab tue walau 1 link je diorg dpt trace sbb seo blog affan ni hebat..
kl kira byk je blog2 lain yg share tp xdpt dihidu je kot..hehe
iqbalhakimi
errr..bahaya ni..aku kena semak gak blog aku..kot2 ada..
Juan
saya sendiri ada juga buat entry SEO untuk download akan tetapi link download xda, hehehehe
azman
Saya tak pernah share apa2 link download..sebab saya bukan kaki donload..he3 thanks for sharing.
Lynn
dasyatnya dasyatnya.so scaryyy.. @_@
thank god la.kalau tak takde nanti ‘critical angle’.
ok bai. 😀
klcitizen
baru saya tahu ada kes macam ni ..
akubiomed
Apa pun bro telah ambil tindakan terlebih dahulu sebelum memberi maklumbalar kepada RIM. Naya juga kalau blog tidak boleh diakses. Pengajaran untuk semua.
Eizil
Nasib baik cepat ambil tindakan… 😀 kalau tak merana badan blog taklerh nak access… hehehe
shifa
hoho, terbaik, bukan senang nak dapat surat cinta ni haha
Amirez
pengalaman berharga ni. bukan calang2 company hantar surat cinta hehe
nurmisnan
hohoho… lucky u dah delete cepat2…
tehr
aku pulak dah tak inta pernah letak sebarang link ke tidak
macam mana la nak semak
huhu
Norizwan
steady la bro…thanx beri info ini…harap dapat beri iktibar pada blogger lain….
teddy
hahahaha… pro jgak buat link die tue.. >.<
bardboo
rasanya setakatni tak pernah lagi letak apa2 link download kat blog..
anif
Berhati-hatilah… Jadikan pengajaran bagi yang lain.
Izzuddin Fauzi
Hebat…. Anyway, memang ramai blogger yang dah dapat amaran dari RIM khususnya… 🙂
incik
wahhh why so serious this case? kelam kabut jugak la kalau saya jadi camni. apa pun tak boleh.
hatiputera
wahh,,blog personal pun kena block jugak. kena lebih berhati-hati sekarang.
incik
nice entri. kalau sdare affan tak cite, gua memang tak tau langsung pasal benda ni. patut la link download makin kurang sekarang.. aduss
shraqs
Ada kaki report atau yang share link tu sampai kat diorang kot 🙂
titan
berani buat, berani tanggung la. haha..
aku sekarang, paling berani pun..letak video youtube aje..haha..
cik tom
tgk byk je blog2 lain share..xde plk diorg busy..pelik2..
tia @ Ini kisah Tia
boleh jugak jadi macam ni?
zulkbo
salam..
nasib baik..
baru amaran..kalau saman..
aduhai Bro..sakit..
wandisini
dah macam artis lak, kena kejar dengan RIM, tapi bukan sebab nak di bayar royalti
onlajer
uih bahaya juga ya,kalau bagi link mendownload
ProfHariz
Pengalaman berblog. Memang best 🙂
eiela
nasib jugak la tak pernah nak share link mendownload, blog personal je kot tak payah nak download-download bagai.
Jebeng Otai™
mmg skng dh x leh..kesian kat depa yg wat lagu @ per2 software…
firdaus
dulu xdelah straight sangat.. sekarang ni lagi straight, siap ada akta keterangan internet lagi..
reezluv
ada 3,4 blog aku dulu ada kena pasal Copyright article ni…ada company dari Mexico,US pun ada..siap bagi dalam bentuk excel lagi artikel yang diletakkan di blog aku yang harus diremove.Sebab jadi macam tu pasal aku pakai WP-Robot..lepas tu terus tak pakai dah le..outsource je le artikel..haha..
Malaysia company besar-besar je nampaknya alert..tapi bila keluar…company online je boleh ambil tindakan…terus delete semua artikel tu..lepas balas email..depa pun senyap…walaupun ada backlink ke artikel asal, depa tetap suruh remove…:D
AbgferOz
owhhh.. pernah kena warning gak dlu.. tpi dari luar negara coz letak download lagu akon 😛
penyubiru
owh..boleh kena warning ek? baru tau.. tapi blog2 download mp3 dan movie makin berleluasa..takde plak diorang kacau..
hafiz
nasib baik kena warning je bro..kalo dapat waran tangkap terus lagi susah..hehehe
Oh! budu
hahaha.. gila ah.. macam tu sekali.. nasib x block blog ni..
Mus
rasanya banyak lagi laman blog menyedut sekarang ni…
dorang tunggu jerlah nasib…
bardbahtiar
Salam..sy pun baru dapt warning dari RIM…pasal kongsi link lagu raya..haha…nasib baik hosting gitau cepat…siap sms lagi…apalagi..cepat2 remove ler….x tau plak diorang dapat detact..maklumlah blog picisan je…. tengok ada blog lain siap boleh donload movie & lagu lagi..tu yg ingat xde pape..papepun pengajaran terbaik sebagai blogger….