Sekarang ni nak anjurkan giveaway atau lucky draw sangat mudah. Ada dua aplikasi percuma yang anda boleh cuba, iaitu Punchtab dan Rafflecopter. Kalau yang berbayar pun ada, tapi saya rasa guna yang percuma sudah memadai. Jika anda pembaca setia blog ini (ada ke? lol), pasti perasan yang saya telah pun mencuba kedua-dua aplikasi tersebut di blog ini, melalui giveaways atau lucky draw yang beberapa kali dibuat di blog ini. Hehe.
Untuk reviu ringkas mengenai aplikasi Punchtab untuk menganjurkan giveaway, boleh baca artikel Reviu Aplikasi Punchtab: Mengapa Anda Perlu Menggunakannya Untuk Menganjurkan Giveaway.

Perhatian: Reviu ini ditulis mengikut pengalaman peribadi dan disahkan benar ketika artikel ini ditulis. Walaubagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan terdapat fungsi-fungsi baru yang akan ditambah pada kedua-dua aplikasi ini pada masa hadapan. Jika ada sebarang kekurangan atau pembetulan, sila tulis di ruangan komen. Ok?
Apa itu Aplikasi Punchtab Dan Rafflecopter?
Dalam ayat mudah, kedua-dua aplikasi tersebut adalah aplikasi yang memudahkan para peserta untuk menyertai giveaway di blog anda. Para peserta di beri peluang untuk mengumpul sebanyak mungkin mata (point) melalui FbLike, Retweet, Like Fanpage, Follow akaun Twitter dan sebagainya. Memandangkan ianya hanya sebuah giveaway atau lucky draw, maka dalam kata lain, lebih banyak points yang dikumpul oleh para peserta, lagi tinggi peluang untuk menang!
Ok, untuk lebih faham dan melihat bagaimana aplikasi ini berfungsi, cuba baca kedua-dua artikel mengenai giveaway yang saya anjurkan dulu ni:
- Giveaway Doodle Tajaan TheSharkox.com (Aplikasi – Rafflecopter)
- Giveaway Buku Conteng-conteng Tajaan Contengconteng.com (Aplikasi – Punchtab)
Persamaan Antara Keduanya
Berikut adalah cara-cara yang boleh ditambah untuk para peserta mengumpul lebih banyak peluang:
- Like Entry Contest atau mana-mana link
- Retweet Entry Contest
- Follow akaun Twitter
- Tinggalkan Komen
- Like Facebook Page Penganjur atau mana-mana Facebook Page
- Aplikasi terbina untuk memilih para pemenang secara random
- Penetapan tarikh akhir contest.
Perbezaan Antara Punchtab dan Rafflecopter
1. Sistem Referrel – Punchtab
Dari pengalaman saya, sistem referrel lagi bagus sebab ianya seperti anda menghargai usaha peserta mempromosikan entry giveaway anda. Contohnya, untuk setiap peserta baru yang mengertai giveaway anda, peserta yang mempromosikan link entry akan mendapat point atau markah tambahan.

2. G+ - Punchtab
Ketika artikel ini ditulis, hanya aplikasi Punchtab yang menyokong pemberian point untuk peserta yang mengklik butang G+. Pihak penganjur boleh memilih mana-mana link yang perlu di – “G+” – kan.

3. Follow lebih daripada satu akaun Twitter - Rafflecopter
Menariknya, aplikasi Rafflecopter membolehkan para penganjur memberi ganjaran kepada peserta yang follow lebih daripada satu akaun twitter. Jadi, anda boleh turut sama meletakkan akaun twitter penganjur. This is awesome!

4. Like lebih daripada satu Facebook Page - Rafflecopter
Sama juga seperti point no 3 di atas, aplikasi Rafflecopter membolehkan penganjur meletakkan lebih daripada satu Facebook Page untuk di Like oleh para peserta. Jadi bolehlah letak Facebook Page penaja.

5. Create Task Sendiri – Rafflecopter
Ini pun sangat berguna. Selalu ada blogger yang ingin menghargai peserta, jadi mereka akan menghadiahkan lebih banyak point untuk jika peserta membuat task tertentu. Nice kan?


6. Fleksibility dalam Pemberian Point – Rafflecopter
Sesuatu yang menarik daripada Rafflecopter adalah fleksibiliti dalam pemberian markah untuk setiap task. Sangat berguna jika anda mempunyai task yang sukar dan ingin menggalakkan peserta melakukannya. ps: Ehem, rujuk gambar di bawah

7. Langkah Wajib yang perlu diikuti dan Penyertaan Berulang – Rafflecopter
Satu lagi fungsi menarik. Tapi yang “Mandatory Step” ni kena guna dengan berhati-hati. Contohnya, jika anda meletakkan Follow Akaun Twitter @affanruslan sebagai Mandatory Step, tapi peserta tiada akaun twitter, maka secara automatik peserta tersebut tidak layak join giveaway tersebut. Sementara itu, fungsi Penyertaan Berulang pula membolehkan peserta mengumpul lebih banyak point. Contohnya, mereka dibenarkan retweet entry contest setiap hari (dan diberikan point).

Ok tamat. Saya tahu ramai golongan makcik-makcik di luar sana suka buat giveaway kan? Why not give a try? Lagi mudah nak uruskan dan artikel anda lagi viral
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, tolong forwardkan artikel ini pada mana-mana blogger yang merancang ingin menganjurkan giveaway/lucky draw ye.


Menarik ni.. Barulah senang nak mengurus giveaway!

anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #29
Hehe ni pun sebab selalu masuk GA blogger luar negara, so try la aplikasi yang diorang guna
Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
Review yang ditunggu tiba juga. Thanks bro. terbaiklah ni! Nak guna salah satu daripada ni mestti tengok tujuan juga ni. Masing-masing ada kelebihan. Kekuatan utama punchtab pada sistem referral tu.
Yang best rafflecopter pula dekat penyertaan berulang tu.
zuls recently posted..Review Ultrabook Toshiba Portege Z830
No problem. Yup, sistem referrel tu best.

Utk rafflecopter tu, selain penyertaan berulang, boleh letak juga butang like dan follow button untuk penaja. Mungkin berguna untuk menarik berhatian penaja, win-win situation utk penganjur dan penaja
Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
Wah terbaiklah reviu ni, bermiinat jugak nak anjurkan GA tapi xtahu bila lagi
Harian Post recently posted..Apple iPad 3 Dilancarkan 7 Mac 2012
Anjurkan je lah.
Modal sikit pun takpe, bagi pendedahan blog kat orang ramai dulu.
ps: Hang buat GA Ipad 3 /HD mesti aku masuk kakaka
Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
wahaha… affan hensem dapt byk markah!
Haha. Baru orang tertarik nak buat

Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
aku nak buat jugak.. camne nak letak dalam enrti?
sjiehan recently posted..Ultrabook Toshiba Portege Z830 Kalahkan Apple
Lepas dah setup semua, nanti ada code. Copy dan paste pada bahagian html di post editor.
nak pakai 2 2 dalam 1 entri boley x?
sjiehan recently posted..Ultrabook Toshiba Portege Z830 Kalahkan Apple
Boleh je tapi aku tak galakkan sbb susah nak pilih pemenang. Lagipun aplikasi2 ni guna js, so mungkin akan affect loading speed entry tu
Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
register tapi tak pasang sampai dia hantar email, ada apa2 masalah ke?
kujie recently posted..Saya Tak Pasti Dulu Bagaimana, Tetapi Beginilah Rupanya Sekarang…
die rotan je. ahaha. takde masalah pun
saya tengok ramai juga yang pakai yer
Juan recently posted..Download SEO Untuk Semua
Sebab senang. Tapi ramai yg tak nak guna, mungkin sbb tak pernah tau atau takut untuk mencuba

Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
Review yang sangat berguna untuk dijadikan rujukan. Kelebihan dan kekurangan setiap aplikasi dinyatakan dengan jelas. Thanks…
noorsyamsul recently posted..iPAD 3: REALITI ATAU SEBALIKNYA?
Terima kasih. Mungkin pada masa hadapan ada sedikit perubahan pada aplikasi ni, who knows

Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
Terbaik bro. Memang sesuai utk yg ingin anjurkan contest. BTW thanks again
shraqs recently posted..Download Walking Dead Season 2
Thanks, harap2 takde yang tertinggal.

