Tak SHARE dapat dosa?

Manusia memang suka buat perkara pelik-pelik. Kadang-kadang perkara yang baik ditokok tambah secara berlebih-lebihan, sampai merosakkan. Pernah tak dapat mesej atau email macam ni:

  • Jika anda tidak berkongsi artikel ini kepada 10 orang terdekat, seorang ahli keluarga terdekat anda akan mati.
  • Jika anda tidak forward email ini, bermakna anda tidak sayang akan Islam.
  • Sila cetak 10 keping surat ini dan sebarkan kepada rakan anda, jika tidak anda akan ditimpa musibah.

Kerja dakwah adalah wajib bagi semua orang Islam. Tapi bila ada yang guna mesej-mesej sebegini, lama kelamaan mungkin akan jadi fitnah pada orang bukan Islam. Kita juga diberi pilihan, kalau tidak yakin atau ragu-ragu dengan ilmu atau maklumat yang baru diperolehi, kita boleh memilih untuk tidak menyebarkan pada orang lain. Lagi bagus duduk diam.

Misleading message

Perghhhhh. Serius terkejut bila tengok gambar ni. Cuba baca tulisan yang tertera:

If you love Allah, you’ll share this. If you love Shaitan, you’ll ignore this. The choice is yours

Cuba perhati dan fahami secara mendalam. Dalam kata lain, jika anda tidak kongsi gambar tersebut kepada rakan-rakan anda, bermakna anda sayangkan syaitan. Na’uzubillah. Sampai macam tu sekali?!

Surat Berantai

Bila bukak topik mengenai mesej beranti seperti gambar di atas, mesti semua orang pernah baca kan mengenai konon-kononnya wasiat yang disampaikan oleh pengjaga makam Nabi Muhammad SAW tu kan? Surat tu dah berbelas tahun tersebar, fatwa pun dah lama  dikeluarkan.

Memang tak dinafikan banyak pesanan-pesanan yang baik untuk diikuti dalam “wasiat” tu walaupun WASIAT itu TIDAK PERNAH WUJUD, tapi bila terdapat “unsur-unsur” ugutan konon-kononnya ada keluarga akan mati la, kemalangan la, ia secara tidak langsung menjadikan para pembaca “takut” jika tidak berkongsi wasiat tersebut, seoalah-olah menggambarkan surat tersebut mempunyai kuasa tersendiri.

Tahu tak apa hukum mempercayai surat berantai “jika anda tidak berkongsi wasiat ini blablabla….” tu boleh jatuh syirik?

Unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya. (Surat Berantai Boleh Jejaskan Akidah)

 

 

P/s: Kalau boleh tolong sampaikan mesej ni pada kawan-kawan ye. Tapi jangan risau, kalau taknak share artikel ni kat Facebook pun takpe, takde ahli keluarga korang yang mati. LOL!



Komen

  1. Bila saya dapat artikel yang tulis macam ni, terus saya tak share. Bukan apa, tak nak lah sampaikan isi yang mengarut kat perenggan bawah sekali tu. Cukuplah kalau kata mintak sebar, ni siap ada kesan negatif lagi.
    cP~ recently posted..Mak bapak aku tak pernah ajar aku!My Profile

    • Haah ye. Part yg hujung2 tu selalunya akan buat kita tak nak share artikel tu. kalau nak share, lebih baik delete sahaja bahagian yg mengarut tu

  2. Cerita lama ni..

    Dulu sebelum adanya internet, bila dapat surat seperti ini dikehendaki buat salinan fotostat untuk diedarkan kepada orang ramai.
    anif recently posted..Harga Nokia Lumia 800 DiumumkanMy Profile

  3. Mula2 dulu dapat tahun 2005 kot melalui sms. Tahun ni dapat lagi melalui FB. Memang berantai sungguh! Haha
    adysuR recently posted..return 0 ;My Profile

  4. hoho. tau takpe. biasa la tuh mesej berantai bukan2 ni.
    malas nak layan.
    Ana Farha recently posted..Kedekanan?My Profile

  5. Manusia yg mcm ni mmg suka menambah2…nk bagi lebih perisa…lg umphh kononnya. Masa zaman2 bodoh (bodoh di sini maksudnya ‘taking things at face value’), ada jgk terpengaruh. Tp Allah SWT dah kurniakan akal fikiran yg baik, so…nilailah sesuatu sebelum kita terimanya. Sama2lah kita berdoa semoga sentiasa terpelihara daripada perkara2 yg syirik. Amin!
    Rose recently posted..Lama x updateMy Profile

    • Amin. Ya, kadang2 artikel tu pada awalnya baik, bila sampai perenggan akhir je diselitkan unsur2 syirik. Terus rosak mesej2 yg ingin disampaikan

  6. Terpulang kepada individu untuk berkongsi atau tidak kerana bukan semua orang suka apa yang kita cuba kongsikan.
    akubiomed recently posted..TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrikMy Profile

  7. nak berdakwah perlu berhikmah, bukan dengan cara berantai ni.
    saffrinaropiee recently posted..Spain, Brazil, Poland New Kit 2012My Profile

  8. apa masalah dengan kaedah ini?
    1. orang menyampah. ugutan tak semena mena.
    Syafiq Лomoтехн recently posted..Cake AiskrimMy Profile

  9. pic tu overmelampau.sesuka hati je nak cakap macam tu.grrrr.. =,=
    lynn recently posted..perniagaan MLM HerbalifeMy Profile

  10. cuba tgk gambar tu..belah kanan..bawah sekali..triangle isn’t ?
    Stand for ……….. ?

  11. “dalam masa 7 hari, sila buat 40 salinan dan sebarkan kepada saudara muslim terdekat. Dengan sedemikian, anda akan mendapat nikmat kurniaan tuhan yang sangat banyak”

    lepas tuh, habis masjid kat kampung aku flooded dengan risalah yang sama lol…. tahun 2006 ~
    Aizan Fahri recently posted..Sharing Is Kissing ! Notification-Centric DesktopMy Profile

  12. It is just meleis,no big deal :D

    Jom masok contest mudah,boleh menang galaxy s2 ! http://wootmedia.my/contest-entry-terbaik-kr1m-apa-kata-anda/

  13. Aku dah lali dengan benda2 camni, dulu pun pernah dpt gak surat berantai yg terkandung “wasiat” Nabi Muhammad.. time tu aku masih sekolah menengah, dr mana diorg dpt nama aku pun tak tau tapi aku ignore kan benda2 camtu sbb time tu byk citer pasal ajaran sesat..

    skrg ni muncul plak kt FB.. mcm2 hal je = =”
    ZoOL recently posted..Plastic Pulse for Windows 7 [Desktop]My Profile

  14. dh lame awok peghatikan perangei deme ni . gemo bebeno hanto ghope tu

  15. dulu akupun pernah dapat sms dari bini minta rantai, ni nak kira berantai juga ke hahahahahaha…

  16. hmmm..dulu selalu jgk dpt surat2 berantai ni. lani x pernah lagi dapat…
    zie fauzi recently posted..Pusingan Akhir Contest Gadget ImpianMy Profile

  17. orang yang mencipta surat berantai ni yang bersama syaitan
    siapa la agaknya
    tehr recently posted..Pantun 10 Kerat | KeringMy Profile

  18. aku mula2 dulu dapat curious gak.. tak nak share = mati! peh..
    tapi fikir2 balik, takdir kita bukan ditentukan oleh satu SMS. memang tak logik diterima akal pun.
    rumors macam ni bahaya,kalau orang yang percaya macam kat atas tu,kalau ignore love syaitan.. so,logiknya kita share kerana gambar/teks bukan kerana Allah. tak tau apa motif sebenar benda2 ni berlaku..
    Izwan recently posted..Warna Warni Cuti Semester 3 Minggu Yang Singkat Dan PadatMy Profile

    • Haha ye. Aku masa first time dapat dulu macam cuak2 gak, tapi rasanya aku tak pernah forward atau share kat orang lain. Masa friendster dulu femes gila haha. Tapi kat FB pun ada lagi rupanya, baru tgk ada orang share kat FB tadi. Hehe

  19. First time merasa femes blogger komen kat entri kitew. Rasa nk terjun bangunan jek. -.-

    nway, ini macam memesongkan akidah umat Islam. seolah-olah, mempercayai perkara yang belum tentu betul. takutkan benda benda ni (share artikel) daripada Allah. tapi kalau artikel tu memang bermanfaat, tak salah share. mudah-mudahan dapat pahala free. tapi tak perlu rasanya buat ugutan-ugutan yang tak masuk akal kan(certain artikel la). :)
    Minn recently posted..All The Best, Future Teacher.My Profile

  20. Selalu dpt mesej berantai dan surat berantai , tp malas layan2 .. kot2 ada kepentingan org lain yg dpt ..bayangkan sorang foward 10 sen , kalau 100 orang ? kalau 10k orang foward sapa yg untung ?

    nak berdakwah biar lah kena caranya :)
    puanbee recently posted..Suka “Make – Up” Tak ?My Profile

  21. aku wajib terima sms berantai mcm ni pada setiap bulan tapi aku tak pernah pun share.. huhu thanx untuk info ni..
    Firdaus recently posted..Menggunakan Theme Genesis 1.7My Profile

  22. Dulu2 lagi banyak surat berantai.. Kalau fwd pd kawan2 dapat rezeki
    meluas katanya… mula2 tuh terpedaya juga dari sms.. lepas tuh ignore
    terus kerana terfikir kita hanya mempercayai hadis dan Quran
    nurmisnan recently posted..Kebiadapan rakyat Perancis terhadap perempuan muslimah iniMy Profile

  23. klau eqha dpt artikel mcm ni…..yg isi nya bgus tpi lastly dy ckp ” kalau xshare,anda akn dpt musibah BLA ~ BLA ~ BLA ” eqha akn pdam ayt yg xmsuk akl tu n trus share..moga2 isi2 tnpa knyataan mngrut tu dpt bgi kwan2 eqha phala bila mmbca nya..amin..

  24. terpulang kat orang la nak share ke tak nak..ni duk label orang mcm2 pulak, memang la tak suka jenis surat ka email berantai camni..
    nuriz recently posted..Fasha Sandha dan Jejai Tolak Tajaan Perkahwinan MewahMy Profile

  25. dulu pernah terpengaruh dgn sms yg macam ni, beria-ia forward sbb takut. Zaman tak tahu berfikir.
    kimmie recently posted..Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 1My Profile

  26. dulu mula2 dengan SMS, pastu masuk alam emel.. lama-lama sikit.. tersebar kat fb n twitter..

    lepas ni ape la pulak kan..? tak abis2 mereka ni buat kerja tak masuk akal tu.
    muazfaris recently posted..Singgah di Nandos | Jusco Wangsa MajuMy Profile

  27. saya pun tak layan benda ni, selalu dapat mesej2 camni
    klcitizen recently posted..dah tetua baru nak insafMy Profile

  28. saya tak layan pun, apa yg dosanya.. pandai2 je kata dosa..lepas ni apa pulak yg berantai lagi
    ciksembang recently posted..Lepak MalamMy Profile

  29. Biasanya bila saya terbaca mesej yang lebih kurang macam itu dekat FB, saya ignored saja. Mesej itu baik tapi takkan nak paksa orang share. :-)
    Fahmi Raazali recently posted..Asyik Nak Menang Sahaja…My Profile

  30. selalu gak dpt . . tp ignore gak . . lepa sapa nak tentu dosa ka dak klu xwt kn . .
    Mr.Sepet recently posted..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali BlogMy Profile

  31. tak berapa nak layan surat berantai nih..
    titan recently posted..Lelaki kacak sedang demam selsema.My Profile

  32. berkunjung kawan di tunggu kunjungan baleknya
    ari isnadi recently posted..Password Flashdisk Tanpa SoftwareMy Profile

  33. Pelik sungguh manusia ni kan? Surat-surat pelik macamtu yang tak tahu hujung pangkalnya masih ada yang percaya. Ayat Quran tentang hukum dan panduan terang-terang mereka tentang dan tak percaya.

    Saya pernah jumpa surat macam tu kat peti surat di rumah. Apa yang saya buat, saya ambik semua yang ada dalam peti surat jiran-jiran dan buang dalam tong sampah.
    Cikgu Hairul recently posted..Cara Promosi Luar Dari KebiasaanMy Profile

  34. Tak suka jugak yang jenis tulis macam tu. Macam-macamlah, dari zaman surat sampailah ke zaman facebook dan twitter, tak habis-habis jugak benda ni.

  35. dulu selalu jugak terpengaruh dengan surat berantai ni,
    banyak gila kot, email ada.. msg adaaa… now kat facebook berlambak gila -___-
    azrijohan recently posted..Infografik: Facebook VS GoogleMy Profile

  36. rimas betul kalau dapat surat berantai macam ni, sejak zaman sekolah lagi. selalunya memang tak pernah share kalau ada ayat ugutan kat akhir perenggan. tak pun, selalunya saya akan delete ayat ugutan tu, cuma share mana yang baik je
    Amirez recently posted..IM Hassan Bakal Tamatkan Zaman BujangMy Profile

  37. salam..msih ada lg yer bnder2 mcm ni…kali terakhir akak trima time sek men dlu….mula2 dulu rs nebess dpt msj2 mcm ni…rs mcm nk mati sok plak…tp biler pikior2, mcm syirik percaya sumer bnder merepek ni…
    Kak Nurul recently posted..S.A.K.AMy Profile

  38. Nasihat dan mesej yang baik, tetapi cara mendorong orang menyebarkannya tak sesuai. Semasa zaman surat berantai dulu, ada disebutkan bahawa seorang VVIP kena loteri lepas sebarkannya. Macam kontradiksi pula amar ma’ruf dengan benda-benda yang salah di sisi agama.
    Stokis RajaBio recently posted..Mitos vs. Fakta Minyak Kelapa DaraMy Profile

  39. x pernah layan surat2 berantai mcm ni.
    Denaihati recently posted..MacBook Pro Gadget Impian Affan RuslanMy Profile

  40. dulu masa kecil2 pernah baca surat berantai tu…takut la gak time tu…tapi sekarang dah tak heran dah..
    bardboo recently posted..Keluarga Kecil KamiMy Profile

  41. de benarnya kata2 kat atas tu..

    dulu selalu gak dapat cam ni, mmg tak ambil peduli pun.. lau saya rasa ia bermanfaat dan sahih, baru di share.. lau tak, simpan utk diri sendiri..
    fiezaradzi recently posted..Top Malaysian Blogger Yang Ingin Saya Jadikan BFFMy Profile

  42. Selalunya dapat surat berantai ni masa saya masih berkecimpong dalam dunia tagged lagi.Time tu mmg banyak surat menyurat dari memember tagged…
    W.HabibuRahman recently posted..Cilakak!! Ku Sangkakan iPhone 4s Rupa-Rupanya Berus CatMy Profile

  43. surat berantai tu sesuai untuk buat prang je, buat gurau2.. aku dapat dulu aku buang je, alhamdulilah masih lagi bernyawa sampailah sekarang ni
    sabree hussin recently posted..Kenapa Cepat Sangat Kita Jatuhkan Hukuman?My Profile

  44. pernah dapat surat berantai dari email…semuanya spam uehuehe….
    Norizwan recently posted..Lelaki makan burger serangan jantung telah mengalami serangan jantungMy Profile

  45. Benda2 macam ni lah yg merosakkan nama Islam & penganutnya secara sedar @ tidak
    shraqs recently posted..Bila iPhone Bertemu Galaxy Note…My Profile

  46. huh…surat berantai..
    saje la tu nak tarik perhatian..

  47. boleh ja baca, mana yang baik kita ambil, yang mana tak kita buang jauh2.. kalau yg baik boleh sebarkan, tapi tak boleh la harapkan ganjaran yang dinyatakan, haram percaya..
    CMRatu recently posted..Tempoh Kenaikan Pangkat Guru berdasarkan Belanjawan 2012My Profile

  48. aku pernah dapat surat tue..cuak gak tapi baik tak buat apa2..thanks for the clear up bro info bro..mesti share nie..
    arrizz recently posted..Kisah pejabat pos dan gadis jurujualMy Profile

  49. dulu budak2 terpengaruh juga sekarang dah berakal pandailah menilai
    azura recently posted..OST Vanilla Coklat Penerang HatiMy Profile

  50. Terus sound je… salah share dapat dosa ;)
    muhammad fakhruddin recently posted..Pabila Gundam BertazkirahMy Profile

  51. referring to the image, kalau kita share pun,
    it doesn’t necessarily means that we love Allah,
    but it also means that we felt obliged to do so,
    sbb taknak diri ni digelar “pencinta syaitan”.

    So, dah jadi tak ikhlas ken. =.=
    alinotnot recently posted..Sentap dan fobia.My Profile

  52. Ad Bdax Perakz says:

    saya sebenar ragu2 dan takut dalam hati saya berkata “betul ke nie ishhh kalau tak antar ditimpa musibah” dan saya berasa gelisah dan tidak tentu arah bila terbaca akan isi surat berantai seperti ini daripada timeline facebook saya:

    Maaf, yg tidak bca mendapat
    ACCIDENT besok,,
    aminn ………..dan tolong baca dgn
    sangat teliti.seorang anak dari
    aceh barat, di tubuh anak itu
    trdpt tulisan nama Allah dan
    anak itupun bisa bicara dgn
    hewan2 apapun. Ini tanda kiamat,
    saya bersumpah saya akan
    menyebarkan ini ke 19 teman
    saya dlm 1 jam.. apabila saya
    melanggar, saya akn trkena
    musibah, sya akn slalu gagal dlm
    usaha saya, dan cita2 saya tdk
    akn tergapai, anda sudah
    bernazar…maaf ya,, saya jg
    korban
    #Sebarkan segera

    patutkah sya mempercayainya?

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge