Salam sejahtera. Lama pulak tak update sebab busy dengan test. Alhamdulillah ada cuti hujung minggu boleh lah update blog. Tiba-tiba pulak dapat idea untuk menulis tentang topik merendah diri dalam berblog ni.
Dunia blog banyak cabarannya. Seorang penulis blog yang ingin bukan hanya seorang yang boleh menulis atau update blog tiap-tiap hari, tapi juga perlu memastikan tulisan mereka bermanfaat atau diminati ramai. Bila dah lama berblog tu, mestilah semakin bertambah bilangan pengikut atau follower. Bagi yang buat duit dengan blog juga, pendapatan jugak mungkin bertambah. Entah-entah dah kena bayar cukai sebab pendapatan dari blog je dah lebih RM2500? Hehe.
Cabaran Seorang Blogger
1. Follower Β atau Pengikut yang ramai
Pengikut atau follower ni ada banyak jenis, ada yang menjadi fans anda di facebook page, ada yang follow melalui Google Friend Connect seperti di sidebar blog ini, dan mungkin juga ada yang melanggan RSS blog anda melalui email atau Google Reader. Jadi, secara tidak langsung bila follower dah ramai, Β mungkin ada akan merasa bangga dengan blog dan diri sendiri. Ingatlah, bila dah berjaya, jangan pandang rendah pada blog-blog ‘picisan’ kerana mereka jugaklah yang terus support anda.
2. Trafik tinggi
Memang tak dinafikan, blog yang popular memang trafik akan tinggi. Bila trafik dah tinggi tu bersyukur lah. Tak perlulah kot sampai tiap-tiap minggu buat review trafik, nak buat apa? Nak pujian dari orang ke? Kalau nak sangat simpan buat kenangan, screenshot pastu simpan dalam folder dah lah kan. Satu lagi, bila dah trafik tinggi tu, jangan ingat ia akan kekal.
3. Blog dan penulis blog semakin popular
Ada orang memang kejar populariti dalam berblog. Lantaklah. Tapi jangan lupa, populariti juga adalah salah satu punca ujub atau bangga terhadap diri sendiri. Nanti dah popular, jangan pandang rendah pada orang lain. Populariti tak kemana.
4. Komen yang memuji
Ahaha. Ni pun saya tak suka, sebab tu lah saya kurang gemar komen yang berbentuk berikut, kerana nanti taktau nak reply apa. hehe π
- “Nice one bro”
- “Mantap lah blog ko ni”
- “Terbaiklah lah entry ni”
Kepada tukang memberi komen bukan sekadar memuji, tapi juga mengkritik dan memberi pendapat.
Keperluan Merendah diri dalam berblog
Dalam apa-apa yang kita buat pun, termasuk berblog jangan lupa merendah diri. Ujub atau bangga terhadap diri sendiri termasuklah seperti berikut:
“Wah trafik aku lagi mantap lagi trafik die”
“Wah follower blog aku lagi banyak dari blog die”
“Wah PR blog aku lagi bagus dari blog die”
Cuba elakkan menulis entry yang boleh membanggakan diri sendiri. Income tu tak perlulah nak tunjuk tiap-tiap minggu, orang lain pun ada juga. Tunjuk income buat apa, nak orang lain tengok lepas tu puji ke? Hehe.
Ya ALLAH, kekalkan kami dalam keadaan rendah diri semasa berblog.
.
Sumber ilham dari artikel iluvislam yang bertajuk Ujub zaman moden
rozuan
thanks sebab ingatkan..tak mawla sebab blog,timbul sifat mazmumah..Moga kita sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT
Affan Ruslan
Amin, InsyaALLAH.
apa2 pun yang kita buat, sifat tu boleh muncul, jadi kat sini yang fokuskan pada blogger je. π
Izhar Hayato
mantap lah blog abang Affan !!! π
reply jgn x reply affan oi…haha
Affan Ruslan
ahaha. oit, g tido. =.=
meaw
sat-sat …… mantap lah blog u π
i loikeeeeeee …..
tengkorak emas
Kalau tak silap dalam akhbar iLuvIslam terbaru ada cerita pasal syirik..dan ujub adalah termasuk syirik kecil
Affan Ruslan
betul tu bro.
aku ada bg link kat atas tu, mungkin kita baca benda yang sama.
LTQueen67
ouh, thanks 4 da information π
ske yang teramatt sangatt sebab ade sesetengah blogger yang tgah popular skang neyy macam sombong sgatt π
thankieee π
Affan Ruslan
huhu. sama2.
entah lah, masing2 kan.
nak komen pun takleh, diorang punya blog, pandai2 lah kekalkan pembaca.
contohnya, kalau ada komen di blog, bukan wajibpun reply. tapi sekurang2nya kalau ada orang tanya soalan, reply dan jawablah.
takkan soalan pun tak sempat nak jawab? hehe.
adamfaiz
ingatan sebegini penting sebenarnya..kerana kita tak nampak cacat cela sendiri.. teruskan bro
anies
seperkara lg, bla da pemes, jgn la asik2 tulis entry yg ‘angkat bakul’ je..plzzz la
Affan Ruslan
hehe. betul tu. thanks anies.
Izwan
apakah itu blog picisan ?..
yup,setuju…kadang2 tak leh lari dari bisikan syaitan..sungguh2 surh kita riak.. itu semua tak kemana..
Affan Ruslan
blog picisan tu macam blog aku. nilai sendiri. hehe
Nor moscow
tu yg Kak nor tak berapa suka paksa org jadi follower blog kita tu..kalau nak follow..biar betul2 dgn hati terbuka..begitu jugak kak Nor…
Affan Ruslan
huhu. betul tu, saya lebih suka follower yang memang nak baca blog kita. jadi biarlah diorang follow kalau suka, kalau taknak takde paksaan π
kak nor ni dok moscow ke?
Rie
thanks for sharing your view π
kalau buat review bulanan about blog progress
dgn niat nak memberi semangat utk diri sendiri
dan penghargaan utk pembaca yg rajin komen
is it okay?
baru terfikir nak buat 1st review utk bulan jan 2011 ni
adele
pada sy ok je..tp jgn smpai menimbulkan perasaan x suka kpd pembaca..huhu
Affan Ruslan
hehe. betul, kalau sebulan sekali tu ok je.
sambil2 tu, hargai lah pengomen tertinggi ke, referrel tertinggi ke, baru lah ada penghargaan kepada pembaca.
Affan Ruslan
it’s ok.
as long niat tu betul.
dari struktur ayat pun kita boleh nilai sama ada entry tu nak menunjuk atau memang nak bagi semangat.
buatlah review, blh aku baca. hehe. nak tau jugak kekuatan sesuatu blog
Sir Marcello
mantop lah blog ko…ekekeke…
merendah diri dalam penulisan kan bagus…lebih2 pun tak kemana…mengundang ego dan greed~
Affan Ruslan
betul, aku pun kurang suka blogger yang tulis pasal nak bangga dengan diri sendiri (kalau ada). hehe.
tulis macam biasa sudah, dah popular ke, tak popular ke, tulis je lah macam biasa. nama pun blogger.
adele
salam..
jgn lupa kpd silent readers…hehe
terima kasih ats pringatan, tp sy rasa kbyakan blog, akan terbit juga perasaan begini..semakin lama semakin hilang perasaan ini dan penulis mula akn terfikir, aku tidak sebaik apa yang aku tulis pun..
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
hehe. apa kena mengena dengan silent readers?
hehe.
entry ni untuk diri sendiri dan blogger lain.
setuju pasal statement tu:
“penulis mula akn terfikir, aku tidak sebaik apa yang aku tulis pun
tapi tak bermakna kita hipokrit, cuma niatkan tulisan tersebut untuk diri sendiri juga. InsyaALLAH
adele
silent readers pun beri support kpd blog dgn selalu berkunjung memberikan trafik..huhu
Affan Ruslan
memanglah takkan dilupakan. hehe. thanks ingatkan
anip
betol2, kekal lah sifat rendah diri kami, tak nak rasa ujub sangat, berblog nie bukan utk membangga. hmmm, apepon kite cube ape yg patut, ko nyer nasihat bguslah, heheh
Affan Ruslan
betul, sebab tu aku kurang gemar dengan orang yang berblog sebab nak cari populariti. tak kemana pun
Ezany-Kun
adui.. baru nak buat review blog utk bln 1 wpun trafik biasa2 jer.. pastu nnt nak set target utk bln 2 pulak dlm entri tu.. tp skang ni mcm dah krg sket masa berblogging.. harap2 blog tak lingkup.. :p
Affan Ruslan
owh, entry2 review ni benda biasa.
sumenya terpulang kat penulis, kalau pandai menggunakan struktur ayat yang baik, takde lah pembaca rasa:
“ceh gila kerek blogger ni”
buatlah, ada masa boleh aku baca
Pembaca blog setia
lol. apesal nasihat untuk blogger je? kami yang x de blog ni ingat x pernah berbangga ke?
Kami pon nk dapat nasihat jgak dari abang affan. Ke kami ni x penting untuk abang affan? huhu
Affan Ruslan
ahahaha. sape niiiiii… ni mesti kawan2 aku ni. hehe.
saja je tulis untuk blogger, yang orang lain pun samalah, perasaan tu memang akan timbul
syahrilhafiz
fuyoooo…setia beb!
cayalah affan..
Bean Moreno
saya setuju bro…sayapun dah lama tak post traffik sebab sikit je sebenarnya…tapi suka baca entri berkaitan dengan blog…
Affan Ruslan
ok je nak buat review trafik.
tapi bila buat review tu, bagi lah sekali penghargaan untuk pembaca.
aku suka dengan komen etomyam kat bawah2 ni, ada beza antara sharing dan showing off. hehe
ayinAyob
cool one dude. biase nye otai otai blog neyh. bile dah ramai follower die. terus die malas nak lawan orang orang yang terjah blog die. mule lah die nak kate yang die tak de mase and siap buat post tentang orang yang mintak die jenguk sekeja blog die. herm. tu pun supporters kan? tak patut tak patut
Affan Ruslan
hehe. aku pun malas nak komen bab ni.
lantak lah, pandai2 lah diorang nak hargai dan kekalkan pembaca.
ayinAyob
hey dude. i linked this entry on my blog. tak kesah kan. by the way. this is the link.
http://aynayobpunyebelog.blogspot.com/2011/02/blogger-tegar-kadang-lupa-mana-bumi-di.html
Affan Ruslan
ok no prob. thanks
amare amor
btol gak tuh kannnn…….
Affan Ruslan
apa yang betul amare amor? hik2
zulkbo
salam..
salah satu sifat merendah diri
yang perlu kita ada, mensyukuri
walau secebis ayat sekali pun
orang nak titipkan di blog kita..
ermmm..alhamdulillah kalau
saya dapat sekadar HELLO..
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian tu bro
akubiomed
Suatu pesanan kepada supaya jangan lupa diri. Terim kasih bro kerana berpesan dan mengingati π
Affan Ruslan
sama2. dari penulis kepada diri penulis dan penulis2 yang lain. InsyaALLAH
decrewz
Nice one bro.. (ops, tercakap pulak, baru je sound..ha3)
Terima kasih affan sebab ingatkan.. Manusia ni bukan kadang2 tapi selalu lupa terutama Jai sendiri.. Kadang2 Jai tengok banyak pulak blogger tunjuk income dan baca komen diorg, ada yang memuji, ada yang mengutuk.. Apa yang dapat? Bagi owner blog tu mungkin semangat baginya kot, tapi pandangan manusia tu berbeza2, ada yang anggap owner tu nak menunjuk kononnya dia dah berjaya.. Haish.. Entahla..
Affan Ruslan
hehe. aku tak kisah orang nak bagi komen “nice one bro” atau seumpama dengannya. tapi sekurang2 nya bagilah pendapat, kang nanti aku pun taktau nak komen apa. hehe. contohnya macam komen ko ni, ada gak idea dan pendapat. sekurang-kurangnya ada jugak two ways communications, ada jugak sebab aku nak reply komen. hehe
decrewz
Jai sokong.. Kadang2 jai pun x berapa reti nak reply komen org bila taip singkat.. 1 way communication ibarat perbualan separuh jalan..hu3
etomyam
mungkin pemilik blog perlu lebih memahami maksud dan kefahaman konsep ‘sharing’ dengan ‘showing off’. Benda nampak hampir2 tu.
pandangan aku di pagi hari cuti ni hehehe π
Affan Ruslan
hehe. aku suka pendapat bro ni:
“mungkin pemilik blog perlu lebih memahami maksud dan kefahaman konsep βsharingβ dengan βshowing offβ. Benda nampak hampir2 tu.”
tehr
buat aku berfikir
adakah blog aku ‘sharing’ atau ‘showing off’
harap2 aku tak sesat dalam diri sendiri
decrewz
Aahhh tidak.. Jai xnak tersesat dalam blog sendiri..he3
Pejuang Kesenian Extreme
Kompom pelik kalau sesat kat blog sendiri..hehe
Zaini
Tapi pembaca boleh menilai dia tu sharing @ show off. hehe
WanFadhilah
terima kasih untk peringatan ini..
harap2 tidak lalai dengan dunia blog ini.. amin
little daisy
jadi blogger pon bnyk cabaran…mcm jd celebrity atau public figure. klau org tak kenal personally, virtually org akn perhati gaya penulisan blogger tu. mmg kene sentiasa beringat… buat slh skit mungkin org akn mengata…
Affan Ruslan
biasalah tu, first impression.
tapi bak kata kakjie, kalau kita rasa tak buat salah, buat macam biasa.
lagipun kita tak blh puaskan hati semua orang
little daisy
yeap, mmg impossible! rambut pon lain2 color, ni kan pulak hati manusia…
eastbullet
aku pun tak faham kenapa masih ramai yang sibuk menunjuk income dari pengiklanan. bukankah itu seperti riak? bila orang dah start buat entry pasal income ni, aku akan banned beberapa hari dari baca blog dia… kita jangan asyik nak boikot Yahudi je, kene gak boikot orang Islam yang tak sedar diri nih… π
Affan Ruslan
hehe.
ganas sampai boikot blogger. hehe.
tu pun bergantung pada niat die kot, macam bro etomyam kate,
ada orang taktau beza antara sharing dan showing off
Affan
Merendah diri dalam berblog http://kelantanbloggers.com/read/10726
hazwan
jadilah macam padi
semakin berisi semakin tunduk
thanks for the reminder bro…
Affan Ruslan
sama2, dan terima kasih untuk reminder bro tu.
Mohd Isa
wah, terima kasih bro sebab mengingatkan aku mengenai rendah diri dalam berblog. sampai tiap-tiap minggu nak tunjuk trafik tu takdalah, aku buat review pun untuk sebulan. niat aku bukan nak show off, tapi sekadar rujukan kepada aku dan pembaca untuk mengetahui perkembangan blog aku. selain itu aku juga mengulas beberapa tajuk entri yang lepas untuk bacaan kepada pembaca yang tertinggal, maklumlah tak semua orang ikut blog kita. betul tak, hope bro tak salah anggap sebab aku wat review bulanan. bukan untuk menunjuk, sekadar ingin berkongsi perkembangan dan membuka kembali entri yang lepas2. pasal income tu, memang ada baik dan buruknya. kalau yg tunjuk nilai tu, boleh mengundangkan buruk dari kebaikan. tp aku tak pernah buat lagi kot nak tunjuk earning pada org. terlupa plak, untuk review trafik tu. satu lagi untuk menjadi rujukan kepada advertiser atau pengiklan yg ingin beriklan di blog aku. hope bro jgn salah sangka plak sbb aku wat review bulanan nnt. segan gak bila bro tulis pasal ni, maklumlah. lain orang lain pemahamannya. ada yg menunjuk, ada yg berniat lain sebaliknya. π
Affan Ruslan
1. Tak adil lah kalau aku nak menilai semua orang macam tu.
2. Penulis lebih tahu apa yang ditulis.
3. Bak kate bro etomyam, bezakan antara sharing dan showing off.
3. Takde masalah pun kalau tujuan untuk menambah semangat, sambil tu strategi menarik pengiklan. hehe
4. Buat review blog pun blh jadi sebagai penghargaan kepada pembaca.
5. Erk, aku tak pernah lagi kot salah sangka dengan ko. Hehe. Peace.
syahrilhafiz
tumbuk3..haha
aku nak showoff weh, ok tak..hehe
saja seronok2 tengok blogger lain review statistik masing2..
kau bila lagi? RB dah start,,hehe
Affan Ruslan
tak sedia lagi lah.
ala bukan byk pun, takde masa lah nak update hoho
tumbuk? lol
missnina
entri macam ni kalau dipandang dr positif, bagus. kalau sensitif.. hm..macam2 la tafsiran org
Affan Ruslan
hehe. pandang positif lah kan, entry ni pun peringatan untuk diri sendiri juga InsyaALLAH
bdk kampong
~ Sifu!!! caiyok3!!
Affan
Merendah diri dalam berblog http://johoreanbloggers.com/read/12653
undi.ME
RT @affanruslan: Merendah diri dalam berblog http://johoreanbloggers.com/read/12653
feedyoursoul84
artikel yg bagus.. wlaupun bknlah dr klngn yg hardcore blogger.. just bt blog sbg dkwah n santai2. dgn 1 hrpan je, moga sgla artikel yg bermanfaat dpt dbce n dimanfaatkan oleh para pembaca. thanks sbb kuarkan artikel ini utk muhasabah dri..
Affan Ruslan
Alhamdulillah, bagus niat tu, moga istiqamah dan terus bermanfaat
kami
kami setuju dgn pendapat ko,
ada juga blogger yg dulu ok je bila da popular da tak layan yg lain,
pasal entri kalau blogger tu ada niat baik seperti menunjuk traffic dia utk naikkn smangat yg lain takpe cuma jgn tiap2 bln benda yg sama je..hehe
terbaiklah entry ni..ooppss..:)
Affan Ruslan
hehe. ramai juga cakap untuk naikkan semangat ye. betul juga, mungkin tiba2 dah hilang semangat berblog, tiba2 dapat semangat masa tgk earning nuffnang dari org lain, blh naik jugak semangat.
pasal blogger popular tu, aku pun taktau nak cakap apa. masing2 kan
chempaka
like!~~~
saya masih baru.. rasa mcm x layak je nak ada follower ramai2.. bile ada bertambah folllower mulelah rasa kene teruskan entri.. tapi entri ntah apa2.. tapi bagus jugak kalau naikkan semangat nak menulis kan?
nak letak widget sosial network share button pun rasa segan kot… moga2 tawaduk terus bersama kita…
Panduan Buah Pinggang Sihat
Sememangnya saya bersetuju dengan artikel ini.Sekurang-kurangnya buat peringatan kepada diri sendiri.Bukanlah itu bermaksud yang blog saya dah sempurna dari segala segi.
Yang paling diharapkan dengan berblog juga dapat kita jadikan ia sebagai saham yang akan berterusan sampai walaupun setelah kita mati.Iaitulah apabila blog kita menjadi sumber penyebaran ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama.
Affan Ruslan
Allahu Allah.
Panjang tuan berfikir, sampai jadi saham.
Kalau camtu kena pastikan blog bermanfaat lah.
InsyaALLAH akan diusahakan dari semasa ke semasa.
Kujie
kalau nak dikira – itu ini tak boleh kena jadi macam ni
tak boleh mcm tu
masing2 akan menilai blog orang lain, sikap orang lain
bagi kak jie mudah
selagi tidak berdosa dgn sesiapa, tidak mengata sesiapa, tidak berprasangka dengan sesiapa…baca saja blog dan buat saja rutin mcm biasa
kalau orang ada prasangka dgn diri kak jie, dia tak selesa dia tak suka , tak mengikut piawaian yg ditetapkan, selagi tak melanggar hukum dan adat..teruskan berblog mcm biasa.
Affan Ruslan
buat macam biasa, sebab bukan semua orang kita boleh puaskan. lagipun kita sendiri lebih mengetahui apa yg kita tulis.
terima kasih untuk nasihat tu
mekar
Pada saya tak salah nak tunjuk income masing2. mungkin niat nya mahu memberi semangat kpd blogger2 lain. Tapi kalu dah tiap2 minggu dok tunjuk income , naik meluat pulak dok !
Ini pun peringatan utk saya juga.
Affan Ruslan
hehe. takkan lah sampai tiap2 minggu, melampau tu hihi
Fitrihadi
actually aku pun ada tunjuk trafik dan income dalam blog.. tapi tu dulu ar masa zaman merangkak lagi.. trafik dan income takde ar kencang pun.. but sekarang dah tak tunjuk ar tu semua. ada banyak lagi bahan untuk blogging yang lebih baik dari tu.. kalau buat entry tunjuk tu semua takut nanti ada orang terasa..kan..
Bro Framestone
kenyataan bro suka merendah diri dan jelas kelihatan pada kerendahan bro T-T
apa2 pun netry ini memang menarik
Affan
hehe. macam tu pulak!
eiela
merendah diri dalam berblog memang perlu kan, untuk kita berasa dekat dengan pengunjung. tapi jangan berlebihan plak parah jadinya. lagi satu tak suka jugak konsep i follow u, u follow me tuh, bukannya sombong tapi lebih baik follow blog yang benar-benar kita nak follow kan lagi ikhlas. tapi kawan lain tak lupa jugak, walaupun tak jadi follower tapi masuk juga blog tuh sebagai sokongan sesama blogger.
Affan
betul, ada orang tak follow blog ni, tapi masih sudi lagi membaca dan komen.
Alhamdulillah, terima kasih
fyzal
tidak dapat tidak bro.. entri ni sepatutnya dibaca oleh blogger-blogger sekalian. sifirnya mudah, bila kita kat atas – bukan selama-lamanya kat sana. akan bedebuk jatuh jugak.
pasal review trafik dan income tu – aku rasa kalau blogger yang sekali sekala buat demi bagi inspirasi pada blogger-blogger baru, tak jadi masalah rasanya.
walau bagaimanapun – kalau niat tk elok – nk menunjuk – tak guna jugak. so, dalam berblog, moh la kita sama-sama cek diri kot kot kita ada buat benda-benda macam dalam entri ini.
fitri
dalam ghairah berblogging kadang-kala tersasar juga daripada matlamat asalnya…
moga sentiasa diingatkan oleh sahabat dan teman-teman..
Ali ridha
biar kita merendah diri dalam berblog.
ingat tujuan asal berblog.asal rasa
seronok sudah.
duit tu tolong sorok kan
buat pengetahuan orang ramai.
nanti kena bayar cukai pula.
cikgu azam
setuju dengan pendapat anda~
kadang-kadang ada yang gunakan blog untuk menghentam org lain, dan hasil dari pendapatan tu halal x agaknya??
Affan
entah lah. hehe.
cikgu azam
ek??
Affan Ruslan
tak, bukan pe cikgu.
kalau nak hentam org tu, lebih kepada adab lah kan.
pasal hukum duit tu, saya tak pasti pulak. huhu
MDHAFiZ.NET
suke dgn entri nih.. ingatlah..
jika kamu hari ini seorang pemimpin.. jgn lupa ada lagi pemimpin yg berkuasa dr kamu.. jika kamu hari ini seorang raja yg maha mulia lg berdaulat.. jgn lupa ada lg Raja yang maha mulia dr kamu.. dan jgn kita pernah lupa akan Raja segala raja yg lag maha segala maha mulia di bumi ini.. iaitu Allah SWT….
As-Salaam… π
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
Allahu Allah.
Terima kasih atas peringatan tu
saiful
sikap rendah diri perlu ada,tak kiralah sebagai blogger atau tidak. Riak dan bangga diri cuma buat orang menyampah je.
s.y.a.r.q
senang kata, semua perkara yang kita buat,kita pakai biar sederhana. Takdelah kita bangga diri. Dan jadi riak nanti.Dah riak susah lah
Amry
aku selalu mengingatkan diri aku. blog aku pon memang tak ader apa lagi la.tapi kalau dah berjaya tu insyaallah tak kan lupa waktu mula2 aku kat bawah…otak tengah hang…sorry kalau komen aku kurang bernas. hehehe..
thanx bro untuk ingatan ni.
Affan Ruslan
hehe. apa pulak tak bernas.
betul, jgn lupa org bawah, org yang support masa awal2 dulu.
dalam kehidupan pun sama. Peringatan untuk diri aku juga
LTQueen67
ahha. betul betul betul π
da orang tak sudi kannn. ahha π
RedBoys
aku tunjuk statistik takpe kan? takde niat nak bangga atau meninggi diri. hehe. minta2lah aku dijauhkan dari sifat meninggi diri. aku lebih suka merendah diri. huhu
Affan
Alhamdulillah. Eh, tak adil lah kalau aku cakap semua yg buat review tu menunjuk. tuan punya blog lebih tahu
iema
ad gak jumpa bloger yang sombong tp xpela biar la die dengan hidup die…
Affan
takleh buat apalah kita sebagai pembaca.
takyah layan die hehe
Wandy
iya bro..kalau bagi tgk traffik tu, dia show off ke x bro?
Affan
tengok niat lah kan. hehe. takleh gak nak judge org suka2 hati
Ali ridha
affan kalau tiada idea nak jawab,
komen seperti ”nice post”.jawab heeee:xD…….
pun jadi la.
anamizu
tak baik sombong2 kan affan kan??
cik ana tak sombong kan?kan?kan?? hihi
recent post : |kenal mohsen namjoo???|
nuriz
berblog dengan gembira, asalkan tak ganggu orang, jangan ada sifat dengki mendengki..
dalam kehidupan seharian pun tak boleh kita riak dan meninggi diri..
kalau tersilap cepat cepat le kita sedar..
mcm entri affan ni le..sama2 menyedarkan bg yang terlupa..manusia tu kan ada sifat pelupa..
π
miss yaty
thanks for sharing this..berkawan dalam dunia blog macam berkawan di luar blog jugak..kena saling merendah diri dan menghormati..
Wan Perlis
masih beginner
tahu skit2 ja pasal blog
shakshaf
terima kasih atas perkongian ini. saya suka entry ini. muhasabah bersama π
Amirez
kekalkan sifat mahmudah dalam berblog. insyaAllah populariti tu tercapai juga walaupun bukan tujuan sebenar berblog π
thanks Affan bagi peringatan ni. kadang2 kita alpa, tak sengaja buat orang fikir negatif kat kita padahal kita tak bermaksud macam tu. biasalah manusia, hati lain2
Affan Ruslan
hehe. setuju bro, tafsiran org lain2.
kadang2 kita tak bermaksud kan pun.
cuma lagi bagus, elakkan fitnah lah kan
CIkguRosa
banyak nyee komengggg… hehhe… saya nk bg pantun jee…
“buah cempedak di luaq pagaq..
ambik galah tolong jolokkan..
saya cikgu baghu belajaq..
klu salah tolongg ajaq kannn..”
hehehhe!! mintak maaf affan.. saya pun baru lagi dalam ni.. tak tau lagi nk gerak cemana.. cuma apa saya bleh kata.. memang saya suka la blog niii… sempoiiii!!!!.. hehhehe!!! banyak bleh blajaq dari affan ni..
khairul hisyam
haha gua dah buka blog dekat2 3 tahun follower tak sampai ratus pun. mungkin ikut nasib orang kot. btw cool blog π
TNSkY
wahh..setuju! tang comment tuu..kdg bile org reply cmtuih boleh reply blik.,.”thanks”..xtaw nk ckp ape haha π
mizz pelangi
100 % agreed..
thanks untuk info ni.. π
fana
uuuuh,,, terima kasih dgn informasi tu =)
ciksembang
kalau sy tulis komen
mantap lah u bro.. mesti tak suka kan..hehe.gurau je
so saya tulis ..terimakasih kerana ingatan ini. harap kita bukan saja merendah diri dlm berblog dalam mana2 tempat yang bersesuaian..
suri
apa yang ada harus terima..syukur itu perlu
Pemerhati Dunia
Terima kasihlah kerana memperingatkan. Tapi rasanya blog saya takkan terima trafik yang riban-riban kot.
Hadi Rofiee
Salam sejahtera affanruslan.
Saya suka perbahasan artikel ini terutama sekali yang menyentuh tentang ”review trafik” & ”Income”. Walaupun disentuh hanya sedikit, namun kesannya dirasai. π
Setuju juga. Memberi komen yang bermanfaat akan meningkatkan lagi pengetahuan sesama. i’Allah sama2lah kita ke arah itu termasuklah diri saya ini.
Terima kasih & salam ceria. π
bee
ekeke insyallah akan di amal kan selalu..
mancai
setuju.. nasihat untuk semua… walau apapun tingkatkanlah semangat sirraturrahim sesama blogger…
Lorna
Slm perkenalan π
trm ksh ats ingatan…
i folloowwww…hehe ;p
yas
Sekali sekala gua layan gak kat sini..
tengok2 mende yang patut,stadi kat otai2…hehehe
Iklil
Setuju sangat2 dgn entri nih..
Kadang2 kita x sedar apa yg kita buat. Istilah psikologinya, tindakan luar sedar (mungkin). Sebab tu kita rasa semua yg kita buat adalah baik bg kita. Tp kita lupa kmungkinan yg baik itu racun yg paling bahaya… silap2 aribulan, boleh ‘mmbunuh’..huhu
Semoga Allah jauhkan aku (dan kita) dr sifat ujub wlau dlm apa jua keadaan skalipun. ~_~
Schubert Serenade
jangan pandang rendah pada blog-blog ‘picisan’ kerana mereka jugaklah yang terus support anda…
haha..setuju!!!bcoz i ni one of the blog picisan jugak:))
Blog dan penulis blog semakin popular
ni paling i suka..popularity tak ke mana la derr…erkk??perluke popular..tak perlu kot..^_*
Tunjuk income buat apa, nak orang lain tengok lepas tu puji ke?
ok!!yang ni lawak…xsalah rasanya memuji or mintak puji..janji ikhlas derr:))
sakura
betol betol. harap2 dijauhkan dari perasaan ujub dan takbur tu [haha macam la, blog sy ramai follower + traffic tinggi !] =]
papepun thx untuk peringatan tu.
anaiha yusof
bagus2 =) ana suke thanks bagi tips kay =)
btw thanks view blog ana,=)
masokis
mcmtu plak… klu masokis.. nak hide je blog dari orang tahu…
segan ada blog x cantik dan bermasalah =__=
Affan Ruslan
saya pun sama lah camtu hehehe
Affan
RT @affanruslan Merendah diri dalam berblog http://bit.ly/h8HbjP
Hanis
betol3…
thanks sebab bg peringatkan…
kekdang manusia ni lalai suka lupa termasuk sy sendiri…hehe naseb bek ada org sudi nk remind.. π
syieda
btol tu. kbanyakkn blogger skrg cpt melatah..hukhuk.. tak terkecuali syieda ^_^ moga dunia blogging makin seronok bukan makin mnakutkan dah la..
opah
opah suke yang nie π
memang kita kena rendah diri kan? tol tak??
takpe la..yang penting kita jadi diri sendiri π
grimm7
bagus la tips ni…aku nyer pon bru picisan
Sii Nurul
Betul tue, bila berblog nie memang banyak diuji tentang hati.