Sekarang ni nak anjurkan giveaway atau lucky draw sangat mudah. Ada dua aplikasi percuma yang anda boleh cuba, iaitu Punchtab dan Rafflecopter. Kalau yang berbayar pun ada, tapi saya rasa guna yang percuma sudah memadai. Jika anda pembaca setia blog ini (ada ke? lol), pasti perasan yang saya telah pun mencuba kedua-dua aplikasi tersebut di blog ini, melalui giveaways atau lucky draw yang beberapa kali dibuat di blog ini. Hehe.
Untuk reviu ringkas mengenai aplikasi Punchtab untuk menganjurkan giveaway, boleh baca artikel Reviu Aplikasi Punchtab: Mengapa Anda Perlu Menggunakannya Untuk Menganjurkan Giveaway.
Perhatian: Reviu ini ditulis mengikut pengalaman peribadi dan disahkan benar ketika artikel ini ditulis. Walaubagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan terdapat fungsi-fungsi baru yang akan ditambah pada kedua-dua aplikasi ini pada masa hadapan. Jika ada sebarang kekurangan atau pembetulan, sila tulis di ruangan komen. Ok?
Apa itu Aplikasi Punchtab Dan Rafflecopter?
Dalam ayat mudah, kedua-dua aplikasi tersebut adalah aplikasi yang memudahkan para peserta untuk menyertai giveaway di blog anda. Para peserta di beri peluang untuk mengumpul sebanyak mungkin mata (point) melalui FbLike, Retweet, Like Fanpage, Follow akaun Twitter dan sebagainya. Memandangkan ianya hanya sebuah giveaway atau lucky draw, maka dalam kata lain, lebih banyak points yang dikumpul oleh para peserta, lagi tinggi peluang untuk menang!
Ok, untuk lebih faham dan melihat bagaimana aplikasi ini berfungsi, cuba baca kedua-dua artikel mengenai giveaway yang saya anjurkan dulu ni:
- Giveaway Doodle Tajaan TheSharkox.com (Aplikasi – Rafflecopter)
- Giveaway Buku Conteng-conteng Tajaan Contengconteng.com (Aplikasi – Punchtab)
Persamaan Antara Keduanya
Berikut adalah cara-cara yang boleh ditambah untuk para peserta mengumpul lebih banyak peluang:
- Like Entry Contest atau mana-mana link
- Retweet Entry Contest
- Follow akaun Twitter
- Tinggalkan Komen
- Like Facebook Page Penganjur atau mana-mana Facebook Page
- Aplikasi terbina untuk memilih para pemenang secara random
- Penetapan tarikh akhir contest.
Perbezaan Antara Punchtab dan Rafflecopter
1. Sistem Referrel – Punchtab
Dari pengalaman saya, sistem referrel lagi bagus sebab ianya seperti anda menghargai usaha peserta mempromosikan entry giveaway anda. Contohnya, untuk setiap peserta baru yang mengertai giveaway anda, peserta yang mempromosikan link entry akan mendapat point atau markah tambahan.
2. G+Β – Punchtab
Ketika artikel ini ditulis, hanya aplikasi Punchtab yang menyokong pemberian point untuk peserta yang mengklik butang G+. Pihak penganjur boleh memilih mana-mana link yang perlu di – “G+” – kan.
3. Follow lebih daripada satu akaun Twitter – Rafflecopter
Menariknya, aplikasi Rafflecopter membolehkan para penganjur memberi ganjaran kepada peserta yang follow lebih daripada satu akaun twitter. Jadi, anda boleh turut sama meletakkan akaun twitter penganjur. This is awesome!
4. Like lebih daripada satu Facebook Page – Rafflecopter
Sama juga seperti point no 3 di atas, aplikasi Rafflecopter membolehkan penganjur meletakkan lebih daripada satu Facebook Page untuk di Like oleh para peserta. Jadi bolehlah letak Facebook Page penaja.
5. Create Task Sendiri – Rafflecopter
Ini pun sangat berguna. Selalu ada blogger yang ingin menghargai peserta, jadi mereka akan menghadiahkan lebih banyak point untuk jika peserta membuat task tertentu. Nice kan?
6. Fleksibility dalam Pemberian Point – Rafflecopter
Sesuatu yang menarik daripada Rafflecopter adalah fleksibiliti dalam pemberian markah untuk setiap task. Sangat berguna jika anda mempunyai task yang sukar dan ingin menggalakkan peserta melakukannya. ps: Ehem, rujuk gambar di bawah π
7. Langkah Wajib yang perlu diikuti dan Penyertaan Berulang – Rafflecopter
Satu lagi fungsi menarik. Tapi yang “Mandatory Step” ni kena guna dengan berhati-hati. Contohnya, jika anda meletakkan Follow Akaun Twitter @affanruslan sebagai Mandatory Step, tapi peserta tiada akaun twitter, maka secara automatik peserta tersebut tidak layak join giveaway tersebut. Sementara itu, fungsi Penyertaan Berulang pula membolehkan peserta mengumpul lebih banyak point. Contohnya, mereka dibenarkan retweet entry contest setiap hari (dan diberikan point).
Ok tamat. Saya tahu ramai golongan makcik-makcik di luar sana suka buat giveaway kan? Why not give a try? Lagi mudah nak uruskan dan artikel anda lagi viral π Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, tolong forwardkan artikel ini pada mana-mana blogger yang merancang ingin menganjurkan giveaway/lucky draw ye.
anif
Menarik ni.. Barulah senang nak mengurus giveaway! π
Affan Ruslan
Hehe ni pun sebab selalu masuk GA blogger luar negara, so try la aplikasi yang diorang guna
zuls
Review yang ditunggu tiba juga. Thanks bro. terbaiklah ni! Nak guna salah satu daripada ni mestti tengok tujuan juga ni. Masing-masing ada kelebihan. Kekuatan utama punchtab pada sistem referral tu.
Yang best rafflecopter pula dekat penyertaan berulang tu.
Affan Ruslan
No problem. Yup, sistem referrel tu best.
Utk rafflecopter tu, selain penyertaan berulang, boleh letak juga butang like dan follow button untuk penaja. Mungkin berguna untuk menarik berhatian penaja, win-win situation utk penganjur dan penaja π
Harian Post
Wah terbaiklah reviu ni, bermiinat jugak nak anjurkan GA tapi xtahu bila lagi
Affan Ruslan
Anjurkan je lah.
Modal sikit pun takpe, bagi pendedahan blog kat orang ramai dulu.
ps: Hang buat GA Ipad 3 /HD mesti aku masuk kakaka
sjiehan
wahaha… affan hensem dapt byk markah!
Affan Ruslan
Haha. Baru orang tertarik nak buat π
sjiehan
aku nak buat jugak.. camne nak letak dalam enrti?
Affan Ruslan
Lepas dah setup semua, nanti ada code. Copy dan paste pada bahagian html di post editor.
sjiehan
nak pakai 2 2 dalam 1 entri boley x?
Affan Ruslan
Boleh je tapi aku tak galakkan sbb susah nak pilih pemenang. Lagipun aplikasi2 ni guna js, so mungkin akan affect loading speed entry tu
kujie
register tapi tak pasang sampai dia hantar email, ada apa2 masalah ke?
Affan Ruslan
die rotan je. ahaha. takde masalah pun π
Juan
saya tengok ramai juga yang pakai yer
Affan Ruslan
Sebab senang. Tapi ramai yg tak nak guna, mungkin sbb tak pernah tau atau takut untuk mencuba π
noorsyamsul
Review yang sangat berguna untuk dijadikan rujukan. Kelebihan dan kekurangan setiap aplikasi dinyatakan dengan jelas. Thanks…
Affan Ruslan
Terima kasih. Mungkin pada masa hadapan ada sedikit perubahan pada aplikasi ni, who knows π
shraqs
Terbaik bro. Memang sesuai utk yg ingin anjurkan contest. BTW thanks again
Affan Ruslan
Thanks, harap2 takde yang tertinggal.
Kalau nak anjurkan GA, invite lah aku. Kalau tak busy InsyaAllah boleh join π
muazfaris
aku nak dapat byk poin la… Affan Hensem, Affan Hensem, Affan Hensem..
erkk, dah tiga poin tuh.. kehkehkeh.. nanti nak test gak la guna ni. Contest pun boleh gak guna ni kan?
Affan Ruslan
Contest tak kut. Sbb konsep GA/Lucky Draw, pemenang dipilih secara rawak. Kalau contest ada kriteria, contohnya referrel terbanyak, artikel paling kreatif, like paling byk etc. Jadi untuk contest kurang sesuai
bardboo
ok, next GA boleh guna cara ni…thanks!
Affan Ruslan
No problem kak π
Ada GA best invite lah saya ye hehe
rahman
memang terbaik.. baru saya tahu caranya π
Sobri Mansor
Baru tau ni. hehehehe…. Nampak sangat tak ambik port pasal benda-benda ni kan….
iqbalhakimi
jadi penaja untuk GA aku nak?..
akubiomed
Masih blur-blur baca entri ini. Maklumlah akaun Facebook pun baru sahaja dibuka, tertinggal kapai. π
azura
saya belum buat pertandingan lagi nanti kot
Mr Bukit Besi
Perghh..complete tutorial. aku pernah gak cuba punchtab via Cloudflare App. tp bila fikir balik…cam tak sesuai plak utk blog hamba yang tak seberapa tu…so dah buang dah.
tapi bila baca semua tutorial kat atas tu…mcm seronok plak nak buat semula.
Amirez
baru tau pasal rafflecopter. senang nak buat giveaway nanti. terima kasih bagi idea ni π
kakyong
kakyong ada pasang punchtab di blog… tp baru tahu pasal fungsi utk GA ni… heheh… byk lagi benda nak kena belajar ni… π
terima kasih sharing..
Ummi Hanie
utk GA terbaru ni, sy mmg ada setting guna punchtab,tp masih x confident nk gunakannya…
aritu ada join GA affan d cni π
rafflecopter, 1st time dengar..mcm helicopter pule..hihi :p
ohcikgu
masih tak pandai guna lagi..
nurmisnan
dah join.. senang nanti nak buat contest
thanks man
budakserius
Bru syok kalau nak buat giveaway.hehe
kimmie
bagus juga guna applikasi ni utk buat GA. Senang kan.
arrizz
nice rev bro..boleh try nanti..hehe
wanabe
nice sharing..leh try nnt..:)
Nurlaila
Saya lihat sudah sangat banyak yang menggunakan aplikasi ini
trims atas ulasannya
Orlando
Hi there, yes this piece of writing is in fact pleasant and I have learned
lot of things from it on the topic of blogging.
thanks.