Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram?

15/05/2011 Affan Ruslan 137 Komen

Selamat hari isnin. Beberapa hari lepas saya terlihat sebuah “poster” yang amat menarik untuk dikongsi kat blog ni, mengenai fesyen pemakaian tudung. Saya bukan nak tulis entry mengenai “Kewajipan memakai tudung” atau “Kelebihan memakai tudung” atau aurat antara sepupu, sebaliknya nak mengajak para wanita muhasabah diri mengenai cara pemakaian tudung mereka, sama ada ianya bersesuaian dengan syara’ ataupun hanya merosakkan lagi nama Islam. Mari tengok fesyen pemakaian tudung yang salah atau menyerupai pakaian agama lain (walaupun menutup aurat) :

Pembetulan: Ada sesetengah ustaz yang berpendapat fesyen tudung yang kedua di bawah di benarkan. Wallahu’alam.

 

1. Tudung yang bersanggul

Sanggul

Larangan tudung bersanggul ini adalah daripada hadis Nabi Muhammad sendiri, seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas:

Ada dua golongan dari penduduk nerakan yang belum pernah aku lihat:

1. Suatu kaum yang memiliki cemiliti ekor lembu untuk memukul manusia
2. Para wanita yang berpakaian tapi bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol untuk yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selamat perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)

2. Fesyen tudung yang menyerupai biarawati Kristian

biarawati

Kalau anda perasan, fesyen tudung macam ni adalah yang paling up-to-date konon-kononnya. Sedar atau tida, sekarang ni dah makin ramai orang pakai tudung fesyen ni. Elakkan fesyen tudung sebegini, sesuai dengan tegahan Nabi dari hadis berikut:

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban)

Jadi kalau ada di antara rakan-rakan anda yang memakai fesyen-fesyen tudung seperti di atas, diharapkan korang dapat tegur diorang baik-baik. Jangan pulak marah-marah diorang, nanti tak pasal-pasal pulak diorang taknak bertudung terus! Nasihat elok-elok, anda mampu mengubahnya. hehehe.

 

p/s: saya lebih suka tengok perempuan yang pakai tudung bawal je, nampak lebih manis dan sopan. haha.

 

Kredit: Gambar 1 dari Facebook Page Ceramah Pilihan Masakini, dan gambar kedua dari aenhidayah.

Kategori: Islam

Komen Pembaca

  1. SyazwanSarawak

    15/05/2011 at 9:28 pm

    nice info! harap yang lain tak terikut-ikut dengan fesyen haram ni

    Balas komen
  2. Kujie

    15/05/2011 at 9:31 pm

    yang ps tuk kak jie…masih bertudung bawal, tudung pesen dr indonesia tu utk pakai kat rumah tiba2 ada tetamu atau pergi ambik anak kat sekolah tanpa turun dr kereta….

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      15/05/2011 at 9:35 pm

      HAHAH. sama, rasanya mak saya pun ada fesyen tudung camtu. Die pun kadang2 pakai kalau nak hantar adik saya ke sekolah dan kalau tiba2 ada tetamu.

      Agaknya lagi cepat nak pakai ye

      Balas komen
      • suri

        16/05/2011 at 12:53 am

        alah cuma sarungkan jer hee..klu suri wajib pkai anak tudung dlmnya hoooo..takut rambut terjulur..pesan rambu suri jenis licin jer..senag terlerai..

        Balas komen
    • akubiomed

      16/05/2011 at 2:03 am

      Isteri kalau nak ambil anak sekolah akan sarung kain tudung segera senang.

      Balas komen
  3. hana

    15/05/2011 at 9:39 pm

    saye masih setia dgn tudung bawal…
    haha..
    x minat la shawl n tudung yg laen2..
    =D

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      16/05/2011 at 2:09 am

      heheh. tak kisah lah, kalau pakai tudung bawal pun, dah cukup baik, asalkan tak melanggar hukum syara’

      Balas komen
    • Kujie

      16/05/2011 at 9:26 pm

      samalah..dan skrg ni susah betul nak cari tudung bawal yg baru2…semua stok lama , pekedai dah tak jual….org skrg tak cari lagi

      Balas komen
      • adda

        11/06/2011 at 10:33 pm

        sama jugak . adda punn pakai tudung bawal . kawan-kawan semangat ajak adda pakai shawl . tapi tak nak . tak reti . tudung bawal jugak yang senang . tapi susah nak carik dah 🙂

        Balas komen
  4. Izamir Ridzwan

    15/05/2011 at 9:46 pm

    IR penah buat psl sanggul tuh.. Tapi ramai pulak wanita yang menentang.. ckp “kalau fake sanggul boleh kot”.. ish2. jawapan dia pon tak pasti sb ade “kot”.. tu la mslh jika x bljr betul2 bab ni… nak berfesyen boleh, tpi biarlah tak melanggar kehendak islam

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      16/05/2011 at 2:11 am

      baca komen kat bawah. ada orang dah tu. kalau ianya seperti menyambungkan rambut, haram hukumnya.

      Balas komen
    • keen~

      16/05/2011 at 8:24 pm

      entah la ir.. byk sgt alasan utk “menghalalkn” apa yg “diharamkan” pd akhir zmn ni.. alasan2 tuk bela diri.. =.=”

      Balas komen
    • celaru

      08/08/2011 at 9:25 am

      penah nampak org buat sanggul (palsu kot) tinggi giler mcm sarang tebuan atas kepala.. mcm megamind pun ade.. huduh sungguh.. ape ntah yg org tu perasan lawa sgt buat sanggul tinggi2 cmtu, xtau la.. sakit mata je tgk.. (-_-)

      Balas komen
  5. anif

    15/05/2011 at 9:51 pm

    Terima kasih atas info ini.. Mungkin ramai lagi yang tidak tahu mengenainya..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      16/05/2011 at 2:12 am

      mengenai fesyen tudung seperti biarawati tu, saya pun baru tau bro. sebab tu lah dapat idea nak tulis entry ni

      Balas komen
  6. TheSharkox

    15/05/2011 at 10:02 pm

    fan, kalu tudung lilit2 kaler2 macam pelangi, boleh kan? heheheh

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      16/05/2011 at 2:13 am

      hahahhahaah. macam2 ko

      Balas komen
    • murni nur aida bt zulkifli

      12/02/2012 at 12:09 am

      saya pernah dengar… kalau pakai selendang tak boleh lilit lebih dari satu kali sbb nnti ianya akan dikategorikan sebagai serban…..hhhmmmmm… cam ne??ada pndgn ??

      Balas komen
  7. anies hisham

    15/05/2011 at 10:13 pm

    yg giler fesyen pasti akn menyangkal entry ni..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      16/05/2011 at 2:14 am

      biasalah tu, takpe, saya dah sedia nak jawab kalau ada yg kurang setuju. biasalah tu

      Balas komen
  8. BroZooL

    15/05/2011 at 10:16 pm

    Sekarang ni macam2 fesyen tudung wanita ni, berpusing2 macam gasing da..hehe..Nak ubah orang sekarang bukan senang,tapi macam bro kata tu la..nak tegur biar berhikmah,jgn silap tegur,nanti mau kena terkam..hehe

    Balas komen
  9. makdara TERdiva

    15/05/2011 at 10:19 pm

    kadang2 orang kita terikut2..kononnya cantik..tak perlulah bersanggul setinggi klcc dengan niat nak cantik @ melawa..

    biarlah pakai secara sederhana dan paling penting aurat..

    Balas komen
  10. adele

    15/05/2011 at 10:27 pm

    tudung bawal pun tak ikut syarak sbnrnya sbb jarang sesangat..utk dijadikan syarie pemakaiannya, eloklah pakai inner di dalamnya..bru lah tak nampak batang leher tu..

    perempuan skrg ni mmg sukahati je nak pakai tudung gaya apa, terlalu ikut fesyen sgt..ntah apa2. mmg menyampah je tgok..bila ditegur mulalah melenting, ckp Allah tengok pada hati bukan rupa paras manusia..ciiisss

    Balas komen
    • akubiomed

      16/05/2011 at 2:05 am

      Nanti diteguh lebih-lebih ada yang melenting dengan alasan dah pakai tudung pun masih bising. Bak kata Affan pakai kain tudung biarlah mengikut garis panduan.

      Balas komen
      • Affan Ruslan

        16/05/2011 at 2:07 am

        betul kena tegur elok2.
        kang ada lah yg bagi alasan, “ok lah dah pakai, daripada tak pakai langsung”

        orang camni kena tegur elok2, kang diorang terus tak pakai tudung, kita pulak nak kena tanggung dosa dioarang.

        adede: iya, maksud saya pakai inner sekali lah. hehe. kat sekolah pun cikgu ada wat spotcheck, sesiapa yg tak pakai inner pun dikira langgar peraturan.

        Balas komen
    • Kujie

      16/05/2011 at 9:28 pm

      pakai tudung bawal, jgn dililit2 lagi sampai ke belakang sanggul…pink depan kiri kanan , bagi tutup dada

      bab yg jarang tu….jenis mahal kain jarang, kak jie biasa beli yg gred sederhana, tebal sikit…bawal ni ada mcm2 gred , kan.

      inner pun salah satu cara utk lebih terjaga

      Balas komen
  11. Member Kamceng

    16/05/2011 at 12:21 am

    Apan, aku pakai tudung bawal yg kain die tebal sikit. Sopan kan? Ayu kan? xD

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      16/05/2011 at 2:16 am

      > flying kick

      Balas komen
  12. ^ai-mie : 아이-미^

    16/05/2011 at 12:51 am

    pakai shawl ke bawal ke as long as u know how to cover tempat yg sepatutnya, tak kisahla… kalau pakai bawal pun tapi yg tang hujung tu pi tarik sampai nampak dada pun sama jugak sebenarnya… the most thing is u cover ur hair, neck and dada ok la tu…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      16/05/2011 at 2:18 am

      yup betul tu.
      pakai bawal pun tak semestinya tutup aurat, kalau tak tutup dada macam ai-mie cakap.

      Balas komen
    • little daisy

      16/05/2011 at 6:36 am

      yeap, setuju ngan you. paling penting, cover kepala, jgn nampak rambut. tutup leher and dada. insyaallah selamat… ^_^

      Balas komen
    • semalu

      13/06/2011 at 3:30 am

      setelah dikaji pemakaian tudung tu pastu kena gak tgk pakaian…
      kadang tu tudung dh ok dah…tutup sampai dada yg agak besar tu…bab baju bleh plak pakai t-shirt takde lengan or baju singkat…dah terlenggok-lenggok ponggong kiri kanan…camne tu…tak pun baju ketat…subhanallah mcm meke tak tgk cermin bila nk kuar rmh pakaian camtu ekk…elok ke tak elok ke sopan ke tak dipandang org…

      Balas komen
  13. suri

    16/05/2011 at 12:55 am

    pelik org tu dah pakai tudung cantik

    tapi knp nak bawak tudung tepi arah kanan, kemudian di lilit kat bhgian leher dan di pin? knp ..hurm…

    Balas komen
  14. Didyajustsaytht

    16/05/2011 at 1:02 am

    Fake sanggul lagilah tak boleh dik oi. Rambut palsu amatlah dilarang dalam islam ok.

    Balas komen
  15. chii

    16/05/2011 at 1:23 am

    hehe..yg sanggul tu chii x leh take it..sampaikan ada dijual anak tudung beserta sanggul tiruan..mcm ape je..

    chii pernh gak terbaca ttg pemakaian tudung yg menyerupai sisters tu..mmg tu trend org skrg ni..chii ngaku..b4 this wat camtu gak..kononya nk nampak lg kmas,,tp pas terbaca artikel tu kat fesbuk..terus..errr..ok..da jarang da pakai tudung camtu..

    pape pun..thnks untuk info =)

    Balas komen
    • tehr

      16/05/2011 at 7:25 pm

      sanggul tiruan?
      aku tak pernah tahu yang ni
      maklum, tak pernah pakai tudung
      hehe

      Balas komen
      • Affan Ruslan

        17/05/2011 at 4:13 pm

        amboi hehe

        Balas komen
    • yas

      17/05/2011 at 11:51 am

      Tinggalkan terus chii…kalau mende yg boleh buat kita was2..lebih baik kita tinggalkan…

      Balas komen
  16. syahrilhafiz

    16/05/2011 at 1:43 am

    nice2, sekarang trend tudung blogger perempuan tu
    sapa nama entah?

    Balas komen
  17. Haru

    16/05/2011 at 1:58 am

    eh samelah kite..aku pn suke girl yg pkai tdung bawal..tp aku tdung bawal jarang dh org jual skrg…sume jual tdung instant tu..kalo pkai tdung bawal nampk manis..sweet 😀

    Balas komen
  18. Aretikz

    16/05/2011 at 3:34 am

    kalau pakai tudung biasa pun dah cukup selagi kaber rambut, leher dan dada.. bersederhana kan.. maknanya tak terdesak nak pikat kaum lelaki nak nampak cantik.. slalu dorang pakai ni nak nampak cantik, tidak dinafikan kalau perempuan, cuma ada batasnya..

    dan secara jujurnya, tudung bawal, shawl, syria dan pelbagai jenis nama, satu apapapun saya tak tahu melainkan yg tudung biasa2 dan tudung labuh.. hehe..

    Balas komen
  19. shahroll photo

    16/05/2011 at 3:57 am

    Bermacam2 fesyen skang nie.. tak hape2 lah.. kata tutup aurat, dalam tak sedar pergi “tunjuk” jugak kan?

    yours
    SH

    Balas komen
  20. tengkorak emas

    16/05/2011 at 4:32 am

    yg no 2..dah banyak diikut tanpa disedari..sebab ia mula jadi trend dan dianggap bukan kesalahan,

    kita kena sedar, tudung bukan budaya, tapi nak tutup aurat,

    Balas komen
  21. Affan

    16/05/2011 at 6:20 am

    Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram? http://johoreanbloggers.com/read/24629

    Balas komen
  22. jackie koh

    16/05/2011 at 6:22 am

    Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram? http://bwtm.co/ena0 via @affanruslan

    Balas komen
  23. Affan

    16/05/2011 at 6:50 am

    Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram? http://icymi.me/uvdc

    Balas komen
  24. Shahrulsite

    16/05/2011 at 10:12 am

    niat kena betul…setakat buat perhiasan baik x payah kan

    Balas komen
  25. kyrul azwary

    16/05/2011 at 10:32 am

    lelaki knew taw jugk ni , haha 😀 kank nk nasihat anak bini 🙂

    Balas komen
    • muhammad fakhruddin

      16/05/2011 at 11:43 am

      Lelaki pun kena alert pasal aurat sendiri, jangan syok cerita pasal aurat wanita aurat sendiri tak terjaga 😉

      Balas komen
      • Affan Ruslan

        16/05/2011 at 4:12 pm

        +1

        Balas komen
  26. namaakulynn

    16/05/2011 at 1:39 pm

    tak minat shawal2 bagai. =_=

    Balas komen
  27. syazlinaiza

    16/05/2011 at 5:36 pm

    RT @affanruslan Pemakaian Tudung: Bagaimana boleh jadi haram? | Critical Angle http://bit.ly/kdZcD7

    Balas komen
  28. keen~

    16/05/2011 at 8:27 pm

    cara tersembunyi utk menentang syariat.. bukn dgn xsuruh bertudung, tapiiii.. emmm.. camni la.. =.=

    Balas komen
  29. Enchik Nine

    17/05/2011 at 12:54 am

    Wahai wanita sedarlah diri 😀

    Balas komen
  30. Mohd Hadihaizil Din

    17/05/2011 at 4:19 am

    RT @affanruslan Pemakaian Tudung: Bagaimana boleh jadi haram? | Critical Angle http://bit.ly/kdZcD7

    Balas komen
  31. cikida

    17/05/2011 at 5:41 am

    nice entry..=) thnks ..

    Balas komen
  32. sayacomel

    18/05/2011 at 7:57 am

    ramai yang dah ditegur..tapi masih buat macam tu juga. geram gak kadang-kadang..

    Balas komen
  33. faizul

    18/05/2011 at 8:12 am

    Tak kisah lah tudung bawal ke, syria ke, ekin ke yang penting orang laki jangan ngengada pakai tudung.

    Balas komen
  34. lizz

    18/05/2011 at 9:39 pm

    salam, ok sekarang baru saya tahu kenapa tak boleh pakai tudung gaya ke 2 tu. memang saya buat macam tu sekarang ni. cuma, niatnya dengan harapan tudung tak kedepan bila waktu makan.hehehehe. tapi,some of my frenz cakap tak boleh pakai macam tu.cuma, tak percaya. tapi, dah baca entry ni and rasanya betul jugak. thanks for the info 😉

    Balas komen
    • celaru

      08/08/2011 at 9:21 am

      bleh pin kat bahu.. jgn jerut leher 🙂

      Balas komen
  35. donha

    18/05/2011 at 10:24 pm

    ni konfius ni..abis..macamana dengan nenek-nenek di kampung.kebanyakannya orang2 lama ni, rambut panjang lebih dari pinggang. kalau nak bertudung, semestinya perlu bersanggul. **sebab, nenek kt kampung memang rambut panjang.dan bila bertudung, memang akan bersanggul mcmni.tapi tak obvious mcm dlm gambar la.

