Nampaknya dah 2 minggu raya, baru berkesempatan nak update blog macam biasa. Seminggu lepas raya, busy berkenu, kemudian berjalan-jalan ke Ottawa, Montreal dan Quebec (akan ditulis pada entry yang akan datang).
Tidak seperti tahun sebelumnya, tahun ni beraya pula di rumah kawan-kawan perempuan di Peterborough, Ontario. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Kami bertolak dari rumah (Hamilton) sebanyak dua kereta. Tahun ini agak meriah, kerana ramai kawan-kawan yang turut sama beraya di sini.
So, ada kira-kira 9 lelaki dan 5 – 7 kawan perempuan.
Jika dibandingkan dengan Hamilton, komuniti Muslim disini agak kecil. Tapi tak menjadi masalah. Kami bersolat sunat Hari Raya di salah sebuah masjid di sana. Nampaknya kami yang paling meriah, semua lengkap berbaju Melayu. Bagi Muslim tempatan, pada pagi Raya, ada yang memakai baju coat,Β jubah dan pakaian tradisional masing-masing. Irama takbir raya agak berlainan disini berbanding di Malaysia.
Kredit: Gambar #1, #2, #3 dan #5 oleh Hakim.
yanmie
Salam,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, nampak meriah juga raya kat sana walaupun jauh diperantauan, gambar last tu muka jambu sikit kuikuikui
Affan Ruslan
Salam kak yan.
Selamat Hari Raya juga π
Panas terik time tu, tu yg mata kuyu sikit haha π
syahrilhafiz
kakyan dia cover la tu, padahal mata stim.. tak pun teriak di pagi raya π
eh selamat hari raya π
iHudas
Eh, Abe dah rambut pendek! Selamat Hari Raya Apan pan pan pen***
Muahahaha. Mintak maaf salah silap. If ada salah lagi Raya Haji nanti aku mintak maaf lagi. Keke
Affan Ruslan
Haip! Aku kalau boleh haritu nak botak (mesin rambut, no 2) haha.
iHudas
Aku ckp pasal Abe la, bukan rambut kau. Eee perasannya.. Hahaha. Ke kau yg potong rambut dia? :p
Affan Ruslan
hahaha. Eh dah lame lah die potong rambut.
Izwanyusof
nih aku nak tanya. lens tu pakai 50mm ke?
Affan Ruslan
Rasanya ye. 1.8.
Kawan aku punya, Canon
chococat
selamat hari raya tuan blog. awal2 raya dah berkenu bagai ye?dasyat org oversea beraya.haha.
ps:pic last tu.pic last tu.LOL.dah tak malu dah? bye.
Affan Ruslan
Hahahaha ingat sape lah tadi. Ni apesal nama chococat ni? Tak kenai.
Dlm gambar mata sepet je, tengah panas terik time tu. π
iqbalhakimi
hensem nya yang baju biru gambar last tu..boleh berkenalan?
Affan Ruslan
Hahahaha
Shahrul
selamat hari raya…bes jgk beraya kat tempat orang kan
anif
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Raya di perantauan tentu banyak kelainannya π
Cikgu Hairul
beraya di tempat orang, satu pengalaman indah. tak semua orang mengalaminya. Selamat Hari Raya bro. Maaf zahir batin.
syahrilhafiz
selamat hari raya abam appan.. ingatkan hang balik Malaysia ni. ke balik last minute jumpa chocomeow.. lulz
btw seronok tengok gambar-gambar geng2 dok kat luar negara ni.. sayu tak kira dah kalau ramai kawan kan. hilang sikit rindu tu
akubiomed
Salam Hari Raya Aidilfitri. Segak bro berpakaian baju Melayu berwarna biru. π
Hanis
Selamat Hari Raya!! Moga bahagia :))
woo, cam best jer raye kt luar negara ni.. tringin la. doa2 kn la Hanis satu kuage dpt beraya kt laur negara ye. hehe π
Juan
bestnya duduk luar negara
Affan Ruslan
Alhamdulillah, pengalaman yg sangat menarik
zik
selamat hari raya bro… lagi berapa tahun habis belajar sana tue … songkok tak da ek??
Affan Ruslan
lebih kurang 2 tahun lg. π
dzuandiey
lambat lagi la nak boleh beraya Malaysia ya..hehehe..
sharkox
Kenapa abam apan takdak dalam gambar? macam mana gadis2 nak tengok?
kujie
Selamat hari raya maaf zahir dan batin
shraqs
Bila aku nak beraya kat luar negara ni? :). BTW Selamat Hari Raya!
Jebeng Otaiβ’
hehe..xper2 ade peluang nnt leh beraya sana..hehe
chococat2
hahaha. ittew pun nak chococat jugak. hiks! selamat hari raya apan. lololol π
Affan Ruslan
Hahahahhaha ni mesti ummi ni. Caittt
farhana hamid
kfine. jeles pon ade. bila la dapat pi oversea ni~ >.<
dzuandiey
meriah juga ya walaupun kat perantauan sana..hehe..teringin.. π