Kalau nak anjurkan GA, invite lah aku. Kalau tak busy InsyaAllah boleh join
Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
aku nak dapat byk poin la… Affan Hensem, Affan Hensem, Affan Hensem..
erkk, dah tiga poin tuh.. kehkehkeh.. nanti nak test gak la guna ni. Contest pun boleh gak guna ni kan?
muazfaris recently posted..Keluar berjalan setelah 10 jam depan komputer
Contest tak kut. Sbb konsep GA/Lucky Draw, pemenang dipilih secara rawak. Kalau contest ada kriteria, contohnya referrel terbanyak, artikel paling kreatif, like paling byk etc. Jadi untuk contest kurang sesuai
Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
ok, next GA boleh guna cara ni…thanks!
bardboo recently posted..Gambar Anak Bienda
No problem kak

Ada GA best invite lah saya ye hehe
Affan Ruslan recently posted..Reviu: Perbandingan Lengkap Aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
memang terbaik.. baru saya tahu caranya

rahman recently posted..gambar Mia Sara Nasuha di sekolah
Baru tau ni. hehehehe…. Nampak sangat tak ambik port pasal benda-benda ni kan….
Sobri Mansor recently posted..Pas tuduh BN taja Hasan Ali
jadi penaja untuk GA aku nak?..
iqbalhakimi recently posted..KEPUTUSAN TERENGGANU VS SONG LAM NGHE AN KUMPULAN F AFC 2012
Masih blur-blur baca entri ini. Maklumlah akaun Facebook pun baru sahaja dibuka, tertinggal kapai.

akubiomed recently posted..Dedikasi Hari Wanita Sedunia 2012
saya belum buat pertandingan lagi nanti kot
azura recently posted..Join CPM.biz
Perghh..complete tutorial. aku pernah gak cuba punchtab via Cloudflare App. tp bila fikir balik…cam tak sesuai plak utk blog hamba yang tak seberapa tu…so dah buang dah.
tapi bila baca semua tutorial kat atas tu…mcm seronok plak nak buat semula.
Mr Bukit Besi recently posted..Video Kemenangan Pasukan Terengganu Piala AFC
baru tau pasal rafflecopter. senang nak buat giveaway nanti. terima kasih bagi idea ni
kakyong ada pasang punchtab di blog… tp baru tahu pasal fungsi utk GA ni… heheh… byk lagi benda nak kena belajar ni…
terima kasih sharing..
kakyong recently posted..Prestasi blog kakyong[dot]com© – February 2012
utk GA terbaru ni, sy mmg ada setting guna punchtab,tp masih x confident nk gunakannya…
aritu ada join GA affan d cni
rafflecopter, 1st time dengar..mcm helicopter pule..hihi :p
Ummi Hanie recently posted..Demam sawan kanak-kanak
masih tak pandai guna lagi..
ohcikgu recently posted..Chong Wei kalah kerana kecederaan serius bahu kanannya..
dah join.. senang nanti nak buat contest
thanks man
nurmisnan recently posted..AL Fatihah untuk adik Nurul Nadirah
Bru syok kalau nak buat giveaway.hehe
budakserius recently posted..9 Gambar Neelofa Di Edinburgh Scotland
bagus juga guna applikasi ni utk buat GA. Senang kan.
kimmie recently posted..Wordless Wednesday 20 – Cukup tak ni
nice rev bro..boleh try nanti..hehe
arrizz recently posted..Hidup seorang diri
nice sharing..leh try nnt..:)
wanabe recently posted..Cara Mengatasi Virus New Folder.exe
Saya lihat sudah sangat banyak yang menggunakan aplikasi ini
trims atas ulasannya
Nurlaila recently posted..Resep Ayam Betutu Khas Gilimanuk
Hi there, yes this piece of writing is in fact pleasant and I have learned
lot of things from it on the topic of blogging.
thanks.
Orlando recently posted..Orlando