    Balas komen
  36. Denaihati

    19/05/2011 at 1:23 am

    RT @affanruslan Pemakaian Tudung: Bagaimana boleh jadi haram? | Critical Angle http://bit.ly/kdZcD7

    Balas komen
  37. tpinky

    19/05/2011 at 3:42 am

    tudung express tu cepat dan mudah nak pakai. tak payah nak iron bg kemas…tp tak la letak sanggul tinggi mcm dlm gambar.. pakai yg saiz L dan labuh supaya niat bertudung tu betul dengan caranya. pakai shawl hanya tutup kepala tapi tidak yg lain…

    Balas komen
    • celaru

      08/08/2011 at 9:22 am

      kalo shawl lebar and betul cara lilit insyaallah akan cover more than just kepala 🙂

      Balas komen
  38. Reentartnenas

    19/05/2011 at 5:03 am

    yang cara pakai tudung cam biarawati tu amat scary. huhuhu ada sampai yg pakai ketat giller, rasa cam nak tercekik leher.

    Balas komen
  39. nairaariaa

    19/05/2011 at 11:55 pm

    ramai yg pakai sanggul tinggi n butang kat blakang..xsedar sbnrnye xboleyh…tq informed

    Balas komen
  40. ohcikgu

    20/05/2011 at 3:11 am

    budak sekolah lebih kurang aje..masuk sekolah pakai tudung, keluar pintu pagar, buka tudung..apala nak jadi sekarang nih..

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/06/2011 at 10:18 pm

      setuju tu cikgu.

      Balas komen
  41. rj Etika

    28/05/2011 at 2:56 pm

    tu la pasal….ramai kot yg pakai tudung macam dua dua tu. selalunye benda benda macam ni start daripada artis. sebab orang kite slalu ikut trend fesyen artis artis. haih..=.=”

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      01/06/2011 at 4:28 pm

      hehe. betul tu.
      bahaya jadi artis ni, apa yg dibuat semua jadi ikutan.
      nanti nak jawab apa kat akhirat

      Balas komen
  42. Nine

    31/05/2011 at 6:59 pm

    Mak2 Datin rilex jer tak pakai tudung…apa pandangan saudara Affan ? hehehe

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      01/06/2011 at 4:19 pm

      err. hahaha. maka datuk2 lah selaku suami perlu tegur terlebih dahulu hehe

      Balas komen
  43. bicara kita

    02/06/2011 at 8:48 pm

    Bacalah selanjutnya……. Menjadi kewajipan kita sesama muslim memberitahu dan menunjuk kepada kebenaran kepada kawan-kawan .Allah maha mengetahui segalanya….

    Lupakan hari semalam .Maju kedepan mulai hari ini.

    Balas komen
  44. firdaus husain

    06/06/2011 at 8:38 am

    berfesyen biar kaji hukum agama dulu….

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      06/06/2011 at 10:00 pm

      ia bro, itu yang sebaik nya. jangan terikut sangat fesyen tu, bukan semuanya selari dengan Islam

      Balas komen
  45. Wahid

    06/06/2011 at 10:00 am

    nice info…. sob… bagus ni .. untuk di share ke temen” ane…

    Balas komen
  46. cikmil ila

    06/06/2011 at 11:15 am

    huhu..br tau..thanks for the info

    Balas komen
  47. syieda

    06/06/2011 at 8:38 pm

    syieda ada banyak tudung ni..tudung ekspress..hukhuk.. tapi tak ikut cara pemakaian tu. hukhuk.. still boleh kan pakai tudung ni? ^_^

    Balas komen
    • celaru

      08/08/2011 at 9:19 am

      tudung express xde masalah. cuma jgn pin ke blkg nampak leher.. n labuh tutup dada.. quran xde cakap kena pakai tudung style ape..

      Balas komen
  48. anis aneesa

    07/06/2011 at 12:31 am

    alhamdulillah..bagus bnda2 mcm nie kalau dikongsi..mmg skrg rmai pmpuan yg suka pkai tdung yg kterlaluan fesyennye..sy pown pnah nk cuba,tp x ssuai r ngan diri sy..huhuhu..nk pkai bley,tp jgn la smpai mlanggar syariat islam..^^

    Balas komen
  49. Zamri

    07/06/2011 at 9:50 am

    Dalam Islam, pemakaian tudung pun ada caranya.. Jangan terlampau mengikut fesyen yang terkini sehingga Islam dipinggirkan. mengharapkan pahala tapi dosa yang dapat. Info yang amat bermanfaat buat golongan hawa…

    Balas komen
  50. romansa pers

    07/06/2011 at 6:41 pm

    Assalamualaikum saya dari indonesia, saya minta izin untuk mengkopi gambar dan menulis artikel yang tema nya sama tetapi versi indonesia. saya prihatin dengan keadaan yang ada di indonesia. saya bersekolah di madrasah aliyah, disanapun banyak yang memakai tudung/jilbab tetapi belum sesuai syariat, maka dari itu bagian dari kewajibab saya juga untuk menasehati mereka, demi Allah saya tidak mengharapkan popularitas blog atau sebagainya. link blog anda juga akan saya tampilkan.. sukron.. jazakallah khairan..

    Balas komen
  51. hani

    07/06/2011 at 10:47 pm

    assalamualaikum dan selamat pagi…
    Pagi2 open pc terbaca article ni…mmg pnh dgr ttg isu ni.sy tgk ramai gak yg memberi komen.bagus la cmtu.ini menunjukkan ramai yg prihatin ttg cara pemakaian tudung.syabas golongan lelaki.sekurang2nya anda tahu pe itu tudung ekspress,tudung lilit2,tudung sanggul…n mcm2 lagi.

