Kata orang, “Jauh perjalanan, luas pengalaman”. Selama lebih kurang setahun lebih ni, banyak juga pengalaman baru yang diperolehi, antaranya adalah mengenai solat. Berbanding di Malaysia, tidak kira di pusat beli-belah, lebuhraya mahupun di universiti, tempat solat memang sentiasa ada. Kalau di lebuhraya, selalunya ada Pusat Rehat dan Rawat (R&R), jadi kalau nak solat tu memang takde masalah. Bezanya, di luar negara tempat solat amat terhad, bahkan di satu bandar, mungkin boleh dikira bilangan surau atau masjid. Jadi, di entry ni saya nak kongsi tempat-tempat yang pernah saya solat, InsyaALLAH mana tau satu masa nanti korang berkesempatan pergi luar negara untuk urusan bisnes, belajar atau berjalan-jalan, boleh lah solat. Yang penting, kalau boleh bawah kompas (dalam Iphone pun ada). Tempat-tempat berikut mungkin boleh jadi alternatif ketika korang sedang berjalan-jalan.
1. Changing Room
Changing Room, atau dalam bahasa Melayunya tempat tukar baju. Changing Room ni mesti ada di mana-mana pusat membeli belah pakaian, mesti ada! Hehe. Masuk dalam tu, cari kiblat guna kompas, settle. Solat macam biasa. Ada satu pengalaman yang melucukan. Saya masuk ke satu bilik tempat tukar pakaian tu bersama seorang kawan untuk solat secara berjemaah, tiba-tiba kantoi dengan promoter (pekerja) di situ. Hahaha. Buat-buat taktau, terus keluar dari kedai tu. Hehe.
2. Bawah tangga
Selalunya bawah tangga adalah tempat yang tersembunyi dan bersih. Sebab kenapa bersih? Sebab tak ramai orang lalu bawah tangga. Macam biasa, cari kiblat, lepas tu solat seperti biasa. Saya pernah solat sekali di bawah tangga ketika bersukan di gimnasium. Tu jelah tempat yang ada dekat situ waktu tu. Kalau nak cari bilik kosong, memang takde lah kot. Sebenarnya sebelum sampai Kanada lagi, ada seorang kawan yang belajar di Rusia pernah cerita pengalaman die solat di bawah tangga, memang takde pilihan lain lah, asal bersih, terus boleh solat!
3. Di tepi kaki lima
Tepi kaki lima pun boleh solat? Haah, ni adalah pilihan terakhir. Kalau boleh, cari tempat yang kurang orang lalu-lalang ataupun di tempat yang tersorok. Selalunya kalau berjalan-jalan di tempat-tempat yang terbuka seperti Niagara Falls, memang takde pilihan, solat di kaki lima lah jawabnya. Tak susah, alas je lantai tu dengan sweater atau apa-apa kain. Yang penting, cari kiblat dulu. Hehe
ps: kalau sesiapa ada pengalaman lain boleh kongsi ye, mana tau ada yang terlupa sebut kat atas tu. Hehe
.
Gambar: total-locker-service.co.uk
naddy
bagus.
solat tu tiang agama.
π
anies hisham
x kisah solat d mn yg penting niat nk solat tu…jgn asik “jamak xyah” je
Affan Ruslan
haahah
Fiza Apani
lagi satu “jamak takdan”…
Fiza Apani
lagi satu : “jamak xdan”
suffer8zine
solat la walupun dimana2
dyla
asal tmpt tu bersih mcm affan ckplah kan alas la dgn kain ke apa..jgn cari alasan je kan..
eastbullet
ingat lagi time aku tengok bola Malaysia time Suzuki Cup yang lepas, solat ditengah khalayak ramai lalu lalang je…
apa2 pun, janganlah sampai solat dalam tandas pulak. walaupun tempat tu strategik… π
Affan Ruslan
owh, betul gak tu.
ada gak tengok gambar peminat bola kelantan solat kat tempat terbuka di stadium
muhammad fakhruddin
Cerita pasal solat dalam tandas…ada hadis Nabi melarang kita daripada solat dalam tandas.
Izwan
solat dalam hutan..time survival plkn.. satu pengalaman baru masa tu..
Affan Ruslan
haha. betul gak tu kan.
dulu aku pun plkn, tapi yang aktiviti dalam hutan tu tergendala, sebab hujan
khairolghani
member gi Jepun solat kat tepi pokok bunga dalam taman..dia kata payah nak cari surau..
Affan Ruslan
owh, ok gak tu.
biasalah tu jepun hehe.
thanks kongsi bro
aiman azlan
Aku penah solat atas rumput tepi bangunan, kat tempat parking keta, kat dalam mall (but bukan dalam surau), kat stesen bas (also bukan dalam surau), dan yang paling interesting ialah kat dalam kapal terbang (and yes, kapal terbang tu xde surau).
Sesungguhnya bumi ni hamparan sejadah umat Muhammad.
syahrilhafiz
urm bagus tu, sekurangnya kalau tempat tu dah bersih ok dah..
little daisy
takde surau atau masjid tak bermakna kita x boleh nk tunaikn solat. tak penah ada pengalaman macam ni. sronok jgk eh, adventure… ^_^
Affan
Tempat strategik untuk solat bagi pelajar luar negara http://selangorbloggers.com/read/25940
bun
uh,kat mane-mane pon boleh solat
janji bersih (takde najis)
pengalaman solat dalam flight
huwaa,tak perlukan adab kiblat
just niat saje
ade gak solat kat padang
Blogger's Malaysia
Tempat strategik untuk solat bagi pelajar luar negara | Critical Angle… http://fb.me/Wpdwg37E
tehr
solat itu tiang agama
dan islam itu tidak menyusahkan penganutnya
sumanje
tak kira walau apa cara dan keadaan kita…tetap kene solat/…
intro
belakang pintu emergency exit, sebelah lif, sebelah shopping complex, cloakroom, chapel, baby’s changing room. Paling best solat kt tempat open. hehe
Affan Ruslan
thanks berkongsi, chapel tu tempat solat org kristian kan?
hehe. blh je kan kalau solat kat situ kalau dah takde tempat
hazari
eh ? boleh sembahyang 2 org berjemaah dalam changing room ? luas nya.
Affan Ruslan
hehe. boleh lah muat
Faris Al-Muhandisu
menarik gak ni.. hehe.. boleh izzahkan Islam pada semua. tp kdg2 kne tgk tempat gak la =)
Bean Moreno
info yg bguna..
akubiomed
Kita tidak diganggu untuk bersolat? Tip yang boleh diamalkan ketika keluar negara.
Ezad
Mcm tempat boleh s0lat kan asalkan x jadi satu masalah bagi kiter…
Peqaxlol
bagus π kalau ade kesempatan, nk sgt g luar ngara π
emanThehalia
nak cari kiblat tu payah klu xde iphone ehhe
Affan Ruslan
hehe.
kalau ada iphone lagi senang sbb ada apps.
ipod pun ada gak apps tu rasanya.
kalau takde, sebelum keluar jalan2 tu, sediakan kompas. setel!
iema
bagus2…
kalau dah niat nk solat xkisah solat kt celah2 mana pun…..
Affan
Tempat strategik untuk solat bagi pelajar luar negara http://johoreanbloggers.com/read/16926
Faris Al-Muhandisu
RT @affanruslan: Tempat strategik untuk solat bagi pelajar luar negara http://johoreanbloggers.com/read/16926
fitri
RT @affanruslan: Tempat strategik untuk solat bagi pelajar luar negara http://johoreanbloggers.com/read/16926
dnoBiz
Tahniah Bro…
Tapi malang nya di tempat kita ni masjid, surau, madrasah berlambak lambak cuma yang solatnya makin kurang..
Ps: kalau hati dah betul campak kat manapun elok jadinya… tahniah sekali lagiBro
Affan Ruslan
huhu. betul
evagurl
jgn tinggal solat π
aimannajmy
tak pernah terfikir lagi solat kat changing room..info yang bagus… sesetengah dari kita walaupun kat tanah air sendri pun malas nak solat lagi π
anajoe
kat mana2 pun kite boleh solat..sdgkan dlm kdaan skit pun masih wajib solat…
Affan Ruslan
betul tu. terima kasih untuk peringatan tu
capik
kalau kat jepun ada box tangkap gambar..kami solat dalam tu la
Affan Ruslan
wow, thanks kongsi pengalaman bro.
lagi syiokk hehe
kulanz
bagus juga dapat baca pengalaman daripada rakan.. nanti bolehlah dipraktikkan kalau ada kesempatan ke luar negara..
Affan Ruslan
thanks bro, saja kongsi. mana tau ada pembaca yang ada peluang ke luar negara, sekurang2 nya dapatlah sedikit gambaran dan idea untuk solat. InsyaALLAH
nurshahidahz
selalu solat kat station bus. kalau arah qiblat mengadap public, kami selalu kepung guna luggage.
ckp pasal solat depan public ni, ada satu pengalaman ni. haritu waktu transit kat station bus chicago, kami solat je dpn public sbb tempat sesak. lepas habis solat, ada sorg pakcik caucasian n anak lelaki dia (around 19s) senyum2 dekat kami. kami pun senyum je la dan buat muka selamba. lepas tu dia tanya kami, “are you guys muslim?” kami cakap ye. lepas tu die tunjuk arah anak lelaki dia n ckp,”he’s muslim too.” kami yg agak surprise time tu senyum jelah.. dan anak die bagi salam dekat kami.. lepas tu adala borak sikit2.. huhu..
bila fikir2 balik, indirectly solat tempat awam ni boleh jd dakwah sebenarnya. kan? huhu..
ps: maaf affan sbb tercerita panjang pulak dkat sini =D
mijie
tips yang bagus untuk yang pergi oversea ni, sbb kat tempat baru pasti kita tak biasa di mana ada surau dan sebagainya
Surie
1 perkongsian yg menarik..tahniah dan alhamdulillah kerana affan sentiasa menjaga solat walau di mana pun berada!
decrewz
Itu baru luar negara, kalau kat angkasa lepas macam dato muzaffar tu macamnalah agaknya yer..he3
Affan
http://bit.ly/g1fxCo Jom kongsi pengalaman solat π
noreason
betul gak tu kan..tak pernah terfikir pulak..mungkin sebab tak pernah gi luar negara kot..hhehe
cinta
satu perkongsian menarik dari tuan..moga kita akan terus dapat cinta Allah
Amirez
pengalaman macam ni yang akan jadi pengalaman manis bila dah balik malaysia nanti π
dulu pernah solat dalam hutan bersejadahkan tanah dengan daun-daun kering sekali dgn askar2 melayu. pengalaman yg cukup indah hehe
PakarBuahPinggang
Itulah kelebihan yang diberikan umat Nabi Muhammad,setiap inci bumi boleh dijadikan tempat untuk solat.Asalkan bersih dari najis.
schajar mcflurry
setuju….
lorong2 laluan yang tak ramai orang pun buleyh gune untuk solat…
asalkan bawak compass jer…
nursyafiq mohamad
RT @affanruslan: http://bit.ly/g1fxCo Jom kongsi pengalaman solat π
nufaha
yg neh memang menarik!!!
mamaema
syukur Alhamdulillah..di mana2 terlaksana jua solatnya….
tak pernah persi lagi oversea nie…
hazana bt Harun
Salam kenal..Saudara Affan. Pokok pangkalnya kita mahu menjalankan kewajipan kita tu, tak kira dimana pun berada, akak pun dah experienced solat bawah tangga..dah lama dulu kat Minnesota, U.S.A.:)
cik tom
solat tiang agama…dah dipermudahkan pelbagai cara n alternatif utk menunaikan ibadah walau di mana kita berada..
bila la dpt pi luar negara…huhu ^_^
suri
rasanya kt Malaysia blh je solat dgn aman heee..
dulu company cina ada juga sediakan ruang solat tingkat atas.walupun pejabt tingkat dua tu tak ada org..bilik solat pun kecik tu kira ok ar π
lina
satu pengalaman dan info yg amat menarik dan berguna
suri
sslu pula sejadah tak der..suri sllu guna tudung sebagai sejadah heee
Amanina
ohoo baru tahu R&R tu pusat rehat dan rawat.
insya-Allah, satu hari saya pun akan dapat pengalaman solat kat kaki lima, atas padang semua. ameen
Sir Marcello
respek kat lu…berdiri di tanah inggeris..masih ingat tiang agama…korang yang belajar kat luar tue mmg terbaik lah…guna apa sahaja cara untuk bersolat..asala bersih dan suci…
aku kat sini pun kadang2 lalai juga…walhal banyak kemudahan…
zik
pernah sembahyang atas padang bola.. masa sembahyang hajat masa tuh, kemudian atas rumput dan jalan tar (masjid dah penuh sangat, masa sembahyang jumaat)… tapi kalau luar negara nih tak tahula… cabaran betul nih,
arrizz
ada pengalaman solat kat pantai and sungai..kat pantai solat atas pasir, kat sungai solat atas batu jer..bak kata ko, yang penting cari kiblat dulu..hehe..
teratai
Alhamdulillah, solat tetap ditunaikan walau dimana kita berada. Pernah solat di ruangan menunggu bertolak (airport) di lapangan terbang Jedah! Ini berlaku semasa saya menunggu utk bertolak balik ke M’sia setelah selesai menunaikan fardu haji!
fendidahada
kawan aku kat jepun sembahyang kat kaki lima je dia cakap..pastu orang jepun respect dorang..siap bagi ruang solat lagi
Nan
I like~ 2 je mampu aku cakap..
Rie
tabik spring untuk mereka yg tetap bersolat walaupun susah
Mus
solat selagi hidup..
Fitrihadi
aku tak pernah lagi ke luar negara..jadi tatau nak cadangkan kat mana…anyway thanks for sharing π
iqbalhakimi
xpe..kat mana2 pun boleh smbhyg janji bersih kan..aku tgk cerita my name is khan tu..kagum aku bila dia sembahyang tepi jalan tu.. =)
zikeryhassan
aku ada pengalaman solat tepi pantai beralas kain anduh. dan sekali beralaskan pasir. tu masa terlibat dlm program bina insan guru.
diden
I Love it!
tp klu kt mlysia.. bwah tngga mmg tk smua bersih, huhu..
kotor btul =.=
AyieBlog
Assalamualaikum,betul apa yang kau tulis affan, my sister pernah cerita sana payah nak solat, kita dibumi malaysia bersyukur kat mana-mana kawasan ada masjid :), akak pernah solat di taman berjemaah, mat salleh tengok pelik terus snap gambor.. hehehe
puteri
ssh jga ek..x de tmpt yg best nak solat~,~
sweet
terharu pulak baca ni.. π
sayacomel
kat belakang dewan pun boleh gak..belakang dewan badminton. hehe..
whitecappuccino
teringat waktu study dulu memang kami biasa solat kat bawah tangga( kat library), changing room kat mall dan mana2 je tempat yg boleh solat..
nfa
pernah solat dalam kereta api & bas ekspress (time travel)
solat bawah pokok kat tepi padang,
solat belakang papan tanda, solat di tempat awam pun selalu juga π
Alhamdulillah kat UK kebanyakannya mereka hormat dan tak pandang pelik bila kita solat di tempat awam. π
phoenixstudio
bagus2!..yg penting solat..=)
kiki
kiki dulu pernah solat kat tangga jek sbb ms tu bangunan tu banyak tingkat xlarat nk turun.time terserempak ngn pak guard wat dono je la.hihi.harap2 la diorg paham.
pernah gak solat kat taman,loteng bangunan dan changing room.
asalkan ada alas wat lapik dan menutup aurat je dah ok dah sbnrnye.dan tempat tu mestilah bersih dari najis
kekunang
utk kami yg perempuan…mmg la changing room tpt yg plg selesa utk solat…bwh tangga tak boley khusyuk sgt..orang lalu lalang kan…kat uni kami (UTAS) launceston inveresk campus, tiada surau…shower room adalah ‘surau’ kami…sbb mmg muslim je yg guna shower room utk solat…
dah di negara luar yg susah nak cari tpt solat ni baru terasa betapa best nye dok malaysia… tpt solat di mana2 sahaja..terpulang pada diri sendiri nak menunaikan atau tidak..hmm…
Syafiq
Pernah jugak terfikir nak sembahyang dalam changing room waktu kat airport Narita Tokyo dulu tapi tak jadi pulak sebab changing room tu dalam tandas… Akhirnya buat keputusan solat di ruang menunggu depan orang ramai. Habis saja solat baru perasan ramai yang sedang memerhati…
Sama jugak waktu kat airport Mumbai Srivaji, pun di ruangan menunggu. Tapi lepas solat, ramai yg memberi ekspresi pelik (tenung, muka masam, dll.). Mungkin Mumbai selalu jadi sasaran pengganas Muslim kot… Nasib baik tak disoal polis airport, mana tahu kena label ‘pengganas’ ke.
mr.pingu
panduan yang bagus.. sy pun bakal pergi belajar di luar negara.. terfikir juga bagaimana nak solat.. kalau solat fardu mungkin Ok kalau solat jumaat tu la risau takut xjumpe masjid