Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry!

02/01/2011 Affan Ruslan 207 Komen

Pertama sekali, maaf ayat berterabur dalam tajuk kat atas, Bahasa Melayu + Bahasa Ingeris. Hehe. Dalam SEO, penggunaan katakakunci yang tepat adalah penting untuk memudahkan orang ramai mendapatkan artikel yang berkualiti dan tepat. Sebagai contoh, kalau kita google perkataan “Tab Napping“, maka akan keluarlah artikel mengenai cara phishing yang terbaru. Samalah juga, kalau kita search “Tips menjadi blogger otai dan terkenal“, maka keluarlah tips-tips yang berkaitan. Dengan kata lain:

Pastikan pembaca dapat apa yang mereka mahu!

Jangan menipu pembaca!

Ada segelintir blogger yang hanya mementingkan trafik semata-mata dengan menipu pembaca. Contohnya dengan meletakkan katakunci yang tiada kaitan langsung dengan entry yang ditulis! Sebagai contoh, menggunakan katakunci “Berita Sukan Terkini“, tapi entry yang dipaparkan tiada kaitan langsung. Penat orang ramai google perkataan tersebut pasti akan berasa hampa.

Sebagai contoh, dalam pertandingan SEO yang saya sertai dahulu, ada peserta yang menggunakan taktik ini untuk menang. Entry pasal banjir, tapi ada tag katakunci “Berita Sukan Terkini”, ada kaitan tak agak-agaknya? Dan tag tersebut adalah index, bermakna apabila orang ramai google kata kunci berita sukan terkini, entry berkaitan banjir tersebut berkemungkinan besar akan dipaparkan!

Black SEO

Tags yang digunakan: Berita Sukan Terkini dan Berita Peluang Pekerjaan

Artikel yang dipaparkan: 16 Rumah Rosak dipukul Ribut di Perlis dan 200 Banduan Thailand Merusuh

Black Hat SEO

Samalah juga dengan hacker yang terbahagi kepada dua, white hat hacker dan black hat hacker, SEO juga terbahagi kepada dua, White Hat SEO dan Black Hat SEO. Antara cara yang digunakan untuk melakukan Black Hat SEO adalah penggunaan software autobacklinking dan juga penipuan katakunci macam dalam gambar diatas. Jadi kalau yang buat duit online tu, fikir-fikir lah kesan die kalau korang menang pertandingan atau dapat income.

Memanipulasikan katakunci, tapi jangan sampai pembaca marah!

Penggunaan sesuatu kata kunci juga boleh dipelbagaikan.  Jangan tulis tajuk entry yang  langsung tiada kaitan, nanti pembaca bukak, terus rasa hampa dan marah.

Tips:  Jadi kreatif. Entry yang ditulis juga boleh berbentuk sindiran. Sebagai contoh, ada pembaca tak perasan entry Tips menjadi blogger otai dan ternama dan entry Cara Berkahwin Paling Mudah adalah berbentuk sindiran. Kalau pembaca faham maksud sebenar entry tu, mesti diorang akan tersenyum. TAPI, ada yang tinggalkan komen, “Nice entry“, “Boleh Cuba Ni” dan yang sewaktu dengannya. Nampak sangat tak baca, datang terus komen.  Hehehe

Kategori: Tips dan Tutorial

Komen Pembaca

  1. Kujie

    02/01/2011 at 8:25 pm

    sekarang ni semua tutorial nak ajar cara dapatkan trafik bukan nak membina hubungan sesama blogger – ramai yang lari dari tujuan asal.

    cuba tanya balik – tujuan asal berblog, mesti ramai yang cakap ( masa awal2 dulu ) nak memcari kawan, membina perhubungan – tetapi kalau selalu letak kata kunci yang ‘menipu’ – kawan pun lari!

    Bab menulis komen juga penting – ramai hanya ingin blogwalking – kemudian lelah dan penat. Sedangkan yang lebih utama – membina perhubungan itu dilupakan… nak shortcut – lama² cepat sangat kecewa bila tak capai target.

    Blogging dengan gembira – hidup biar sedap! hehehe

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 8:39 pm

      hehe. hidup biar sedap, berblogging pun biar sedap!

      *nampaknya lepas ni kena buat tips membina hubungan dengan berblogging

      Balas komen
      • Uie

        23/01/2012 at 1:30 am

        Tu lah kekadang hampa jugak..contoh kalau kita google pasal tutorial tetiba terlanding kat page yang citer pasal yang tak ada kaitan.maunya kena maki berbakul je tuan blog tu:) (especially time berukband nyawa2 ikan)..aish.

        Balas komen
    • AMiRU

      02/01/2011 at 10:03 pm

      Most bloggers sekarang ni berblogging bukan sebab nak mencari kawan or membina perhubungan tapi sebab nak cari side income..

      Balas komen
      • Shaffik

        02/01/2011 at 11:26 pm

        Terbaik laa komen kak jie…memang betul semua nak kan traffik. Tetapi content di dalamnya tidak mencapai kepuasan pengguna. Hmmm…Ia membuatkan aku terfikirkan sesuatu…Nice entri bro..

        Balas komen
        • Affan Ruslan

          02/01/2011 at 11:49 pm

          betul bro, content yg baik bukan sahaja kepuasan pembaca, tapi kepuasan diri sendiri juga 🙂

      • Affan Ruslan

        02/01/2011 at 11:48 pm

        betul, ada yg mula2 niat tu betul, tapi lama2 niat tu berubah, tu pun penyakit gak tu

        Balas komen
      • suri

        08/01/2011 at 3:20 pm

        itu yg tak best tu..bila caranya tak betul huuu

        Balas komen
  2. Kujie

    02/01/2011 at 8:28 pm

    eh..lupa

    jadi blogger kena ada deria ke-6, kena membaca dan menghayati – setiap blogger ada cara menulis yang tersendiri. Kita kena kenal pasti identiti penulisan seseorang dan sebab itulah untuk menulis komen pun kena kenal pasti gaya seseorang.

    erk..itu je kot. kalau ingat nanti sambung lagi – mcm tulis entri la pula

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 8:46 pm

      hehe. panjang pulak komen, tapi komen berkualiti memang digalakkan.

      betul, saya komen pun ikut owner blog tu lah. yang dah rapat sikit tu, komen tu kadang2 ada unsur2 gurauan lah hehe

      Balas komen
      • iniAKU

        12/01/2011 at 1:14 am

        ade komen unsur series ke? haha

        Balas komen
        • Affan Ruslan

          06/02/2011 at 7:56 pm

          ada lah hehe

    • Faris Al-Muhandisu

      04/01/2011 at 3:10 am

      setuju! tp selalunya ramai yg jenis syok sendiri.. ego.. dia je betol. susah betul org macam ni… huuu

      kalau dalam realiti kita boleh bertoleransi, kenapa tidak dalam dunia blog? =)

      Balas komen
    • little daisy

      04/01/2011 at 11:36 am

      ^_^ nak cari identiti sendri tu yg susah. tu yg ramai jd copycat…

      Balas komen
    • Pendekar

      04/01/2011 at 6:24 pm

      setuju dengan kak kujie (kak kujie ke bro kujie ha?? nampak sangat tak kenal lagi laki ke perempuan.. hehe~~…)

      memang kita kena fahami style penulisan orang tu juga dulu… sebab lain orang lain cara penulisannya… cuba kalau kita compare penulisan ini dengan penulisan sherrynoor.blogspot.com – Cik Sherry pasti akan nampak perbezaan yang besar…

      jadi di sini, komen kita mesti selaras dengan pemahaman kita terhadap sang penulis…

      Balas komen
      • iniAKU

        12/01/2011 at 1:16 am

        kak.. heheh

        Balas komen
  3. Fareast

    02/01/2011 at 8:28 pm

    Pekara mcm nie selalu jumpe…
    Tajuk dengan isi tak sama.. semata-mata nak kan trafik sampai jem..

    Kalu yg mcm sindiran tu mmg best..
    sape tak paham tak tau nak ckp mcm mane dah..hahaa

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 8:49 pm

      haha. kalau dah trafik jem tu, biar sampai habis bandwith terus kalau nak sgt. hehe

      aku pun suka entry berbentuk sindiran, kerana ianya lebih lembut dari tegur direct. kalau ada tips2 nakal, blh lah roger aku hehe

      Balas komen
    • tehr

      04/01/2011 at 6:46 am

      kalau ada yang tak faham sindiran, memang tak boleh nak salahkan penulis
      biar je la…

      Balas komen
  4. Ikhwan

    02/01/2011 at 8:29 pm

    Salam.

    Kalau white hat SEO pula macam mana ya?

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 8:52 pm

      Wa’alaikumsalam,
      white seo tu cara seo yang baik. hehe.
      contohnya penggunaan kata kunci yang tepat, lepas cari backlink.
      kalau google “seo”, rata2 semua tips white hat.
      kalau nak carai tips black hat, kena lah cari forum atau blog2 underground

      Balas komen
  5. Ikhwan

    02/01/2011 at 8:34 pm

    Mula-mula kononnya mahu mencari kawan, lama-lama bertukar kepada “cari duit”nya. HAHA

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 8:53 pm

      hehe. biasalah tu, niat blh bertukar

      Balas komen
  6. sachiasukai

    02/01/2011 at 8:46 pm

    hahahhaha..comel entry nie! senang, takyah letak kata kunci…ngee~

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 8:53 pm

      takleh gak. hehe. tu pun penting nak memudahkan orang yang mencari

      🙂

      Balas komen
  7. fezal

    02/01/2011 at 8:46 pm

    sokong kak kujie kita !

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 8:53 pm

      otai tu hehe

      Balas komen
  8. izanishak

    02/01/2011 at 8:59 pm

    selalu je tertipu dgn kata kunci yg tak kena dgn entry ditulis. mmg semata-mata nak tarik trafik menggununglah tu.

    **setuju 200% dgn kak kujie…

    Balas komen
    • Kujie

      02/01/2011 at 9:16 pm

      uik.. korang ni macam dtg mesyuarat PIBG je…pakat2 angkat tangan sokong

      Balas komen
      • Affan Ruslan

        02/01/2011 at 11:50 pm

        saya pun nak tumpang angkat tanganlah hehe

        Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 11:49 pm

      biasalah tu hehe. macam2 cara org skg guna

      Balas komen
  9. ST

    02/01/2011 at 9:00 pm

    Hehe…. blogging for money jer skang neh.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 11:50 pm

      hehe. tu terpulang lah kan, hak masing2. tapi kenalah guna cara betul

      Balas komen
  10. aizuddin

    02/01/2011 at 9:08 pm

    dah baca sampai habis..saya kunci entri ni :p

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 11:51 pm

      ahahaha. amboi, macam dalam kuiz pulak hehe

      Balas komen
      • Pejuang Kesenian Extreme

        04/01/2011 at 7:14 pm

        Aku kopakkan kunci tu..hehe

        Balas komen
  11. Penjejak Mimpi

    02/01/2011 at 9:31 pm

    Salam ziarah.

    Sebagai blogger baru, kene akui banyak mende yang saye tak tau. Banyak terms dalam berblogging ni yang saye kene tahu dan amik tahu.

    Betul, setakat ni saye berblogging hanye nak memenuhi mase lapang dan untuk melepaskan sesuatu yang terbungkam dalam dada. Muge niat itu tidak terpesong, insya Allah.

    Ape pon, masih perlukan idea, komen dan nasihat dari blogger2 otai untuk meningkatkan mutu dan pengisian blog saye.

    Terime kasih.. 🙂

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 11:52 pm

      Wsalam.

      Biasalah tu, saya pun dulu bermula dari 0. dah nak 2 tahun ni baru tau byk sikit. SEO dan wordpress pun baru berapa bulan je tau sikit

      InsyaALLAH, kena tekadkan niat tu.

      Ramai blogger yg sudi membantu, cuma kena rajin mecari. Bina persahabatan dengan blogger lain

      Balas komen
      • Penjejak Mimpi

        03/01/2011 at 2:29 am

        Time kasih.. 🙂

        Balas komen
  12. Eizil

    02/01/2011 at 9:33 pm

    Ada gak kadangkala tuh terkena ngan web menipu kata kunci, kita memang dok nak cari pasal benda tuh bebetul, tapi bila jumpa kuar benda lain plaks. Memang tak seronok aa gitu kan. So untuk mengelakkan orang lain plaks marah ngan kita, tak dibuat aa bebenda ni.

    SEO2 gak, tapi dah kalau orang lain marah kat kita, ditambah ngan menipu plaks tuh, mana jer nak datang keberkatan kan. 🙂 Perhubungan antara pembaca dan penulis perlu aa dijaga juga.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 11:53 pm

      betul,, bengang betul kalau dok menipu kata kunci ni.
      tu belum lagi splog dan blog2 yang guna black hat seo. lagi jahat

      Balas komen
  13. denaihati

    02/01/2011 at 10:34 pm

    Trafik pun nak tapi kalau trafik paksa-paksa pun tak best tu yang bounce back tinggi tetapi kalau dapat loyal visitor tu yang terbaik. Inilah yang aku nak usahakan 2011 untuk blog denaihati.com. Mencari jalan penyelesaian masalah 2010 walaupun 2011 semakin sibuk.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 11:54 pm

      InsyaALLAH bro, moga maju jaya.
      Oh, bounce back kena rendah lah ye? baru tau

      Balas komen
  14. hazwan

    02/01/2011 at 11:30 pm

    berita sukan terkini?contest yang ari tu ke bro..
    takpe la lepas ni maybe sape yang buat contest kena buat syarat tak boleh manipulate keyword..tak adil la nanti

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 11:55 pm

      haah bro. ko masuk gak kan. haritu ada tengok nama ko rasanya hehe

      Balas komen
  15. zik

    02/01/2011 at 11:34 pm

    yang menipu tuh masalahnya dapat 1st ranking tuh…. hampeh tul… contohnya lirik lagu ..aku selalu terkena… bukak2… takda pun… kosong gitue jer..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      02/01/2011 at 11:56 pm

      haha. lagipun lirik lagu memang demand tinggi bro, agaknya sbb tu diorg sanggup guna cara terkutuk ni. bengang gak kadang2 tu, penat2 cari tapi takde langsung info berguna

      Balas komen
  16. fitri

    02/01/2011 at 11:54 pm

    susahnya bila duit jadi objektif utama berblogging..trafik memang penting tapi jangan la obses sangat dengan benda tu..rilek2 sudah..

    p/s:quote popular kat blog: Nice entry! Nice Sharing! :p

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 12:03 am

      betul, boleh jadi tak seronok pulak ye. sbb trafik tu tak kekal, ada entry hot, naik trafik, kalau takde, merudum.

      tapi kalau persahabatan tu InsyaALLAH kekal 🙂

      Nice komen bro keh3

      Balas komen
      • intankuterpilih

        03/01/2011 at 12:49 am

        sgt setuju yg ini…kalau persahabatan tu, samada entry hot ke tak, tetap gak baca… yg penting kita ikhlas dan jujur…

        Balas komen
        • Affan Ruslan

          03/01/2011 at 12:54 am

          betul, saling support satu sama lain.
          Blogger pun macam tu, kalau nak berjaya kena bina network atau persahabatan dengan blogger lain

  17. Ezany-Kun

    03/01/2011 at 12:41 am

    semuanya kerana duit.. nak duit banyak trafik kena tinggi.. nak trafik tinggi paling senang menipu guna seo la.. dah banyak aku jumpa.. search lain.. bila masuk jer blog tu cite pasal lain.. takde kena mengena langsung..

    p/s: SEO terbahagi kepada dua.. pastu typo ker?

    Balas komen
    • Affan

      03/01/2011 at 12:51 am

      owh haha. baru perasan. thanks bro, tu lah gunanya pembaca yg baca satu persatu tulisan penulis. 🙂

      Balas komen
  18. intankuterpilih

    03/01/2011 at 12:50 am

    biasa juga, kalau search kat google, keluar je senarai web yg kita nakkan, tapi bila bukak, web tersebut takde kene mengena pon dgn carian kita…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 1:06 am

      haih, tu lah, menghabiskan masa je. huhu

      Balas komen
  19. Hadi Rofiee

    03/01/2011 at 12:54 am

    Salam.

    Betul tu Affan. Sungguh menghampakan apabila isi tulisan tidak seperti tajuk yang dipaparkan. Lantas artikel itu tidak dibaca & ditinggalkan.

    Aku akui kadang2 kita akan berasa malas untuk membaca sesuatu artikel. Namun dengan sedikit ketenangan & tidak kelam kabut, i’Allah pembacaan penuh artikel dapat dilakukan. 🙂

    Terima kasih kerana perkongsian makluman ini.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 1:07 am

      Wa’alaikumsalam.
      Terima kasih, entry ni pun ada unsur2 geram juga. hehe

      Balas komen
      • Hadi Rofiee

        03/01/2011 at 1:08 am

        Sama2. Moga dapat memberi pengajaran & peringatan kepada semua terutamanya diriku sendiri. Hehe.

        Balas komen
  20. Mohd Isa

    03/01/2011 at 12:58 am

    kalau ikut hukum, haramlah duit yang dimenanginya. betul tak? aku kalau nak menang pun, takdalah sampai nak masukkan tags yg tak berkenaan dengan entri. ini dah kes naya ni, boleh tau tak blog mana tu? hehe

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 1:08 am

      Blog die ni http://beritasukanterkini.co.cc/

      Aku berani bagitau sebab owner die guna nickname, dan blog tu jadi splog, seterusnya akan merosakkan kata kunci berita sukan terkini! cuba tengok, lepas habis je pertandingan tu, terus tak update

      Balas komen
  21. mohd firhan jasni

    03/01/2011 at 1:49 am

    RT @affanruslan: Update! Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry! http://goo.gl/fb/cJAaY

    Balas komen
  22. Jebat Malaya

    03/01/2011 at 2:12 am

    memang terukla blog yang hang kasi screenshot tuh… tapi pandai manipulasi keyword dengan artikelnya… kekadang sakit hati jugak macam hang cakap bila cari kat search engine jumpa benda lain… kekadang ada jugak terfikir kaedah nih memang bagus nih nak tambahkan visitor.. tapi, tak elok la buat cm2 kan… ps2 terfikir jugak nak cari plugin yang boleh gabungkan tags jadi perkataan.. hang paham tak maksud aku? mesti paham punya… tags aku, ayah, tolak, ibu, sekolah, yang, dalam, longkang, peribadi, hebat. Pengguna google cari ayah yang hebat ataupun ayah tolak ibu masuk longkang…. hehe.. ada tak plugin cm2?? ada kan.. penah jumpa kat internet…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 2:24 am

      hehe. aku rasa nak buat camtu tak susah:
      1- buat tag sebagai index
      2- kalau nak guna contoh ko takleh, tapi kalau nak gak, kena buat tag tu asing2. contoh ayah yang hebat, ayah tolak ibu masuk longkang, tu kira dua tag yang berlainan.
      3-ada satu lagi plugin, katakunci yang org google akan terus di add up kepada tags yang sedia ada. contoh, keyword “ayah yang penyayang” masuk entry tu, maka keyword tu akan ditambah sebagai tag untuk entry tadi.

      tapi ada kesan2 sampingan untuk SEO contohnya url kurang sharp (ada byk url untuk satu entry yg sama, jadi membuatkan bot jadi pening)

      Balas komen
      • Jebat Malaya

        03/01/2011 at 3:44 am

        owh… ok… walaupun agak pening sikit, dapat gak paham…

        Balas komen
        • Affan Ruslan

          03/01/2011 at 1:12 pm

          hehe. aku pun taktau nak terang macam mana hehe

      • akubiomed

        03/01/2011 at 8:35 am

        Err memang tak faham permainan keyword dan seo

        Balas komen
        • Affan Ruslan

          03/01/2011 at 1:12 pm

          saya pun tgh belajar lagi ni. hehe.

  23. mdigital.com.my

    03/01/2011 at 2:36 am

    gila traffic kot…tula dalam dok mengejar traffic macam cara…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 7:58 am

      salah satu faktor lah kot. kalau sipi-sipi mungkin dimaafkan, ni sampai takde kaitan langsung! huhu

      Balas komen
  24. mankuchai

    03/01/2011 at 2:45 am

    Banyak juga terjumpa kata kunci yang tidak sama dengan cerita,tambahan pula bila kita nak sesuatu info tu dengan cepat,alih2 lain pulak yang diceritakannya…rasanya blogger perlu ada kesedaran tentang tajuk kata kunci,sebelum tekan butang “publish” pada masa akan datang.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 7:56 am

      hehe. betul tu, kenalah ada kesedaran untuk orang lain, kita sebenarnya nak memudahkan bukan menyusahkan orang lain mencari

      Balas komen
  25. syahrilhafiz

    03/01/2011 at 2:55 am

    nice entri..haha

    Balas komen
    • syahrilhafiz

      03/01/2011 at 2:56 am

      selalunya ni jenis oh!..haha
      ko tengok diorang punya keyword
      percayalah..kantoi der..

      Balas komen
      • Affan Ruslan

        03/01/2011 at 7:57 am

        oit, censoerd tu. dilarang menimbulkan kontroversi disini hehe

        Balas komen
        • syahrilhafiz

          04/01/2011 at 10:30 pm

          ah tak caya gi tengok
          apa yg aku cakap betul pe..;D

  26. fendidahada

    03/01/2011 at 3:05 am

    betul point ko tu bro..ramai duduk pancing keyword dengan tag je..skali masuk lain je entri..puas mencari info..skali takde..jwapanye tutup terus je blog tu..hampeh..agak2 la nak tarik trafic dengan keyword

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 7:54 am

      hehe. aku rasa setiap org penah kena benda camtu

      Balas komen
  27. Affan

    03/01/2011 at 3:07 am

    Thanks RT http://goo.gl/fb/cJAaY @kujie @yanmie @OhTidak @sumberterbuka @mf1rhanjasni

    Balas komen
  28. fitri

    03/01/2011 at 3:27 am

    RT @affanruslan: Update! Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry! http://goo.gl/fb/cJAaY

    Balas komen
  29. Mohd Isa Network

    03/01/2011 at 5:53 am

    Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry! http://t.co/PNw0WO7 via @affanruslan

    Balas komen
  30. tengkorak emas

    03/01/2011 at 6:23 am

    kalau label bg pengguna blogspot tu ada mempengaruhi seo juga ke?

    setahu aku blogger yg naif ni, tag tu hanya nak memudahkan dari segi penyusunan kategori, tak tau pula ada kaitan seo juga..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 7:53 am

      aku rasa ada juga sbb die akn diindex.
      tapi aku blm pnh kaji untuk blogspot, tp wp mmg tag tu blh jadi tajuk entry sbb aku pnh cuba. huhuh

      Balas komen
      • samdaddycool

        03/01/2011 at 2:03 pm

        besar gila pengaruh tag dalam wp. aku memang banyak blog base blogspot. yang wp memang banyak tak explore lagi. so memang tak bole bantai sesuka hati guna tags kat wp ek?

        Balas komen
        • Affan Ruslan

          03/01/2011 at 3:21 pm

          nak bantai boleh, tapi ada perbezaan die antara index noindex.

          secara umum, tag boleh di setting jadi index atau noindex.
          kalau noindex, takde masalah sbb tag hanya akan mengumpulkan entry yang mempunyai tag yang sama, dengan kata lain ia akan berfungsi macam categories.

          kalau kita buat tag sebagai index, tag tersebut boleh jadi tajuk entry bila pembaca google. contoh kalau saya letak tag “cikgu seksi” untuk entry ni, bila pembaca google “cikgu seksi”, entry ini akan muncul dengan tajuk “cikgu seksi”, padahal entry takde kaitan langsung dengan cikgu seksi.

          mungkin ia lebih kepada black hat atau grey hat seo. pada masa yang sama, tak bagus juga sebab link ke entry ni akan jadi lebih dari satu. contohnya

          affanruslan.com/sila-pastikan-blablablabla/tag/cikgu-seksi
          sama dengan
          affanruslan.com/sila-pastikan-blablablabla

          jadi google bot akan confuse.

          faham ke? hehe

        • samdaddycool

          03/01/2011 at 6:01 pm

          ooo.. ok. faham. jadi, untuk index, pastikan takde penyalah gunaan tags. Juga akan menyebabkan bounce rate tinggi. Betul tak?

        • Affan Ruslan

          03/01/2011 at 6:30 pm

          betul, tu pada pendapat aku lah.
          ada orang yang amalkan seo index tag, ada orang buat noindex. hehe

  31. Blogger's Malaysia

    03/01/2011 at 6:29 am

    Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry! | Critical Angle http://fb.me/H5iUYyL8

    Balas komen
  32. Affan

    03/01/2011 at 7:02 am

    Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry! http://kelantanbloggers.com/read/7296

    Balas komen
  33. adamfaiz

    03/01/2011 at 9:46 am

    nice entry…boleh tak comment camni? Hehhee.. jujurlah dengan apa yang kita buat..kalau setakat nak trafik je tapi entry hampeh..sure lambat laun orang boring..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 1:14 pm

      betul bro, tu nama die trafik sementara. hehe.

      komen macam nice entry, nice one bro bukan tak elok, nanti admin pun tak tau nak reply apa. takkan setakat nak reply sama-sama je, tak seronok lah camtu. he

      Balas komen
  34. WMI

    03/01/2011 at 10:08 am

    Antara contoh orang yang mengejar “duit” dan tidak ikhlas dalam nak menyebar dan berkongsi Ilmu. Kalau saya memang rasa nak marah juga kalau ada orang buat camni.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 1:15 pm

      betul bro, nampak sgt kejar duit camni.

      ada orang kata orang yang guna seo semua gila duit, tu salah. kalau guna cara betul, memang tak salah. lagipun seo yang betul memudahkan orang ramai mencari maklumat.

      black hat seo memang tak patut guna sebab menipu.

      🙂

      Balas komen
  35. fyzal

    03/01/2011 at 1:34 pm

    apabila aku memikir kembali.. aku tidak mahu melompat terus kepada konklusi tetapi tidak keterlaluan jika aku katakan “kebanyakan” bloggers sanggup mengenepikan etika, moral dan keikhlasan semata-mata mahukan trafik yang tinggi sekaligus “income” yang masyuk.

    walau begitu kita pasti tidak menafikan kewujudan blogger-blogger yang jujur dan ikhlas mahu berkongsi perkara-perkara berguna dan baik tanpa meletakkan trafik dan income sebagai prioriti.

    seperti yang bro kata, kalau mahu guna seo, guna cara yang betul. disamping berblog secara jujur dan membantu org lain mencari mklumat sekaligus dapat trafik yg baik. kan kombo tu? 🙂

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 3:29 pm

      betul antara tujuan seo adalah untuk menempatkan entry di page pertama. jadi bila nak main seo tu, pastikan entry tu pun layak di page pertama. memang tak dinafikan ada entry berkualiti, tapi sebab tak pandai main seo, entry tersebut berada di page belakang. kesian juga, tapi tu lah realiti google.

      selalunya yang mencemarkan seo ni orang yang main kotor. samalah juga dengan internet marketing (IM). Ramai orang pandang serong IM main kotor sebab ada segelintir yang main kotor. jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga

      Balas komen
  36. samdaddycool

    03/01/2011 at 2:02 pm

    Dalam dan penuh makna entry ni, terutama yang ‘main kotor’ untuk menang SEO contest.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 3:30 pm

      betul bro, aku bengang betul.
      kalau yang buat splog (spam blog) tu lagi lah bengang, lepas contest je blog tu dibiarkan terbiar, sekaligus merosakkan sesuatu kata kunci.

      Balas komen
  37. omurice

    03/01/2011 at 6:36 pm

    ye…omu setuju…sangat..tajuk n3 tapi ayat tah pape…sedih gak…tapi nak wat caner….hehehehe..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 9:32 pm

      nak wat cane, dah gila trafik hehe

      Balas komen
  38. missnina

    03/01/2011 at 7:33 pm

    nampaknya entri ni mendpat sambutan hangat. betul tu, dek kerana seo, kadang2 apa yang dicari tak terpapar dalam blog. sesekali boleh tahan lagi, kalau dah berkali-kali, busan jadinya.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 9:44 pm

      rasanya semua orang dah pernah kena. membazir masa betul

      Balas komen
  39. anif

    03/01/2011 at 7:53 pm

    Duit punya pasal… apa pun sanggup dilakukan.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 9:45 pm

      biasalah, kerja nak mudah hehe

      Balas komen
  40. Anarm

    03/01/2011 at 8:46 pm

    bende yg macam ni la aku paling tak suka.. dah banyak kali aku bengang.. time tgh serius cari bahan utk wat keje, memang berlambak masuk blog2 yg takde langsung share bahan2 yg aku tgh cari.. semua main keyword yg takde kaitan dengan entri.. bodo punye org..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 9:47 pm

      ahaha. betul, bila time buat keje dah lah kena kejar masa, ada pulak benda mengarut-ngarut muncul

      Balas komen
  41. Aretikz

    03/01/2011 at 9:21 pm

    Woo.. baru tahu tag mempengaruhi index.. nice.. belajar2 lagi ni.. hehe.. huaaa.. silap2.. diri ini pun terblack hat juga kali.. haha..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 9:48 pm

      tu boleh setting, samada nak buat tag tu index atau noindex hehe.

      terblack hat? ahaha

      Balas komen
  42. Norasikin

    03/01/2011 at 9:22 pm

    Income punya pasal menyebabkan banyak blogger yang tak mementingkan etika ketika berblog. Yg penting masyuk

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 9:50 pm

      tu time dah desperate tu hehe

      Balas komen
  43. Bro Framestone

    03/01/2011 at 9:37 pm

    ini yg bro cuba paparkan di blog ohpakar hari tue http://www.ohpakar.com/2010/blog-bukan-sekadar-penjana-duit/

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 10:54 am

      oh rasanya ada baca hehe

      Balas komen
  44. krole

    03/01/2011 at 9:43 pm

    krole stuju sangat dengan norasikin~so pikir2kanlah ye..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      03/01/2011 at 9:51 pm

      fikir-fikir dan selamat beramal hehe

      Balas komen
  45. Steward John

    03/01/2011 at 10:43 pm

    Rasanya ramai juga buat macam tu.. Masuk dalam entri tapi tak sama dengan tag dan keyword pun… tapi tak pe la.. halalkan jer la..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 10:55 am

      hehe. contest tu dah habis dah pun.
      kalau selalu terkena bengang juga ye hoho

      Balas komen
      • Steward John

        04/01/2011 at 10:10 pm

        Tu memang la bro.. menguji kesabaran skit.. hahaha

        Balas komen
  46. Anarm Khairul

    04/01/2011 at 1:31 am

    Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry! http://t.co/5M41Ns7 via @@affanruslan

    Balas komen
  47. Haw

    04/01/2011 at 1:53 am

    aku sampai sekarang masih lagi tak reti2 pasal keyword, black seo, white seo & entah apa2 lagi.. pasal black seo dah reti sikit2.. tp pasal keyword dah cuba banyak kali tp tak tahu menjadi ke tak

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 10:56 am

      erk, tau pasal black hat? nak buat apa tu. hehe.

      Balas komen
  48. samanosuke_04

    04/01/2011 at 1:58 am

    hehe, tips yang menarik.. bleh gune nie untuk join kontest SEO mana2.. hohohoho

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 10:57 am

      woit, ni bukan tips lah hehe.

      Balas komen
  49. caliph

    04/01/2011 at 2:19 am

    keyword mmg penting.. tu based on my exp keje wt web portal dulu.. tp jgn letak keyword xde kaitan.. susah kn org plak nti wktu searching…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 10:57 am

      betul, gara-gara ada yang main tipu, menyusahkan orang lain nak cati maklumat

      Balas komen
    • Steward John

      04/01/2011 at 10:12 pm

      Pasang perangkap tu bos.. haha.. Tapi tak best la macam tu pulak. Biar la tag ada kaitan biarpun 50%.. Betul ker?

      Balas komen
      • Affan Ruslan

        04/01/2011 at 10:25 pm

        yup, absolutely right.

        Balas komen
  50. Nur Fannun

    04/01/2011 at 3:08 am

    kdg2 de gak dpt kata kunci yg tersesat..pdhal xde pun wt entry berkaitan dgn apa yg merka cari.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 10:58 am

      owh tu takpasti.
      memang byk keyword sesat masuk.
      tapi bukan niat kita nak menipu kan hehe

      Balas komen
  51. alexa yussida

    04/01/2011 at 6:21 am

    saya kejar sahabat:D
    sbb lain nak sharing kisah kat moscow sblom grad nti..
    kejar trafik?brapa sen la dapat..baik pergi keje part tyme..muahehehe

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 10:59 am

      Alhamdulillah, macam kata kak jie, ramai orang lupakan persahabtan dalm berblog. trafik je orang kisah

      owh belajar di moscow, sama dengan ariffshah ke

      Balas komen
  52. tehr

    04/01/2011 at 6:56 am

    mau kena kursus dua tiga minggu untuk faham hal seo dan kata kunci ni
    aku masih keliru lagi sekarang ni, samada aku guna cara yang salah atau cara yang betul

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 11:01 am

      owh, aku pun masih belajar. pening gak benda-benda seo ni, kadang-kadang tu aku rasa seo ni terlalu subjektif

      Balas komen
  53. deCrewz

    04/01/2011 at 12:50 pm

    Blogger yang lama pun pening, inikan blogger baru.. Mula2 dah ok, bila entry tu panjang berjela-jela, mulalh mengarut. Kalau baca disiang hari ok.. Kalau baca dimalam hari, mata makin lama makin kecik..he3

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 1:48 pm

      hehe. aku pun pening hoho.

      Balas komen
      • deCrewz

        10/01/2011 at 6:56 am

        Aaaaa…. Baru faham bro tulis pe..he3.. Kdg2 search dlm google banyak je dapat info.. Bila bukak, mmg cukup hangin. ntah hape2 isinya.. Kdg2 langsung x kena ngan taju.. Ini boleh mendatangkan marah..

        Balas komen
  54. Affan

    04/01/2011 at 1:05 pm

    TQ for RT 😀 @anarmnet Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry! http://t.co/5M41Ns7

    Balas komen
  55. DAUSPOZI™

    04/01/2011 at 1:07 pm

    RT: @affanruslan: TQ for RT 😀 @anarmnet Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry! http://t.co/5M41Ns7

    Balas komen
  56. dnoBiz

    04/01/2011 at 1:33 pm

    Senang cerita tag yang takde kaitan dengan isi kandungan blog
    Tu salah satu black hat seo …

    Ps : aku memang kosong tengtang seo ni

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 1:49 pm

      betul, kalau nak buat tag mengarut, sila setkan kepada noinxdex. kalau nak setting kepada index, pastikan ada kaitan.

      aku pun masih baru nak berjinak-jinak dalam seo ni, banyak benda taktau lagi hehe

      Balas komen
  57. hana

    04/01/2011 at 3:30 pm

    ish..
    x baek btol mnipu nh…
    mnmbhkn dosa je kn…
    nk carik trafik pn uat la care leklok kn…
    huhu…
    =D

    Balas komen
  58. Pendekar

    04/01/2011 at 6:30 pm

    salah satunya adalah website ini ha~~

    Jombangan.Com

    bukan saja kalau kata kunci tak ada kaitan… malah tajuk entry pun boleh di buat sendiri…

    Boleh la google ” gambar isteri safee sali” kalau tak percaya…

    langsung tiada kaitan.. hahaha~~~…

    Balas komen
    • Steward John

      04/01/2011 at 10:12 pm

      Amboi.. kes dedah mendedah ni.. haha.. Terbaik bro.

      Balas komen
  59. Pejuang Kesenian Extreme

    04/01/2011 at 7:16 pm

    Ni macam nak lepas geram je dengan pesaing ko yang menggunakan taktik kotor masa bertanding dalam kontest tu..hehe
    tapi aku faham perasaan sebagai pembaca..aku pernah juga cari benda melalui search engine dah mendapat hasil yang mengecewakan..Ini semua angkara og2 macam mereka ni..manipulasi result..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:40 pm

      hoho. lebih kurang lah, tapi taknak lah buat satu entry khas semata mata untuk die je. baik aku tambah dengan point point lain yang bermanfaat

      Balas komen
  60. ina nazir

    04/01/2011 at 8:23 pm

    betul..betul..betul…saya selalu tertipu…uhuk..uhuk..nyampah…

    bagus …blog berinformasi

    **follow..followw**

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 11:46 pm

      terima kasih. takde lah informasi sgt, mengarut gak byk he he

      Balas komen
  61. Pem.perpustakaan

    04/01/2011 at 8:23 pm

    Membaca buku samadengan membaca blog, jadi..

    Kita sepatutnya tidaklah membaca sesebuah rencana kritikan tentang sesebuah buku sebelum kita membaca buku tersebut.

    Balas komen
  62. mommy nana

    04/01/2011 at 11:33 pm

    setuju. jadi jgn la tipu pembaca. saya pun selalu terkena. haihs.

    Balas komen
  63. Izwan

    04/01/2011 at 11:33 pm

    okey bro.. aku nak komen camni r.. “nice entry”.. keh3..
    ni kira teknik backlink gak ke?.. satu lagi yg aku pelik, tiap kali aku search pape, blog dari indon mesti 1st page.. kekadang takde hasil pn.. lagi bengang bila aku klik yg kuar cuma keyword yg kita search.. “you are searching keyword bla..bla..bla.. sorry, no match found”..tapi leh dapat 1st page..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      04/01/2011 at 11:38 pm

      haah, aku pun ada perasan. diorang mungkin guna html nak sorokkan keyword tu. black hat seo agaknya

      selalu diorang guna komen nice entry camtu sebab diorang akan spam beribu blog atau website, jadi diorang anggap komen tersebut sesuai untuk semua jenis entry. faham kan?

      Balas komen
      • Izwan

        04/01/2011 at 11:54 pm

        owh..guna html..tapi memg byk kali r,terer gak diorang bab2 seo nie..
        yup,paham.. komen camtu agak universal..

        Balas komen
        • Affan Ruslan

          05/01/2011 at 12:04 am

          aku tak pasti, rasa html. kalau jumpa bg aku link, nak cek. hehe.

  64. Nadhira

    05/01/2011 at 1:34 am

    salam…

    sy pun belum faham lg ape tu SEO, index, noindex… kalau tu terms dlm wp, memang sy tak tau lah.. tp kalo terms tu digunapakai dalam blogspot, nampaknye saya masih belum habis explore lg. hihi.
    ape pun, asalnye saya buka blog utk family dan rakan2 je baca. kakak2 yg ada kat overseas boleh tau cerita family selain dr info dkat FB…kalau ada yang nak follow or baca blog sy yg tak seberapa, terpulanglah… sy bersyukur je. 🙂

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:38 pm

      Wa’alaikumsalam.
      Tak faham tak menjadi masalah, lagi-lagi buat blog personal.
      Saya pun masih banyak taktau dalam blogging ni, masih banyak kena belajar

      Owh, best tu berkongsi pasal kehidupan di luar negara.

      Balas komen
  65. Ali ridha

    05/01/2011 at 3:51 am

    kita ni berblogging membina
    perhubungan yang kukuh.
    bukan seronok sendiri.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:31 pm

      betul, jadi nak komen pun kenalah releven dengan tajuk.

      Balas komen
  66. Ali ridha

    05/01/2011 at 3:57 am

    teknik tipu ni dah banyak
    blogger buat.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:35 pm

      haah, jadi janganlah menipu

      Balas komen
  67. nash

    05/01/2011 at 8:49 am

    erm..harap2 aku xtipu entri yang aku tulis…macam entri 18sx pasal seluar tu…tapi rupe2nyer aku nak amek pen..harap2 ramai xkecewa ngan entri cm2 sebb ade kaitan 🙂

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:29 pm

      ala, kalau tak buat silap takyah tipu.
      macam aku tulis, nak manipulasi tu tak salah. asalkan jangan menipu, jadi kreatif 🙂

      Balas komen
  68. cik tom

    05/01/2011 at 10:17 am

    cik tom mmg skang tgh belajar seo..br nak merangkak…thanks utk maklumat sbb mmg kebanyakan byk menipu guna kata kunci(keyword)…

    tp pada yg marah2 ckp yg blogging ni dah lari dr matlamat dan xpatut blogging utk cari side income tue…diorg jujur ke xnak sideincome dr berblog???kalau betul la ye nape letak iklan nuffnang or iklan2 lain diblog…cik tom jujur je ckp mmg cik tom nak sideincome dr berblog smbl tambah kwn br n explore ttg dunia blog…

    so bg cik tom pd yg ckp xserupa bikin tue lg teruk dr org yg mengaku mmg nak sideincome..sekadar pandangan ye..sbb setiap org bebas utk keluarkan pndgn…dan setiapnya xde betul/salah…cuma cuba kita berfikir dari 2 side..

    Balas komen
  69. mancai

    06/01/2011 at 1:16 am

    aku pun biasa juga terkena dengan tajuk entry macam tu… harap2 tak ada yang buat lagi

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:28 pm

      aku rasa benda-benda macam ni susah nak dibendung huhu

      Balas komen
  70. abadi romeo

    06/01/2011 at 2:41 am

    biasa la keyword yg boleh dapat SEO.Bergantung apa tujuan dia buat blog.Ada yg berblog untuk jadi medium interaksi yg lebih berkesan berbanding fB,twtter dsbg..dan nak cari duit lebih..dapat bayar broadband pun dah kira wokay..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:27 pm

      betul, tapi rasanya yang main tipu ni sebab duit lah, nak naikkan trafik melalui search engine. betul, ada blog boleh jadi medium interaksi

      Balas komen
  71. arrizz

    06/01/2011 at 10:03 am

    wow black hat seo..baru hari nie aku tahu..haha..waa lepas nie kena lebih berhati2..tapi itulah, selalu jugalah jumpa entri macam tue..isi dengan keyword tak sama..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:25 pm

      biasalah tu, duit semata-mata

      Balas komen
  72. RedBoys

    06/01/2011 at 11:01 am

    yeah! terbaiklah bro. aku pun cukup geram dengan blog yang menipu katakunci. bila bukak takde geram sangat2.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:23 pm

      hehe. biasa tu diorang sorokkan kat html, sebab tu kita tak nampak, tapi bot tetap boleh baca

      Balas komen
  73. eszol

    06/01/2011 at 6:43 pm

    gua punya blog ade rupe salahguna x?

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/01/2011 at 7:20 pm

      mana aku tau blog ko ada salah guna katakunci ke tak hehe.

      Balas komen
  74. mijie

    07/01/2011 at 4:11 am

    aku selalu je kena kalau search kat google, menipu tanpa ada rasa tanggungjawab…

    sebab tu setiap kali aku terbitkan entri, aku cukup berhati-hati untuk meletakkan tag, keyword dan sebagainya supaya ianya tidak mengecewakan orang yang mencari keyword tersebut…

    blogging ni tidak perlu berpaksikan pada duit tapi mcm kakjie kata, bina hubungan antara blogger

    setakat aku blogging ni, banyak aku kenal rakan blogger dan itu satu pengalaman yang indah…samada berhubung melalui email, telefon dan berjumpa face to face…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      08/01/2011 at 3:58 pm

      betul tu bro.
      kalau nak amalkan seo, pastikan ianya menyenangkan dan memudahkan pembaca.

      setakat ni belum lagi berjumpa face to face dengan mana2 blogger, kecuali rakan sekolah yg memang blogger. haha

      Balas komen
  75. suri

    08/01/2011 at 3:21 pm

    suri pun masih belajar bab tag ni huuu..rasanya msh byk kelemahan lagi huu..

    tapi bila tgok mmber punya tag berlambak terus terkedu suri dibuatnya huuu

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      08/01/2011 at 4:08 pm

      hehehe. pernah jugak tengok, panjang tag tu dah nak sama dengan panjanh entry. hahaha

      Balas komen
  76. cikmin

    10/01/2011 at 4:58 am

    masalah tertipu dengan tag ni takkan selesai sampai bila-bila..takpe lah..lagipun dari hasil kerja tag menipu tu..terbalas dengan angka bouce rate yang tinggi.. 😛

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/02/2011 at 8:02 pm

      hehe. betu, tapi ada orang taktau pun bounce rate tu apa. huhu

      Balas komen
  77. Yakboktam

    13/01/2011 at 11:04 am

    banyak gilak komen blog ni beratus-ratus huhu..
    sejam lebih aku duk baca2 blog ni mmg menarik.
    artikal semua bermanfaat.thanks bro

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/02/2011 at 8:01 pm

      sama2 bro.
      thanks bg support, biasa2 je blog ni

      Balas komen
  78. caliph

    19/01/2011 at 12:12 pm

    keyword mmg penting utk en3..
    tp jgn manipulasi keyword cara salah ^^

    Balas komen
  79. NEON SILAMPUNEON

    20/01/2011 at 9:31 pm

    bloggerr ~ malas nak cite =) sbb aku pon same jee lalalaa

    Balas komen
  80. mamawana

    23/01/2011 at 6:39 am

    Saya budak baru belajar. Suka suka, santai santai earnings ka apa ka…. takpernah merasa. Drp cakap sorang2 baik layan blog.

    Balas komen
  81. wanacesh

    06/02/2011 at 4:33 pm

    owh,,jadi blogspot pakai label,wordpress pakai tag,,bru paham,,slama nh engat label tu x penting untuk set kategori je,,

    Balas komen
  82. Mr.Hac

    16/02/2011 at 7:31 pm

    Bestnye artikel ni ade perkataan ‘hack’..heheheh..
    saya suke! 😛

    Balas komen
  83. Schubert Serenade

    17/02/2011 at 7:39 pm

    SILA PASTIKAN PENGGUNAAN KATA KUNCI YANG BETUL DALAM ENTRY!

    erm…OK…^_*

    Balas komen
  84. Awanitubiru

    18/03/2011 at 4:21 am

    Kerana nak dapat duit beribu riban, sanggup kan mereka nie tipu. Saya pun pernah kena tipu, nak google something, tapi masuk dekat blog. Yang best nye, tak de kaitan langsung. Kejam dorang nie.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      19/03/2011 at 4:52 am

      Memang ramai yang kena tipu.
      Rata2 orang yg komen kat atas pernah kena.

      ps: kalau nak lagi ketara, cuba google mengenai download movie tertentu, takpun lirik2 lagu. Lagi lah byk web2 penipu

      Balas komen
  85. shah

    19/03/2011 at 6:06 am

    camne nk naikkan seo ye bro? shah taip website shah kat yahoo. x kuar pon..grrr.. sabaq ja la

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      19/03/2011 at 11:51 am

      yahoo tak bagus sgt, try guna google je.
      org ramai pentingkan seo di google dari yahoo 🙂

      Balas komen
  86. adysuR

    24/05/2011 at 1:56 am

    Hanya perlu menjadikan diri seorang yang kreatif =)

    Balas komen
  87. mr.pingu

    06/06/2011 at 11:40 am

    tq atas tips berguna~

    Balas komen
  88. Mr.PiNGu

    07/06/2011 at 5:07 am

    saya pun selalu tertipu dengan kata kunci yang tak betul. benci sangat-sangat,.. huhu

    Balas komen
  89. syahnabil

    08/06/2011 at 12:21 am

    setiap amal bermula dengan niat…..maka belajar ikhlaskan hati kita Lillahi Taala di dalam setiap kebaikan yang kita lakukan insyaAllah tertib “Ehsan” akan kita pelihara…maka takkan timbul soal menipu pembaca….pastikan dalam diri kita ada perasaan ingin berbakti kepada masyarakat mengikut kemampuan dan kebolehan kita sendiri…InsyAllah segala usaha kita akan diberkati Allah dan dihargai masyarakat/sahabat…Wallahua’lam…

    Balas komen
  90. ataicha

    08/06/2011 at 11:08 pm

    bro affan.. nice info.. ataicha tau banyak orang guna trick yang bro affan ceritakan.. yupp kalau selalau sangat maybe orang lari gak.. hahaha..

    selalunya yang cam ni nak jadikan blog sebagai income diaorang… kalau blogger biasa yang kurang kisah pasal income ni jarang yang guna trick sebegini.. huhuhu

    Balas komen
  91. uLan

    27/06/2011 at 1:02 am

    uLan selalu fail bila belajar pasal keyword,mudah putus asa,hehe tpi tak apa,masih baru lagi, tetapi akan mempelajari pelan pelan

    Balas komen
  92. ZaraTech Travel

    01/07/2011 at 6:25 pm

    Check out this site: Critical Angle — http://bit.ly/mw5lX3

    Balas komen
  93. bianglala

    05/08/2011 at 11:00 pm

    stuffing keywords dalam sebuah entry memang menaikan emosi. apalagi klu sedang benar2 perlu mengetahui suatu hal tapi waktu pas diredirect dari Search engine isinya sampah… hanya keywords tanpa paparan…. naik darah sampai ubun2…. 🙂

    Balas komen
  94. JR

    14/01/2012 at 10:05 pm

    KEBANYAKAN MEREKA YG MELAKUKAN BENDA NI PENGGUNA PLATFORM WORDPRESS.. TRY CEK ENTRY NI–> http://josrevalution.blogspot.com/2011/12/keburukan-bila-telalu-banyak.html

    Balas komen
  95. hatiputera

    17/01/2012 at 11:15 am

    belum faham sepenuhnya pasal keyword nie,,,,

    Balas komen
  96. Hafizul

    11/07/2012 at 11:56 pm

    Ooo tag pun memainkan peranan jugak ekk…baru tahu…doh apa kaitan tag dengan seo???

    Balas komen
  97. Naziman

    23/09/2012 at 8:40 am

    Ini saya paling bengang, selalu kena juga ni, kita tengah serius mencari maklumat, tajuk gempak. Sekali baca, ala tiada pa2, tiada kaitan langsung pun.

    Balas komen
  98. booBlogs

    17/02/2013 at 7:46 pm

    memang selalu alami benda macam ini. lain yang di cari lain yang keluar. ada yang lagi teruk, entri 2 baris, tapi bila tengok tags dah penuh satu page. bukan-bukan pula tu. apa pun tak boleh.

    Balas komen

Balas komen Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (35)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Hakcipta Terpelihara © 2019 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework