Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

Jalan-Jalan di Tasik Banding dan Royal Belum

22/06/2015 Affan Ruslan 21 Komen

Beberapa hari lepas saya cuba mengakses blog ini malangnya saya dapati ianya memaparkan iklan dari website lain. Bila disemak, rupanya ianya disebabkan domain affanruslan.com sudah expired. Nampak sangat dah lama tak update blog kan? Haha.

Sempena cuti panjang sempena Hari Buruh dan Hari Wesak pada bulan Mei yang lalu, saya berpeluang mengikuti rombongan keluarga sebelah abah ke Tasik Banding dan Royal Belum selama 3 hari 2 malam, iaitu dari 1 – 3 Mei.

Latarbelakang

Royal Belum merupakan sebuah Taman Negeri yang terletak di Gerik, Perak. Berbanding Tasik Kenyir, ianya masih baru dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Mengikut beberapa orang pengkaji, Hutan Belum adalah hutan tertua di dunia (lagi tua daripada hutan Amazon).

Kawasan ini juga adalah bersempadanan dengan Thailand. Oleh itu, sekiranya anda bercadang untuk kesini, anda perlu membuat pas lawatan. Sepanjang pelayaran dari jeti Tasik Banding ke Royal Belum, anda akan melalui pos kawalan polis. Selain itu, sepanjang berada di Royal Belum, anda  juga akan berselisih dengan beberapa bot pihak berkuasa yang melakukan rondaan.

ps: Jangan risau mengenai pas lawatan. Semuanya akan diuruskan oleh  tour guide anda!

Perjalanan

Jika anda dari KL, perjalanan ke Gerik ini mengambil masa yang sangat lama. Disebabkan ada kira-kira 6 keluarga (~27 orang), kami mengambil keputusan untuk menyewa bas persiaran. Kami bertolak dari Bukit Jelutong (Shah Alam) kira-kira jam 1 pagi dan sampai kira-kira pukul 10 pagi di Jeti Awam Pulau Banding.

jeti tasik banding

Perjalanan menjadi begitu lama disebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk sempena cuti panjang. Nasib baik naik bas, boleh tidur sepanjang perjalanan. Kami hanya berhenti dua kali – untuk solat Subuh dan sarapan pagi.

Sesudah sampai di sana, kami disambut mesra oleh Pak Talib.

ps: Sila lihat gambar di penghujung artikel jika anda bercadang untuk datang ke sini.

Untuk trip ini, kami akan belayar menggunakan house boat Casuarina 1. Pada pandangan saya, house boat ini adalah yang paling mewah berbanding house boat lain.

house boat casuarina

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan:

  1. Bilik – Terdapat 10 bilik kesemuanya, 6 bilik tingkat 1 dan 4 bilik tingkat 2.
  2. Tandas – 4 tandas di tingkat 1 dan 2.
  3. House boat ini memiliki 3 tingkat dan tingkat paling atas adalah open area tempat untuk makan. Malam-malam sini paling best sambil menikmati kedinginan udara segar.
  4. Air-conditioned. Nota: Untuk pengetahuan, hanya sedikit sahaja house boat yang menyediakan air-cond.
  5. Makanan pula disediakan oleh pihak katering. Ini sangat memudahkan kerana kaum ibu-ibu tak perlu habiskan masa berjam-jam memasak untuk menjamu 27 orang makan. Nanti habis masa untuk memasak je.

breakfast

Royal Belum

Jika anda dapat lihat daripada gambar di bawah, terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan jalan utama dengan Jeti Awam Tasik Banding. Mengikut sejarah, di bawah jambatan tersebut dahulunya merupakan sebuah kawasan penempatan yang bernama Kampung Belum.

royal belum

Kawasan Royal Belum ini masih terpelihara dengan baik. Mengikut info daripada Pak Talib, terdapat banyak hidupan liar yang terdapat di sini antaranya gajah, harimau, badak dan tapir. Antara attractions atau aktiviti menarik yang terdapat di Royal Belum adalah:

  • Berakit
  • Berkayak
  • Perkampungan orang asli
  • Bunga Pakma (Rafflessia)
  • Sira gajah
  • Sira tapir
  • Kelah Sanctuary dll.
kampung orang asli

Mak dan adik di kampung orang asli

kulit kayu

Kulit kayu yang berbau seperti air sarsi

santuari

Pintu masuk ke Santuari Ikan Kelah

jambatan

Jambatan gantung ketika aktiviti menjejak sira tapir

trekking

Aktiviti Jungle Trekking

air terjun

Air terjun yang dijumpai dalam aktiviti menjejak bunga pakma/rafflessia

rafflesia

Beginilah gambaran bunga rafflesia yang dijangka akan berkembang beberapa hari lagi

rafflesia layu

Bunga rafflesia yang baru sahaja layu beberapa hari

House boat atau Chalet?

Jika anda ingin melancong ke sini, terdapat dua pilihan utama untuk penginapan – di house boat atau chalet. Untuk pengalaman yang lagi best, saya recommend tinggal di house boat. Jika tinggal di chalet, setiap kali hendak pergi ke mana-mana attractions, anda perlu menaiki speed boat.

chalet

Antara chalet yang terdapat di Royal Belum

boat house

Salah satu daripada house boat yang kami jumpa

Merancang Untuk ke Royal Belum?

Untuk ke Taman Negeri seperti Royal Belum, disarankan untuk menghubungi mana-mana agen atau tour guide sebelum datang. Percutian kami haritu diuruskan oleh Pak Talib. Beliau lah yang menguruskan urusan sewa  house boat dan pas lawatan. Untuk menghubungi Pak Talib, anda boleh call nombor yang tertera dalam gambar di bawa.

tasik banding

Anda hanya perlu call dan bagi tahu bajet untuk seorang, tempoh percutian dan tarikh dan beliau akan uruskan kesemuanya. Untuk aktiviti atau lawatan ke beberapa attractions, anda boleh request. Antara sebab menarik saya recommend untuk menggunakan khidmat Pak Talib adalah kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dan pernah bertugas lama di kawasan Royal Belum sebelum ianya dibuka sebagai kepada umum sebagai tempat pelancongan. Jadi banyaklah cerita-cerita dan pengalaman menarik yang dikongsi kepada kami.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh ke Facebook Page Pak Talib di Ronda-ronda Pulau Banding & Hutan Royal Belum. Beliau ada berkongsi video gajah sedang berenang.

Kategori: Admin

Komen Pembaca

  1. yorpau

    22/06/2015 at 3:19 pm

    hi.

    “Mengikut beberapa orang pengkaji, Hutan Belum adalah hutan tertua di dunia (lagi tua daripada hutan Amazon). ” <– wow baru tau.

    keep on update penulis. 😉

    Balas komen
  2. akubiomed

    22/06/2015 at 10:22 pm

    Peluang yang sukar dilepaskan kalau dapat pergi adventure seperti ini.

    Balas komen
  3. musadun

    23/06/2015 at 2:56 am

    tempat yang sangat cantik. terasa lebih dekat dengan alam…

    Balas komen
  4. Alin Marlini

    23/06/2015 at 1:24 pm

    salah satu tempat idaman nak gi ni….cantik sangat

    Balas komen
  5. harith

    23/06/2015 at 1:43 pm

    teringin nak pergi…maybe lepas bulan puasa

    Balas komen
  6. sharmien

    27/07/2015 at 6:14 pm

    tq for this sharing. memang dah lama kepingin nak pergi royal belum. antara tempat dalam malaysia yang saya nak pergi.

    Balas komen
  7. junaidi

    04/12/2015 at 7:55 pm

    assalam. boleh tahu anggaran kos untuk house boat. tq

    Balas komen
  8. puanbee

    06/03/2016 at 5:43 am

    berapa kali melintas kawasan tu nak singgah tapi anak2 kecil lagi agak tak sesuai .. bestnya tengok alam semulajadi dengan udara segar

    Balas komen
  9. MAZLAN B. CHE AMAT

    04/04/2016 at 1:10 pm

    saya bercadang untuk membawa peladang d kawasan saya seramai 30 orang dari 5 hingga 7 Mei 2016. ( 3 hari 2 malam) termasuk makan dan minum
    berapa kah kadar sewaan house boat yg ditawarkan. bolihkah saya dapatkan sebut harga house boat dari pihak tuan. terima kasih

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      09/04/2016 at 4:44 pm

      Saya cadangkan pihak tuan hubungi nombor yang tertera pada kad bisnes di atas.

      Balas komen
  10. wan

    27/04/2016 at 1:36 am

    Selalu lalu dekat tasik banding waktu nak balik kampung…yg seramnya waktu naik bukit tu kena waktu malam.. tapi alhamdulillah takde apa2 berlaku

    Balas komen
  11. Shaz

    25/03/2017 at 6:35 pm

    I amat sukakan jambatan gantung tu. Mungkin akan pilih satu utk mengunjungi ke Tasik Banding tu. Suasana nampak amat seronok.

    Balas komen
  12. Ira

    07/06/2017 at 11:54 am

    Bestnya kalau dpat pergi dgn family.. nampaknya naik house boat lebih seronok

    Balas komen
  13. Ira

    07/06/2017 at 11:54 am

    Bestnya kalau dpat pergi dgn family.. nampaknya naik house boat lebih seronok

    Balas komen
  14. Ira

    07/06/2017 at 11:55 am

    Thankyou berkongsi info menarik

    Balas komen
  15. Zaimi

    19/11/2017 at 2:48 pm

    sharing yang sangat mantap dan terbaik

    Balas komen
  16. Nurul

    08/03/2018 at 12:24 pm

    Is there any power supply atas houseboat? Yg sesuai untuk cas phone.

    Balas komen
  17. Eratuku

    27/04/2018 at 12:28 pm

    Post ni 2015. Dah 3 tahun lepas. Macam satu kali lagi utk masa lama tak update blog. Admin blog sibuk ke.? Harap dpt nampak post yang baru dalam masa yang singkat. TQ.

    Balas komen
  18. Superchipscld

    30/12/2020 at 9:52 pm

    By the end of the 15th century, 35

    Balas komen
  19. Nespressohzf

    04/01/2021 at 1:31 pm

    term manuscript (late lat.manuscriptum,

    Balas komen
  20. Professionalyuv

    07/01/2021 at 3:06 am

    , text and illustrations to which

    Balas komen

Balas komen Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (36)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Hakcipta Terpelihara © 2021 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework