Merendah diri dalam berblog

Salam sejahtera. Lama pulak tak update sebab busy dengan test. Alhamdulillah ada cuti hujung minggu boleh lah update blog. Tiba-tiba pulak dapat idea untuk menulis tentang topik merendah diri dalam berblog ni.

Dunia blog banyak cabarannya. Seorang penulis blog yang ingin bukan hanya seorang yang boleh menulis atau update blog tiap-tiap hari, tapi juga perlu memastikan tulisan mereka bermanfaat atau diminati ramai. Bila dah lama berblog tu, mestilah semakin bertambah bilangan pengikut atau follower. Bagi yang buat duit dengan blog juga, pendapatan jugak mungkin bertambah. Entah-entah dah kena bayar cukai sebab pendapatan dari blog je dah lebih RM2500? Hehe.

hati kotor

Cabaran Seorang Blogger

1. Follower  atau Pengikut yang ramai

Pengikut atau follower ni ada banyak jenis, ada yang menjadi fans anda di facebook page, ada yang follow melalui Google Friend Connect seperti di sidebar blog ini, dan mungkin juga ada yang melanggan RSS blog anda melalui email atau Google Reader. Jadi, secara tidak langsung bila follower dah ramai,  mungkin ada akan merasa bangga dengan blog dan diri sendiri. Ingatlah, bila dah berjaya, jangan pandang rendah pada blog-blog ‘picisan’ kerana mereka jugaklah yang terus support anda.

2. Trafik tinggi

Memang tak dinafikan, blog yang popular memang trafik akan tinggi. Bila trafik dah tinggi tu bersyukur lah. Tak perlulah kot sampai tiap-tiap minggu buat review trafik, nak buat apa? Nak pujian dari orang ke? Kalau nak sangat simpan buat kenangan, screenshot pastu simpan dalam folder dah lah kan. Satu lagi, bila dah trafik tinggi tu, jangan ingat ia akan kekal.

3. Blog dan penulis blog semakin popular

Ada orang memang kejar populariti dalam berblog. Lantaklah. Tapi jangan lupa, populariti juga adalah salah satu punca ujub atau bangga terhadap diri sendiri. Nanti dah popular, jangan pandang rendah pada orang lain. Populariti tak kemana.

4. Komen yang memuji

Ahaha. Ni pun saya tak suka, sebab tu lah saya kurang gemar komen yang berbentuk berikut, kerana nanti taktau nak reply apa. hehe :D

  • “Nice one bro”
  • “Mantap lah blog ko ni”
  • “Terbaiklah lah entry ni”

Kepada tukang memberi komen bukan sekadar memuji, tapi juga mengkritik dan memberi pendapat.

Keperluan Merendah diri dalam berblog

Dalam apa-apa yang kita buat pun, termasuk berblog jangan lupa merendah diri. Ujub atau bangga terhadap diri sendiri termasuklah seperti berikut:

“Wah trafik aku lagi mantap lagi trafik die”

“Wah follower blog aku lagi banyak dari blog die”

“Wah PR blog aku lagi bagus dari blog die”

Cuba elakkan menulis entry yang boleh membanggakan diri sendiri. Income tu tak perlulah nak tunjuk tiap-tiap minggu, orang lain pun ada juga. Tunjuk income buat apa, nak orang lain tengok lepas tu puji ke? Hehe.

Ya ALLAH, kekalkan kami dalam keadaan rendah diri semasa berblog.

.

Sumber ilham dari artikel iluvislam yang bertajuk Ujub zaman moden

Komen & Pandangan

  1. ouh, thanks 4 da information :)
    ske yang teramatt sangatt sebab ade sesetengah blogger yang tgah popular skang neyy macam sombong sgatt :(
    thankieee :)

    • huhu. sama2.
      entah lah, masing2 kan.
      nak komen pun takleh, diorang punya blog, pandai2 lah kekalkan pembaca.

      contohnya, kalau ada komen di blog, bukan wajibpun reply. tapi sekurang2nya kalau ada orang tanya soalan, reply dan jawablah.
      takkan soalan pun tak sempat nak jawab? hehe.

  2. apakah itu blog picisan ?..
    yup,setuju…kadang2 tak leh lari dari bisikan syaitan..sungguh2 surh kita riak.. itu semua tak kemana..

  3. tu yg Kak nor tak berapa suka paksa org jadi follower blog kita tu..kalau nak follow..biar betul2 dgn hati terbuka..begitu jugak kak Nor…

    • huhu. betul tu, saya lebih suka follower yang memang nak baca blog kita. jadi biarlah diorang follow kalau suka, kalau taknak takde paksaan :)

      kak nor ni dok moscow ke?

  4. thanks for sharing your view :)

    kalau buat review bulanan about blog progress
    dgn niat nak memberi semangat utk diri sendiri
    dan penghargaan utk pembaca yg rajin komen
    is it okay?

    baru terfikir nak buat 1st review utk bulan jan 2011 ni

      • hehe. betul, kalau sebulan sekali tu ok je.
        sambil2 tu, hargai lah pengomen tertinggi ke, referrel tertinggi ke, baru lah ada penghargaan kepada pembaca.

    • it’s ok.
      as long niat tu betul.
      dari struktur ayat pun kita boleh nilai sama ada entry tu nak menunjuk atau memang nak bagi semangat.
      buatlah review, blh aku baca. hehe. nak tau jugak kekuatan sesuatu blog

    • betul, aku pun kurang suka blogger yang tulis pasal nak bangga dengan diri sendiri (kalau ada). hehe.
      tulis macam biasa sudah, dah popular ke, tak popular ke, tulis je lah macam biasa. nama pun blogger.

  5. salam..

    jgn lupa kpd silent readers…hehe

    terima kasih ats pringatan, tp sy rasa kbyakan blog, akan terbit juga perasaan begini..semakin lama semakin hilang perasaan ini dan penulis mula akn terfikir, aku tidak sebaik apa yang aku tulis pun..

    • Wa’alaikumsalam.
      hehe. apa kena mengena dengan silent readers?
      hehe.

      entry ni untuk diri sendiri dan blogger lain.
      setuju pasal statement tu:

      “penulis mula akn terfikir, aku tidak sebaik apa yang aku tulis pun

      tapi tak bermakna kita hipokrit, cuma niatkan tulisan tersebut untuk diri sendiri juga. InsyaALLAH

  6. betol2, kekal lah sifat rendah diri kami, tak nak rasa ujub sangat, berblog nie bukan utk membangga. hmmm, apepon kite cube ape yg patut, ko nyer nasihat bguslah, heheh

  7. adui.. baru nak buat review blog utk bln 1 wpun trafik biasa2 jer.. pastu nnt nak set target utk bln 2 pulak dlm entri tu.. tp skang ni mcm dah krg sket masa berblogging.. harap2 blog tak lingkup.. :p

    • owh, entry2 review ni benda biasa.
      sumenya terpulang kat penulis, kalau pandai menggunakan struktur ayat yang baik, takde lah pembaca rasa:

      “ceh gila kerek blogger ni”

      buatlah, ada masa boleh aku baca

  8. Pembaca blog setia

    lol. apesal nasihat untuk blogger je? kami yang x de blog ni ingat x pernah berbangga ke?

    Kami pon nk dapat nasihat jgak dari abang affan. Ke kami ni x penting untuk abang affan? huhu

    • ok je nak buat review trafik.
      tapi bila buat review tu, bagi lah sekali penghargaan untuk pembaca.

      aku suka dengan komen etomyam kat bawah2 ni, ada beza antara sharing dan showing off. hehe

  9. cool one dude. biase nye otai otai blog neyh. bile dah ramai follower die. terus die malas nak lawan orang orang yang terjah blog die. mule lah die nak kate yang die tak de mase and siap buat post tentang orang yang mintak die jenguk sekeja blog die. herm. tu pun supporters kan? tak patut tak patut

  10. salam..
    salah satu sifat merendah diri
    yang perlu kita ada, mensyukuri
    walau secebis ayat sekali pun
    orang nak titipkan di blog kita..
    ermmm..alhamdulillah kalau
    saya dapat sekadar HELLO..

  11. Nice one bro.. (ops, tercakap pulak, baru je sound..ha3)

    Terima kasih affan sebab ingatkan.. Manusia ni bukan kadang2 tapi selalu lupa terutama Jai sendiri.. Kadang2 Jai tengok banyak pulak blogger tunjuk income dan baca komen diorg, ada yang memuji, ada yang mengutuk.. Apa yang dapat? Bagi owner blog tu mungkin semangat baginya kot, tapi pandangan manusia tu berbeza2, ada yang anggap owner tu nak menunjuk kononnya dia dah berjaya.. Haish.. Entahla..

    • hehe. aku tak kisah orang nak bagi komen “nice one bro” atau seumpama dengannya. tapi sekurang2 nya bagilah pendapat, kang nanti aku pun taktau nak komen apa. hehe. contohnya macam komen ko ni, ada gak idea dan pendapat. sekurang-kurangnya ada jugak two ways communications, ada jugak sebab aku nak reply komen. hehe

      • Jai sokong.. Kadang2 jai pun x berapa reti nak reply komen org bila taip singkat.. 1 way communication ibarat perbualan separuh jalan..hu3

  12. mungkin pemilik blog perlu lebih memahami maksud dan kefahaman konsep ‘sharing’ dengan ‘showing off’. Benda nampak hampir2 tu.

    pandangan aku di pagi hari cuti ni hehehe :D

  13. jadi blogger pon bnyk cabaran…mcm jd celebrity atau public figure. klau org tak kenal personally, virtually org akn perhati gaya penulisan blogger tu. mmg kene sentiasa beringat… buat slh skit mungkin org akn mengata…

  14. aku pun tak faham kenapa masih ramai yang sibuk menunjuk income dari pengiklanan. bukankah itu seperti riak? bila orang dah start buat entry pasal income ni, aku akan banned beberapa hari dari baca blog dia… kita jangan asyik nak boikot Yahudi je, kene gak boikot orang Islam yang tak sedar diri nih… :D

    • hehe.
      ganas sampai boikot blogger. hehe.
      tu pun bergantung pada niat die kot, macam bro etomyam kate,
      ada orang taktau beza antara sharing dan showing off

  15. wah, terima kasih bro sebab mengingatkan aku mengenai rendah diri dalam berblog. sampai tiap-tiap minggu nak tunjuk trafik tu takdalah, aku buat review pun untuk sebulan. niat aku bukan nak show off, tapi sekadar rujukan kepada aku dan pembaca untuk mengetahui perkembangan blog aku. selain itu aku juga mengulas beberapa tajuk entri yang lepas untuk bacaan kepada pembaca yang tertinggal, maklumlah tak semua orang ikut blog kita. betul tak, hope bro tak salah anggap sebab aku wat review bulanan. bukan untuk menunjuk, sekadar ingin berkongsi perkembangan dan membuka kembali entri yang lepas2. pasal income tu, memang ada baik dan buruknya. kalau yg tunjuk nilai tu, boleh mengundangkan buruk dari kebaikan. tp aku tak pernah buat lagi kot nak tunjuk earning pada org. terlupa plak, untuk review trafik tu. satu lagi untuk menjadi rujukan kepada advertiser atau pengiklan yg ingin beriklan di blog aku. hope bro jgn salah sangka plak sbb aku wat review bulanan nnt. segan gak bila bro tulis pasal ni, maklumlah. lain orang lain pemahamannya. ada yg menunjuk, ada yg berniat lain sebaliknya. :)

    • 1. Tak adil lah kalau aku nak menilai semua orang macam tu.

      2. Penulis lebih tahu apa yang ditulis.

      3. Bak kate bro etomyam, bezakan antara sharing dan showing off.

      3. Takde masalah pun kalau tujuan untuk menambah semangat, sambil tu strategi menarik pengiklan. hehe

      4. Buat review blog pun blh jadi sebagai penghargaan kepada pembaca.

      5. Erk, aku tak pernah lagi kot salah sangka dengan ko. Hehe. Peace.

  16. artikel yg bagus.. wlaupun bknlah dr klngn yg hardcore blogger.. just bt blog sbg dkwah n santai2. dgn 1 hrpan je, moga sgla artikel yg bermanfaat dpt dbce n dimanfaatkan oleh para pembaca. thanks sbb kuarkan artikel ini utk muhasabah dri..

  17. kami setuju dgn pendapat ko,
    ada juga blogger yg dulu ok je bila da popular da tak layan yg lain,
    pasal entri kalau blogger tu ada niat baik seperti menunjuk traffic dia utk naikkn smangat yg lain takpe cuma jgn tiap2 bln benda yg sama je..hehe
    terbaiklah entry ni..ooppss..:)

    • hehe. ramai juga cakap untuk naikkan semangat ye. betul juga, mungkin tiba2 dah hilang semangat berblog, tiba2 dapat semangat masa tgk earning nuffnang dari org lain, blh naik jugak semangat.

      pasal blogger popular tu, aku pun taktau nak cakap apa. masing2 kan

  18. like!~~~

    saya masih baru.. rasa mcm x layak je nak ada follower ramai2.. bile ada bertambah folllower mulelah rasa kene teruskan entri.. tapi entri ntah apa2.. tapi bagus jugak kalau naikkan semangat nak menulis kan?
    nak letak widget sosial network share button pun rasa segan kot… moga2 tawaduk terus bersama kita…

  19. Sememangnya saya bersetuju dengan artikel ini.Sekurang-kurangnya buat peringatan kepada diri sendiri.Bukanlah itu bermaksud yang blog saya dah sempurna dari segala segi.

    Yang paling diharapkan dengan berblog juga dapat kita jadikan ia sebagai saham yang akan berterusan sampai walaupun setelah kita mati.Iaitulah apabila blog kita menjadi sumber penyebaran ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama.

    • Allahu Allah.
      Panjang tuan berfikir, sampai jadi saham.
      Kalau camtu kena pastikan blog bermanfaat lah.
      InsyaALLAH akan diusahakan dari semasa ke semasa.

  20. kalau nak dikira – itu ini tak boleh kena jadi macam ni
    tak boleh mcm tu

    masing2 akan menilai blog orang lain, sikap orang lain

    bagi kak jie mudah

    selagi tidak berdosa dgn sesiapa, tidak mengata sesiapa, tidak berprasangka dengan sesiapa…baca saja blog dan buat saja rutin mcm biasa

    kalau orang ada prasangka dgn diri kak jie, dia tak selesa dia tak suka , tak mengikut piawaian yg ditetapkan, selagi tak melanggar hukum dan adat..teruskan berblog mcm biasa.

  21. Pada saya tak salah nak tunjuk income masing2. mungkin niat nya mahu memberi semangat kpd blogger2 lain. Tapi kalu dah tiap2 minggu dok tunjuk income , naik meluat pulak dok !

    Ini pun peringatan utk saya juga.

  22. actually aku pun ada tunjuk trafik dan income dalam blog.. tapi tu dulu ar masa zaman merangkak lagi.. trafik dan income takde ar kencang pun.. but sekarang dah tak tunjuk ar tu semua. ada banyak lagi bahan untuk blogging yang lebih baik dari tu.. kalau buat entry tunjuk tu semua takut nanti ada orang terasa..kan..

  23. merendah diri dalam berblog memang perlu kan, untuk kita berasa dekat dengan pengunjung. tapi jangan berlebihan plak parah jadinya. lagi satu tak suka jugak konsep i follow u, u follow me tuh, bukannya sombong tapi lebih baik follow blog yang benar-benar kita nak follow kan lagi ikhlas. tapi kawan lain tak lupa jugak, walaupun tak jadi follower tapi masuk juga blog tuh sebagai sokongan sesama blogger.

  24. tidak dapat tidak bro.. entri ni sepatutnya dibaca oleh blogger-blogger sekalian. sifirnya mudah, bila kita kat atas – bukan selama-lamanya kat sana. akan bedebuk jatuh jugak.

    pasal review trafik dan income tu – aku rasa kalau blogger yang sekali sekala buat demi bagi inspirasi pada blogger-blogger baru, tak jadi masalah rasanya.

    walau bagaimanapun – kalau niat tk elok – nk menunjuk – tak guna jugak. so, dalam berblog, moh la kita sama-sama cek diri kot kot kita ada buat benda-benda macam dalam entri ini.

  25. dalam ghairah berblogging kadang-kala tersasar juga daripada matlamat asalnya…

    moga sentiasa diingatkan oleh sahabat dan teman-teman..

  26. biar kita merendah diri dalam berblog.
    ingat tujuan asal berblog.asal rasa
    seronok sudah.

    duit tu tolong sorok kan
    buat pengetahuan orang ramai.
    nanti kena bayar cukai pula.

  27. suke dgn entri nih.. ingatlah..
    jika kamu hari ini seorang pemimpin.. jgn lupa ada lagi pemimpin yg berkuasa dr kamu.. jika kamu hari ini seorang raja yg maha mulia lg berdaulat.. jgn lupa ada lg Raja yang maha mulia dr kamu.. dan jgn kita pernah lupa akan Raja segala raja yg lag maha segala maha mulia di bumi ini.. iaitu Allah SWT….

    As-Salaam… :)

  28. saiful

    sikap rendah diri perlu ada,tak kiralah sebagai blogger atau tidak. Riak dan bangga diri cuma buat orang menyampah je.

  29. aku selalu mengingatkan diri aku. blog aku pon memang tak ader apa lagi la.tapi kalau dah berjaya tu insyaallah tak kan lupa waktu mula2 aku kat bawah…otak tengah hang…sorry kalau komen aku kurang bernas. hehehe..
    thanx bro untuk ingatan ni.

  30. aku tunjuk statistik takpe kan? takde niat nak bangga atau meninggi diri. hehe. minta2lah aku dijauhkan dari sifat meninggi diri. aku lebih suka merendah diri. huhu

  31. berblog dengan gembira, asalkan tak ganggu orang, jangan ada sifat dengki mendengki..
    dalam kehidupan seharian pun tak boleh kita riak dan meninggi diri..
    kalau tersilap cepat cepat le kita sedar..
    mcm entri affan ni le..sama2 menyedarkan bg yang terlupa..manusia tu kan ada sifat pelupa..

    :)

  32. kekalkan sifat mahmudah dalam berblog. insyaAllah populariti tu tercapai juga walaupun bukan tujuan sebenar berblog :)

    thanks Affan bagi peringatan ni. kadang2 kita alpa, tak sengaja buat orang fikir negatif kat kita padahal kita tak bermaksud macam tu. biasalah manusia, hati lain2

  33. banyak nyee komengggg… hehhe… saya nk bg pantun jee…

    “buah cempedak di luaq pagaq..
    ambik galah tolong jolokkan..
    saya cikgu baghu belajaq..
    klu salah tolongg ajaq kannn..”

    hehehhe!! mintak maaf affan.. saya pun baru lagi dalam ni.. tak tau lagi nk gerak cemana.. cuma apa saya bleh kata.. memang saya suka la blog niii… sempoiiii!!!!.. hehhehe!!! banyak bleh blajaq dari affan ni..

  34. kalau sy tulis komen
    mantap lah u bro.. mesti tak suka kan..hehe.gurau je
    so saya tulis ..terimakasih kerana ingatan ini. harap kita bukan saja merendah diri dlm berblog dalam mana2 tempat yang bersesuaian..

  35. Pemerhati Dunia

    Terima kasihlah kerana memperingatkan. Tapi rasanya blog saya takkan terima trafik yang riban-riban kot.

  36. Salam sejahtera affanruslan.

    Saya suka perbahasan artikel ini terutama sekali yang menyentuh tentang ”review trafik” & ”Income”. Walaupun disentuh hanya sedikit, namun kesannya dirasai. :-)

    Setuju juga. Memberi komen yang bermanfaat akan meningkatkan lagi pengetahuan sesama. i’Allah sama2lah kita ke arah itu termasuklah diri saya ini.

    Terima kasih & salam ceria. :-)

  37. Setuju sangat2 dgn entri nih..

    Kadang2 kita x sedar apa yg kita buat. Istilah psikologinya, tindakan luar sedar (mungkin). Sebab tu kita rasa semua yg kita buat adalah baik bg kita. Tp kita lupa kmungkinan yg baik itu racun yg paling bahaya… silap2 aribulan, boleh ‘mmbunuh’..huhu

    Semoga Allah jauhkan aku (dan kita) dr sifat ujub wlau dlm apa jua keadaan skalipun. ~_~

  38. jangan pandang rendah pada blog-blog ‘picisan’ kerana mereka jugaklah yang terus support anda…

    haha..setuju!!!bcoz i ni one of the blog picisan jugak:))

    Blog dan penulis blog semakin popular
    ni paling i suka..popularity tak ke mana la derr…erkk??perluke popular..tak perlu kot..^_*

    Tunjuk income buat apa, nak orang lain tengok lepas tu puji ke?
    ok!!yang ni lawak…xsalah rasanya memuji or mintak puji..janji ikhlas derr:))

  39. betol betol. harap2 dijauhkan dari perasaan ujub dan takbur tu [haha macam la, blog sy ramai follower + traffic tinggi !] =]

    papepun thx untuk peringatan tu.

  40. betol3…
    thanks sebab bg peringatkan…
    kekdang manusia ni lalai suka lupa termasuk sy sendiri…hehe naseb bek ada org sudi nk remind.. ;)

  41. btol tu. kbanyakkn blogger skrg cpt melatah..hukhuk.. tak terkecuali syieda ^_^ moga dunia blogging makin seronok bukan makin mnakutkan dah la..

Tinggalkan pendapat atau komen