Apabila tiba musim perayaan, ramai mengeluh kerana terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas. Selalunya kesesakan lalu lintas terjadi disebabkan 3 perkara berikut:
- Kemalangan – Yang ini tidak dapat dielakkan kerana sebahagian besar pemandu akan memperlahankan kereta untuk melihat kemalangan yang telah berlaku. Selain itu, jika terdapat kemalangan, pihak polis juga terpaksa menutup beberapa laluan untuk keselamatan pengguna jalan raya. Walaubagaimanapun ianya tidak selalu berlaku.
- Kerja-kerja pembinaan – Yang ini pun tidak boleh dielakkan. Penutupan sebahagian laluan memang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
- Pusat pengutipan tol – Pakai Touch n Go pun masih tak dapat elak. Lagi malang kalau orang depan tak cukup kredit, ramai-ramai tersangkut kat laluan Touch n Go. Haha. Mungkinkah ada cara yang lebih baik untuk mengutip kutipan tol agar kesesakan lalu lintas dapat dielakkan?
Lebuhraya 407 ETR
Di province Ontario, terdapat sebuah lebuh raya sepanjang 108 KM yang dikenali sebagai 407 Express Toll Route (407 ETR). Ianya adalah salah satu lebuh raya tercanggih di dunia dan dimiliki oleh sebuah syarikat swasta. Apa yang menariknya, lebuh raya ini tidak mempunya pusat pengutipan bayaran tol seperti di Malaysia. Pemandu hanya perlu lalu di gate/signboard tanpa perlu berhenti. Di persimpangan susur keluar, ada sebuah lagi gate/signboard yang perlu dilalui. Kedua-dua gate/signboard ini secara automatik akan mengira jarak yang telah dilalui oleh sesebuah kenderaan.
Selain itu, sistem ini juga dapat mengesan beberapa perkara lain seperti:
- Jenis kenderaan (vehicle class). Kenderaan berat vs kenderaan ringan
- Waktu kenderaan memasuki lebuh raya tersebut
- Jarak
Rujukan: Tolls explained
Pembayaran Tol
Segalanya dibuat secara online. Selepas sistem lebuhraya tersebut mengira jumlah yang perlu dibayar, anda akan menerima penyata bil yang dihantar ke rumah. Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau pun prepaid.
Rujukan: Payment Options
Masalah Yang Mungkin di Hadapi
Lebuh raya di Kanada di miliki oleh government. Ini bermakna, pengguna jalan raya tidak perlu membayar satu sen pun untuk menggunakan lebuh raya. 407 ETR hanyalah laluan alternatif untuk mempercepatkan perjalanan anda ke destinasi yang dituju. Disebabkan ianya dimiliki oleh syarikat persendirian, pengguna perlu membayar untuk menggunakannya.
Di sini, lebuh raya percuma yang disediakan oleh government sudah cukup bagus (more or less macam lebuh raya di Malaysia). How is that possible? Di Ontario, tax yang perlu dibayar adalah agak tinggi iaitu sebanyak 13%.
* Jumlah tax atau cukai yang perlu dibayar berlainan bagi setiap province. Province Ontario mengenai cukai paling tinggi (13%) manakala province lain ada yang 5%, 8% dll.
Selain itu, kos untuk membangunkan sistem sebegini sangat mahal. Walaupun sistem sebegini dijangka dapat mengurangkan kesesakan di pusat pengutipan tol di Malaysia, kos yang tinggi mungkin akan jadi penghalang.
Tidak mustahil untuk dilaksanakan. Faham-fahamlah dekat Malaysia akan minimum kos serendah dan mengaut keuntungan setinggi yang mungkin. Asal boleh sahaja.
Sistem tu memeang dah cantik sgt dah tu. Cuma kalau buat di Malaysia, baik2 tol sekarang ramai yg mampu guna, lepas buat sistem canggih tu terus tak de yg mampu guna lebuhraya.
Masa di dublin dulu pun ada juga sistem berpalang macam ni. Cuma lalu je dan bayar di kiosk yang disediakan. Lebuhraya pun bilangan tol boleh dikira disebabkan sedikit. Tak macam Malaysia, duit tol pun dah mahal.
Macam di Singapura! 🙂
+1
Baru tahu. Hehe
Sama macam USA juga ni. Laju betul bila lalu tol, hujung bulan sampai bil kat rumah dan bayaran akan dicaj terus ke kad kredit/kad debit.
sama macam kat Australia!
+1
Ye ke, baru tahu. Thanks for the info.
thanks for sharing.
kira macam bayar bill letrik la kan. bil sampai rumah.
stail!
Haah. Tapi nak buat sistem tu la mahal. Kalau nak buat jugak, kerajaan terpaksa naikkan tol atau tambah tempoh kontrak konsesi tol.
Sebenarnya kita mampu sahaja buat, cuma kadang-kadang yang bermasalah sikap kita.
Kalau nak cerita akan menyebabkan cukai tinggi dsb, berapa banyak projek mega dan bail out yang guna duit cukai kita, secara langsung atau tak. 😉
betul tu, boleh je buat dengan kos minimum. Tapi saja je dorang tak buat. Sebab konon bila upgrade sistem akan tingkatkan kos. Padahal tahap efficiency lebih bagus.
ERmm byk kali dah sangkut masa kat tounch n go….
saya biasanya top up dulu takut x de baki dalam kad hu3
memang canggih tapi memang akan memakan kos yang tinggi.