Entah mengapa, 2 – 3 hari kebelakangan ini saya terfikir mengenai perkara ini.
Terima kasih kepada LinuxMalaya kerana menulis status ini di profil Facebook beliau.
Saya tertarik dengan komen seseorang di status tersebut:
Saya akui ayat en haris… Bg seorang perempuan sebelum kahwin beli la berapa banyak bunga kerana itu yg paling disukai… Tapi bila bergelar isteri, mereka akan fikirkan duit perlu digunakan untuk perkara2 yg lain… Bukan tidak mahu tapi kalau dah rm100 tu dah blh beli 3 pack susu anak… Hurmm.. Beli satu kuntum pun dah blh buat isteri tersenyum
Dan juga komen ini:
Saya suka bunga belum disunting.. Cik suami kalau nak beli kena la beli dalam pasu siap tanah sekali.. Tak membazir, makin lama dibela, makin cantik.. Jadi pengubat stress.. 🙂
Senyum.
Kalau beri bunga ibarat menghargai wanita. Lagi-lagi kejutan menerima bunga secara terbuka.
Kadang2 ada yang mulut je cakap tak suka sebenarnya. Tapi bila dah dapat, hati berbunga2 pulak.
Bab-bab beli bunga ni tak pernah lagi diamalkan..baru tahu kos harga beli bunga tu makan ratus-ratus juga ye?
cakap je tu, sebenarnya mmg nak. kalau saya pun memang seronok la dapat bunga.
Kalau dapat bunga memang rs bahagia sgt. Cukup la sekuntum tunjukkn kasih 3 4 tahun skali. Hihi.. Xyh la sejambak membazir la pulak.. Boleh beli susu anak bak kata cikpuan kat ats tu.. Hihi
sekali sekala boleh beli bunga walau sekuntum.Isteri tetap rasa macam dapat sejambang bunga dari suami.
Yang dalam pasu tu betul, walaupun lucu. Saya sendiri sebagai orang perempuan fikirkan benda sama. Membazir.
Beli Teddy Bear lagi best, boleh dia peluk2 benda tu dalam bilik. Kalau bunga sekadar boleh lihat
Bergantung jugak kepada individu masing2 yang nak menerima tu. Sesetengah ada yg x suka bunga nak hadiah lain. Tapi sgt jarang jumpa la perempuan yg x suka bungan ni. Mulut kata x nak, hati kata nak..haha
kat laki bg bunga tayar sekali rim
kalau nak pujuk perempuan boleh try bagi bunga. Sebab perempuan ni memang suka surprise camni
Perempuan mulut suka cakap tak suka barang yang lelaki beli saja. Tapi mesti dalam hati manis macam madu.