    Bagi pendapat saya.bertudung itu adalah satu tuntutan agama & ia adalah wajib bagi wanita yg bernama ISLAM.Saya tak kata yg tidak bertudung itu bkn ISLAM.saya anggap mungkin mereka belum bersedia utk bertudung.ada juga berpendapat ‘kalau bertudung hati tak baik’tak der makna bertudung.yg penting hati bersih.hati biar ikhlas nk bertudung.saya tak pasti keikhlasan yg bagaimana bila bertudung.adakah ikhlas pd diri atau ikhlas kerana ALLAH.bagi saya berbalik kepada tuntutan agama.

    Disini saya nak kategorikan 2 jenis org yg bertudung.
    1) golongan yg memakai kerana agama yg mewajibkannya. dan dia menjaga batasan aurat bertudung.bkn sekadar bertudung dikhalayak ramai tetapi juga dirumah jika ada bkn mahram yg dtg atau sesama saudara atau ipar yg dikira sbg aurat.juga cara memakai yg menutup bahagian yg sepatutnya menutup.kdg2 dia juga ikut fesyen terkini tp tdk lah terlalu menonjol spt ada bonggol2 tu..he.sederhana & just nice!
    2) memakai hanya kerana fesyen.kerana ingin cantek jika bertudung.hanya kerna pujian dia bertudung.bg saya tidak mengapa.utk permulaan biarlah dia pakai krna pujian org.insyallah lama2 niat itu akan bertukar.manusia kalau dipaksa ssh nk terima.so biarlah ia dtg sikit demi sedikit.ada juga bertudung ditmpt keje.tp diluar ‘free hair’.sya tak nak komen part ni.sensitif.

    Tentang tudung bawal lebih cantek tu..bergantung pd individu.kdg2 org suke pakai tudung ekpress sbb cepat n mudah.sarung jer.tak perlu nk lipat sana lipat sini..nak betulkan yg senget2..tak amik masa yg lama.tp saya salute wanita yg still pakai tudung bawal.meka ni mmg seorg yg setia dgn tdg bawal.;)

    kesimpulan yg saya dpt simpulkn disini.tak salah nk bertudung & berfesyen.selagi ianya relevan dgn tuntutan.tetapi…jgn terlalu menonjolkan diri.saya juga tdk berapa berkenan dgn bonggol yg kt belakang tu kecuali lah rambutnya mmg pnjg.bukan sengaja diletak2.jgn timbulkan sifat ‘tabarruj’ iaitu berasa diri terlalu cantek & bangga dgn keindahan wajah.ingat kaum wanita, kecantikkan itu hanya sementara.ianya akan pudar.kecantikkan yg kekal hanya pd hati.

    akhir sekali..PAKAI LAH TUDUNG KERANA TUNTUTAN….FESYEN ITU HANYA SATU BONUS BUAT KITA YG BERTUDUNG….renung2kan….

    Balas komen
  52. Siti Arfah

    08/06/2011 at 12:41 am

    Andainya wanita2 d luar sana mngambil serius perkara neh . . Wahai wanita2 solehah , jgnlah anda mmbalut aurat sbaliknya tutuplah aurat itu mngikut syariat yg d tetapkan . Islam itu mudah . Moga Allah redha . . Sma2 kta bermuhasabah diri bersama . 🙂

    Balas komen
  53. adda

    08/06/2011 at 4:25 am

    huhuhu…thnx share, menarik…baru tahu…=|

    Balas komen
  54. noor saadah

    08/06/2011 at 8:26 am

    Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram? http://t.co/rocb3vW

    Balas komen
  55. Nieza Micha

    08/06/2011 at 8:31 am

    Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram? http://t.co/rocb3vW

    Balas komen
  56. farhah

    08/06/2011 at 11:58 am

    assalamualaikum.

    nak tanya sikit sebab agk musykil.
    saya tgh usya entri ne dgn cousin saya..
    but then tiba2 die kata hadis ‘bonggol unta’ tu
    hadis dhoif.. sis die bagitahu. tp die x sure sgt pon,
    so, harap dpt diperjelaskan kesahihan nye.

    anyway, saya pon stadi jugak pasal
    hadis ‘bonggol unta’ tuu dalam subj Syariah Islam f.5.

    terima kaseh 😀

    Balas komen
  57. syuhadahazri

    08/06/2011 at 6:11 pm

    Best entry ni 😀
    Yg bonggol tu dah tau lama,yg leher tu baru tau ni.
    Thnks for the info 😉

    Balas komen
  58. rneszaine

    08/06/2011 at 9:28 pm

    Syukur alhamdulillah ~
    rnes memang tak selesa pakai tudung indon tuh .
    Malah tak teringin nak pakai sanggul tinggi tinggi tuh ~

    Balas komen
  59. Juel

    08/06/2011 at 10:35 pm

    info bagus ni…….

    Balas komen
  60. wanie

    09/06/2011 at 1:27 am

    tanx 4 dis info.. 😉

    Balas komen
  61. eyrah

    09/06/2011 at 6:15 am

    tapi hendaklah diingat. tudung tu mesti labuh kat depan ye kaum hawa…. jangan menampakkan ehm2 kita. tq

    Balas komen
  62. suheilfazri

    09/06/2011 at 8:46 pm

    kadang-kadang kita terpengaruh dengan trend terkini sampai tak sedar sebenarnya kita di tipu oleh kafir laknatullah~ beringatlah semua ye…

    Balas komen
  63. ahmad

    10/06/2011 at 5:17 am

    ha.. ha..
    nice artikel meski analisanya agak kurang tepat
    moga bermanfaat

    Balas komen
  64. farhana

    10/06/2011 at 7:17 am

    saya pun masih pakai tudung bawal..
    ada jugak beli 3 helai tudung indon.tp jarang sangat pakai.kalo g kedai je pakai kadang2.tapi hubby mmg tak suka saya pakai tudung indon tu..:p

    Balas komen
  65. syuhada99

    11/06/2011 at 9:51 am

    nice info. nak kongsi dalam blog jugak! 🙂

    Balas komen
  66. Berbagi Pengetahuan

    12/06/2011 at 2:58 am

    Baru tau gan, hehe. terima kasih, hehe.

    Balas komen
  67. Lina

    12/06/2011 at 3:18 am

    sedang memikir mengenai entri ini, terutamanya part bepakaian tp telanjang..hmm..insyaallah aku cuba yg terbaik..

    Balas komen
    • yan

      08/08/2011 at 7:33 am

      a’ah..lps ni sy pun mo buat y trbaik..biar la xbrgaya y pnting aurat kita jaga..

      Balas komen
  68. cik tom

    12/06/2011 at 9:48 pm

    skang org pmpn ramai yg terlampau ikutkan fesyen smpi xkira or xtahu dah halal haram..

    Balas komen
  69. notcar99

    13/06/2011 at 1:12 am

    thanq utk peringatan 🙂

    Balas komen
  70. Lili Noris Khan

    13/06/2011 at 9:20 pm

    thxx info nya 🙂

    Balas komen
  71. liza

    21/06/2011 at 11:27 pm

    Alhamdulillah…. bila saya terbaca artikel di atas baru saya sedar & tahu bahawa seseorang yang memakai tudung ianya boleh menjadi haram… selama ini saya tidak mengetahui akan perkara tersebut… dengan terbacanya artikel tersebut akan membuatkan saya lebih berwaspada dalam pemakaian tudung…terima kasih…

    Balas komen
  72. citet

    22/06/2011 at 1:20 am

    Ya Allah…baru sekarang kite tau pasal hukum pemakaian tudung ni…thanks a lot la pasal info yang berguna ni..pasal yang menampakkan rupa bentuk leher tu kite baru tau…thanks jugak coz lawat blog kite…

    Balas komen
  73. citet

    22/06/2011 at 1:48 am

    Ape hukum nyer kalo badan beruniform pakai tudung yang dimasukkan ke dalam baju dan menampakkan leher dan dada?wajib plak tu…macam mana?

    Balas komen
  74. asz

    08/08/2011 at 12:16 am

    lau setakat kai 2dung hnya tok brgaya sja tp bkn ngn ht iklas&btl2 mau mnutup aurat , bek xya la bb mkin mnambahkn dosa je ,2juga le d katakn munafik . . .

    Balas komen
  75. Muhamad Nur Raimi

    08/08/2011 at 3:56 am

    macam mane yang dikatakan cara bertudung itu haram? http://fb.me/TmUGxymt

    Balas komen
  76. Nani

    08/08/2011 at 4:25 am

    Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

    Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

    Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

    Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

    “Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

    Berpakaian atau bertudung sepertimana menurut Islam telah saya siapkan dalam bentuk artikel saya yang lepas. Untuk mengetahui pakaian yang dikehendaki oleh Islam bolehlah anda membaca artikel tersebut di sini.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      08/08/2011 at 5:08 pm

      Terima kasih untuk komen panjang lebar ni.

      Ayat akhir tu ada tulis:
      “Untuk mengetahui pakaian yang dikehendaki oleh Islam bolehlah anda membaca artikel tersebut di sini.”

      Mana linknya?

      Balas komen
  77. Ammar

    08/08/2011 at 12:53 pm

    Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram? http://t.co/zhv0QmD via @affanruslan

    Balas komen
  78. -

    09/08/2011 at 2:14 am

    salam,

    p/s tudung bawal xsemestinya baik. tudung bawal adalah tudung yang jarang pada pendapat saya. menampakkan leher kerana kejarangannya. *daripada apa yang saya perhatikan.

    kalau info di atas mngatakan bahawa tidak boleh menyerupai birawati yg menampakkan bentuk leher kerana sengaja dipinkan di bahagian belakangnya, jadi, apa kurang lebihnya dengan isu menampakkan leher kerana kejarangannnya?

    kita semua prejudis terhadap shawl kerana ianya sesuatu yang baru. memandang positif pada tudung bawal yang telah lama bertapak dalam dunia fesyen.

    bukanlah saya mengatakan shawl itu baik. tidak. saya mengakui shawl juga ada kelemahannya. tidak kurang juga dgn tudung bawal.

    pokok pangkalnya, pada si pemakai itu sendiri. kalau dia pakai tudung bawal sekalipun, tetapi mengenakan bonggol di kepalanya itu, ini bermakna sama sahaja pandangannya terhadap si pemakai shawl yg mngenakan bonggol tersebut juga. tiada perbezaannya.

    kita sepatutnya menekankan sekali tentang isu kejarangan tudung tersebut. ada pemakai yg lebih sensitif, mereka mengenakan dahulu lapisan awal dalam tudung bawal yang dapat menutup bahagian kejarangan tudung bawal tersebut.
    *boleh saya beri contoh di sini, tudung syria sebagai lapisan dalam itu.

    *belum lagi disentuh tentang tidak menutup bhg dada. kedua2 jenis tudung ini berpotensi utk melakukan ini.

    adakah anda perasan?

    bagi saya tidak timbul masalah pemakaian shawl mahupun tudung bawal. asalkan si pemakai tahu batas2nya. bersikap lebih sensitif.

    kalau boleh saya cadangkan di sini, pemakaian pashmina boleh dipraktikkan. kain pashmina lebih tebal. lebih lebar, maka lebih bisa dilabuhkan sampai ke bhg bawah dada.
    mungkin ada yang mengatakan pashmina tidak sesuai dgn cuaca di Malaysia. tetapi, adakah anda lebih sanggup memakai tudung/shawl yg jarang semata2 panas di dunia?
    tidak boleh tidak.

    atau lebih baik, pilih saja tudung labuh yang biasa kita lihat ustazah2 menjadi pemakainya. lebih lebih baik. senang. tanpa banyak soal jawabnya.

    *ini cuma pendapat. boleh saja tudung bawal dipakai. TAPI kenakan juga lapisan dalam yang boleh menutupi bhg aurat yang bakal didedahkan kerana kejarangan tudung tersebut. sama juga keadaannya kepada si pemakai shawl dan lain2 tudung.

    sekian.
    maaf jikalau ada salah silapnya.

    Balas komen
  79. anisLINK*

    24/08/2011 at 11:27 pm

    aduh mak aku cm nhe .

    Balas komen
  80. liana

    17/10/2011 at 8:41 am

    salam….

    macam2 pkare y kte sendiri xsda tingkah laku kte,pmakaian dan cara kte telah myerupai agama tersebut…
    di sini sy ingin m’gingatkn kpd semua pembaca dan org2 islam,kte blh berfesyen tetapi biarlah niat y betul serta menutup aurat..klo tringin sgt nk pkai slendang 2 blh je…tapi biala menutup ap y patut…hehe…

    Balas komen
  81. nifi

    24/11/2011 at 11:41 am

    nifi masih setia ngan tudung bawal . sekali dua je pakai shawl . tu pun sebab mak paksa . katanya tak up to date . hidup tudung bawal ! hehe 😀

    Balas komen
  82. mfa

    22/12/2011 at 1:31 am

    sekadar berkongsi….sila refer Hukum Wanita Bersanggul Dan Baju Berwarna:
    http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=70
    pandangan daripada bekas mufti….

    yep, if tanya saya, bergantung pada niat masing…. kenapa???senang aje, if ada rambut panjang, then takkan nak biarkan jer terlurai sampai kebawah bila pakai tudung (lagi la buruk: psl nampak rambut) or potong???
    Nabi saw bersabda:
    “Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya.” (Hr Abu daud – hasan sahih)

    Allah Lebih Mengetahui

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      23/12/2011 at 8:57 pm

      Terima kasih, memang beberapa bulan selepas tulis artikel ini, saya ada baca artikel mengenai pandangan yang membolehkan. Sbb itu, jika anda perasan, saya dah letak kat atas”

      “Pembetulan: Ada sesetengah ustaz yang berpendapat fesyen tudung yang kedua di bawah di benarkan. Wallahu’alam.”

      Allahu’alam.

      Terima kasih kerana berkongsi link tersebut

      Balas komen
    • SIL

      25/01/2012 at 1:46 am

      sekadar berkongsi….sila refer Hukum Wanita Bersanggul Dan Baju Berwarna:
      http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=70
      pandangan daripada bekas mufti….

      yep, if tanya saya, bergantung pada niat masing…. kenapa???senang aje, if ada rambut panjang, then takkan nak biarkan jer terlurai sampai kebawah bila pakai tudung (lagi la buruk: psl nampak rambut) or potong???
      Nabi saw bersabda:
      “Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya.” (Hr Abu daud – hasan sahih)

      KENAPA… RAMBUT TAKLEH POTONG KE?? .. KALAU KUKU BOLEH LAK POTONG… POTONG JE RAMBUT TU.. PANJANG PUN TAK GUNA! MNEYUSAHKAN JE… MANANYA NAK BELI SYAMPU PANTENE LAGI, PELEMBUT LAGI.. HUH BAZIR! DAH TU TEMPAT ANAK-ANAK SYAITAN BERGAYUT…DAH TU RAMBUT PANJANG NI BIASANYA TAK SIHAT DENGAN RAMBUT BERCABANG, JATUH KE LANTAI.. KALAU ADA ANAK KECIK.. HABIS DI MAKANNYA RAMBUT…HUH LAGI KOTOR…

      MAKSUD DIMULIAKAN TU..IALAH MERAPIKANNYA DENGAN POTONG YANG SEPATUTNYA SERTA TIDAK MENYUSAHKAN.. KALAU SUDAH BOLEH DISANGGULKAN TU… MAKNANYA NAK KENA POTONG LA.. JANGAN BIAR SYAITAN BERGAYUT..

      SENDIRI MAU INGAT LA..

      Balas komen
      • jgn terlalu taksub

        02/03/2013 at 1:38 am

        kalau botak bole tak??

        Balas komen
  83. faizal

    01/01/2012 at 7:46 am

    biarlah pakai tudung tu kerana niat kpd Allah bkn kerana fesyen nak menunjuk2 kpd org lain.
    kan lagi elok pakai tudung biasa je. nampak manis.

    Balas komen
  84. farhanah

    10/01/2012 at 3:04 am

    salam..sy nk tnya..cnfius sbenarnyer..xpe ke kte xpkai tudung labuh tp msih lg mnutup aurat mcm tudung bawal..dlu sy sekolah agama,dwajibkn pakai tudung labuh,kat luar skolah sy pakai tudung bawal biasa je,tapi menutupi dada dan xde wat sanggul tnggi2 tu..skrg sy dh msuk u dan sy msih lg selesa bertudung bawal..cuma sy pelik knapa ramai yg nk sindir2 trutama budak lelaki,dyeorg ckp dlu kat skolah pakai tudung labuh tapi keluar je sekolah dh singkat tudung(tudung bawal)..sy memang terasa hati sebab sy pakai tudung bawal tapi xde pun mendedahkn aurat,tudung tutup rambut,tutup leher dan melabuhi dada serta xde wat “bonggol unta”..dyeorg mcm sinis dgn kteorg sbb dlu sekolah agama ble kuar skolah je dh berubah(pdahal xde pepn yg berubah)…yer,sy mngaku bertudung labuh lebih baik tapi blehke dyeorg mengata2 mcm 2 membuat org terasa hati sdgkn kami msih mnutup aurat walaupun dgn bertudung bawal?

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      10/01/2012 at 8:55 pm

      Salam.
      Terima kasih atas komentar.

      Rasanya ia ada kaitan dgn perspektif seseorang itu terhadap tudung labuh itu. Dalam masyarakat kita, orang yang pakai tudung labuh ni dianggap seperti ustazah, baik dsb. Pakai tudung bawal pun takde masalah, asalkan cik farhanah tutup aurat dengan lengkap.

      Dalam kes ini, saya rasa mungkin kawan2 atau orang sekeliling yg tahu farhanah pakai tudung labuh kat sekolah ingat farhanah dari berubah dari “baik” ke “kurang baik”, tu mungkin streotaip orang, susah nak ubah. Mentaliti orang Malaysia, yg pakai tudung bawal ni mungkin tak se-alih-ah yg pakai tudung labuh, jadi bila farhanah tukar dari tudung labuh ke tudung bawal, diorang ingat farhanah dah tak “seperti dulu”.

      Pada pendapat saya, diorang takde hak sindir jika apa yang dipakai menutup aurat. Again, tu semua streotaip je, bagi saya takde masalah bagi cik farhanah nak pakai yg mana satu.

      Balas komen
  85. ika

    16/01/2012 at 2:53 pm

    bro,aku tak setuju dengan part tudung mcm biarawati tu.
    apa2 yg kita buat based on niat kot. takde pasal la nak ikot biarawati segala.
    try usha ceramah ust zulkifli pasal tudung ala2 sister ni. aku harap ko fikir dulu sebelum menulis.

    Balas komen
  86. murni nur aida bt zulkifli

    11/02/2012 at 11:58 pm

    sesetengah pihak ada mengatakan,bila pakai tudung pin kan kat belakang sampai nmpk batang leher,tujuannya untuk kekemasan… tiada niat lain…. hmmmm…. cam ne plak tu??
    best pakai tudung bawal,tapi sayang… ada sesetengah tudung bawal itu jarang dan xsesuai untuk memakainya…. tiada masalah andai pakai cover dalam… tapi akn timbul masalah apabila mereka akan bg komen,panas kalau pakai berlapis-lapis….
    saya harap…. nanti akan ada tudung bawal yang jenis tak jarang… kalau saya tak dapat hasilkan tudung cam tu,akan ada orang lain dapat buat… insya’Allah… semuanya bergantung niat dan harap-harap Allah akan permudahkan segala urusan kebaikan… Amin ya Rabbal alamin..;-)

    Balas komen
    • maznah

      08/02/2013 at 3:53 pm

      sy suke komen awk.. 🙂

      Balas komen
  87. auntynor

    23/02/2012 at 9:31 am

    Pakai je tudung 60″. Labuhkan ke paras perut, bahagian belakang ke paras pinggang. Confirm dapat melitupi bahagian2 yang wajib ditutup, baik dari arah depan, belakang atau sisi. Warna plain gelap atau pastel (tengok cuaca). Baju jenis longgar macam baju kurung atau maxi. Insyaallah ia selesa dan penuh keyakinan.

    Balas komen
  88. Samsiah Rosidah

    02/03/2012 at 8:13 pm

    Salam, mengenai pemakaian kain tudung yang belakangnya ada sanggul , saya dan anak anak perempuan saya kalau bertudung belakangnya memang bersanggul kerana saya dan anak anak perempuan saya berambut panjang dan kami dilarang oleh suami saya memotong rambut , tak salahkan .

    Balas komen
  89. hayati

    03/03/2012 at 8:24 am

    tudung bawal pn kena tgk2 gak..jarang….huhu

    Balas komen
  90. ain

    20/05/2012 at 9:42 am

    salam , ain nak copy artkal nie boleh takk ?

    Balas komen
  91. sayyit

    02/06/2012 at 9:38 am

    assalamualaikum…

    kenapa la kau ni susah2 kan agama… pastu main petik je hadis yang menyebelahi kau… jangan la buat bende ni kalau tak kaji sedalam dalam nya.. even takde mane2 negara islam pun keluarkan fatwa yang mengatakan tudung2 kat atas tu adalah haram.. awak menjatuhkannya hukum haram atas dasar ape? dalam quran pun takde nyatakan tudung mane halal n tudung mane haram… yang dinyatakan ialah menutup aurat dan rambut ada lah tergolong dalam golongan aurat wanita yang perlu di pelihara..

    agama islam tu suci dan mudah di ikuti untuk semua manusia sepanjang zaman hingga akhirat… skarang ni je ramai orang memandai mandai kononnya dia lebih islam dari orang lain..

    wallahualam..

    Balas komen
    • muslim says

      15/06/2012 at 6:28 am

      ko nak bertanggung jawab k atas ap yg ko cakap dpan Allah nanti sayyit says…..

      Balas komen
  92. sayyit

    16/06/2012 at 2:22 pm

    exactly my point..

    Balas komen
  93. maznah

    08/02/2013 at 3:50 pm

    ssh nak tgur kawan yg lawan balik ape yg dah dtgur..mcm2 alasan bgi(rmbut pnjg cgt larh,ta boleh nak ikat rmbut ay atas lher larh)..dose sy dah kire lepas ke?

    Balas komen
  94. jgn terlalu taksub

    02/03/2013 at 1:32 am

    Hadith mengatakan:

    Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban)

    Abih kalau kerja pakai seluar panjang, overall, jeans?? pun kira dosa coz kritien yg cipta jeans, overall …

    Balas komen
  95. jgn terlalu taksub

    02/03/2013 at 1:36 am

    Kalau perempuan tu rambut panjang bagaimana?? nk suruh potong pendek atau botak?? kalau potong pendek dh menyerupai lelaki .. jadi menyerupai lelaki tk haram la??

    Balas komen
  96. syafriza zainol

    07/04/2013 at 4:52 pm

    boleh kongsi info dlm blog anda utk pedoman tontonan rakyat malaysia terutamanya kaum wanita yang masih tak sedar diri kerana mengejar glamor duniawi.

    Balas komen

Komen Anda Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (36)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Hakcipta Terpelihara © 2021 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework