Sedar tidak sedar, sudah terlalu lama blog ini terabai dek kesibukan masa dengan kerja dan perkara-perkara lain. Walaupun blog lama ini sudah dikemaskini, saya sebenarnya masih lagi aktif menulis di sebuah website lain bersama sekumpulan penulis.
Setiap bulan, saya masih aktif menulis sekitar 10 – 30 buah arkitel di website tersebut. Bolehlah dapat duit sampingan untuk bayar duit kereta dan bil-bil bulanan. Alhamdulillah. Ok, berbalik pada topik di atas.
Baru-baru ini, saya baru sahaja selesai misi mendaki Gunung Kinabalu. Suatu pengalaman yang sangat awesome, orang kata “once in a lifetime experience”. Oleh itu, saya saja terbitkan artikel ini untuk berkongsi sebanyak mungkin pengalaman saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Sila ambil maklum bahawa artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata. Turut disertakan adalah tips atau panduan yang saya dapat secara langsung daripada pendaki lain, guide dan orang sekeliling. Bagi yang pernah mendaki Gunung Kinabalu, pengalaman yang pernah anda lalui mungkin sedikit berlainan.
Secara ringkasnya, artikel ini akan memaparkan info-info berikut:
- Kos
- Itenari
- Peralatan dan Pakaian
- Laluan Pendakian
- Bahagian I: Timpohon Gate – Laban Rata (Panalaban)
- Bahagian II: Summit Attack
- Bahagian III: Cut-off Time
- Bahagian IV: Summit – Laban Rata – Timpohon Gate
- Tips-tips tambahan (setiap poin diatas juga akan disertakan tips yang lebih spesifik)
Sila baca satu-persatu. Sekiranya ada soalan, sila tinggalkan komen di bawah atau boleh hubungi saya melalui halaman Contact. Okay?
1. Kos
Rasanya soalan yang paling kerap saya terima tentulah berkaitan kos trip ini. Untuk makluman, untuk mendaki Gunung Kinabalu memerlukan permit dan guide yang akan menemani anda naik dan turun. Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk menempah pendakian ke Gunung Kinabalu ini iaitu:
- i.Pakej tempahan secara terus daripada laman web rasmi Kinabalu Park
- ii Uruskan sendiri permit dan guide direct dengan Kinabalu Park
- iii. Melalui pengurus trip (biasa para pendaki paggil sebagai “Gogo”)
Untuk pilihan satu, di laman web Kinabalu Park ada disediakan kemudahan untuk book secara dalam talian. Harganya sudah tentulah paling mahal kerana ianya termasuk dengan pakej penginapan di hotel yang terletak di Kinabalu Park untuk satu malam sebelum memulakan pendakian keesokan paginya. Namun, segala urusan perjalanan daripada lapangan terbang Kota Kinabalu ke Kinabalu Park yang terletak di Ranau ini adalah tanggungjawab sendiri.
Menariknya, kalau buat tempahan melalui website ini, ada boleh pilih slot pendakian beberapa bulan sebelum trip pendakian anda. Tidak perlu terlalu awal. Daripada info yang saya dapat, anda boleh dapatkan Grab daripada KK ke Ranau. Tapi, daripada Ranau ke KK mungkin tiada Grab. Harga teksi pula sekitar RM200. Pilihan lain yang ada mungkin sewa kereta.
Untuk pilihan kedua, mungkin pilihan paling murah antara ketiga-tiga pilihan ini. Sekiranya anda mempunyai kenalan di Sabah atau sudah beberapa kali mendaki Kinabalu, untuk menjimatkan duit mungkin boleh uruskan sendiri segalanya daripada urusan permit hinggalah kepada urusan guide yang akan mengikuti pendakian anda.
Ini bermakna, urusan homestay dan pengangkutan juga mesti diuruskan sendiri. Maaf, saya tiada info mengenai pilihan ini tapi saya dengar ada yang biasa buat. Pilihan kedua ini mungkin paling murah sekiranya anda tahu serba-serbi mengenai urusan permit, guide dan tempahan bilik di Laban Rata.
Untuk pilihan ketiga, melalui Gogo, iaitu syarikat yang menguruskan trip pendakian ini. Saya bernasib baik dapat join trip ini setelah di rekomen oleh Arina, kawan sekolah saya di MRSM Kuala Kubu Bharu. Tahun ini dia repeat lagi mendaki Kinabalu, tetapi bersama-sama suaminya.
Bayaran yang saya perlu bayar adalah RM750 dan tambahan RM50 untuk penginapan 2 malam di homestay di Ranau; iaitu satu malam sebelum pendakian dan satu malam selepas pendakian. Jumlah RM800 ini tidak termasuk duit penerbangan, sarapan dan makan malam di luar Kinabalu Park.
Namun, makan malam, supper dan sarapan anda di Laban Rata (base camp) sudah termasuk sekali dalam bayaran ini. Makan secara buffe. Jadi secara ringkasnya, kos adalah:
- RM750 – pakej hiking, pengangkutan dan jalan-jalan di KK dan Kundasang selepas turun daripada pendakian
- RM50 – homestay untuk 2 malam
- Tiket flight
- Duit makan-makan
Walaupun boleh dianggap murah, kebiasaannya anda perlu tempat slot kira-kira 1 tahun sebelum pendakian. Hal ini disebabkan pihak Kinabalu Park menetapkan had jumlah pendaki yang boleh mendaki Gunung Kinabalu pada setiap hari. Jadi, untuk pendakian beramai-ramai secara berkumpulan, pihak Gogo terpaksa menempah awal slot seawal 1 tahun sebelum trip pendakian.
TIPS: Sekarang ini banyak scam untuk trip ke Kinabalu kerana sambutan yang sangat menggalakkan. Hati-hati kalau harga pakej terlalu murah. Kalau harga pakej mahal, mungkin disebabkan anda tidur di homestay yang lebih mewah atau lebih banyak berjalan-jalan di sekitar KK. Lebih baik sekiranya Gogo yang ada ikuti ini based on recommendation daripada rakan anda sendiri yang pernah follow trip Gogo tersebut.
2. Itenari
Disebabkan trip ini saya ikut Gogo, jadi itenarinya sudah disediakan. Secara ringkasnya, program kami adalah seperti berikut:
- Hari 1 (Jumaat): Berkumpul di lapangan terbang KK pukul 530. Makan malam dan bergerak ke homestay di Kundasang.
- Hari 2 (Sabtu): Pendakian dari Timpohon Gate ke Laban Rata (base camp)
- Hari 3 (Ahad): Summit Attack dan kemudian turun semula ke Timpohon Gate. Tidur di Kundasang
- Hari 4 (Isnin): Jalan-jalan di Desa Dairy Farm, Pekan Nabalu, Jambatan Tamparuli, Masjid Terapung KK, Pasar Filipina, makan malam dan tiba di lapangan terbang KK sekitar 630 petang.
Kumpulan kami seramai 20 orang dan pihak Gogo sediakan 3 buah van besar. Sangat selesa dan muat untuk meletakkan beg-beg para peserta yang besar.
TIPS: Tepati masa. Jika ada masalah atau isu, terus beritahu pada Gogo anda.
3. Peralatan dan Pakaian
Untuk mendaki, pakailah pakaian yang sesuai. Untuk panduan, berikut peralatan dan pakaian yang anda perlu bawa.
- Sarung tangan kalis air (Bagus bawa 2, takut sarung tangan basah pada hari pertama)
- Stokin (Minimum 3, lagi banyak lagi bagus kerana dikhuatiri hujan)
- Jaket kalis air (pastikan tebal boleh tahan 7 darjah selsius untuk summit attack)
- Baju dan seluar thermal
- Kasut hiking
- Poncho atau baju hujan
- Seluar hiking (saya rekomen yang nipis, lagi ringan untuk dipikul naik dalam beg)
- Baju
- Buff/scarf atau kain penutup mulut (berguna semasa summit attack kerana cuaca sejuk dan berangin)
- Beg galas kecil untuk summit attack
- Botol air atau water revervoir/bladder
- Hiking pole
- Headlamp (wajib untuk summit attack)
- Hand warmer
Alatan dan pakaian yang saya sertakan ini hanya spesifik untuk pendakian semata-mata. Untuk pakaian jalan-jalan ke KK dan Kundasang, pandai-pandailah bawa sendiri ya?
TIPS 1: Tidak semua barang yang anda bawa dari rumah perlu dibawa atau dipikul naik ke Gunung Kinabalu. Anda boleh memilih untuk meninggalkan pakaian dan barangan yang tidak diperlukan dengan menyewa “locker” di bawah. Harganya cuma RM16 (ke RM13? Saya lupa). Boleh kongsi dengan rakan-rakan bagi muat satu beg.
TIPS 2: Bawa barang seringan yang mungkin. Contoh, seluar hiking, baju dan jaket kalau boleh pilih daripada material yang ringan. Para guide selalu bagi peringatan apabila berada di atas, berat atau bebanan yang dibawa akan menjadi 3 kali ganda. Contoh, apabila beg yang dipikul seberat 8kg, apabila makin tinggi pendakian, ianya seolah-olah anda pikul beg seberat 24kg (8kg x 3).
TIPS 3: Sekiranya banyak barang yang ingin dibawa ke atas, boleh gunakan khidmat porter. Caj yang dikenakan adalah RM13/kg, minimum 10kg. Sekiranya kurang 10kg, jumlah yang perlu dibayar adalah RM130 (13 x 10). Sebaiknya sediakan satu beg khas untuk dibawa oleh porter. Sebagai contoh, anda boleh kongsi masukkan barang anda dan kawan-kawan dalam satu beg untuk mencukupkan 10kg. Bayaran ini adalah caj mengangkat barang anda daripada Timpohon Gate (permulaan trek) sehinggalah ke Laban Rata (base camp) dan bawa turun semula barang tersebut keesokan harinya.
4. Laluan Pendakian
Untuk trip ini, saya ikut laluan yang bermula daripada Timpohon Gate. Jaluran atau laluan ini juga dikenali sebagai Timpohon Route dan boleh dianggap laluan yang mudah. Terdapat satu lagi laluan iaitu Mesilau Route yang telah ditutup setelah kejadian gempa bumi pada tahun 2015 yang telah mengorban nyawa.
Gambar route boleh lihat seperti yang saya sertakan di atas. Keseluruhan laluan daripada Timpohon Gate ke Laban Rata adalah sangat jelas dan hanya mempunyai 1 jalur sahaja. Ini bermakna kemungkinan untuk sesat adalah sangat tipis. Seperti gambar di atas, setiap 1 km terdapat pondok untuk berehat. Terdapat juga kemudahan tandas yang disediakan di pondok ini. Trek pendakian juga diletakkan marker bagi setiap 0.5km.
Kemudian, anda akan menaiki van atau bas dari pejabat Kinabalu Park ke Timpohon Gate. Sebelum memulakan pendakian, ketua guide akan memberikan taklimat keselamatan kepada semua pendaki. Di pintu Timpohon Gate ini, sila check-in di kaunter dan anda akan diberikan pas. Pastikan anda sentiasa memakai pas ini setiap masa.
Pas ini juga akan digunakan untuk check-in dan check-out di checkpoint Sayat-sayat, iaitu checkpoint terakhir sebelum sampai ke puncak. Ianya akan menjadi satu-satunya rujukan kepada pegawai Kinabalu Park sama ada ada berjaya sampai ke puncak atau tidak. Bagi yang berjaya sampai ke puncak, pendaki akan diberikan satu sijil khas seperti di bawah.
Sijil ini akan diberikan di pejabat Kinabalu Park sebaik selesai pendakian. Pastikan anda check-in dan check-out di dua checkpoint wajib iaitu Timpohon Gate (pintu masuk trek) dan Sayat-sayat (last checkpoint sebelum tiba di puncak).
5. Bahagian I: Timpohon Gate – Laban Rata (Panalaban)
Van atau bas akan membawa para pendaki daripada pejabat Kinabalu Park ke pintu masuk trek di Timpohon Gate. Setelah selesai taklimat keselamatan dan bacaan doa, mulakan pendakian ikut kepantasan masing-masing. Take it easy. Trek Kinabalu kebanyakannya adalah tangga, jadi please watch your step.
Ambil masa untuk rehat, makan dan minum di pondok-pondok yang terdapat di sepanjang perjalanan. Bergantung pada nasib, cuaca mungkin elok atau hujan. Letak baju hujan atau ponco di poket tepi atau kawasan yang mudah dicapai sekiranya hujan.
Pastikan bawa air yang mencukupi. Boleh bawa gula-gula, choki-choki atau jajan untuk dikunyah sepanjang perjalanan. Pastikan sampah tidak dibuang merata-rata. Serius, trek Kinabalu sangat bersih. Biasanya guide akan kutip sampah yang terdapat di trek pendakian.
Peringatan, 600 meter terakhir sebelum sampai ke Laban Rata adalah bahagian yang paling susah. Di bahagian inilah ada peserta yang sudah mengalami Acute Mountain Sickness (AMS) dengan simptom-simpton seperti susah bernafas, pening, loya dan sebagainya. Sekiranya terlalu penat, ambil masa untuk berehat atau duduk di batu-batu.
Cuaca di Laban Rata sememangnya sejuk. Oh ya, tiada air panas untuk mandi disediakan. Haha. Pandai-pandailah bersihkan diri sendiri. Pijak lantai tandas pun sudah rasa sejuk sampai ke tulang. Kaki pun terasa kebas kena air sejuk. Selimut tebal disediakan tetapi daripada pemerhatian saya haritu, kesemua peserta biasanya akan tidur sambil memakai stokin (pastikan bawa lebih) dan sweater. Heater pun tiada dibilik 😀
TIPS 1: Sekiranya anda tidak pasti akan mengalami AMS atau tidak, boleh dapatkan ubat pencegahan AMS di farmasi. Alhamdulillah saya tidak kena AMS. Ada peserta yang tidak bernasib baik mengalami AMS dan dinasihatkan oleh guide untuk berpatah balik ke Timpohon Gate. Boleh juga baca tips untuk mengelakkan AMS melalui carian di internet.
TIPS 2: Jangan terlalu slow. Di Panalaban, tempat penginapan anda adalah dorm. Sekiranya anda lambat, anda terpaksa tidur di bahagian atas katil double decker 😀
6. Bahagian II: Summit Attack
Acara kemuncak pendakian ini semestinya summit attack. Segalanya bergantung pada cuaca dan kebenaran daripada pihak renjer. Sekiranya hujan, memang anda tidak bernasib baik. Just come back again next time. Summit attack biasanya bermula pada pukul 2.30 pagi, iaitu selepas supper pada pukul 2. Seperti biasa, ada taklimat keselamatan daripada guide.
Pastikan waktu supper makan sampai kenyang. Berdasarkan pengalaman saya mendaki Kinabalu dan tinggal di Kanada selama 5 tahun, biasanya ketika suhu sejuk kita akan cepat lapar. Lagipun summit attack perlukan lebih banyak tenaga walaupun jarak daripada Laban Rata ke Summit cumalah sekitar 3km.
Bahagian pertama trek pendakian adalah tangga. Namun, selepas checkpoint Sayat-sayat, cabaran sebenar bermula di mana anda perlu mendaki lereng-lereng bukit. Jangan risau, tali keselamatan disediakan. Pastikan anda check-in dan check-out di checkpoint ini. Untuk solat Subuh, saya cadangkan solat di Sayat-sayat sebab ada tandas untuk wudhuk.
Ketika summit attack, anda sememangnya bergantung sepenuhnya pada headlamp. Pastikan pakai glove kalis air dan juga penutup muka atau hidung/telinga untuk mengelakkan tangan, muka, telinga dan mulut daripada kebas. Biasanya angin memang kuat. Selepas Sayat-sayat, kebanyakan masa saya berseorangan – orang depan dan belakang berada di jarak 100 meter dari saya.
Bila penat, saya akan cari batu besar berhampiran dan duduk untuk menghilangkan lelah. Sendirian, sunyi dan ditemani angin yang dingin dan kuat. Bagaikan satu ketenangan. Sambil duduk dan melihat lampu daripada headlamp pendaki di belakang yang semakin menghampiri. Bagi saya inilah satu momen paling best ketika mendaki Kinabalu. Haha. Sambil duduk, lelapkan mata dan menikmati suhu dingin. Syoknya!
Gambar paling wajib semestinya gambar bersama papan tanda yang menandakan anda sudah sampai ke puncak Kinabalu. I did it 😀 Untuk makluman, di Kinabalu ada beberapa peak antaranya Ugly Sister Peak, Donkey Ear Peak, South Peak (Puncak Seringgit). Puncak paling tinggi adalah Low’s Peak, yang ada papan tanda ini.
Pengalaman sampai ke summit adalah satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ianya satu pencapaian peribadi yang patut dibanggakan, terutamanya bagi seseorang yang tidak begitu fit macam saya. Bangga sebab saya tidak give up. Saya cadangkan setiap orang untuk rasai sendiri pengalaman naik ke Kinabalu sekali seumur-hidup.
Pemandangan ketika berada di puncak memang terbaik. Subhanallah memang cantik. Tidak puas bergambar rasanya. Ini merupakan antara gambar yang saya ambil.
Bagi yang tidak tahu, di Kinabalu ada satu hidden gem, iaitu kawasan tasik kecil yang biasanya menjadi lokasi untuk bergambar. Memang lawa sebab ianya akan menampakkan reflection daripada air yang jernih. Saya bernasib baik sebab ada orang yang tunjukkan kawasan tersebut. Sekiranya anda tidak tahu, memang tidak akan jumpa sebab kawasan ini ianya sedikit tersorok. Malah, gambar di bawah juga diambil oleh guide saya. Memang lawa.
Ketika turun daripada peak kembali ke Laban Rata, saya menghabiskan banyak masa berjalan dengan beberapa orang guide. Seronok sebenarnya berborak dengan mereka, macam-macam info pelik yang saya dapat antaranya mengenai Mt Kinabalu Climbathon, kejadian gempa bumi pada tahun 2015 yang mengorbankan beberapa orang guide, laluan alternatif Kota Belud Trail (daripada CP Sayat-sayat ke Laban Rata) yang lebih mencabar dan lain-lain.
Ini gambar salah seorang guide yang rajin berbual dengan saya, Hendra namanya. Dialah yang ambil gambar reflection seperti yang saya tunjukkan di atas. Sempat juga saya berbual bagaimana untuk memohon menjadi guide. Haha. Menariknya, menurut Hendra, setiap guide perlu menjalani latihan, mengambil peperiksaan dan mengikuti kelas Bahasa Inggeris. Patutlah kebanyakan guide begitu fasih berbahasa Inggeris dengan pendaki daripada luar negara!
TIPS: Untuk summit attack, bawa beg galas kecil sahaja untuk mengisi air. Pastikan anda tidak memegang apa-apa barang ketika mendaki kerana terdapat beberapa tempat yang agak teknikal dan memerlukan anda menggunakan kedua-dua tangan.
TIPS: Take your time. Jangan terlalu laju. Kalau laju sangat, nanti sampai summit awal dan anda terpaksa lepak lebih lama di summit untuk menunggu matahari naik untuk mengambil gambar.
7. Bahagian III: Cut-off Time
Antara perkara yang menjadikan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu sedikit sukar adalah pengenalan cut-off time (COT) yang perlu dipatuhi oleh setiap pendaki. COT yang diperkenalkan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memelihara keselamatan setiap pendaki. Antara COT yang perlu dipatuhi oleh setiap pendaki adalah:
- Timpohon Gate – Laban Rata: Tidak pasti, tetapi pastikan anda tiba sebelum waktu makan malam di cafe tamat.
- Summit: Tiba di puncak sebelum pukul 7 pagi. Start summit attack bermula sekitar 230 pagi.
- Check-out dorm: 1030 pagi. Denda RM100 bagi setiap jam sekiranya lewat. Sekiranya anda lewat turun daripada summit, tolong minta tolong kawan untuk letakkan beg anda diluar dorm.
- Supper: 2.00 pagi hingga 2.30pagi
- Makan malam: 5 petang hingga 7.30malam.
- Makan pagi: 7 pagi hingga 10.30 pagi, selepas turun daripada summit dan sebelum turun kembali ke Timpohon Gate.
- Kembali ke Timpohon Gate: Ada COT, tapi saya lupa waktunya. Sekiranya lewat, anda akan didenda untuk setiap jam yang lewat. Jumlah tersebut akan didarab dengan jumlah guide dalam group anda.
TIPS: Sila dengar dengan teliti taklimat yang diberikan oleh guide. Mereka akan beritahu COT yang saya nyatakan di atas.
8. Bahagian IV: Summit – Laban Rata – Timpohon Gate
Sebenarnya anda tidak perlu tergesa-gesa untuk turun daripada Summit ke Laban Rata. Cuma pastikan tiba sebelum 10.30 pagi iaitu waktu sarapan pagi tamat dan waktu check-out daripada dorm. Saya pun banyak luangkan masa mengambil gambar sampai puas sebab tidak pasti sama ada saya akan kembali lagi ke sini atau tidak.
Nothing to rush. Ambil gambar sampai puas. Jangan nanti sudah sampai di bawah baru menyesal tak ambil gambar lawa-lawa. Selepas turun dari Summit ke Laban Rata, sarapan dan kemas barang untuk check-out. Kalau boleh, malam sebelum summit attack kemas terus barang untuk keesokan harinya, just in case kalau lambat sampai Laban Rata dari Summit, boleh terus angkut beg bawak keluar dorm.
So far makanan memang tiada masalah, dihidangkan secara buffet. Memang puas hati. Cumanya hanya air panas iaitu teh dan kopi yang dihidangkan. Harga air mineral atau air tin memang sangat mahal. Seingat saya air mineral 150ml harganya RM11, harga air tin 100 plus RM17. Harga yang mahal ini terpaksa dikenakan sebab pihak cafe kerana mereka juga perlu membayar upah yang mahal kepada porter untuk angkut minuman ini daripada bawah ke atas.
Semasa turun daripada Laban Rata ke Timpohon Gate, kebetulan cuaca adalah hujan. Nasib baik saya bawa baju hujan. Sempat juga beberapa mengambil keping gambar.
TIPS: Air kosong untuk minuman memang tidak disediakan di Laban Rata. Pandai-pandailah bawa stock air untuk diminum. Kalau malas bawa sebab berat, pastikan bawa wang yang banyak sebab harga memang mahal.
9. Tips-tips lain
1. Setiap orang mempunyai kebergantungan kepada air yang berlainan. Macam saya, banyak minum air ketika hiking dan berlari. Jadi, pastikan bawa air yang mencukupi. Kalau ada pendaki lain yang tidak mahu membawa air ketika summit attack kerana beranggapan ianya hanya memberatkan beg, biarkan sahaja. Pastikan anda bawa air mencukupi, tidak cukup air akan memudahkan anda mengalami kekejangan dan dehidrasi.
2. Jangan underestimate Gunung Kinabalu. Ramai orang beranggapan panjat Gunung Kinabalu mudah dan datang tanpa sebarang persediaan rapi. Realitinya, adalah normal untuk setiap kumpulan akan ada pendaki yang tidak sampai ke puncak akibat mengalami cramp yang teruk dan AMS. 3 orang daripada 20 orang ahli kumpulan saya tidak berjaya sampai ke puncak.
Ada satu lagi kumpulan pendaki keesokan harinya (ketika kami turun, mereka baru naik) dimana rata-rata baru pertama kali hiking dan tidak membuat persediaan rapi. Daripada apa yang saya dengar, daripada 20 orang, hanya 10 orang yang sampai ke puncak. Sekali lagi, jangan underestimate Gunung Kinabalu. Serius.
3. Untuk pendakian daripada bawah (Timpohon Gate) ke base camp (Laban Rata), pastikan bawa beg dengan muatan seringan yang mungkin. Beg saya haritu 8kg, awalnya rasa tidak terlalu berat. Sampai atas, rasa berat yang teramat sangat. Menyesal. Haha.
4. Saya sarankan beli hand warmer. Saya beli di last minute di Sport Direct, RM9 untuk 2 keping. Rasanya di Decathlon pun ada dan lagi murah, RM10 untuk 10 keping. Sila rujuk pautan ini sekiranya anda tidak tahu apa itu hand warmer. Sangat berguna ketika tangan anda sejuk. Boleh juga digunakan pada tapak kaki.
akubiomed
Wah dah lama tak update blog. Tahu-tahu sudah tawan gunung Kinabalu. Lepas ini boleh tanding rekod bro Titan yang 4 kali tawan puncak gunung Kinabalu.
Baharuddin Muslim
Salam bro. Saya bercadang nak mendaki bersama keluarga pada 28/3/19. Ada 5 orang. Semuanya first timer. Betul2 first timer. Apa gunung pun kami belum pernah mencuba. Anak saya berusia 12, 14 dan 16. Semuanya bukannya fit pun. Rasanya budak2 ni boleh tahan ka dengan cabaran mendaki Gunung Kinabalu ni?
Affan
Wsalam. Tips yang saya boleh bagi:
1. Masa naik, anak2 bagi diorang naik free body, takyah bawa beg. Gunakan khidmat porter.
2. Cabaran utama Kinabalu adalah kesejukan dan AMS. Boleh beli ubat AMS, takpasti mudah atau tidak nak beli di Semenanjung. Boleh beli lat farmasi area Ranau kut. Baju make sure cukup tebal, stokin bawa at least 4 pasang sebab kaki senang basah. Tidur pun pakai stokin. Bro boleh beli heat pack dekat Decathlon atau Sports Direct, memang sangat membantu bila nak tidur atau rasa sejuk sangat.
Baharuddin Muslim
Tq
Zarith
Ada tak tips untuk musle pain
Affan Ruslan
Muscle pain? Sakit kat muscle bahagian mana tu?
Salwa
Boleh share keadaan trek spanjang pendakian?
Affan Ruslan
Hi, trek memang sangat clear dan tiada kemungkinan untuk sesat. Lagipun setiap pendaki akan ada guide, jadi memang tiada masalah langsung. Cuma pastikan jangan bawa barang yang terlalu berat.
Lebih kurang setiap 1 km ada pondok untuk berehat. Tandas juga ada.
su
Hi, boleh share physical preparation before naik kinabalu. Sy akan naik bulan 8 ni inshaAllah 🙂
Affan Ruslan
Hi, rasanya kalau yang biasa hiking mungkin tiada masalah.
Saya kurang hiking, tapi saya biasa lari trail jadi mungkin sedikit sebanyak membantu.
Yang biasa saya dengar, biasa orang training di Bukit Gasing dan Bukit Broga. Boleh Buatlah 2 3 loop pada hujung minggu sambil bawa load dalam bagpack. Kalau ada masa, boleh juga hike gunung-gunung lain yang lebih sukar
Azizi
Nk join boleh tak? Tkde geng nk pegi
Nordin
Saya tengah bercadang nak ke sana ada pertengahan tahun 2020
CAH
Tq utk tip anda ..saya duk usha2 trip kinabalu tp tak de geng ..
Affan Ruslan
Boleh tengok dalam FB group Hiking and Camping Around Malaysia (HACAM), biasa ada orang iklanlah trip untuk ke Gunung ini. Atau boleh buat posting di sana, nanti ada organizer akan komen.
Ali Asan
Asalamualikum Tuan
Saya nak bercadang naik Gunong Kinabalu pada bulan mac 2020 bersama kawan2 dari Brunei seramai 20 orang… nak tanya cost naik saja tuan seorang berapa serta cost penginapan di Laban Rata Resthouse dan juga bayaran guidenya berapa?… menganai dengan pengangkutan kami dari brunei ke kinabalu park kami dah kira semua nya…
sekian terima kasih Tuan
Affan Ruslan
Waalaikumsalam.
Mungkin tuan boleh refer pada official page Mount Kinabalu, lengkap dengan pricing.
https://www.mountkinabalu.com/packages
Nurul Ain
Assalamualaikum,
Saya akan mendaki pertengahan bulan 10. Preparation yg saya buat adalah seminggu 2x sy berlari sebanyak 5km. Ada sekali sy training naik batu caves 3loops, tetapi loop ke 3 almost pitam. Adakah normal? Sebab yang sy perasan klu trail run pun pernah klu naik bukit macam nak pitam. So adakah tips lain yang boleh menghilang kan rasa nk pitam ni.
Or adakah disebabkan kekurangan air atau makanan?
Affan Ruslan
3 loop pun dah nak pitam? Mungkin belum cukup fit kut, atau terlalu laju.
Mungkin juga sebab penat sangat kut.
Cabaran nak Kinabalu ni lagi susah, bukan sahaja sebab sejuk tapi juga altitude.
Tapi, sebaiknya saya cadangkan consult dengan doktor sebelum panjat Kinabalu, tengok ada masalah lain contohnya darah rendah atau lain2.
Leez
Salam saudara, Saya berumur 47 thn dan merancang untuk mendaki pada April 2020. Apakah training yang saya perlu buat untuk fitness sebagai preparation untuk mendaki? Boleh saya dapatkan nasihat/guidance dari saudara? Terima kasih
Affan Ruslan
Wsalam. Apa yang penting adalah fitness. Biasakan diri untuk hiking. Boleh mula dengan yang mudah-mudah dulu, contohnya Bukit Broga, Bukit Gasing dll. Kemudian, boleh tambah tahap kesukaran sedikit contohnya naik Bukit Kutu, Gunung Nuang dsbnya. Boleh juga joging slow-slow tiap2 minggu.
Sebenarnya selain fitness, kebiasaannya hiker yang tidak sampai ke puncak adalah disebabkab Altitude Mountain Sickenss (AMS) sebab berada di altitud yang tinggi. Yang ini saya tidak pasti puncanya, mungkin puan boleh melakukan sedikit research mengenai sebab dan cara menanganinya. Yang saya tahu, memang ada dijual ubat/pil untuk elakkan AMS ini.
Sufian Bin Mohd Deris
Syabas buat anda kerna berjaya sampai ke puncak Kinabalu. Yerima kasih juga atas tips yang dikongsikan di sini, ianya banyak membantu memberi gambaran dan infomasi kepada bakal pendaki kali pertama. Tetapi kepada pemdaki yang telah pun sampai, mungkin ada komen lain yg ingan ditambah sebab pengalaman masing2 berbeza.
InsyaAllah saya dijangkan akan mendaki pada bulan Mac 2020 bersama trip syarikat, dan boss memberi tugas kepada saya untuk mencari info dan tips pendakian. Mohon reply komen saya dengan emel untuk berkongsi nombor telefon.
Satu saja soalan saya, guider ada guna handy talkie(HT) tak? Peserta ada dibekalkan HT?
Sufian Bin Mohd Deris
Syabas buat anda kerna berjaya sampai ke puncak Kinabalu. Terima kasih juga atas tips yang dikongsikan di sini, ianya banyak membantu memberi gambaran dan infomasi kepada bakal pendaki kali pertama. Tetapi kepada pemdaki yang telah pun sampai, mungkin ada komen lain yg ingin ditambah sebab pengalaman masing2 berbeza.
InsyaAllah saya dijangka akan mendaki KK pada bulan Mac 2020 bersama trip syarikat, dan boss memberi tugas kepada saya untuk mencari info dan tips pendakian. Mohon reply komen saya dengan emel untuk berkongsi nombor telefon.
Satu saja soalan saya, guider ada guna handy talkie(HT) tak? Peserta ada dibekalkan HT?
Sufian Bin Mohd Deris
Syabas buat anda kerna berjaya sampai ke puncak Kinabalu. Terima kasih juga atas tips yang dikongsikan di sini, ianya banyak membantu memberi gambaran dan infomasi kepada bakal pendaki kali pertama. Tetapi kepada pemdaki yang telah pun sampai, mungkin ada komen lain yg ingin ditambah sebab pengalaman masing2 berbeza.
InsyaAllah saya dijangka akan mendaki KK pada bulan Mac 2020 bersama trip syarikat, dan boss memberi tugas kepada saya untuk mencari info dan tips pendakian. Mohon reply komen saya dengan emel untuk berkongsi nombor telefon.
Satu saja soalan saya, guider ada guna handy talkie(HT) tak? Peserta ada dibekalkan HT?
zaiton
Alhamdulillah ..25 dan Jan 2020 saya berjaya menawan puncak tertinggi Asia Tenggara (Low’s peak)…Satu kepuasan yang tak terhingga ..tambahan pula pertama kali saya mendaki gunung kinabalu….Tentang guide..Biasanya guide sangat membantu..HT x nampak pulak mereka guna… 5 orang satu guide…Apa yang penting persiapan mental dan fizikal serta semangat….latihan menaiki dan menurun tangga sangat penting…Hampir 90% tangga dari Timpohon ke Laban Rata dan seterusnya ke Sayat-Sayat…Selepas sayat-sayat laluan berbatu..tali sebagai panduan…InshaAllah anda mampu lakukan….Selamat mendaki
Islamku
Memang telah lama teringin tawan puncak kinabalu ni, tapi belum ada rezeki ke sana. cantik view-view dia.
yusuf pencinta iPhone
wah bestnya baca pengalaman hiking gunung kinabalu…teringin jugak nak pergi lepas2 covid ni…
Adriano
Gambar yang ditangkap Encik cantik.
Camera apa yang Encik guna?
Saya bakal berkunjung ke Gunung Kinabalu tetapi tidak pasti camera apa yang sesuai dibawa.