Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

Sistem Tol di Kanada – Adakah Ini Penyelesaian Kesesakan Tol di Malaysia?

14/08/2014 Affan Ruslan 14 Komen

407 Highway

Apabila tiba musim perayaan, ramai mengeluh kerana terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas. Selalunya kesesakan lalu lintas terjadi disebabkan 3 perkara berikut:

  1. Kemalangan – Yang ini tidak dapat dielakkan kerana sebahagian besar pemandu akan memperlahankan kereta untuk melihat kemalangan yang telah berlaku. Selain itu, jika terdapat kemalangan, pihak polis juga terpaksa menutup beberapa laluan untuk keselamatan pengguna jalan raya. Walaubagaimanapun ianya tidak selalu berlaku.
  2. Kerja-kerja pembinaan – Yang ini pun tidak boleh dielakkan. Penutupan sebahagian laluan memang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
  3. Pusat pengutipan tol – Pakai Touch n Go pun masih tak dapat elak. Lagi malang kalau orang depan tak cukup kredit, ramai-ramai tersangkut kat laluan Touch n Go. Haha. Mungkinkah ada cara yang lebih baik untuk mengutip kutipan tol agar kesesakan lalu lintas dapat dielakkan?

Lebuhraya 407 ETR

407 ETRDi province Ontario, terdapat sebuah lebuh raya sepanjang 108 KM yang dikenali sebagai 407 Express Toll Route (407 ETR). Ianya adalah salah satu lebuh raya tercanggih di dunia dan dimiliki oleh sebuah syarikat swasta. Apa yang menariknya, lebuh raya ini tidak mempunya pusat pengutipan bayaran tol seperti di Malaysia. Pemandu hanya perlu lalu di gate/signboard tanpa perlu berhenti. Di persimpangan susur keluar, ada sebuah lagi gate/signboard yang perlu dilalui. Kedua-dua gate/signboard ini secara automatik akan mengira jarak yang telah dilalui oleh sesebuah kenderaan.

Selain itu, sistem ini juga dapat mengesan beberapa perkara lain seperti:

  • Jenis kenderaan (vehicle class). Kenderaan berat vs kenderaan ringan
  • Waktu kenderaan memasuki lebuh raya tersebut
  • Jarak

Rujukan: Tolls explained

Pembayaran Tol

Segalanya dibuat secara online. Selepas sistem lebuhraya tersebut mengira jumlah yang perlu dibayar, anda akan menerima penyata bil yang dihantar ke rumah. Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau pun prepaid.

Rujukan: Payment Options

Masalah Yang Mungkin di Hadapi

Lebuh raya di Kanada di miliki oleh government. Ini bermakna, pengguna jalan raya tidak perlu membayar satu sen pun untuk menggunakan lebuh raya. 407 ETR hanyalah laluan alternatif untuk mempercepatkan perjalanan anda ke destinasi yang dituju. Disebabkan ianya dimiliki oleh syarikat persendirian, pengguna perlu membayar untuk menggunakannya.

Di sini, lebuh raya percuma yang disediakan oleh government sudah cukup bagus (more or less macam lebuh raya di Malaysia). How is that possible? Di Ontario, tax yang perlu dibayar adalah agak tinggi iaitu sebanyak 13%.

* Jumlah tax atau cukai yang perlu dibayar berlainan bagi setiap province. Province Ontario mengenai cukai paling tinggi (13%) manakala province lain ada yang 5%, 8% dll.

Selain itu, kos untuk membangunkan sistem sebegini sangat mahal. Walaupun sistem sebegini dijangka dapat mengurangkan kesesakan di pusat pengutipan tol di Malaysia, kos yang tinggi mungkin akan jadi penghalang.

 

 

Sumber gambar: 407 ETR dan Yahoo

Kategori: Kanada

Komen Pembaca

  1. akubiomed

    14/08/2014 at 10:03 am

    Tidak mustahil untuk dilaksanakan. Faham-fahamlah dekat Malaysia akan minimum kos serendah dan mengaut keuntungan setinggi yang mungkin. Asal boleh sahaja.

    Balas komen
  2. Cikgu Hairul

    14/08/2014 at 10:30 am

    Sistem tu memeang dah cantik sgt dah tu. Cuma kalau buat di Malaysia, baik2 tol sekarang ramai yg mampu guna, lepas buat sistem canggih tu terus tak de yg mampu guna lebuhraya.

    Balas komen
  3. Hazmin Hamudin

    14/08/2014 at 11:05 am

    Masa di dublin dulu pun ada juga sistem berpalang macam ni. Cuma lalu je dan bayar di kiosk yang disediakan. Lebuhraya pun bilangan tol boleh dikira disebabkan sedikit. Tak macam Malaysia, duit tol pun dah mahal.

    Balas komen
  4. anif

    14/08/2014 at 6:25 pm

    Macam di Singapura! 🙂

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      15/08/2014 at 9:34 am

      +1

      Baru tahu. Hehe

      Balas komen
  5. Siti travelog

    14/08/2014 at 9:36 pm

    Sama macam USA juga ni. Laju betul bila lalu tol, hujung bulan sampai bil kat rumah dan bayaran akan dicaj terus ke kad kredit/kad debit.

    Balas komen
  6. Amir Said

    15/08/2014 at 6:13 am

    sama macam kat Australia!

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      15/08/2014 at 9:35 am

      +1

      Ye ke, baru tahu. Thanks for the info.

      Balas komen
  7. amirfazwn

    16/08/2014 at 1:32 pm

    thanks for sharing.
    kira macam bayar bill letrik la kan. bil sampai rumah.
    stail!

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      18/08/2014 at 2:39 am

      Haah. Tapi nak buat sistem tu la mahal. Kalau nak buat jugak, kerajaan terpaksa naikkan tol atau tambah tempoh kontrak konsesi tol.

      Balas komen
  8. muhammad fakhruddin

    31/08/2014 at 5:45 pm

    Sebenarnya kita mampu sahaja buat, cuma kadang-kadang yang bermasalah sikap kita.

    Kalau nak cerita akan menyebabkan cukai tinggi dsb, berapa banyak projek mega dan bail out yang guna duit cukai kita, secara langsung atau tak. 😉

    Balas komen
    • travelog siti

      07/11/2014 at 4:57 am

      betul tu, boleh je buat dengan kos minimum. Tapi saja je dorang tak buat. Sebab konon bila upgrade sistem akan tingkatkan kos. Padahal tahap efficiency lebih bagus.

      Balas komen
  9. Abe Nik

    01/07/2016 at 8:29 pm

    ERmm byk kali dah sangkut masa kat tounch n go….
    saya biasanya top up dulu takut x de baki dalam kad hu3

    Balas komen
  10. semakkini

    06/07/2018 at 3:26 pm

    memang canggih tapi memang akan memakan kos yang tinggi.

    Balas komen

Balas komen Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (36)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Hakcipta Terpelihara © 2021 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework