Bila belajar di negara orang, kita selalunya akan dapat melihat beberapa perkara seperti sistem masyarakat, sistem pelajaran, sosial dan beberapa perkara lain. Memang tak dapat dinafikan bukan semua yang orang sini buat lebih baik berbanding masyarakat Malaysia, ada juga beberapa perkara yang lebih baik di Malaysia.
Kali ini saya nak kongsi tetap sikap orang Kanada yang sangat mengambil berat tentang kepentingan mengamalkan kitar semula. Ada sesiapa di sini cakap sistem kitar semula di Malaysia lebih baik? Saya yakin tidak. Nak nampak tong sampah kitar semula pun susah, selalunya ada di sekolah, shopping mall ataupun terpaksa hantar sendiri ke tempat kitar semula. Sebagai balasan, dapat la sikit duit mengikut barang yang dihantar ke pusat kitar semula.
Ps: Mak saya rajin kitar semula surat khabar. Simpan dulu sebulan ke, lepas tu suruh anak-anak bawak ke pusat kitar semula berhampiran rumah. Dapat la sikit duit. Ye tak? Tapi ramai ke orang Malaysia yang sanggup buat macam tu. Mungkin ada tapi tak ramai.
Sistem Kitar Semula Di Kanada
Sistem kitar semula disini sebenarnya sangat sistematik. Mungkin bukan yang terbaik di dunia, tapi sekurang-kurangnya jauh lebih baik dari Malaysia.
1. Berbanding di Malaysia, di Kanada ni hampir semua tempat ada tong sampah kitar semula, tak kira di universiti, tempat makan, stesyen keretapi (subway) dan tempat-tempat lain.
2. Untuk setiap beg plastik ketika membeli barang, selalunya anda perlu membayar untuk beg plastik tersebut. Kalau di Malaysia, dari apa yang saya tahu, ianya cuma dikhaskna pada hari Sabtu je kan? Jadi di sini memang selalu nampak orang akan membawa beg kertas/kain sendiri ketika membeli-belah.
3. Jika di Malaysia kita hanya perlu memasukkan semua sampah ke dalam plastik sampah, tapi di sini anda tidak dibenarkan berbuat demikian. Bagaimana ianya berfungsi:
- Pada setiap minggu, telah ditetapkan pada hari tertentu lori sampah dan lori kitar semula datang untuk mengutip sampah dan barangan kitar semula dari setiap rumah.
- Setiap rumah dihadkan hanya kepada satu beg plastik hitam sahaja. Kemudian satu tong sampah hijau pula dikhaskan untuk sampah-sampah organik seperti tulang ayam dan sisa-sisa makanan yang lain.
- Kemudian, terdapat tong biru yang dikhaskan untuk barang-barang kitar semula.
- Pengguna juga wajib mengasingkan antara tin aluminium, gelas kaca dan kertas. Kalau salah asingkan, lori sampah takkan ambil barang-barang yang ingin dibuang tersebut!
- Pada hari yang ditetapkan, setiap rumah perlu meletakkan beg plastik hitam, tong hijau dan tong kitar semula (berwarna biru) di hadapan rumah. Sebelum dikutip, pekerja yang bertanggungjawab akan memeriksa dulu sama ada anda mengasingkan barangan kitar semula mengikut peraturan atau tidak. Kalau ada barang yang bercampur, mereka takkan kutip langsung sampah-sampah tu, jadi terpaksalah tunggu giliran seterusnya pada minggu hadapan.
Cadangan untuk mempertingkatkan sistem kitar semula di Malaysia
Memandangkan banyak sampah di “sumbang” oleh isi rumah, jadi rasanya kerajaan Malaysia perlu membuat sistem yang sama di Kanada. Kemudian wajibkan setiap pemilik rumah untuk asingkan barang kitar semula dan sampah sarap. Untuk “memaksa” setiap pemilik rumah mengasingkan barang yang perlu dikitar semula daripada sampah sarap biasa, hadkan setiap rumah kepada satu beg plastik sahaja. Dengan itu, mereka secara terpaksanya perlu asingkan jugaklah barang-barang yang perlu dikitar semula sebab selalunya satu beg plastik memang tak cukup nak sumbat semua benda, ye tak?
