Ada orang berblog bermula dari suka-suka, kemudian terus berminat untuk serius berblog. Tapi bagaimana pulak bagi blogger yang mempunyai minat yang tinggi dalam berblog, tapi kesuntukan masa untuk update entry? Jalan singkat, tutup je terus blog. Jadi di entry ni saya nak kongsi tips yang mungkin berguna untuk blogger yang sibuk (busy), sama ada sibuk dengan pelajaran ke, sibuk dengan kerja ke, takpun sibuk dengan family ke. Hehe. Harap-harap tips mengarut ni berguna gak lah ye.
1. Schedule Post
Schedule Post ni bermaksud entry yang akan di publish pada tarikh dan masa tertentu yang sudah disetkan. Contohnya, kalau hanya ada masa ketika weekend untuk update entry, taip dulu entry tersebut dan kemudian publish pada hari kerja. Sebab kenapa pada hari kerja (Isnin-Jumaat)? Sebab ramai blogger lain cakap blog mereka mencatatkan penurunan pengunjung pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Jadi sebaik-baiknya, maksimumkan pengunjung dengan membuat schedule post. Lainlah kalau yang tiap-tiap hari update macam Kujie, takde masalah punya nak update hujung minggu pun. Hehe.
Yang penting, jangan lupa tekan butang PUBLISH untuk buat schedule post, nanti kalau simpan sebagai draft, entah bila lah agaknya nak publish entry tu.
2. Penulis Jemputan
Penulis jemputan ni merujuk kepada orang lain yang dijemput, tak kiralah orang tersebut adalah seorang blogger ataupun kawan-kawan dan adik-beradik korang. Kalau diorang ada idea menarik, mungkin boleh mintak tolong diorang tulis di blog. Untuk mengekalkan kualiti entry di blog, mungkin korang boleh double check dulu entry tersebut sebelum dipublish.
Dulu masa hampir final exam, saya juga pernah jemput Syahrilhafiz untuk menulis entry mengenai Kelebihan Menggunakan Sistem Operasi Sumber Terbuka, dan hasilnya cukup memberangsangkan!
3. Tulis idea dalam buku nota
Ada blogger yang mengambil masa lebih dari sejam untuk menulis sesuatu entry. Kesannya, mereka mengelakkan untuk update kerana perlu memperuntukkan banyak masa semata-mata untuk update. Kemudian, pernah tak masa sedang tulis entry, tiba-tiba hilang idea. Pastu pening nak fikir balik idea, last-last terus tak jadi nak publish. Jadi untuk mengelakkan perkara camtu terjadi, selain dapat menjimatkan masa untuk menaip entry, boleh amalkan tips-tips berikut:
- Tulis tajuk utama
- Tulis isi-isi penting supaya nanti tiada yang tertinggal
- Kalau ada masa, boleh letakkan sekali penerangan ringkas untuk isi-isi yang disenaraikan.
Dengan mengamalkan tips-tips di atas, InsyaALLAH masa untuk update dapat dikurangkan, mungkin boleh ambil masa kurang dari 15 minit untuk suatu entry yang mantap! Jadi, alasan takde masa untuk update mungkin dapat dielakkan.
berguna untuk kami ni bro,
semenjak ada baby ni mmg busy sungguh, mau plak keja outstation mmg jarang nak update blog..thanks..:)
hehe.
“kami” tu merujuk kepada sepasang kan.
maknanya ada bonus lah kat situ, sebab ada dua orang penulis. hehe 🙂
Tahniah ye sebab dah ada baby.
Sama-sama
Memang selalu mengamalkannya 🙂
bro dah berpengalaman, mungkin lebih banyak lagi dari tips kat atas ni yang diamalkan
a’ah la…
sangat sibuk laa.tapi kdg2 idea nak tulis pun x ade.
anyway,thanks utk tips ini
hehe. sebab tu lah kena tulis dalam notepad atau hp.
ada idea tulis. nanti takdelah alasan takde idea lagi sebab segala idea dah dicatit 🙂
Salam…
Dah selalu amalkan tp kalau idea kering, tak dpt nk buat apa jgk..
sebab tu lah kena amalkan idea no 3 🙂
memang selalu buat pun… busy sgt skang kot… dah final sem ni.. wuhuhuhuh
anies slalu wat stok…the arrange date 4 publish…
bagus lah buat stok.
tapi jangan peram lama2 dalam draft, kang nanti dah lama sgt, terus tak jadi nak publish
kalau ada idea tulis dulu kat notebook tu betul, sy praktik jugak…kalau x tulis terus masa tu, pastu x ingat…
hehe. bagus2. tulis dalam hp pun ok 🙂
Ntahlah… aku suka paksa diri dan displin tulis blog. kena pastikan ada entri dalam sehari.. hehehe..
bagus lah tu.
tips no 3 tu pun boleh amalkan untuk disiplinkan diri, tulis dalam masa yang singkat. cuba dulu. hehe.
nanti takdelah habis masa berjam2 nak perah otak depan laptop 🙂
Thanks so much bro… tapi aku kurang sibuk cuma idea je yg payah nak keluar.. hoho
ko tak pernah sibuk.
sebab asyik spam timeline twitter aku. hehe
memang berguna sangat2 tips ni…thanks!
memang tepat untuk rawt rawt.. hehe..thanks for this tips.. bergune sangat2..
haip! macam khusus untuk aku jer…hahaha
yup, aku admit aku bukan macam dulu lagi…sehari paling banyak sampai 3-4 entry panjang berjela…
la nie…nak tulis sampai sepuluh entry pun payah dalam masa sebulan…
punca? aku balik lewat malam (pulun keja…nak kawen??)…dah tue…letih..penat..dan sememangnya MALAS! tapi aku tak kisah..coz mmg takda follower pun…
ada terfikir gak nak quit dari menulis…kreativiti aku spt dibunuh…aku banyak usha blog org (senyap2)…huhuhu
haha. bukan niatkuuuuuuuu. keh3.
takpe bro, sayangkan isteri, blog tinggal2kan.
er, sejak bila ada isteri pulak ni. he he
Good tips. Sudah lama jugak diamalkan.
wah! siap de buku nota..
iAllah akn buat =)
tu edit gambar je.
hehe.
buku nota memang ada lah, kadang2 tulis dalam hp
tips yang sangat2 membantu buat sy yg cuba utk aktif kembali berblog.. dulu suka2 je skang ni insyallah akan lebih serius.
good luck 😀
thanks 4 the tips bro! hehe.
sama lah kita
Anip..dah lama amalkan
tapi selalu rasa bersalah pulak
tak ziarah blog pengomen
di blog saya..apakan daya
memang sibuk..janji blog
post entri baru dulu..
hehe. takpe, ada masa ada.
kalau takde, nak buat macam mana kan.
masing2 ada komitment, lagi2 org yang dah kahwin macam bro 🙂
sementara masih ada masa… ada juga simpan sikit2 post yang boleh draft.. untuk akan datang… cuma tak siap lagi.. atau buntu , separuh jalan… psot schedule akan dilaksanakan bila balik kampung… huhu ,
hehe. ko update tiap2 hari, idea mesti sentiasa ada kan.
tak yah risau sgt zik hehe
amat berguna sekali, huhu, aku jarang juga update nie. kdang2 nak update pon bole lupe ape yg nk update. tips yg ko bgi kene cuba nie..
take note!betul la kan..hari2 mmg nak blogging,tapi masa takde..especially bila musim kelas yg gila2 punya hectic..
anyway,thanksss tipss..;)
waa..busy2 pun bole update siap bg tips..bgus2..:)
Alhamdulillah, skg ni tengah cuti seminggu.
