Dulu saya pernah kongsi pengalaman menyertai PLKN di Kem Puncak Permai, Bau Sarawak. Tapi kali ni saya nak kongsi pengalaman manis di sekolah pulak la. Bagi kebanyakan pelajar, zaman sekolah, sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah merupakan zaman yang sungguh menyeronokkan. Kalau teringat balik waktu tu, kadang-kadang ada gak rasa nak putar balik masa haha. Ada jugak, masa sekolah dulu nak cepat sangat keluar sekolah, tapi bila dah masuk Universiti atau dah kerja, rasa rindu pulak tengok gambar-gambar kenangan masa di sekolah dahulu. Jom tengok beberapa pengalaman yang mungkin membuatkan anda tersenyum. Hehe.
Kena denda beramai-ramai
Kat sekolah bukan macam di Universiti. Kalau tak siap kerja rumah yang diberi, kena denda. Denda pulak terpulanglah, kadang-kadang kena berlari keliling padang, kena rotan, atau kalau dah selalu sangat tak siap kerja, kena jumpa pengetua. Pengalaman denda paling best masa kat sekolah dulu, kena denda jalan dalam longkang, pusing blok akademik hahaha. Cuba tengok gambar kat bawah, ramai-ramai kena denda (rasanya sebab lambat datang ke kelas prep petang). Hehe tapi masa dalam gambar kat bawah ni saya tak kena denda 🙂
Buat aktiviti beramai-ramai
Kat sekolah dulu bukan macam Universiti. Kalau kat universiti kadang-kadang para pelajar diberi pilihan sama ada hendak melibatkan diri atau tidak. Hehe. Kalau kat sekolah dulu, semua aktiviti adalah wajib. Kalau tak datang, kantoi, kena denda. Hahaha. Bila kat dah kat universiti ni rasa rindu pulak buat aktiviti beramai-ramai camni.
MRSM KKB adalah sekolah yang bercampur lelaki dan perempuan. Salah satu aktiviti wajib adalah senamrobik yang diiringi lagu dari Siam. Hehe. Cuba tengok, lelaki dan perempuan diasingkan, jadi takde masalah pergaulan bebas 🙂
Tidur beramai-ramai
Bilik kecik, tapi muat ramai orang. Kat MRSM KKB, satu bilik boleh memuatkan 4 orang. Tapi kadang-kadang tu satu bilik sampai 10 orang boleh tidur. Selalunya waktu hujung minggu lah, lepak-lepak sampai larut malam pastu mengantuk, terus bantai tidur bilik kawan-kawan. Takpun, kalau masa tu tengah panas cerita hantu kat asrama, semua takut tidur sorang. Tu yang tidur ramai-ramai kat satu bilik tu hahaha. Rasanya kat mana-mana sekolah asrama, mesti ada cerita hantu tersendiri kan?
Oklah tu je. Sebenarnya ada banyak lagi, antaranya:
1. Makan megi ramai-ramai dalam baldi
2. Kenakan kawan ramai-ramai masa hari jadi diorang
3. Main kejar-kejar dengan warden sebab ponteng prep
4. Sodorm (Eh, bukan sodomy, tapi solat dalam dorm lol)
dan banyak lagi. Lain orang mungkin lain pengalaman. Korang ada pengalaman yang unik tak? Jom kongsi hahaha.
Kredit gambar: Syed Aidid dan MRSM KKB Fanpage
Ikhwan
Sodorm? Perkataan baru!
Izwan
aku masuk matrik baru dengar perkatan sodorm tu.. hehe
Ikhwan
dalam kamus ada tak perkataan ni?
aizuddin
memang ada la..time skola menengah dulu dah start panggil sodorm..dah la sekolah agama..lagi tak leh solat dalam dorm..dah senior baru boleh buat..hehe
fina fento
haha..kena denda ramai2 tu yang tak tahan 😛
pernah kena denda jalan itik ramai2 sebab tak siap keja skolah huu..
Izham
Denda jalan itik ramai2 tu time saya sekolah rendah..sebabnya tak siap keje math..haha
anif
Masa kena denda tu memang menyumpah la…
Bila dan habis belajar itulah pun yang dikenang-kenang.. 🙂
halen
sy setuju.. zaman skolah semestinya zaman yg paling best sy rasa. kalau la dpt putar kembali waktu nk je sy stay zaman skolah smp bila2 hehe..
kenangan yg x ble sy lupa time skolah kena buli ngan senior huhu.. ada ke patut diaorg conteng muka sy time tido. lepas tu org tgh nyenyak2 tido pi kejut suruh cuci muka. kita ni yg blur2 ikut la tanpa bantahan. time tu rasa nk lari je blk umah tp bila diingat balik skang ni seronok.. 🙂
jo menang hadiah di blog sy.
adele
saya dpt juga tawaran PLKN tp tak pergi pun..huhu..smpai skrg tak ada lah plak kena panggil smula ke..harap smpai bila2 lah..
kalau duk kt hostel takkan terlepas drpd buat smua perkara beramai-ramai..huhu
Sumijelly
ko percaya tak… kalu kak sumi cakap..
kak sumi tak pernah DUDUK ASRAMA…
dari kecik sampai besar memang pergi balik dr rumah jer…
pas SPM pun tak sambung belajar.. jadi tak derla pengalaman yg menarik mcm korang..huhuhu
alyrds
kesian… ahaks~ .. kat sini pun ko ader! mmg pemes la ko..
Izwan
aku skolah harian je..tapi best gak.. yang tak leh lupe,masa form 4 aku try ponteng kelas biologi untuk kali pertama..tapi kantoi..siap kena panggil kat perhimpunan..pastu naik meja GPK 1..siap buat akurjanji.. kalau ponteng lagi kena tukar dari kelas 1st ke kelas paling last.. time tu tak cam gelabah plak hidup aku kan.. hahaha
sirap merah
haha.. adehs ! rindu gila tyme skolahh !!
teregat tyme kne trum rokol (rool-call) 2-3 pagi mse kat MRSM AG..hehe
hana
haha…
teringat la zaman sekolah dolu2..
dh la nakal..
sodorm tu mmg pasti la pada hal surau depan dorm je pn..muahahaha…
pastu kene panggil ngn warden…kene denda basuh tandas la bagai..
tp bes la kalau d kenang balek..
masa sekola kalau jd skema sgt mmg x de life la..
nakal2 cikit la bru syok..
mie
sebab p’kara seperti itu r,bila kita lalu balik kot kwasan sek dlu,
msti kita kan t’senyum ja sebab t’ingat balik sejarah lma time zmn sek..hahaha
TheSharkox
Aku dulu time kimia. ada pernah satu kelas kena denda. Denda paling legend. Bertinggung atas meja ramai2 sampai abis kelas. Sebab apa? sebab tak hafal jadual berkala kimia…
memang best, budak laki dapat usha bontot dak perempuan, budak perempuan pulak boleh ushar bentuk telur budak laki..hahahaha
sampai sekarang aku rasa cikgu aku tu masih menggunakan teknik tersebut.
pernah jugak makan megi dalam gayung ramai2..tak kesah dah gayung tu selalu masuk ke jamban, janji sedap..hahahaha
missnina
menariknya imbas semula kenangan lama.
saya pernah kena denda pun sebab sodorm (aneh nya kosa kata baru ni)
dendanya- kena tuangkan air kat semua aspura/aspuri masa supper
*erk..nakal juga masa sekolah
AMiRU
sodorm? ish ish ish.. mmg ada istilah mcmtu ke? ke ko yang cipta sendiri? LOL
Sabahan Bloggers Club
Kena denda jalan dalam longkang? Time saya sekolah dulu, takdelah sampai macam tu. Ada perubahan ke kalau kena denda jalan dalam longkang ni berbanding yang lain?
little daisy
Erk! Tersedak kejap bace word sodorm tuh! Hehehe… Pernah jgk kene denda beramai-ramai time skolah dlu. Satu class kene denda pusing padang sbb tak siap homework Add Math yg cikgu bg! Hahaha…malu tak igt…Semua budak junior kluar class tgk senior diorang kene denda. Hampeh! 😛
Affan
Pengalaman Sekolah Yang Mampu Membuatkan Anda Tersenyum | Critical Angle http://bit.ly/h2lyNJ
mohd firhan jasni
RT @affanruslan Pengalaman Sekolah Yang Mampu Membuatkan Anda Tersenyum | Critical Angle http://bit.ly/h2lyNJ
kak emila
makan megi dalam baldi? hehe comel je.
Em Yusof
RT @affanruslan: Pengalaman Sekolah Yang Mampu Membuatkan Anda Tersenyum | Critical Angle http://bit.ly/h2lyNJ
Affan
Kenangan best masa sekolah haha http://bit.ly/h2lyNJ
tengkorak emas
tak main kejar2 dengan warden, tapi warden yg keliru mencari, sebab ramai2 dok dalam loker masing2,
paling best masa dok asrama time form lain balik, masa form 3 dan form 5..memang buat perangai raja..
muhammad fakhruddin
Masuk asrama memang ada pelbagai cerita. Terkenang bagaimana kami ‘bermaharajalela’ semasa SPM . Yalah, orang lain dah balik cuti kami yang jadi penunggu sekolah so called di hujung dunia.
yas
Hehehe…banyak gak kenangan pahit manis masa zaman tu…
paling tak leh lope kene lambung ngan pengetua kat pagar sekolah….
Hisyam
Part makan megi dalam baldi tu penah buat. Masa tu pergi berkhemah, pinggan tak bawah cikgu denda makan dalam baldi. Hehehe
hanisaleeya
1. Makan megi ramai-ramai dalam baldi << Tak pernah buat. Sorry tak lalu.. Huhu..
2. Kenakan kawan ramai-ramai masa hari jadi diorang<< Buat masa nak dekat SPM. First and last time. Masa tu tengah trial rasanya.
3. Main kejar-kejar dengan warden sebab ponteng prep<< Tak pernah ponteng prep masa kat sekolah. Tapi pernah terkantoi main kejar-kejar lepas balik solat isyak dengan sorang budak laki sama kelas. Haha..
4. Sodorm (Eh, bukan sodomy, tapi solat dalam dorm lol)<> Kena tahan prep sampai pukul tiga pagi. (Orang lain salah orang lain kena)
>> Gelakkan warden yang terjatuh ke lubang kumbahan lepas dia panjat hostel perempuan dan intai ke bilik air. Cash dapat balasannya.
>> Setiap bulan pergi ke pantai. Sebab pintu pagar SM Sains Miri betul2 berhadapan dengan pantai Luak Bay.
>> Masa pindah sekolah paling sedih sebab masa tu baru tau ada dua orang budak yang crush kat nis. Hahaha.. Paling kelakar sorang tu ikut pindah, alasannya sbb nis dah tak sekolah kat situ. Haha..
Fina
Haha… pernah kene denda ambil wudu dalam longkang dengan menggunakan air longkang sebab tak bangun subuh berjemaah. wohoo…
Ismail N
nasib baik mandi tak di suruh beramai-ramai.. 😀
Tapi mcm syok la.. memperkukuhkan silaturahim bila buat cam tu..
arrizz
denda lompat pocong dari bilik guru sampai hujung blok dan patah balik..sebab tak masok kelas sains..haha
tehr
pernah juga kena buat jalan itik
nasib juga tak tercabut kepala lutut
haha
decrewz
Yang paling teruk Jai kena masa sekolah rendah, kerusi letak atas kepala.. Time tu kerusi kayu yang tebal tu, mau berlekuk kepala menahan berat..
Eien Mohmad
hahaha. mmg kelakar lah kalu engad balik (:
fara perry
assalamualaikum,,hihi…tgk entry ni buat farah terigt plak sal skolah yg bru tamat taon lpas….kikiki…lebih kurang sme kot pngalamn kiter affan sbb farah pon duk asrama,,tp kurang sket sbb farah ni pompuan..x extreme sgt smpai mkn megi dlm bldi…hehe….tp yg paling best ialah mandi pnatai teluk lipat kt blkg skolah ramai2..hehehe..
ymrk
kekekee zaman sekolah dulu… ingat tiap pagi kene ingatkan bawa beg sekolah… pernah beberapa kali, dari rumah terus je naik kete.. beg sekolah tak bawak.. kekekeke…….. tak tau laa apa yg aku ingat time tu…. mmg selalu lupa bawa beg sekolah!
lugie
Denda jgn tak denda :-)… tringat time skulah2 dulu… ada ustad baru masuk mai dari kedah…aku ejek dia sebut ‘beraihhh’..(beras)..terus dia aim & denda aku kena baca surah yg susah2 …ngeeeeeee tp yg bagusnya ..disebab kan tu hari2 aku standby surah yg susah2…(ustad ni guru kelas..so hari2 mmg dia ada lam class…x dpt elak)
edayfaz
follow u…
saja nk share hehehe…
teringat zmn skolah dulu… sy ketua pengawas n yg tak bole blahnyer ketua pengawas join geng2 menembak guna pen n peluru dia kentang…abis satu skolah main…last2 bila dinding dh jd berbintik2 n bersepah2 ngan kentang2 hancur 1 skolah kena denda n ketua pengawas plg teruk kena siap kena rotan hahahaha…
faraa halim
yg kena kejar dgn wrden sbb tak p prep n keja mmber pasal hari jdi tu mmg btol
rndu gile time tu hehe
syafiq
aku rasa denda paling style aku kene adalah keluar kelas sebab tak siap kerja. bukan sikit. hampir 60% kene keluar.
so kitorang berjalan-jalan lol.
Izd
haha, tetiba teringat ada few couples masa kat skola asrama dulu, kena tangkap, pastu buat ‘kenduri’ besar2an. xpasal2 ‘bersanding’ awal. hahaha
zik
kena denda ramai.. tak berapa malu sangat…. kalau sorang2 nie yang aku malu bangat sih… dah pulak tuh ada orang lalu lalang.. dah kena jadi bahan seminggu….
azzey
Kngan di zaman persekolahan adalah memori yg paling indah. terasa rindu nak mengulanginya semula.
p/s: dtg balas kunjungan n follow..:)
Roziana Abdul Rahim
knangan zmn skolah mmg best.. dok asrama lg la best..huhu.. trlalu indah knangan zmn skolah nie smpai x trluah dgn kata2..hehe.. dlu masa skolah nk cpt2 hbs skolah.. skrg nie rndu plk..
drjah 1- 4 sy skolah cmpur.. n then drjah 5 hngga la tngkatan 3.. abh msukkn sy kat skolah prmpn je.. no cmpur2 coz abh ckp abh llki n abh thu la nakal bdk llki nie cmne.. trpkse la sy turutkn.. awal thun form dpt twaran ke skolah tknik.. tknik arau, perlis.. sy org kl..so agak jauh la n mama mmg xbg..sbb jauh.. sy brdegil nk pegi jgk.. huhu.. pegi2.. smnggu je nangis nk blik.. xtahan dgn mnggu orientasi.. mama n abh x bg pndah skolah..diorg ckp diorg xpkse n x sruh pown pegi sana.. sy yg nak.. smpai kn PK HEM pjuk… nk x nk kne hbs kn jgk la.. lg 1 sy xmnt… sy dpt kos elektrik.. bnci gila dgn gelaran minah current… skrg nie kos 2 dh jd sbhagian hdup sy..huhu… masa form 4 nakal la jgk.. ske ponteng prep.. smpaikn warden bgi gelaran pontianak sbb ponteng trawih.. haiyoo..xthu la ape nk jdi masa 2 kn.. masa form 5 lg best… dpt pkwe 1 skolah klaz sebelah2.. keje dating je.. n sape yg nk thu pasal cnta zmn skolah sy yg x kmne 2.. hehe.. ade kat blog sy.. aku & dia (zaina@reezana) part 1-5… ape pown suke entry nie.. sy rndu zmn skolah… 🙂
adamfaiz
Ada macam2 pengalaman kat sekolah dulu… kena denda ni dah naik lali.. sampai budak2 jadi tough, sebab selalu kena denda pumping..
TheSharkox
RT @affanruslan: Kelakar pulak baca pengalaman2 diorang ni, jom share pengalaman menarik anda di sekolah! hehe http://bit.ly/h2lyNJ
Mrs.Ayie
Bab kena denda memang akan ingat sampai bila-bila huhu. Berjalan itik pusing satu sekolah sebab tak lulus ujian. Kena jemur ramai-ramai kat padang perhimpunan,memang buat tersenyum habis.
akubiomed
Paling best waktu supper sebab dorm saya ramai yang menjadi ajk makanan selalu dapat lebih.
Makan maggi didalam gayung sudah biasa dan ada makan Maggi macam begitu sahaja macam makan keropok
WanFadhilah
6 tahun meninggalkan alam persekolahan.. waaaa.. tiba2 rindu plak.. huhuhu
samanosuke_04
erk.. syed aidid tue skang nie kat russia kan amik medic? hehe, roomate aku dulu tue kat Uitm INTEC.. hohohohoho
saouri
windu ler zaman skola…hehehe…
awandragon
Temen aq sering lucu2an di depan kelas speti orang tolol
suri
dulu bilik darjah tak bersih kami kena bersihkan satu kwsan sek huuu
aimannajmy
aku dari zaman sekolah smpailah U asyik kena denda ja..besa la aku kan pemalas huhu
titan
bab kena denda tu sampai bila-bila aku takkan lupa. Kene denda berkawat kat asrama pempuan atas sebab ada budak lelaki pecah masuk asrama pempuan. Tak pasal-pasal diorang skodeng kitaorang berkawat pakai kain pelekat aje..ciss..
mancai
zaman sekolah memang best memang tak boleh di kira pengalaman yang ada… lebih2 lagi bila duduk asrama penuh… rindu betul zaman tu
Pejuang kesenian Extreme
Kenangan pahit aku masa sekolah dulu,buat parkour terjun bangun dari tingkat 2..Cikgu nampak terus kena kejar satu sekolah..haha
Tapi zaman sekolah memang best..walaupun semua aktiviti wajib,tak adanya yang boleh skip..best la senang cerita..
chybee
still teringat-ingat lagi kenangan masa lalu. kalau boleh nak patah balik 🙂
Affan
Tersenyum ingat zaman sekolah dulu http://bit.ly/h2lyNJ
suffer8zine
RT @affanruslan: Tersenyum ingat zaman sekolah dulu http://bit.ly/h2lyNJ
Faris Al-Muhandisu
RT @affanruslan: Tersenyum ingat zaman sekolah dulu http://bit.ly/h2lyNJ
MDHAFiZ.NET
saya pernah nak pancitkan tayar cikgu time sekolah dulu sbb marahkan sangat kt dia…tp x kesampaian..jahilnbya saya masa itu…sekarang bila kenang balik rasa nak ketawa pun ada.. 🙂
Muhammad Fakhruddin
RT @affanruslan Pengalaman Sekolah Yang Mampu Membuatkan Anda Tersenyum | Critical Angle http://bit.ly/h2lyNJ
Ali ridha
masa denda tu juga kenagan manis dan pahit.
syahrilhafiz
tak pernah ada feel macam tu..ekeke
fitri
tinggal kat asrama 5 tahun..satu pengalaman hidup yg tak boleh nak dilupakan
Sir Marcello
aku tak pernah dok asrama…kecuali masa 6 bawah…tue pun selama 6 hari…then masuk IPT…
apa yang aku tau…pergi Gigs Metal ramai2 lepas abis kokurikulum…kakakaka
usha awek secara berskala besar kalau sekolah aku jadi tuan rumah sukan netball dsb…
buli junior sambil pau makanan depa…pastue pulangkan balik (motif? nak tengok muka sedih depa -haram makan duit orang lain)…kekeke
namaakulynn
wlpon dah lmbat,nak comment jugakk..;p
-mkn maggi dalam baldi??xpernah buat lagi laaa..apa rasa?haha..
-sodorm??kat ostel,sy budak baik!(perasan jap!haha)
PakarBuahPinggang
Salam bro,
Memang saya pun ada juga pengalaman yang seronok bila dikenangkan balik terutamanya dengan kawan-kawan satu asrama dulu.Orang kata zaman buas-buas dulu.Antaranya ialah kenakan pelajar-pelajar junior bila time mereka dekat-dekat nak balik cuti panjang.Masa ni saya dan kawan-kawan nak dekat amik SPM.
Tapi lepas tu minta maaf balik.Sekarang bila jumpa adik-adik junior tu kitaorang sama-sama tergelak sakan,hahahaha.Tapi bila diingatkan yang peristiwa tu hanyalah tinggal kenangan yang tidak mungkin dapat dipatah bailk,sama-sama merasa sedih dan ada yang menitis air mata,terutamanya bila masing-masing dah nak beredar.
Mr.Kerro
haha mkn megi ramai2 aku pnh buat..mmg enjoy je… pulak tu baldi tu bukannya bersih sgt..tp main bntai je.hehehe
Fitrihadi
aku budak nerd.. tak pernah kena denda hahaha caya tak? caya tak?
.
esempoi
sodorm? haha
kelakar jugak bunyinya
hm.. memang banyak kenangan masa kat asrama dulu
eiela
haha,,lawak jugak baca kenangan korang ek. saya pun nak sharing jugak, moment yg tak bleh lupa time skolah menengah dulu time form 4, yg nih memang tak bleh blah. satu kelas tak bleh selesaikan 1 soalan fizik, takde sorg pun yg betul. last2 satu kelas kena denda ketuk ketampi 100x. cikgu siap kira betul2.. huhu.. seksa, mengigil kepala lutut bila mau turun tangga, semua pegang tangan and pemegang tangga time berjalan. nasib skolah perempuan, tapi memang malu. jumpa cikgu, semua senyum2.. segan wey
Amirez
masa form 2 dulu kena denda jalan itik sepanjang koridor 2 tingkat. semua budak lelaki kena. aku la mastermind yg buat pasal hehe
MR.Z
kena denda tu memang dah biasa dah.. lagi2 time ramai masa duduk hostel dulu.. haha.. tak tido sampai ke pagi…
shark
pngalaman pling manis?
of kos ler cintan monyet
hehehe
tulis2 surat..
pas2 kt member
weeee..romantik tue
sayacomel
teringat masa kat sekolah. Main kejar-kejar waktu rehat. habis waktu rehat, badan berpeluh..berbau dalam kelas sampai balik. haha..
Pemerhati Dunia
Seronok zaman sekolah dulu. Kena denda dengan cikgu, berdiri atas kerusi, malu tidak terkata. banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Intan
hehe..teringat mase denda tu…ak tak kene…tp dok kat tepi tgkap kelas tgk pak hussin denda dowg..huk3….
kalau teringat zaman kat KKB dlu..msti senyum smpai ke telinga…..
ceq_10
sodorm!
lame da x gne istilah tu…
kalo dlu siap turunkan langsir bagai~~
Towel Ninja
singgah sini:0
Nine
Zaman sekolah yang plaing manis dan aku suka sekali…duk buat gath la nih..jumpa balik kawan2 dulu….FB jadi penghubung…:)
Eddy
rumah ngn sekolah aku dekat sangat. tapi masih terkenang kenangan dulu2.
ayonfil
btol2.. hehe
dlu t’igt kne dnde jalan itik keliling aras sbb fail +math.. tp alhamdulillah sbb kn dnde tuh +math tdk kcundng.. hehe
suke gile bt aktiviti2 skolh ngn kawan. 😉
t’igt jgk tme kt asrma tdo 1 dom kt bwh 16 org sme2.. sblom tdo bcerite aje smpi lah dh ngntok….bez2..
knngn kt skolh pling xleh lupe.. kalo mse bolh brundur msti bez 😉
rndu zmn skolah 😉
jamahiri nurulhidayah
haha..betul dak mrsm mmg suke makan meggie dalam baldi,kenakan org masa bufday, tido ramai2 dalam bilik n paling best kn denda masa ro call…
azaharismail
sebuah pengalaman yang sungguh berharga untuk dikenang.