Satu lagi, wajibkan pengguna mengasingkan sampah biasa dengan sampah organik. Selalunya sampah dalam beg plastik hitam tu jadi busuk sebab kita campur semua sekali dalam tu. Kalau asingkan, kurang berbau busuk, selain sampah organik tersebut juga boleh dibuat baja.
Akim Iqbal
Haha, bolehkah Malaysia ? Kalau kat bandar mungkin dapat buat tapi kat kampung-kampung ?
galut
Kanada boleh…Malaysia tetap boleh…yang penting semua lapisan masyarakat ada kesedaran.
Lizz
ini masalah orang Malaysia, belum cuba belum tahu hasilnya 😉
fikirkan boleh, mesti boleh!!!hehehehhe.
Affan Ruslan
Belum cuba belum tahu.
Kalau terpaksa mungkin boleh, kalau tak ikut peraturan sampah tak dikutip haha!
Njiheam
sgt setuju lagipun 2thn lepas sy buat di rumah, dpt RM40 dgn kitar semula, sekarang sdg buat lagi tambah lagi logam+plastik+alat elektronik dll…bukan duit sebenarnya yg jadi ‘priority’ tp kesedaran alam sekitar n nak rumah jadi super bersih…x nklah ‘Kim’s Rude Awakenings’ (rancangan di NTV7) dtg kat rumah pulak..hehe
Njiheam
…
izwannizam
tak mustahil nak buat dekat negara Islam seperti Malaysia.cuma minda semua orang kena betul lah.agama pun anjur kebersihan tapi pelik,ramai tak mahu ikut bab ni 😀
Affan Ruslan
Betul. Apa2 pun kerajaan perlu ambil peranan seperti perkenalkan sistem wajibkan kitar semula untuk setiap sampah dari rumah. Tu salah satu benda yg agak menarik aku nampak kat sini
yuyu
orang kita, jangankan nak buang sampah dalam tong kitar semula….dibuangnya merata tepi jalan…teruk!
akubiomed
Pada pendapat saya kesedaran perlu bermula daripada kita. Kalau harap NGO atau agensi kerajaan berkempen dan ada rang undang-undang baru hendak bertindak sampai bila-bila sikap masyarakat tidak berubah.
Kalau kawasan pasar malam atau tempat ada sambutan perayaan selepas aktiviti dijalankan tentu penuh dengan sampah sarap. Alasan tong sampah tidak mencukupi tidak boleh digunakan pakai apa salahnya sampah tersebut disimpan dahulu dan buang apa bila jumpa tong sampah.
Affan Ruslan
1. Kempen2 kerajaan rasanya tak cukup kuat. Contohnya kat shopping mall atau di mana sahaja patut ada tong kitar semula jugak. Bukan ramai sanggup nak hantar barang untuk dikitar semula tiap2 minggu. Itupun, bukan semua tempat yg ada pusat kitar semula hehe.
2. Kesedaran kena bermula dari diri rakyat jugaklah, tu mmg takleh dinafikan
Cebisan
yup. sy setuju.
blackrosehunter
setuju, kalau setakat kempen rasanya rakyat malaysia ni susah sikit la..kena ada kesedaran dalam diri dan pupukkan nilai 3R (reduced,reused,recycle) macam jepun kepada anak-anak kecil supaya kelak menjadi amalan.
anif
Boleh dilaksanakan di Malaysia..
Pada awalnya tentu akan ada masalah, lama-kelamaan tentu akan OK. Membina dan meningkatkat kesedaran serta kefahaman dahulu adalah sebaik-baiknya..
hawa
saya pun hairan dengan masyrakat kita hari ini..
di malaysia ssstgh tmpt tu ada tong kitar semula..tp tidak berfungsi dengan baik..
kadang2 rakyat kita ini..sesuka hati jer buang smpah ke dalam tong kitar semula.. x fikir dah smpah itu jenis apa dan tong tu jenis apa…
satu lagi.. tong kitar semula bila dipenuhi dgn sampah still kat situ.. beberapa hari, minggu, bulan… sehingga limpah ke luar sampahnya.. erm… cm ner la nk bersih..
Affan Ruslan
Hehe. Betul. Tu masalah sikap dgn juga masalah pengurusan.
Takkan lah sampah melimpah ruah baru nak ambil kan? Mana la org yang dipertanggungjawabkan
puanbee
saya buat kitar semula , paper ada org dtg kutip di rumah , cuma tin tin minum atau tin yg digunakan di dapur , saya basuh sikit , jemur dan simpan dalam palstik besar , kemudian bila dah banyak minta suami tolong jual , plastik sopping tu di jadikan plastik buang sampah , memang tk beli plastik khas tuk buang sampah kena jimat sikit hehehe..
suami pun suka kitar semula , apa sahaja yg org buang di tempat kerja , dia akan proses dengan kawan2 dia dan jual , sebenarnya suami sy dpt lebih byk duit bukan calang2 , dia jual kuprum , tembaga dan besi .. hehe
pendek kata nak dengan tak nak je ..
Affan Ruslan
hehe betul. mak saya pun macam tu, suratkhabar, botol2 tu die letak dalam satu plastik besar. Apa2pun kesedaran ini bermula dari sendiri, kalau rasa tu sebagai tanggungjawab, kitalah kena mulakannya dulu
puanbee
ya buat je sikit2 tak pe , tk de apa nak di malukan , hehe
blackrosehunter
sama jugak..mak saya pun buat begitu walaupun sekitaran kampung dan bukan perumahan.
Yun
Frankly speaking,mmg ssh nk jmpa tong smpah kitar semula kt Malaysia nie. Dulu, mak Yun sllu kmpul buku2,surat2 kbr lama and minta ayah antar kat pusat kitar semula. Kat belakang rumah sampai penuh rak dengan tin2 aluminium,botol2 ksong sb xde tong kitar semula disediakan kat tempat tinggal Yun.
P skunx alhamdulillah, kat tempat Yun belaja nie kat mana2 Yun jmpa tong smpah kitar semula nie..Pokok pangkalnya, niat kita nk jge kebersihan..:)
Affan Ruslan
Wah bagus lah mcm tu, sekurang2 kita sendiri ada kesedaran.
Eh, study kat mana tu/
Izwan
hari sabtu je ke kena bayar beg plastik 20 sen? tak silap aku hari2 biasa pun tapi tak semua tempat buat macam tu.. kalau buat pun orang mengeluh,”plastik pun bayar 20 sen ke?”.. sebab aku pun pernah keluh macam tu..benda dah biasa free kan…
pemikiran dengan mentaliti gak la yang kena diterapkan.. nak ubah direct biasanya orang pertikai.. tapi lama2 orang terima juga..
kalau rumah bujang,bukan sampah2 kering je ke? mesti makan kat kedai.. ke ko masak sendiri? 😆
Affan Ruslan
masak bro 😆
Oh ye ke tiap2 hari? Sbb haritu aku baca hari sabtu je, tp tu dah lama gak la haha. Daripada hari Sabtu ke, kenapa tidak buat tiap2 hari? Ye tak? Hehe
jemarioren
pemikiran atau mentaliti orang kita di malaysia tak sama dengan orang di sana. disiplin orang kita agak payah nak dibentuk. tercabar sikit dah bising cam ayam telur sebiji. tak mustahil boleh buat, tapi kena istiqamah le, insyaallah boleh
Affan Ruslan
ehehe. ada saya share entry ni kat satu page, ada org marah bila saya cakap org Malaysia malas kitar semula. Padahal mmg benar pun. Sabar je la haha
saiful
belum try belum tau…
nurmisnandan untung
Good idea..
ZoOL
1st.. saman kalo x asingkan sampah, baru rakyat m’sia da kesedaran.. pastu kna da kemudahan.. yg lain2 tu, “cost plus” je la.. haha
Affan Ruslan
setuju, kena paksa gak asingkan. pastu tong sampah kena perbanyak, ni nak cari tong kitar semula pun susah
Kujie
Kak Jie ni ilmu tak tinggi macam orang zaman sekarang yg terpelajar keluar masuk universiti tetapi Kak Jie sayangkan bumi.
Tanpa kempen, Kak Jie masih asingkan sampah sebelum diletakkan di depan rumah – botol dan barangan plastik satu bekas, selalunya diikat.
Botol kaca diasingkan dlm group yang sama.
Kak Jie buat semua tu bukan untuk mendapatkan pengiktirafan sesiapa, bukan nak tunjukkan diri baik bukan nak dinilai tetapi datang dari diri sendiri yang dipraktikkan dalam hidup.
Islam adalah cara hidup, jadi pilihlah sebaik mungkin , mungkin kita tak boleh buat semua yg baik, tetapi kita jangan tinggal perkara baik yang mampu kita buat.
Kenapa nak babitkan dengan agama?
tak ada hadis yang menyatakan buang sampah merata-rata tempat itu berdosa, tapi kalau ia menyebabkan kesan buruk kepada orang lain, alam ini hukumnya akan berubah. Hukum asalnya yang makruh boleh menjadi haram. Apabila haram maka ia dikategorikan sebagai berdosa.
tapi masalah lain yang sering berlaku, orang malu nak buat baik walau kesan kebaikan yg kita buat bukan untuk diri sendiri, bukan boleh nampak gugur selonggok dari langit.
satu lagi, orang suka cakap ” aku je buat, orang lain tak buat pun…bukan boleh berubah pun”
sayang…. amal ibadat awak kat akhirat nanti di timbang secara sendiri, awak tak boleh timbang secara berjemaah. Kalau awak buat baik, awak lah yang dapat ganjarannya.
bab ni mcm banyak lagi nak tulis….
namaakulynn
*kak jie dah boleh buat 2nd entri pasal kitar semula ni.hihihi. 😛
btw,kat rumah memang kumpul suratkhabar. sampai tinggi melangitttt,baru pergi jual.parent cakap rugi simpan sikit2,pastu jual.sbb dapat 2,3posen je.baik banyak2.dapat la byk sikit. 😛
em,if sistem kat malaysia mcm sana,may be takde kempen pon,masing2 akan kitar semula.tapi hakikatnya tak.nak nampak tong kitar semula pon susah.certain2 tempat je.dah tu mcm mana nak meng-kitar-semula-kan brg2.bukan semua org rajin g hantar barang kat tempat kitar semula tu. kan kan? 😛 *just my 2cents*
Kujie
Kak Jie ada banyak entri bab alam sekitar kat blog, pernah editor majalah minta kebenaran utk petik beberapa entri utk dimuatkan dalam majalah mereka. :p
izwannizam
kebersihan sebahagian daripada iman 🙂
Secret
wuuih mantap kakak blognya 😀
adysuR
Masalah pembuangan sampah di Malaysia mencacatkan pemandangan. Tak paham kenapa ada juga manusia yg amat sangat malas sampai nak letak sampah dalam tong pun payah. Tu belum nak suruh asingkan sampah. Haihh.
mimieux
haaaaaaaaaa….bagus..idea bagus nihhh..hehe..btw follow sini;;=))
yusof firdaus
Sistem Kitar Semula di Kanada – Kenapa Tidak di Malaysia? http://t.co/4aUDUs7H
syazlinaiza
Sistem Kitar Semula di Kanada – Kenapa Tidak di Malaysia? http://t.co/uQHTBket via @affanruslan
Abdul Farid
Sistem Kitar Semula di Kanada – Kenapa Tidak di Malaysia? http://t.co/uQHTBket via @affanruslan
Affan
Sistem Kitar Semula di Kanada – Kenapa Tidak di Malaysia? http://t.co/axOLEQeK
akubiomed
Sistem Kitar Semula di Kanada – Kenapa Tidak di Malaysia? http://t.co/G4Ilvzkq
azura
kadang saya asingkan kadang saya leka…
nurulazwa mustafa
org malaysia pemalas…sy sendri mengutip kotak2…bile penuh 1 kater jual tapi biler kwn nampak kene ketawa kata “ai x ckup duit ker?”…itu lah org msia..
zana
idea yg baik utk dikongsi.. sikap mjaga kebersihan n kitar semula sepatutnya bermula dari rumah.. dipupuk dari anak2 kecil lagi.. cara hidup yg moden n mewah bagi saya melahirkan warga yg pemalas!!.. pengotor jugak..
fasha
baru je petang tadi lecturer cerita pasal isu sampah ni
even dekat u pun orang tak reti nak guna tong kitar semula tu..
🙂
syahrilhafiz
insyaallah boleh kalau ramai pakat2 sedaq yang sampah tu boleh kitar semula..tapi orang malaysia ni kan, pandang remeh sangat benda2 macam tu.harapkan iklan memang tak makan saman la..kesedaran tu penting..tapi……susah nak cakap keperibadian seseorang tu macam mana…..*speechless
TEJA
tersenyum membaca komen2 diatas
syahrilhafiz
Sistem Kitar Semula di Kanada – Kenapa Tidak di Malaysia? http://t.co/orseLKrB via @affanruslan
Muhammad afif azhan
Sistem Kitar Semula di Kanada – Kenapa Tidak di Malaysia? http://t.co/orseLKrB via @affanruslan
syafacupcakes
Assalamualaikum, bagus belajar di luar negara, dapat share apa yg tidak di buat di Malaysia… teruskan lagi share yg ilmiah…semoga kita dapat praktikkan apa yg baik di sana..
Muhammad afif azhan
Sistem Kitar Semula di Kanada – Kenapa Tidak di Malaysia? http://t.co/JogNZ5Sc via @affanruslan
samanosuke_04
huhu, mantap gila sistem diorang, siap ada jadual dan kod kaler plastik sampah lagi.. mana ko tau semua nie? ko duk kat kanada ke? hehe, kalo kat russia nie takde gak kitar semula.. main buang jer sampah2 tue.. huhuhu, bleh kata m’sia>russia..
titan
orang malaysia ni malas..takkan jadi punya melainkan.. perdana menteri kata..siapa tak buat. tangkap. masuk balai. masa tu..confirm ramai yang buat..
Denaihati
kesedaran, kefahaman n kemudahan boleh kata kurang sangat kat M’sia. ramai yg x faham kenapa kite perlu buat recycle selain dpt tambah pendapatan. kemudahan tempat memang kurang, cth yg dlm gambar tu memang baiklah kalau dpt dibuat di M’sia, mungkin xsusah sangat.
Cullenz...
Bagusnya info…sbb sy pelajar alam sekitar….selain dari Kanada…try review cara pengurusan sampah di Jepun…Jepun mmg one of the best….di Malaysia….penguatkuasaan berbeza….mcm no plastic day under kerajaan negeri,,,jadi mcm ikut ska negeri tu nak laksanakan no plastic day bila….and mmg ape2 pon kesedaran bermula dari masyarakat jugak….. ;p
cikngah
malaysia lbh mengamalkan sikap mengubati dari mencegah.that’s y bile benda dh jd br lah kita sibuk2 nak bendung.sygnya sume benda dh terlambat
azu
msia boleh buat sebenarnya tp kene ade sokongan dari pelbagai pihak esp gov, NGO dan diri sendiri..mau kitar atau tidak, mau asing ke tidak, mau busuk ke tidak, mau jadik baja organik ke tak…semuanya tepuk dada, tanya diri sendiri. Kalau diri sdiri je yg semangat tp org sekitar xheran, mmg sedih kan..alwayz hope Msia as green country among te others!
kujie
Komen kt entri @affanruslan ni dah boleh jadikan entri utk dua hari..hehehe..gila susah nak kawal jari menaip http://t.co/qGShU4AU
Affan
Komen kt entri @affanruslan ni dah boleh jadikan entri utk dua hari..hehehe..gila susah nak kawal jari menaip http://t.co/qGShU4AU
levelsatu
payah nak buat. orang kita ni memang pemalas dan pengotor. Tak semua. Tapi ramai yang buat perangai macam tu. Baik laki atau perempuan.
izariahzainal
saya percaya suma ni bermula ngn diri kita sendiri, kalau nak buat macam kat kanada nun memang entah berapa tahun lagi la sebab saya dapat agak penerimaan masyarakat malaysia terhadap isu-isu macam ni masih di tahap yang boleh dikatakan belum memuaskan.
kesedaran di sini masih kurang tak macam negara-negara lain. memang bagus kalau boleh laksanakan sistem macam tu,pengalaman saya wkt travel ke seoul, pn kena asingkan setiap sampah-smpah ni, susah jugak nak jumpa tong sampah contoh kat subway station tapi x de pulak sampah kat merata tempat.
Anyway Malaysia lets go GREEN:)
Pacifista
mentaliti kita belum sampai ke tahap macam ni bro.mungkin segelintir je yang bersikap sedemikian tapi ramai yang masih belum sedar tentang kitar semula ni…
Yana
best! good idea then. nmpk sistematik!
budu.siam666
pasal kalu malaysia macam ni, org x panggil malaysia dah, org panggil malaysianada.. aahakz.. just kidding
eiela
bagus buat macam nih, cuma tuh la kat Malaysia nih kesedarannya kurang. rakyat sini pun degil-degil orangnya.
Kazen
kesedaran dan didikan sebeginilah seharusnya perlu ada kat rakyat malaysia, rakyat malaysia kebanyakkannya telah di mindsetkan bahawa sampah tetap sampah yg hanya perlu di buang dan orang pengutip sampah perlu dtg kutip tu je… tp tgoklah kanada bagaimana mereka di didik untuk mengasingkan cara pembuangan smpah, satu didikan yang amat baik.. jika kita pasti menganggap ini menyusahkan tapi sebenarnya lebih menyenangkan kita.. semoga di Malaysia nanti akan di aplikasi sistem seperti ini 🙂
123
Malaysian mentality are just to low for this..
Juan
sangat setuju dengan entry ini
kimmie
idea ni sgt bagus…kdg2 gunakan paksaan lebih berkesan..bukan apa utk kebaikan alam sekitar jugak.
AyieBlog
Assalamualaikum, bagus sistem pembuangan sampah di eropah, bukan dikanada saja tapi majoriti di eropah kesemua macam 2, kalau sampah tak diuruskan oleh pemilik rumah akan dikenakan denda :), agak-agak kalau malaysia buat macam 2, mesti ramai rakyat bising pasal kena denda :).. hehehehe, semua bermula dari seawal di rumah :)…
emilyrockz
Assalammualaikum,
hehe, kat malaysia for some state macam kat Penang, setiap hari memang kena bayar untuk plastik bag. At first memang semua merungut sebab rasa susah, but then now semua pun dah ok dan biasakan diri untuk bawa recycle bag bila bershopping. Tapi still benda ni tak meluas la. Lagipun bayar 20sen ja. Tak bagi kesan pun untuk those people yang kaya raya~ =b
Amirez
bagus cadangan ni, affan. dah lama nak tengok masyarakat malaysia berubah dari segi cara membuang sampah terutamanya untuk kitar semula. tapi ni melibatkan disiplin individu, rasanya rakyat malaysia tak cukup disiplin macam ni. kebanyakan rakyat malaysia suka fikir singkat dan mengambil jalan mudah. bila agaknya pemikiran kebanyakan rakyat malaysia nak ‘maju’ ye?
pinkbubblegumprincess
kesedaran dikalangan masyarakat betapa pentingnya pengurusan sampah tu perlu diterbitkan dulu…sebab sikap takes time untuk kita ikut sistem kitar semula sampah,, but it’s really a nice idea…why not kita cuba kan? =)
MAZDA
peh best gile cam tu.aku xdpt duit pun xpe coz aku mmg suke kitar semula but susah nk cari pusat kt melaka ni. aku pun bukan selalu kuar umh. kalo sstem ni ada kt cni snag keje aku. berlambak brg nk ktar.
peach smilly syahirah
kita kena bagi taw kerajaan untuk mengadakan tong kitar semula di semua tempat tak kira lah di mana-mana sekalipun ……………@_@
Nur Hanida
Assalammualaikum
Nice job on your writing about this recycling behaviour thingy. Mohon kerjasama admin untuk izinkan saya share pengalaman ini dalam kajian saya about Malaysians behaviour of recyling matter. Segala maklumat sangat saya hargai dan ucapan terima kasih buat saudara atas perkongsian ini 🙂
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
Silakan, perkara yang baik untuk disebarkan.
Cuma, sila letak link balik ke sini sebagai rujukan 🙂