Bagi yang belajar di luar negara, seperti di Kanada, mungkin selalu nampak wanita sembahyang Jumaat. Bukan perkara yang pelik. Kadang-kadang wanita lagi semangat datang dari laki! Pada pandangan imam Mazhab 4, mungkin terdapat perbezaan pendapat. Mungkin. Cuma kurang pasti sebab belum pernah berlajar hukum wanita sembahyang jumaat secara khusus. Tapi rasanya bukan wajib lah.Wallahu’alam.
sumber: kelatemaghi
Baru-baru ini Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ada bagi cadangan untuk galakkan wanita sembahyang Jumaat. Pada pandangan saya, lebih baik wanita sembahyang Jumaat kalau:
- Waktu sembahyang Jumaat lepak-lepak membazir masa.
- Selalunya wanita akan pergi bershopping waktu lelaki pergi sembahyang Jumaat, kalau rasa tak berfaedah tu, bagus juga pergi sembahyang kan kan?
Tu hanya pendapat. Apa pendapat korang?
BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak. Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. “Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.
Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.
“Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat,” katanya.
Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.
Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.
Sumber: Harakahdaily
Apa pendapat korang?
lazaac
lazaac yg sudah menetp di labuan dan sabah ingin menyatakan bahawa budaya sembahyang bagi perempuan sudah lama wujud di sini… dapat dilihat pada hari jumaat, selalunya makcik2 akan bergegas ke masjid@surau berdekatan utk solat berjemaah jumaat seperti lelaki… syukur… tak salah sbb hukumnyer masih harus… selagi tak jatuh wajib tak solat jumaat pun takpe bg perempuan, memadai solah zuhur di rumah… tapi bg lelaki wajib… bagus la kalau di di tempat lain ingin membudayakan perkara ni selagi tak melanggat hukum syara' wallahualam…
Affan Ruslan
@lazaac: betul, mmg x wajib rasanya. tapi tak pasti dgn mazhab lain, sebab kalau di luar negara, mmg perempuan pun seakan2 mesti g smyg Jumaat.
*betul eyh kt Labuan dah ada?
Alhamdulillah, info mcm ni lah yg kita nak dgr 🙂
Nur
salam
dulu masa aku zaman kanak2 selalu ikut nenek solat jumaat..
sekarang niat nak solat jumaat tu memang ada, tapi banyak masjid2 yang tidak cukup menampung kaum lelaki utk solat jumaat.. sampai keluar masjid pun ada.
apapun bagi saya memang bagus jika wanita juga turut serta solat bersama2 dari keluar bershopping dan bergosip. itupun jika tidak mengganggu kaum lelaki utk bersolat..
Ijan
tul2..bagus jugak dari buang masa. tp kne tgk ruang kat masjid gak. kdg2 lelaki jek da pnuh. tp xsemua tmpt la
Affan Ruslan
@Nur: Wsalam.
Oh ye ke, Alhamdulillah, kat mana tu ek?
Tadi lazaac ckp tmpt die pun ada, tapi kat Tawau lah.
Affan Ruslan
@Ijan: Betul, macam aku smyg kt Masjid Negeri Shah Alam. Mmg penuh lah even kt bawah2 tu, kalau nk buat utk prmpn, myb kena ada bilik kecil.
Cuma dlm artikel ni, yg bagusnnya, mmg dibina utk galakkan wanita smyg Jumaat. Thumbs up!
alinac lover
🙂
En iLham
bagus juga dengan cadangan ni. perkara baik memang patut disokong. tapi kene tgk keadaan tempat jugalah
saya rasa kebanyakan masjid di Malaysia ini ruang untuk perempuan telah dibukan untuk menampung jemaah lelaki.
mungkin sesuai di sesetengah tempat.
joegrimjow
kat Malaysia banyak sangat pantang larangnya
Affan Ruslan
@Joejow: BIasalah adat. Tapi kalau dlm hal ni, mmg masjid di allocate utk laki je kot. rasanya kat UK ramai prmpn smyg Jumaat kan?
Amir Izzat
salam.
tapi kan..amir pernah dengar hadis Nabi.seingat amir laa..perempuan bagus bersolat kat rumah…tapi kalau ada majlis ilmu kat masjid..wajib pergi..
hurm..wallhualam lah..kena belajar banyak lagi nie..
kalau pergi lagi bagus dari duk mengumpat..kan? hehe
~fisha~
bagus. eloklah diberi pendedahn tapi kat malaysia ni cam salu je ade kritikan. tapi ok lah cadangn awk tu, dpd bazirkan mase en.hmm~
~fisha~
follow anda.
neon si lampu neon
kalau kat malaysia macam tu..kite pon kene g ke..tak pat la tido or shopping dah..hihi..
alyaa ali
bagus juga idea tuh. sekurang-kurangnye blh dengar khutbah… bgus tuh… drpd kt bilk (if kt hostel) tido je krj… ;D
nas
xthu nak berkata apa…bgs gak mereka dgr khutbah..xyah dok umah jerk..tapi masalahnyer xleh semua pompuan g..nanti sesak masjid lak..huhu
Nur
masa tuh aku dalam tahun 4, 5 dan 6.. kecik lagi tuh. dibesarkan dalam jagaan nenek selama 3 tahun di kampung tebrau johor.
seronok tau solat jumaat nih. banyak ilmu dan khutbah dapat kita dengar dgn jelas. masa solat tu aku sorang je yang paling comel..
cawan merah
kalau pergi karang, takut laki tak nak pergi pulak.
alasan: masjid penuh. isk3.. hampes punya jawapan.
pawaka19
klau kat kanada tu bolehla..tp kat malaysia ni masih ramai lelaki muslim..lebih2 lagi kat kelantan..bg pendapat sy..dalam al-quran tak mewajibkan wanita sembahyang jumaat..
lagipun macam 1 pembaziran..sbb kita kene belanja 2juta untuk tempat wanita sahaja .kan lebih elok diramaikan untuk lelaki.
Affan Ruslan
@pawaka19:
Jazakallah utk idea. Tntg pembaziran tu tak pasti pulak. hehe. tapi rasanya mmg xwajiblah, dah tulis kan kat atas tu ? 🙂
Cik Nass
tak wajib tapi digalakkan…~
RaMa2UnGU
sama la mcm cik nass ni cakap..tak wajib tapi digalakkan kalau tak memudaratkan.tapi sebaiknya perempuan bersolat dirumah je..
* ms rht kat ofis ni sm mcm hari biasa..so tak de beza la..mmg masa rht tu occupied utk rh, solat dan lunch
cybernetic88
huhu. erm org kata xwjib. tp nk pegi xpe je. kn?. aha.
sweetie2010.blogspot
Salam kenal dan ziarah,
Masih ramai dikalangan lelaki sekarang ni yang liat bersolat Jumaat. Masih ramai lagi waktu solat Jumaat mereka pun ikut ada dikedai makan atau tido kat office.Itu yang perlu diambil tindakan dulu.
Bagi wanita pula tak semua wanita tu hari Jumaatnya tu bershopping.Mana yang elok tu kita ikut, yang tak elok ditinggalkanlah.
Affan Ruslan
Tu lah, mmg ta wajib.
Kalau perempuan, selagi tak membebankan, tak mendatangkan fitnah, ada kebenaran suami boleh lah pergi.
Tiada masalah. Cuma kalau di luarnegara ramai org buat. Tapi tetap tak wajib.
@sweetie2010.blogspot
Betul. Takyah pergi jauh2, kat sklh pun ramai yg cuba ponteng
Ariffin
kelebihan kalau wanita juga turut serta solat Jumaat:
-semua urusan dunia kan berhenti dan nak tak nak, lelaki kena solat
-Bagi si suami yg malas, akan pergi solat jika siIsteri perhi
-Dapat megurangkan budak2 yang buat bising dan ganggu jemaah kerana siIbu dpt mnjaga anak mereka.
Namun janganlah ia dianggap wajib oleh golongan wanita sehingga solat 5 waktu pun dianak tirikan.
buatlah pekara wajib dahulu
Affan Ruslan
@ Ariffin:
Menarik cadangan anta tu.
Tak pernah terfikir pulak. Betul jugak kan, isteri blh membimbing suami dgn menggalakkan mereka.
Namun janganlah ia dianggap wajib oleh golongan wanita sehingga solat 5 waktu pun dianak tirikan.
buatlah pekara wajib dahulu.
Betul, setuju. Jazakallah khairan kathira 🙂
NiZaM Limited
aku ingat lagi..pernah blaja kat skolah dulu.
wanita mengerjakan solat jumaat adalah SUNAT.
pada hari jumaat WAJIB bagi lelaki utk kerjakan solat jumaat, tapi sunat bg mereka utk solat zohor..
utk wanita pula, masih WAJIB utk kerjakan solat Zohor tapi sunat utk lakukan solat jumaat.
kat sini mentaliti kita yg berkucar kacir..tak salah wanita nak kerjakan solat jumaat, tapi biasanya masalah dengan TEMPAT..kebanyakan masjid2 dah dimuaatkn dgn lelaki sampai ke bahagian wanita. so, kat mana lg tempat utk wanita solat jumaat kan..kalau menurut Dato' Nik ada tempat bg wanita2 ni, so tak jadi kesalahan bagi mereka utk solat jumaat bersama2 lelaki..:)
sekali skala jum la ke blog sy ye..
http://nizamlimited.frenzyfm.my
Khairunnisa'
Kalau difikirkan, memang elok sekiranya kaum wanita menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat 2 rakaat dan mendengar khutbah.
Tapi saya pernah terbaca, kaum lelaki digalakkan menyampaikan ilmu yang mereka dapat dari khutbah kepada kaum keluarganya. itu tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga. Lagipun, perempuan yang menunaikan solatnya di rumah lebih baik dari menunaikannya di masjid (reported by Abu Dawud)
Wallahu'alam :] Allah Maha Mengetahui.
(http://ohmonstar.blogspot.com)
hanumuslem
untuk perempuan remaja tidak di wajibkan tetapi untuk wanita yang sudah tua di sunnahkan