Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

37 Teknik Menjana Idea Menulis Blog

14/11/2012 Affan Ruslan 39 Komen

Sejak kebelakangan ini saya kurang mengemaskini blog kerana kesuntukan masa, sibuk dengan beberapa assignment dan test sebagai seorang pelajar.

Alhamdulillah hujung minggu lepas saya berkesempatan membaca sebuah ebook menarik, ebook yang sangat disarankan untuk dibaca untuk semua blogger di Malaysia.

Ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Kekeringan Idea” ini ditulis oleh Tuan Firdaus Latib, pemilik blog Studioaksara.com dan seorang blogger berpengalaman. Bagi saya, topik yang diutarakan adalah sangat penting, isu yang selalu menghantui majoriti blogger di dunia, tiada kira yang masih baru berjinak-jinak menulis blog atau yang sudah lama menulis blog.

Teknik menjana idea menulis

Anda boleh beli ebook ini pada harga RM20 sahaja. Harga yang cukup berbaloi dengan ilmu yang dimuatkan didalamnya.

[Dapatkan Ebook Ini Sekarang]

BONUS: Khas untuk pembaca blog ini, beliau berbesar hati untuk menghadiahkan ebook ini kepada 3 orang pembaca blog ini. Sila baca sehingga habis 🙂

Topik yang menarik

Ebook ini memuatkan 5 bab utama, iaitu:

1. Ini eBook Magik Penulis Blog
2. Binasa Blogger Akibat Plagiat
3. Tekanan Idea – 5 Jenis Signal Kematian Blog
4. 37 Teknik Luar Biasa Sedut Idea Penulisan Blog
5. 7 Sistem Kejayaan Blogger Jutawan

Antara cara yang paling digemari oleh kebanyakan blogger yang kebuntuan idea menulis blog adalah plagiat. Di dalam ebook ini, Tuan Firdaus menerangkan maksud plagiat dengan lebih terperinci. Selain itu, turut dimuatkan adalah kesan buruk bagi mereka yang mengamalkan plagiat dan cara untuk mengelakkan plagiat.

Dalam bab 4, iaitu mengenai 37 teknik luar biasa menjana idea menulis blog adalah topik paling penting. Seperti yang saya katakan tadi, teknik yang dikongsi adalah praktikal.

Kemudian, ebook ini diakhiri dengan topik 7 sistem kejayaan blogger jutawan. Bagi saya, topik ini adalah topik bonus yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Antara sistem yang dibincang termasuklah membina kredibiliti sebagai penulis blogger dan mengoptimasikan penggunaan sosial media sebagai medium utama untuk mempromosikan blog.

Dapatkan EBook Ini Secara Percuma

Seperti yang saya katakan, 3 orang pembaca bertuah blog ini berpeluang mendapat ebook yang menarik ini secara PERCUMA.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah…

  1. Sila lawati blog Studioaksara.com
  2. Sila berikan komen mengenai cadangan penambahbaikan untuk blog Studioaksara.com. Komen mengenai cadangan tersebut mestilah melebihi 3 ayat.

Itu sahaja. Kemudian saya akan memilih komen terbaik berdasarkan cadangan yang diberi. Mudah bukan?

Tarikh tutup: 19 November

Kategori: Advertorial, Giveaway / Contest

Komen Pembaca

  1. anif

    15/11/2012 at 2:12 am

    Rujukan wajib bagi blogger ni. 🙂

    Balas komen
  2. Sop

    15/11/2012 at 6:45 am

    terbaek! bagus bukan utk newbie sahaja ttp yg lama2 pun boleh jadikan panduan 🙂

    Balas komen
  3. Norizwan

    15/11/2012 at 7:27 am

    bagus untuk rujukan blogger yang sangat kekeringan ideanya huhu….:-)

    Balas komen
  4. cmratu

    15/11/2012 at 7:33 am

    nampak menarik.. usaha cara percuma dulu tak dpt baru beli.. hehe 🙂

    Balas komen
  5. titan

    15/11/2012 at 8:00 am

    aku rasa dah dapat. tapi lom lagi tulis reviewnya..

    Balas komen
  6. syaifuddin alias

    15/11/2012 at 11:31 am

    wah..mesti power ebook ni ..mahu juga laahh ..ingin tahu isi buku ni 😀

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      15/11/2012 at 5:56 pm

      Nak ebook ni secara percuma? Komen di bawah dengan cadangan/kritikan utk blog Studioaksara.com. 🙂

      Balas komen
  7. Hairul Hissam

    15/11/2012 at 12:47 pm

    menarik betul bab2 dalam ebook tu..
    saya pun selalunya tak tahu apa nak isi kat blog saya….

    pssst: plagiat tu apa bro…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      15/11/2012 at 5:54 pm

      Plagiat tu plagiarism.

      Kalau berminat nak dptkan ebook itu, tuliskan cadangan/kritikan utk Studioaksara.com di komen ini ye 🙂

      Balas komen
  8. beckhrooy

    15/11/2012 at 1:26 pm

    kadang2 tiada idea susah juga, ebook ini mungkin boleh membantu

    Balas komen
  9. Manan Qayyim

    15/11/2012 at 5:47 pm

    komen cadangan penambah baikan di blog Studioaksara.com atau disini…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      15/11/2012 at 5:53 pm

      Sini sahaja 🙂

      Balas komen
  10. Hairul Azni

    15/11/2012 at 7:14 pm

    Bagus ni..tapi kena try cara free dulu..kalau tak dapat cara free,baru keluarkan 20 hinggit tu..

    Balas komen
  11. Puan Bardboo

    15/11/2012 at 10:11 pm

    menarik betul ebook ni…tak ada idea nak menulis di blog tu memang dah biasa sangat berlaku..tu yang kadang-kadang sampai berbulan-bulan blog terbiar…

    Balas komen
  12. Puan Bardboo

    15/11/2012 at 10:14 pm

    eh jap2..pening kepala…maksudnya komen tentang blog studiaksara tu di blog affan ni ke? maksudnya tinggalkan komen cadangan tu di entri ni. dan affan yang pilih pemenangnya? bukan studioaksara?

    errkkk sorry banyak tanya…tapi memang kurang faham..huhuhu…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      16/11/2012 at 11:02 am

      Ya, saya yang pilih 🙂
      Komen di blog ini.
      Cepat2 :p

      Balas komen
  13. azura

    15/11/2012 at 10:24 pm

    saya ada ebook ini menang cabutan bertuah dekat blog Eizil tapi bila saya baca saya musykil dimana 37 idea itu…Affan jumpa tak

    Balas komen
  14. azriMy

    16/11/2012 at 11:19 am

    eBook ni memang best, ramai dah blogger yang review rasanya.

    untuk studio aksara, saya selalu jugak berkunjung ke blog tersebut untuk mendapatkan ilmu dan input terkini terutamnya dalam cara berblogging yang betul.

    rasanya studio aksara perlu logo bergambar yang unik dan menarik, pasti boleh dijadikan trademark dikemudian hari. setakat ni studio aksara cuma ada logo perkataan sahaja.

    and lagi satu, kalau ada ruangan komen menggunakan akaun facebook pun mesti menarik selain memudahkan pengunjung untuk memberikan komen.

    untuk isi, rasanya studio aksara memang sudah mantap kerana banyak ilmu yang dikongsikan oleh penulis Firdaus Latib yang sangat bermanfaat buat semua.

    Balas komen
  15. iqbalhakimi

    16/11/2012 at 10:59 pm

    niche blog studioaksara dah bagus yang mana merupakan sebuah laman blog yang berkonsepkan perkongsian ilmu..dan mungkin juga perlu ada satu tagline yang mana bila orang ingat studio aksara orang akan igt taglinenya..

    kemudian untuk social share tu better kalau ada satu je untuk static yang static float kalau tak salah lah..so dah boleh minimize kan view dan juga boleh jadi kelebihan jika orang baca walaupun separuh untuk terus klik like or tweet.

    apapun blog yang bagus dan bermanfaat untuk semua.

    Balas komen
  16. arrizz

    19/11/2012 at 10:24 am

    tengah kering idea skang..tu pasal blog lama tak ber-update..nie kalau lepas baca ebook nie mesti boleh terus dapat idea..haha

    bile dateline giveaway nie bro? kene lepak lama2 kat blog studioaksara baru boleh komen tang penambahbaikan blog dia..hehe

    Balas komen
  17. zul

    20/11/2012 at 3:02 am

    37 teknik..?byk tu..

    Balas komen
  18. azmiljemay

    20/11/2012 at 4:27 am

    Plagiat pun ok tapi hati2 bila dah kena kick tu payah le skit nak update plagiat baru di blog kita.

    Balas komen
  19. woot

    21/11/2012 at 12:57 am

    saya mahu affan bagi saya buku ini

    * komen paling jujur.harap affan pilih saya. wink3 *

    Balas komen
  20. Kodet

    21/11/2012 at 1:53 pm

    Apa yang best dengan studioaksara ini adalah kerana nichenya yang menfokuskan perkongsian ilmu blogging. Bagus untuk blogger yang ingin mendalami ilmu SEO dan cara untuk mencari idea untuk menulis sesuatu artikel. Loading blog itu jugak sangat pantas kalau dibandingkan dengan web2 lain.

    Tapi, apabila saya masuk ke studio aksara, rasa macam sangat sunyi kerana semuanya bewarna putih. Logo studio aksara jugak tlalu mainstream.

    Balas komen
  21. ohcikgu

    22/11/2012 at 2:44 pm

    hoho..mesti ramai yang nak ebook nih. hehe..

    Balas komen
  22. Ikmal Izwan

    22/11/2012 at 3:34 pm

    Sebuah perkongsian yang bermanfaat dari tuan Firdaus Latib.

    Balas komen
  23. fiezaradzi

    22/11/2012 at 5:33 pm

    dah terlepas dah.. huhu.. mmg tgh kering idea skg..

    Balas komen
  24. klcitizen

    24/11/2012 at 9:56 am

    Ala…. dah terlepas tarikh tutup 🙁

    Balas komen
  25. fmtt

    26/11/2012 at 12:00 pm

    Rujukan penting

    Balas komen
  26. Budak Felda

    29/11/2012 at 2:34 pm

    bagus untuk menambah ilmu blogging ni

    Balas komen
  27. boni kacak

    02/12/2012 at 1:45 pm

    bagus e-book ni…

    Balas komen
  28. muhammad fakhruddin

    10/12/2012 at 3:25 am

    Apa khabar orang Kanada? 🙂

    Alhamdulillah dah baca buku ini. Ada part rasa tergelak, ada part senyum sendiri sebab idea-idea ini semua pernah terfikir tapi tak pernah buat. Apakan daya tulis coursework lebih afdhal dari tulis blog

    Balas komen
  29. Hafizul

    10/12/2012 at 1:22 pm

    emm bila la nak beli ebook ni yer…hehe…

    Balas komen
  30. Afifah Munirah

    12/12/2012 at 8:52 pm

    Nice 🙂 Terasa nak…

    Balas komen
  31. akubiomed

    02/01/2013 at 9:52 am

    Memang tidak sangkal ada masa kebuntuan untuk menulis blog. 🙂

    Balas komen
  32. lensablogger

    11/01/2013 at 7:31 am

    kekadang lebih baik rasanya, cari idea yg percuma…

    Balas komen
  33. adele

    25/01/2013 at 4:48 pm

    makin bertambah usia blog,makin berkurang idea menulis blog 😀

    Balas komen
  34. fyna

    29/01/2013 at 11:50 am

    sangat menarik buku nih. tak salah kalau beli nih kan.

    Balas komen
  35. Asyrof Asri

    05/04/2013 at 5:37 pm

    Selepas saya dapat baca dan faham segala kandungan eBook ini.

    Alhamdulillah masalah ‘Writer Block’ dapat diatasi.

    Rugi jika blogger diluar sana tidak membelinya. Serius, seronok baca eBook ini dengan bahasa melayu mudah faham (BMP)

    Balas komen

Komen Anda Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (36)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Hakcipta Terpelihara © 2021 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework