Manusia memang suka buat perkara pelik-pelik. Kadang-kadang perkara yang baik ditokok tambah secara berlebih-lebihan, sampai merosakkan. Pernah tak dapat mesej atau email macam ni:
- Jika anda tidak berkongsi artikel ini kepada 10 orang terdekat, seorang ahli keluarga terdekat anda akan mati.
- Jika anda tidak forward email ini, bermakna anda tidak sayang akan Islam.
- Sila cetak 10 keping surat ini dan sebarkan kepada rakan anda, jika tidak anda akan ditimpa musibah.
Kerja dakwah adalah wajib bagi semua orang Islam. Tapi bila ada yang guna mesej-mesej sebegini, lama kelamaan mungkin akan jadi fitnah pada orang bukan Islam. Kita juga diberi pilihan, kalau tidak yakin atau ragu-ragu dengan ilmu atau maklumat yang baru diperolehi, kita boleh memilih untuk tidak menyebarkan pada orang lain. Lagi bagus duduk diam.
Perghhhhh. Serius terkejut bila tengok gambar ni. Cuba baca tulisan yang tertera:
If you love Allah, you’ll share this. If you love Shaitan, you’ll ignore this. The choice is yours
Cuba perhati dan fahami secara mendalam. Dalam kata lain, jika anda tidak kongsi gambar tersebut kepada rakan-rakan anda, bermakna anda sayangkan syaitan. Na’uzubillah. Sampai macam tu sekali?!
Surat Berantai
Bila bukak topik mengenai mesej beranti seperti gambar di atas, mesti semua orang pernah baca kan mengenai konon-kononnya wasiat yang disampaikan oleh pengjaga makam Nabi Muhammad SAW tu kan? Surat tu dah berbelas tahun tersebar, fatwa pun dah lama dikeluarkan.
Memang tak dinafikan banyak pesanan-pesanan yang baik untuk diikuti dalam “wasiat” tu walaupun WASIAT itu TIDAK PERNAH WUJUD, tapi bila terdapat “unsur-unsur” ugutan konon-kononnya ada keluarga akan mati la, kemalangan la, ia secara tidak langsung menjadikan para pembaca “takut” jika tidak berkongsi wasiat tersebut, seoalah-olah menggambarkan surat tersebut mempunyai kuasa tersendiri.
Tahu tak apa hukum mempercayai surat berantai “jika anda tidak berkongsi wasiat ini blablabla….” tu boleh jatuh syirik?
Unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya. (Surat Berantai Boleh Jejaskan Akidah)
P/s: Kalau boleh tolong sampaikan mesej ni pada kawan-kawan ye. Tapi jangan risau, kalau taknak share artikel ni kat Facebook pun takpe, takde ahli keluarga korang yang mati. LOL!
cP~
Bila saya dapat artikel yang tulis macam ni, terus saya tak share. Bukan apa, tak nak lah sampaikan isi yang mengarut kat perenggan bawah sekali tu. Cukuplah kalau kata mintak sebar, ni siap ada kesan negatif lagi.
Affan Ruslan
Haah ye. Part yg hujung2 tu selalunya akan buat kita tak nak share artikel tu. kalau nak share, lebih baik delete sahaja bahagian yg mengarut tu
anif
Cerita lama ni..
Dulu sebelum adanya internet, bila dapat surat seperti ini dikehendaki buat salinan fotostat untuk diedarkan kepada orang ramai.
Affan Ruslan
Haah. Surat yg kononnya dari penjaga makam nabi tu dah berbelas tahun rasanya, tapi masih ada lagi yg share
adysuR
Mula2 dulu dapat tahun 2005 kot melalui sms. Tahun ni dapat lagi melalui FB. Memang berantai sungguh! Haha
Affan Ruslan
Haha ye. Mungkin kita dah tahu, nanti generasi muda pulak yg akan tolong sebarkan. Kemudian, berantai ke generasi2 seterusnya.
Ana Farha
hoho. tau takpe. biasa la tuh mesej berantai bukan2 ni.
malas nak layan.
Affan Ruslan
Kalau dah banyak kali dapat memang dah muak, buat taktau je. Tapi masa awal2 dulu dilema jugak dibuatnya haha
Rose
Manusia yg mcm ni mmg suka menambah2…nk bagi lebih perisa…lg umphh kononnya. Masa zaman2 bodoh (bodoh di sini maksudnya ‘taking things at face value’), ada jgk terpengaruh. Tp Allah SWT dah kurniakan akal fikiran yg baik, so…nilailah sesuatu sebelum kita terimanya. Sama2lah kita berdoa semoga sentiasa terpelihara daripada perkara2 yg syirik. Amin!
Affan Ruslan
Amin. Ya, kadang2 artikel tu pada awalnya baik, bila sampai perenggan akhir je diselitkan unsur2 syirik. Terus rosak mesej2 yg ingin disampaikan
akubiomed
Terpulang kepada individu untuk berkongsi atau tidak kerana bukan semua orang suka apa yang kita cuba kongsikan.
saffrinaropiee
nak berdakwah perlu berhikmah, bukan dengan cara berantai ni.
Syafiq Лomoтехн
apa masalah dengan kaedah ini?
1. orang menyampah. ugutan tak semena mena.
lynn
pic tu overmelampau.sesuka hati je nak cakap macam tu.grrrr.. =,=
Affan Ruslan
Haha. Tu la, gila hape kalau tak share maksudnya kita sayang syaitan. Rasa nak terjunkbmall je haha
adib
cuba tgk gambar tu..belah kanan..bawah sekali..triangle isn’t ?
Stand for ……….. ?
Affan Ruslan
Haha. Ye, gambar ni kawan yg bgtahu. Kemudian saya perasan logo tu. Lulz
Aizan Fahri
“dalam masa 7 hari, sila buat 40 salinan dan sebarkan kepada saudara muslim terdekat. Dengan sedemikian, anda akan mendapat nikmat kurniaan tuhan yang sangat banyak”
lepas tuh, habis masjid kat kampung aku flooded dengan risalah yang sama lol…. tahun 2006 ~
Affan Ruslan
LOL. Ada macam server kena flood tak? Haha
Aizan Fahri
aa’ah, flood server gmail dgn spam kalau boleh…. tp seriously, aku tak pernah lg nampak blogger buat mcm tuh (I mean, kalau tak letak dlm blog dapat dosa, letak dalam blog jadi kaya). Maybe ada kot, tapi kes terpencil kan kan kan ~
ada baiknya kalau tulis “mohor share demi kemaslahatan bersama dan demi islam..” kan sedap sikit bunyi tuh
woot
It is just meleis,no big deal 😀
Jom masok contest mudah,boleh menang galaxy s2 ! http://wootmedia.my/contest-entry-terbaik-kr1m-apa-kata-anda/
Affan Ruslan
Haha.
Ni pehal kat sini promot contest, ingat blog aku ramai visitor ke kahkah
ZoOL
Aku dah lali dengan benda2 camni, dulu pun pernah dpt gak surat berantai yg terkandung “wasiat” Nabi Muhammad.. time tu aku masih sekolah menengah, dr mana diorg dpt nama aku pun tak tau tapi aku ignore kan benda2 camtu sbb time tu byk citer pasal ajaran sesat..
skrg ni muncul plak kt FB.. mcm2 hal je = =”
Affan Ruslan
Haha betul. Aku selalu dapat masa zaman friendster lagi.
Tadi baru je baca ada orang post kat FB pulak. HAHAHAH
kid stfu
dh lame awok peghatikan perangei deme ni . gemo bebeno hanto ghope tu
nawi
dulu akupun pernah dapat sms dari bini minta rantai, ni nak kira berantai juga ke hahahahahaha…
Affan Ruslan
Hahahaha. Kalau dapat surat mintak rantai dari isteri tu, kalau mampu penuhi je kehendak diorang hehe
zie fauzi
hmmm..dulu selalu jgk dpt surat2 berantai ni. lani x pernah lagi dapat…
tehr
orang yang mencipta surat berantai ni yang bersama syaitan
siapa la agaknya
Izwan
aku mula2 dulu dapat curious gak.. tak nak share = mati! peh..
tapi fikir2 balik, takdir kita bukan ditentukan oleh satu SMS. memang tak logik diterima akal pun.
rumors macam ni bahaya,kalau orang yang percaya macam kat atas tu,kalau ignore love syaitan.. so,logiknya kita share kerana gambar/teks bukan kerana Allah. tak tau apa motif sebenar benda2 ni berlaku..
Affan Ruslan
Haha ye. Aku masa first time dapat dulu macam cuak2 gak, tapi rasanya aku tak pernah forward atau share kat orang lain. Masa friendster dulu femes gila haha. Tapi kat FB pun ada lagi rupanya, baru tgk ada orang share kat FB tadi. Hehe
Minn
First time merasa femes blogger komen kat entri kitew. Rasa nk terjun bangunan jek. -.-
nway, ini macam memesongkan akidah umat Islam. seolah-olah, mempercayai perkara yang belum tentu betul. takutkan benda benda ni (share artikel) daripada Allah. tapi kalau artikel tu memang bermanfaat, tak salah share. mudah-mudahan dapat pahala free. tapi tak perlu rasanya buat ugutan-ugutan yang tak masuk akal kan(certain artikel la). 🙂
puanbee
Selalu dpt mesej berantai dan surat berantai , tp malas layan2 .. kot2 ada kepentingan org lain yg dpt ..bayangkan sorang foward 10 sen , kalau 100 orang ? kalau 10k orang foward sapa yg untung ?
nak berdakwah biar lah kena caranya 🙂
Firdaus
aku wajib terima sms berantai mcm ni pada setiap bulan tapi aku tak pernah pun share.. huhu thanx untuk info ni..
nurmisnan
Dulu2 lagi banyak surat berantai.. Kalau fwd pd kawan2 dapat rezeki
meluas katanya… mula2 tuh terpedaya juga dari sms.. lepas tuh ignore
terus kerana terfikir kita hanya mempercayai hadis dan Quran
eqha
klau eqha dpt artikel mcm ni…..yg isi nya bgus tpi lastly dy ckp ” kalau xshare,anda akn dpt musibah BLA ~ BLA ~ BLA ” eqha akn pdam ayt yg xmsuk akl tu n trus share..moga2 isi2 tnpa knyataan mngrut tu dpt bgi kwan2 eqha phala bila mmbca nya..amin..
nuriz
terpulang kat orang la nak share ke tak nak..ni duk label orang mcm2 pulak, memang la tak suka jenis surat ka email berantai camni..
kimmie
dulu pernah terpengaruh dgn sms yg macam ni, beria-ia forward sbb takut. Zaman tak tahu berfikir.
muazfaris
dulu mula2 dengan SMS, pastu masuk alam emel.. lama-lama sikit.. tersebar kat fb n twitter..
lepas ni ape la pulak kan..? tak abis2 mereka ni buat kerja tak masuk akal tu.
klcitizen
saya pun tak layan benda ni, selalu dapat mesej2 camni
ciksembang
saya tak layan pun, apa yg dosanya.. pandai2 je kata dosa..lepas ni apa pulak yg berantai lagi
Fahmi Raazali
Biasanya bila saya terbaca mesej yang lebih kurang macam itu dekat FB, saya ignored saja. Mesej itu baik tapi takkan nak paksa orang share. 🙂
Mr.Sepet
selalu gak dpt . . tp ignore gak . . lepa sapa nak tentu dosa ka dak klu xwt kn . .
titan
tak berapa nak layan surat berantai nih..
ari isnadi
berkunjung kawan di tunggu kunjungan baleknya
Cikgu Hairul
Pelik sungguh manusia ni kan? Surat-surat pelik macamtu yang tak tahu hujung pangkalnya masih ada yang percaya. Ayat Quran tentang hukum dan panduan terang-terang mereka tentang dan tak percaya.
Saya pernah jumpa surat macam tu kat peti surat di rumah. Apa yang saya buat, saya ambik semua yang ada dalam peti surat jiran-jiran dan buang dalam tong sampah.
Miss Yati
Tak suka jugak yang jenis tulis macam tu. Macam-macamlah, dari zaman surat sampailah ke zaman facebook dan twitter, tak habis-habis jugak benda ni.
azrijohan
dulu selalu jugak terpengaruh dengan surat berantai ni,
banyak gila kot, email ada.. msg adaaa… now kat facebook berlambak gila -___-
Amirez
rimas betul kalau dapat surat berantai macam ni, sejak zaman sekolah lagi. selalunya memang tak pernah share kalau ada ayat ugutan kat akhir perenggan. tak pun, selalunya saya akan delete ayat ugutan tu, cuma share mana yang baik je
Kak Nurul
salam..msih ada lg yer bnder2 mcm ni…kali terakhir akak trima time sek men dlu….mula2 dulu rs nebess dpt msj2 mcm ni…rs mcm nk mati sok plak…tp biler pikior2, mcm syirik percaya sumer bnder merepek ni…
Stokis RajaBio
Nasihat dan mesej yang baik, tetapi cara mendorong orang menyebarkannya tak sesuai. Semasa zaman surat berantai dulu, ada disebutkan bahawa seorang VVIP kena loteri lepas sebarkannya. Macam kontradiksi pula amar ma’ruf dengan benda-benda yang salah di sisi agama.
Denaihati
x pernah layan surat2 berantai mcm ni.
bardboo
dulu masa kecil2 pernah baca surat berantai tu…takut la gak time tu…tapi sekarang dah tak heran dah..
fiezaradzi
de benarnya kata2 kat atas tu..
dulu selalu gak dapat cam ni, mmg tak ambil peduli pun.. lau saya rasa ia bermanfaat dan sahih, baru di share.. lau tak, simpan utk diri sendiri..
W.HabibuRahman
Selalunya dapat surat berantai ni masa saya masih berkecimpong dalam dunia tagged lagi.Time tu mmg banyak surat menyurat dari memember tagged…
sabree hussin
surat berantai tu sesuai untuk buat prang je, buat gurau2.. aku dapat dulu aku buang je, alhamdulilah masih lagi bernyawa sampailah sekarang ni
Norizwan
pernah dapat surat berantai dari email…semuanya spam uehuehe….
shraqs
Benda2 macam ni lah yg merosakkan nama Islam & penganutnya secara sedar @ tidak
fakhruddin
huh…surat berantai..
saje la tu nak tarik perhatian..
CMRatu
boleh ja baca, mana yang baik kita ambil, yang mana tak kita buang jauh2.. kalau yg baik boleh sebarkan, tapi tak boleh la harapkan ganjaran yang dinyatakan, haram percaya..
arrizz
aku pernah dapat surat tue..cuak gak tapi baik tak buat apa2..thanks for the clear up bro info bro..mesti share nie..
azura
dulu budak2 terpengaruh juga sekarang dah berakal pandailah menilai
hot_angle
post ni macam ader kat blog ni jerx > http://2dayjournalist.blogspot.com/2012/02/tak-share-dapat-dosa.html?spref=fb
Affan Ruslan
Ambil artikel dari blog ini ke? Sila bagi kredit, nanti orang ingat saya curi dari situ.
Bro Framestone
tue blog siapa pula nie
Affan Ruslan
Taktau lah bro, gaya macam blogger baru je hehe
rekrazie
selamba gila haha
muhammad fakhruddin
Terus sound je… salah share dapat dosa 😉
alinotnot
referring to the image, kalau kita share pun,
it doesn’t necessarily means that we love Allah,
but it also means that we felt obliged to do so,
sbb taknak diri ni digelar “pencinta syaitan”.
So, dah jadi tak ikhlas ken. =.=
Ad Bdax Perakz
saya sebenar ragu2 dan takut dalam hati saya berkata “betul ke nie ishhh kalau tak antar ditimpa musibah” dan saya berasa gelisah dan tidak tentu arah bila terbaca akan isi surat berantai seperti ini daripada timeline facebook saya:
Maaf, yg tidak bca mendapat
ACCIDENT besok,,
aminn ………..dan tolong baca dgn
sangat teliti.seorang anak dari
aceh barat, di tubuh anak itu
trdpt tulisan nama Allah dan
anak itupun bisa bicara dgn
hewan2 apapun. Ini tanda kiamat,
saya bersumpah saya akan
menyebarkan ini ke 19 teman
saya dlm 1 jam.. apabila saya
melanggar, saya akn trkena
musibah, sya akn slalu gagal dlm
usaha saya, dan cita2 saya tdk
akn tergapai, anda sudah
bernazar…maaf ya,, saya jg
korban
#Sebarkan segera
patutkah sya mempercayainya?