Boleh lah update sikit bro hehe
Jai amalkan yang last, tulis dlm buku nota tapi bukan buku, kertas.. Bila time nak gunakan, kertas ilang…aduii…hu3
haha. adoi, camtu pulak ye. taip dalam hp je ok bro, buat ringkas2
smart. selalu gak tulis dalam note sebelum type kat blog 🙂
tips yang berguna, terima kasih. Saya ada amalkan buku nota, tapi kat h/phone.
ok je tu. lagi handy and mobile.
tenkiu untuk ifo itu. 🙂
aku pernah lalui benda ni. last option dalam kepala adalah delete blog since rasa macam blog tiada visitor yang setia. my previous blog is mrdzy.blogspot.com. since tak ramai yang comment so consider tak ada reader setia walaupun PR2. pasrah. Now start with new blog. harap tak delete macam dulu
rugi tu bro. huhu.
takpe, berblog dengan gembira. 🙂
gud tips…
slalu gak wat yg no 3 tue…
hehehe….
Assalamualaikum.
terima kasih jenguk dan singgah blog CikWan. CikWan datang. jumpa tajuk best ni. tip yang bagus dan sesuai untuk CikWan. akan diaplikasi dalam berblog.
Wa’alaikumsalam.
Sama-sama, harap berguna
entry berguna. trima kasih sudi share 😉
nice info…aku sll buat yg no 1 tuu….
good 🙂 hehe
terbaek la tips ni!
tips yang bagus!! btw, saye tak busy tapi idea tamo kua huhu..
hehee. kalau idea takmau keluar, boleh cuba tips no 3. tengah2 jalan dengan kawan2, tiba idea ada. terus taip dalam hp!
hehe
thnks for the tips.. follow kamu.. follow back ya.. v(^^,)
terima kasih ye follow 🙂
FOLOW SAYA BALIK YEA
hehehe..kak jie tak de ‘post berjadual’ tapi ada banyak post dalam draft – tulis isi penting, idea2 yang terlintas
bila free baru update, make up tambah sana sini baru publish.
idea2 kat atas tak sesuai untuk kakjie. hehe. kakjie sentiasa banyak idea, mungkin sebab kakjie tulis isi2 penting dulu dalam draft.
Aku pun selalu buat macam yg kak jie buat tu. Kadang2 bila dah kemaruk sgt, sampai dua tiga draft sekali buat. Tapi selama aku berblog, aku tak pernah tulis dalam buku nota apa yg aku nak buat..
Thanks bro.. nice tips
takpe, hehe. saja kongsi. taip dalam hp dulu pun ok gak hehe
no 1 ngan 3 tu sllu dibuat
no 2 blum pernah lg..hee
no 2 tu pun, aku baru sekali. huhu.
sapa lah yang sudi nak tulis kat blog ni hehe
Ada juga simpang draft post tapi apabila nak publish sudah outdated 🙂
haha. benda yang selalu terjadi. rasanya blogger lain pun alami benda yan sama
bagus sesangat!!..
bagus jugak nie, memang kene buat schedule post selalu sebab busy sgt lah
dlu sek ada jadul waktu..skrg bloger wajib ada jadul tersendiri agr dpt uruskan blog dgn sebaik yg blh
tak suka ada drf dlm blog..sb nmp cam keje tak habis shja..slu buat harini tulus harini juga publish..
hehe. betul gak tu.
kalau boleh jangan biarkan lama-lama sangat draft tu
tips yang sangat baek. i like ^.^
post ni memang kena disaat aku tengah stuck nak update minggu ni.. jadual sangat pack.. tak final exam lagi ni.. haha.. bese memang aku amik masa 1 jam atau lebih..nak baca byk kali sblm publish n cari gambar2 yg cantik.. kalau tenet lembab,lagi lambat.. hehe.. auto publish tu tak pernah try lagi..kalau autopublish pun, kena ping manual gak.. hehe
hehe. aku pun camtu, nak review lagi memang ambil masa.
takpe, ping tu paling lama pun seminit je hehe
Thanks…. Tips yang berguna dan terbaik untuk dimanfaatkan oleh pemblogger2…..
schedule post tu ader la skali dua buat time tgh rajin n tetiba ader idea, so trus jer type n schedule utk entry baru. tp biasanyer jot down kat kertas jer dlu. biler2 rajin nk menaip, br bkk blog. problemnyer kdg2 bkn idea, tp keMALASan yg melampau…. hehehe ^__^
ada di antara tips ni aku praktik kan 🙂
yep..memang sibuk selagi tak cuti sem..mungkin kena tulis isi2 die sikit dulu kot..supaya tak ilang idea
Memang terbaik la tips ni… selalu je jadi macam tu..hilang idea tetiba… waduhh… kantoi terus…
thanx…info
As salam…ziarah teman2
aku selalu tulis idea kat draf mesej tepon.. pasal hujung minggu pengunjung kurang tu memang aku setuju sgt2.. mungkin ramai yang takde akses internet kat rumah atau dorg keluar jalan2 hujung minggu.. sudahnya mengular kat ofis la kot.. :p
selalu juga tulis kat buku nota dan kat draf
dan saya sedang cuba seboleh mungkin untuk buat 2 entri setiap hari
Gua suke pada cara “live”..hehehe, suka kalut2, pas tu suke edit2 selepas post entri…sikap gua yg mmg payah nak ubah…mungkin dgn entri ni gua boleh berubah…hmmm…insyaallah.(tak janji lagi tuee..hahaha) btw, thanks bro bg tips tu.
hehe. penah gak terjadi, lepas post, tengok ada typo.
kelam kabut gak jadi
memang sayang kalau dah ada idea..
kena buat draft..
kalau tak hilang sia-sia jer idea tu
Salam, ehehe akak masih lagi kategori tengah-tengah, belum agak sibuk, so mmg ada masa nk taip terus je entry, lihat, tenung, rasa dan tulis 🙂
good info..penah jugak plan nak buat schedule post tu..tapi kesudahannya hanya bertahan sehari dua jek..kehkehkeh…sbb time nak menulis tu idea tak mencurah curah ke ladang rerame..hehehe
nice tips…
sekarang memang tersangat busy
schedule post tak pernah buat lagi..ada plugin ka bro? ke dh ada fungsi dalam wordpress sendiri..tak pernah lagi cuba2 godek hehe
ada bro. dekat2 dgn butang publish tu, takyah guna plugin dah hehe
Bagus tips ni, amat berguna kepada yang sibuk…
sangat berguna bagi kami yang sibuk..
yang tulis nota tu dah sentiasa amalkan, schedule post yang jarang buat..
kadang kadang idea ada kdg2 tak da langsung, tulis jugak dalam buku nota kalau teringat apa2 , nanti rujuk balik bila dah lupa hehe
aku kalau sibuk aku tak update ar… ermm biasalah blog pun biasa-biasa je.. tak serius sangat..
Salam bro,
Saya pun kadang-kadang kering idea juga.Biasalah benda ni mesti alan jadipada mana-mana blogger.
Jadi saya bolehlah cuba tip-tip di atas.Terima kasih.
adakah entri ni ditujukan buat aku?
Salam Affan,
Saya ni tak de la sibuk mana pun. (ada hari2 tertentu jer).
Cuma kesukaran sya adalah utk mendapatkan idea.
huhuhu… begitulah yang sepatutnya… tips berguna ni…
owh.. weekend mmg visitor x ramai ka..
thanks for sharing bro ^^
aku suka yg no 3 tu. tulis idea dalam note. sll bila bukan dpn lappy la. ada je idea datang. tp lupa nak tulis note, bila buka lappy ilang. haha, wajib tulis note sekarang ni. hehe
buku nota tu dah ada… tp saiz A4 la… lepas ni nk cari yg mini sikit khas utk idea yg datang dikala sedang jalan2 🙂
lagi satu buku tu dah buat… tp just tulis tajuk dia jek… xde lak tulis isi2 dia… lepas ni mungkin masukkan sekali 😀
besar sgt tu.
hehe, buku kecil ni bagus sebab lebih handy and mobile, sng sikit nak bawak kot.
akan dicuba juga nanti 😀
wah.. nice tips… akan dicoba nanti.. 🙂
suka guna tips nmbor 2 walaupun baru sekali.
sekarang ni tengah cuba guna microsoft word atau notepad untuk post baru (scrap) sebab bila guna wordpress rasa macam stuck sikit sebab fikir nak optimize je kerjanya sampai tak jadi publish 😆
nmbor 3 nak cuba nanti
thanks infonya 🙂
sama2 jerry, mana link? hehe.
takperlu optimize, tulis aja, publish! hehe
hi affan..
Sejak mula kenal blog lagi, mak dah guna tips affan ni sbb, sbg manusia yg sibuk dengan mcm2 hal. mmg sangat2 memerlukan perancangan yang rapi begini!
senyum2 cik tom baca tips ni…ketiga2 tips yg affan share mmg cik tom praktiskan…sbb cik tom mmg busy skang..so cik tom amik inisiatif buat scheadule post setiap hari, jd penulis jemputan (br sekali) n mmg biasa tulis main point idea entry dlm buku nota kecik spaya xlupa…huhuhu…..
sangat2 praktikal..berguna untuk aku yang dah jarang update blog nie..hehe..anyway, nice sharing bro..
erm..ajak penulis jmputan ..kngkawan ada yg da buat..tp wat masa ni..lum ada lg 😀
mmg saya selalunya sibuk. maklumlah keje shift 12jam. pastu ada anak wife yg perlu diutamakan.
kebiasanya waktu cuti dan idea dtg secara tiba2 je baru aku update.
bila dah update blog..hilang kesempatan pula utk melawat blog rakan2. tapi tetap berusaha gak
haha. Tips yang agak menarik. thanks bro.
betul r… hehhehe.. saya banyak publish on weekend sbb free.. hahahha.. patut r.. tq bro.. nice tips! ♥
uhuk. ehem. sakit tekak. haha. insyallah aku follow. hehe. mklm la bz je aku sejak2 ni. adoi. huhu
syukran bro dgn tips ni..masih hijau lagi dlm berbelog ni..dan betul, kekangan masa tu yg buat blog selalu terbengkalai..hua3..
haha biasalah tu. masa merupaka halangan utama bg setiap blogger, sebab itulah ada blogger, walaupun blog sudah bertahun, tapi akhirnya ditutup kerana tidak dapat memberikan komitmen
alhamdulillah..thanx atas tips2 yg sgt bguna nie..tp satu lg msalah sy,iaitu kkurangan idea..kdang2 kagum bila tgk blogger2 len yg sntiasa ade idea yg mncurah2 ke ladang gandum,stiap ari update blog diorg..hope sy pown dpt bwat mcm tu..^^
sy suka entry nih…[ lambat dtg ]
haha..mcm sy bila bz taip je pa pe yg terlintas dlm notepad..
t update la kemudian..hehe
Ada betul jugak..Thanxx affan..singgah untuk follow..kembali follow sy..=)
Pernah mengamalkan tips yang ke tiga masa praktikal dulu.
Sangat berkesan! (orang sibuk buat kerja, aku sibuk cari idea untuk buat entri)
Ada tips lain?
terlalu simple sangat
tips yang amat berguna. terima kasih untuk tips ini. 🙂
yang no 3 tu memg bernas. aku memg mnghadapi situasi tu.. nmpknya aku kna praktikkan cara no 3..hehe..
tip2 utk blogger malas update blog ad x? =)
nice tips,, ^_^
Yaaa biasanya aku akan guna schedule post la..senang..hehe