Nasihat yang menambahkan dosa!

Nasihat yang menambahkan dosa? Pelikkan tajuk. Nasihat, tapi bagaimana boleh dapat dosa? Nasihat, seperti yang kita sedia maklum adalah teguran kepada orang lain, kita juga boleh nasihat diri sendiri. Tapi kalau tak kena cara, boleh dapat dosa tak? Perkara lama yang perlu diambil ikhtibar. Selalu orang nasihat hendak tolong orang, ni nasihat nak bagi tambah dosa.  Sila baca. Jika rasa bermanfaat, tolong share dengan rakan-rakan ye . Jazakallah fikum.

stupid

sumber: dakotavoice

Seringkali apabila ada sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku, akan muncullah group-goup yang membantah dan menyokong usaha tersebut. Saya kurang pasti kewajaran tersebut, tetapi group AGAINST “Everybody Draw Mohammed Day!” adalah suatu tindakan yang berjaya menarik perhatian ramai pihak dan telah diterbitkan dalam CNN dibawah tajuk Facebookers respond to ‘Draw Mohammed Day’. Antara artikel lain yang berkaitan, Pakistan shuts down Facebook over ‘Draw Mohammed Day’.

cacian

caci maki

maki hamun

marah

caci

mencarut

Nampak?

Anak gampang… murtad…. Ko gi msok la kapir….

Budak yang komen ni memang tak belajar hadis agaknya, tuduhan kafir kepada orang lain yang akan berpaling semula pada diri sendiri.

budak tuu bukan down sindrom, tapi dia tu, kalau mampus nanti kita pergi kubur dia n KENCING ramai2!!!!.

Ada kemungkinan budak ni pun tak belajar hadis, adab kepada orang yang sudah mati. Hehe. Saya bukan nak berfatwa hendak tentukan dosa dan pahala, tapi anda boleh nilai sendiri komen-komen di atas. Kalau salah sila tegur :) Bukan ingin mencari kesalahan, cuma kadang-kadang kita terlepas pandang adab dalam menasihati. Takut-takut jadi Nasihat yang menambahkan dosa!

About Affan Ruslan

Seorang muslim, blogger separuh masa dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan Kimia di sebuah universiti.

Komen

  1. Fyzal says:

    salam bro. pada aku kalau ayat macam tu memang tak boleh dikategorikan sebagai nasihat. tu namanya maki hamun.

    kalau nasehat mesti dalam penuh hikmat dan bahasa yang molek2. moga kita dilindungi daripada sikap yang sedemikian di atas. InsyaAllah.

    p/s: baru pulang solat jumaat selepas habis kelas. letih sikit, komen pun pendek je. :D

  2. feedyoursoul says:

    Salam.. inilah masalahnya jika kita tidak punya ilmu. Adakah dengan menggunakan kata2 kesat seperti itu akan boleh mendatangkan keinsafan pada diri tuan empunya badan? sudah tentulah tidak sama sekali.

    Tapi dengan nasihat yang agak membina seperti itu(sindiran pada yg beri nasihat 0) dapat menujukkan pada kita semua bahawa mereka2 itu sama dengan saje dengan tuan punya badan. Malah mungkin lebih teruk dari mereka.

    Moga kita semua dijauhkan dari pekara2 tidak elok ini. jika ingin menasihati orang sekalipun, kenalah gunakan akal fikiran yang waras dan buangkan segala EMOSI…

    Tiada gunanya kita berdebat denag org2 yang jahil jika kita sendiri tidak mampu mengawal EMO kita sdn.. inilah yang berlaku ketika isu Palestine sdg hangat. Kita hanya menang bersorak saja. Nmaun hasilnya tiada.

    Inilah realaitinya yang terjadi dengan masyarakat kita sekarang ini. Bijak namun ilmu yang ada tidak dimanfaatkan pada tempat yang betul. Hanya sekadar emosi saja.Sekian pendapat saya..

  3. Fakhrur Razi berkata says:

    hahaha btol2
    setuju beno
    trign wat post cmnih mse dorg kecoh2 psl bnder tuh
    mmg bdak tu bslh tapi bce cmmnt yg der dpt
    haii mne satu salah pun wAllahualam x)

  4. ♥♥♥zakiah♥♥♥ says:

    ish…. teruk… sgt memalukan!!!!!!!!

  5. Nur Areefah says:

    tu la..daripada dia nak berubah mungkin lagi rasa tercabar dek kata-kata begitu..

    dan tu mmg sangat bukan nasihat namanya~

  6. Nerzhul says:

    patut ajak budak tu bertobat. termasuk kita skali tobat

  7. hentakbelipat says:

    hahaha..aku mmg tak inn dgn group2 gini..nampak aku just satu provoke nk menaik kan name certain people…then maki2 pun bukan boleh buat ape pun..mybe nk nmpak hebat lah kot or nanti nmpak famous dgn kate2 kesat habis tu

  8. Cik Nass says:

    itu bukan nasihat. itu maki hamun. nampak sangat mereka menghamburkan kemarahan.

  9. nabilah_2908 says:

    hmm..org marah..dia pun nk marah juga..tp tak kena cara…mcm ni la jadinya… :)

    sbb tu la..sebelum menasihatkn org..kena tgk diri kita dulu… ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AWSOME PHOTOGRAPHY – PART 2

  10. J.M.R says:

    aku setuju dgn artikel nih..akibt tlalu mengikot nafsu amarah…

  11. Affan Ruslan says:

    @Fyzal: Wa'alaikumsalam. Huhuh. betul, konon nak betulkan diri org, diri sendiri pun takde adab.

    @feedyoursoul: InsyaALLAH sahabat. Betul, nak berhujah kalau guna emosi, takkan mendatangkan hasil. Guna ilmu. Jazakallah.

    @Fakhrur Razi: budak tu bersalah hal die, tp yg komen tu bersalah pulak hal lain. huhu

  12. mr.curly says:

    aduh!! hangin gak wa ni.. ni bkn care nye nk bg nasihat..

  13. Affan Ruslan says:

    @hentakbelipat: tu ah, group nk banyak je. tapi semua kutuk2 je lebih. huhu

    @nabilah_2908: betul, try dulu marah kt cermin. hehehe

  14. Affan Ruslan says:

    @mr. Curly: wa lg hangin ngn lu. hehe.
    agaknya budak2 tu cakap dpn cermin kot. hehe

  15. HaiDa HiDa says:

    salam..

    betul tu, konon nak nasihat atau nak backup la.. tapi ayat yg keluar entah apa2.. kalau g2 lebih kurang jer la kita ngan orang asal yg kuarkan statement tu.. byk lagi cara nk tunjuk bahawa kita tak suka.. jgn la ngan kata2 yg kesat.. itu hanya akan memburukkan lagi keadaan..

    beberapa bulan lepas, ada satu blog yg menghina warga ********.. mmg heboh juga lah.. mcm2 dia ckap.. yg lain lak masuk tokok tambah dan yg nak pertahankan pulak cakap merapu-rapu.. so, saya masuk lah gtau yg nk pertahankan tu xleh ke cakap elok2.. saya pun warga ******** gak.. last2 saya lak yg kne.. kalau diam kata kita sokong, kalau bersuara lak terus kne bambu.. tak tahu la nk cakap apa..

  16. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum…

    Ayat2 yg digunakan diatas memang tak bertamadun, macam orang tak bersekolah dan tak belajar agama. Ini menunjukkan mereka mempunyai mentaliti rendah, tidak tahu adab sopan dan tatasusila yang baik dalam kehidupan seharian.

    Jika tidak suka dengan seseorang, cukuplah sekadar memberi komen yang berilmiah dan tidak memaki hamun. Hal macam ni mengingatkan saya pada kes penyokong parti politik yang membuat banner dgn kata2 yang menyamakan Sultan negeri tempat penyu mendarat dgn panggilan "Natang" (binatang). Hal ini berlaku kerana sultan negeri itu tidak mengekalkan menteri besar yang sedia ada, sebaliknya memilih orang lain jadi menteri besar.

    Yang menghairankan, tiada tangkapan atau ISA dikenakan kepada kumpulan tersebut sedangkan jika parti tertentu yang berbuat sedemikian, dengan pantas ISA dilaksanakan… Berita mengenai hal ini ada disiarkan oleh stesyen televisyen…

    ~Sila buat carian imej pada google untuk melihat gambar berkenaan dengan kata kunci "penderhakaan di Tereng…."

  17. touya says:

    Dude … mereka adalah hipokrit yang berlagak baik .

  18. zeyrulez says:

    nauzubillahiminzalik…

  19. zulkbo says:

    salam saudara..
    cara bercakap budak tu
    pun dah tahu amalannya
    bagaimana..moga di jauhkan
    keturunanku..nauzubillah..

  20. etomyam says:

    amat bersetuju..yg tukang respond tu nampanya 2 x 5 jer dengan budak tu

  21. Gransazer says:

    ni kategori maki hamun..
    xde unsur nasihat pn dlm kata2 diorg..
    kononnye mereka nak menegur kesilapan org tp diri mereka sndiri yg patut ditegur..

  22. jaya jr says:

    haha,komen2 camni klo bace nk gelak guling2 pon ade..
    tp yg terbaik ialah membetulakn sesuatu yg salah..

  23. wai says:

    tu la susah kalo na nasihat biarlah kena gayanya..ini yg tukang nasihat pun 2×5 gk…

  24. dunspeak♥ says:

    betul tu..kadang2 orang bagi nasihat pun tak sedar diri mereka 2×5 macam orang yang memerlukan nasihat..

  25. DaHLia says:

    itu lah psal diorg ni…
    nk nasihat, nk perbaiki yg buruk, tapi diri sendiri yg buat kebburukan xnmpk

  26. .s.o.f.i.a. says:

    nasihat tak sama ngan caci maki hamun…… so pepandai la menasihati dengan berhemah…

  27. kulanz says:

    Salam bro,
    Akupun kadang baca juga komen-komen macam tu.. tapi malas nak ambik port.. bukan apa, memang jelas sekali orang yang komen dekat budak tu pun memang 2×5..

  28. Mr.Z says:

    salam..
    memang dah macam trend juga kan sekarang, asal ada orang buat silap, then wujudla page anti orang tu la ,ni la.. lepas tu bukan bg nasihat pun, kutuk lagi ada la..melampau lak tu..

  29. ♥xaturen♥ says:

    Kalu kita nak nasihat orang pun bukan macam tu.. Hati-hati nasihat menambah dosa! ….

  30. Oh Malaysia says:

    sepatutnya guna la cara yg berhemah, baru la orang respek kita.

  31. suri says:

    tika hati dah panas segala kata blh klr.waktu tu syaitan mula sorak gmbira..

    cara teguran yang tdk wajar di lakukan, malangnya sekiranya org tu beragma islam sb tak tahu adab dlm berbicara mahupun berduksi

  32. cybernetic88 says:

    hoho. cite pasal budak tu ek. kecoh kowt. hahaha. gila kntng la. hbs bnyk gila anti diew. ish3. mcm2 hal la. kecoh smpai mcm tu skali. erkk sedih2 T_T. yg dok nasihat tu siap maki2 je. 2 kali 5. haha. adoi la. saba je la. huhu

  33. RasaHatiku says:

    assalamualaikum.
    pada saya itu bukan masuk katagori nasihat, maki hamun ada le.
    budak2 sekarang nampak macam kurang bijak dalam menyusun kata-kata yang membawa barakah.
    dosa dibuat macam perkara biasa aje/
    TQ

  34. Sir Marcello says:

    yang bagi komen tue lebih kepada perangai budak2..tak reti meluahkan kemarahan…konon nak tegur, tapi caranya salah…

    ibarat meludah ke langit…

  35. HeXaLerVer says:

    i like…

    kite prlu lbh sensitif ape yg kite ckp spaye org tidak memandang sinis ape yg diluahkn…

    adab mencerminkan budaya…da budaya mencerminkn bangse…peace ;)

  36. n@jwamz says:

    Ya Allah…budak2 skrg..
    ~dunia dah tua sgt..umat akhir zaman~
    sma2 lah kte beringat…

  37. xazryx says:

    tu la .nk tegur org ,tgk diri sendiri dulu .

  38. sop says:

    itu kelemahan org kita.. selalu menunjukkan kelemahan diri sendiri..
    sbb itu kita selalu bersengketa dan pihak lain hanya bertepuk tangan

  39. farah says:

    Cara teguran tak betul..dah tahu budak tu salah sekalipun,tegur la elok2..ni nak nasihat tp makin buruk adalah!

  40. AiN Z says:

    hehe.. tau takpe.. nak nasihat org. tp kite lagi teruk dari tu.. jaga lah tutur kata.. sekian.. hehe

  41. Hariz says:

    Betul tuh affan
    saya setuju dgn affan
    kerana budak2 yang sikap sebegitu
    free je budak yg maki tuh dpt dosa kering =.=

    New Entry Prof-Hariz
    Prof Hariz @ Facebook

  42. Zikr the Jalanan Sepi Perantau says:

    teruknya… isk2…

  43. y@n@ M!B says:

    emosi menguasai minda gitu ler jadinya..hehh~ -__-'

  44. NaniRostam says:

    Selalunya orang yang suka mengutuk, marah-marah, mengata, menuduh, maki hamun…walhal itulah gambaran hati mereka yang tidak baik sejajar kata-kata kesat itu…

  45. puteri says:

    nasihat secara berhikmah..

  46. eyl says:

    aku setuju giler post ni, mase rafiqin darwisy aku aktif gk kat group tu dulu, bukan nk kutuk darwisy, nk try deal dgn org2 dlm tu, yg duk wat tmbh dosa 2×5 je.

  47. Bro Framestone says:

    he…23x betul tue

    senang sangat kita nk kolet dosa dari pahala… kekdang nk wt pahala pun boleh menjadi dosa

  48. acepa weet says:

    salam.acepa terdiam kejap bace entri nie.mmg betol pown ape yg jadik nie.kite nak menegor org.tp kalu diri sendiri pown tak btol ape gunenye.ye tak

  49. Thoha says:

    saya setuju juga dengan bro..kalau marah sekalipun jangan ikut hawa nafsu kerana syaitan selalu menyesatkan manusia..kena berfikir sebelum bercakap dan bertindak..

  50. Affan Ruslan says:

    Wa’alaikumsalam. Haah, tu namanya maki hamun. diorg macam cakap depan cermin lak!

  51. jalanjatuh says:

    neh maki hamun.. not nasihat la.. hehehhe
    tapi diorang same je ngan budak yg kutuk arwah tuh.. same2 mengutuk orng..
    kes nih same gak mcm kes salleh greogor samsa.. mmng la die wat kenyataan yang kontroversi.. tp yng wat review pasal die or komen pasal die pon jenis2 yang menambah dose sendiri, mengutuk x ingat dunie..
    renung-renungkan

  52. adam says:

    Igt kan apa la tadi.. Betui la tu.. Peringatan utk diri aku sndiri gak.

  53. ira azman says:

    menarik…thanx 4 the information ttg hukum hakam

  54. grOundnUt says:

    Setuju sangat dengan cara ko bro…^^
    grOundnUt recently posted..Bulgogi DinnerMy Profile

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge