Nak Menang Buku Conteng-conteng Dari Contengconteng.com?

Nampaknya debaran semakin terasa untuk contest Gajet Impian di blog Denaihati. Pada masa yang sama, blog ini juga sedang menganjurkan giveaway ringkas, dan antara hadiah yang menarik adalah buku Contengconteng dari blog contengconteng.com. Seriusly, ada pembaca blog ini yang sudah join giveaway ini sebab beliau nakkan buku conteng-conteng daripada contengconteng.com tu (hadiah lain merupakan wang tunai RM 50 untuk dua orang).

Nak menang? Baca sampai habis…

Contengconteng.com

Bagi saya, blog contengconteng.com ini adalah satu blog yang unik. Jika ramai blogger yang memilih untuk menulis di blog, blog contenconteng.com ini pula dimuatkan dengan lukisan-lukisan kartun yang COMEL :D . Ya, comel. Penyampaian pun santai, dan style melukis yang sangat simple dan bersahaja. Baca sekali, mesti nak baca datang blog tersebut hari-hari hehe. Penulis blog ini lebih popular dengan nama Fad.

Antara karya dari contengconteng.com (diambil dengan kebenaran) :

Kucing Yang Tidak Berperikemanusiaan

kartun kucing

kartun kucing

kartun kucing

kartun kucing

 

 

Buku conteng-conteng

Jika anda selalu membaca blog contengconteng.com, mesti tahu yang blog ini juga menjual buku Contengconteng. Sehingga kini, lebih 1000 naskhah yang telah terjual. Hebat kan? Jual melalui blog je, tapi ramai pembeli. Jika sebelum ini TheSharkox.com telah menaja 2 doodle comel untuk giveaway di blog ini, kali ini contengconteng.com pula bermurah hati nak taja 2 buku contenng-conteng khas untuk pembaca blog ini.

Koleksi buku Contengconteng

Buku Conteng Conteng

 

Nak menang?

Ok, sebenarnya giveaway ni nak minta tolong pembaca blog ni undi saya untuk contest Gajet Impian di blog Denaihati. Jadi alang-alang ramai yang tolong, saya rasa baik hargai pembaca yang bertuah. Dalam kata lain, hadiah penghargaan, tapi untuk 4 orang je lah, ikut nasib. Dua hadiah RM 50, dan dua naskhah buku conteng-conteng.

Ok, kalau nak join giveaway tersebut, cuma ikut semua langkah-langkah dalam kotak di bawah je. Andaikata takde kotak kat bawah ni, cuba refresh browser anda. Kadang-kadang memang ada masalah aplikasi tersebut tak muncul >,<

 

 

Komen Pembaca

  1. nadya nabyla

    Comelnye kartun kucing tu…saye suke kucing..insyallah..boleh pegi jauh dengan kelebihan yg ade…rezeki Allah S.W.T….

Komen Anda

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.