Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada

Lama tak tulis mengenai pengalaman di Kanada. Sebelum ini musim sejuk dan sekarang dah cuti spring dan summer, jadi tak buat apa-apa sangat. Cuti 4 bulan, masih berfikir-fikir nak balik Malaysia ke tak ni. Hahaha. Cuti pun tak buat apa sangat, online, tengok movie, bersukan, blog dan lain-lain. Minggu lepas 4 orang kawan dari Universiti of  Toronto dan 11 orang kawan (perempuan) dari Trent University datang kat Hamilton, jadi pergilah bawak diorang jalan-jalan ke Webster Fall, Hamilton, Kanada.

Webster Fall

Bersama rakan-rakan dari University of Toronto dan Carleton Univeristy  |  Gambar oleh Syafiq Azhari

Hamilton dan 125 Waterfalls

125 air terjun? Banyakkan? Hehe. Itu adalah bilangan air terjun yang terdapat di Hamilton sahaja, yang saya tahu melalui pembacaan dan rakan-rakan. Oh ye, Niagara Falls bukan sebahagian dari Hamilton ye, tapi masih terletak dalam Province Ontario. Senang cerita, kalau tak faham, Ontario ni macam Selangor, Hamilton pulak macam Shah Alam. Fahamkan? Hehe.

Webster Fall

Webster Fall  |  Gambar oleh Abdullah Munir

Menikmati Keindahan Ciptaan Ilahi

Rasanya berjalan-jalan ke tempat air terjun macam Webster Fall bukan setakat suka-suka buang masa, tapi juga dapat menenangkan fikiran dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Rugilah orang yang pergi berjalan jalan tapi tidak menikmati keindahan ciptaan Ilahi yang ada disekeliling kita.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kebesaran dan keagungan) bagi orang-orang yang berakal.Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring, lalu memikirkan kejadian langit dan bumi, seraya berkata : Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka. (Ali Imran 190-191)

Rainbow Webster Fall

Pembentukan Pelangi di bahagian bawah Webster Fall  |  Gambar oleh Abdullah Munir

Webster Peak

Dundas Peak   |  Gambar oleh Syafiq Azhari

Dundas Peak adalah puncak Webster Fall. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam. Hehe. Mana gambar admin? Ada kat atas tu, carilah kalau jumpa hahaha.

p/s: Baru update page About dan Kanada kat Navigation bar atas (bawah header) tu. Cer tengok, cer tengok hehe.

Komen

  1. peep says:

    masyaALLAH lawa air terjun tu ek..

  2. amee says:

    woit, Dundas Peak kot. lol

  3. ataicha says:

    wah seronoknya affan…
    bila la saya nak sampai sana erk.. huhuhu..

  4. fyzal says:

    salam brother. had been a while. lama tak dtg baca blog brother. sibuk exam, sekarang dah relax. cantik tempat tu bro. kalau ada rezki nak jugak ke sana.

  5. Aida Omar says:

    cantiknye pemandangannya..menyejukkan mata. kalau lah boleh pergi ke sana..hihi

  6. MDHAFiZ.NET says:

    SubhanaAllah..indahnya dunia ciptaan Tuhan :)
    melancong itu satu ibadah jika dengan niat utk melihat tanda2 kebesaran Allah (iaitu alam ciptaanNya)

  7. namaakulynn says:

    -4bulan cuti?gile lama.
    -pic pelangi and dundas peak the best,and of course webster fall tu. ;)
    namaakulynn recently posted..result UPUMy Profile

  8. seronoknya dapat andai dapat jejak ke sana..

    suka tengok pic pelangi tu.. =]

  9. anif says:

    Entah bila boleh sampai ke sana agaknya…

    Tempatnya cantik..
    anif recently posted..Jam Tangan Masih RelevenMy Profile

  10. akubiomed says:

    Saya teringin benar untuk melihat kesan kristal ais pada pokok disebabkan salji. Macam terasa duduk didalam dunai kaca sahaja.
    akubiomed recently posted..Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibuMy Profile

  11. little daisy says:

    Oh cantiknya!!! >__<

    Rasa mcm nk pegang jer pelangi tu. Dekat btul…
    Tak gayat ke snap pics dr Dundas Peak tu?
    Tinggi semacam jer… O_o
    little daisy recently posted..Midnight CravingMy Profile

  12. nurmisnan says:

    wow… this is amazing brother
    awesome + superb shoot…

  13. Izwan says:

    ko keje memang berjalan je kan.. jeles tol aku tengok..byk duit ni.. scholar melimpah2.. hehehe
    Izwan recently posted..Wanita- Lindungilah Rambut Dibalik HijabmuMy Profile

  14. iqbalhakimi says:

    fuh..memang sungguh indah ciptaan Allah swt..kagum..bila ko nak bawak aku p sana?..haha
    iqbalhakimi recently posted..duit tu penting keduit untuk hidup atau hidup untuk duitMy Profile

  15. fiq ♕ says:

    Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://twrt.me/dsgs via @affanruslan

  16. izan ishak says:

    subhanallah…cantiknya!

    anak2 kak izan suka sgt tengok pelangi. esok nak suruh dorang cari mana pelangi dlm byk2 gambar ni~

  17. Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://icymi.me/asm8 via @affanruslan

  18. zik says:

    yang last tuh.. aku nak terjun dari atas tuh… keke…
    zik recently posted..Kartun international – Tukar baru jerMy Profile

  19. zik says:

    yang last tuh.. aku nak terjun dari atas tuh… keke…
    zik recently posted..Kartun international – Tukar baru jerMy Profile

  20. MuJE says:

    Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://twrt.me/78wx via @affanruslan

  21. jackie koh says:

    Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://bwtm.co/821s via @affanruslan

  22. Affan says:

    RT @syzwnsrwk: Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://twrt.me/h2z3 via @affanruslan

  23. Affan says:

    RT @M0hamadFaiz: Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://icymi.me/aquh via @affanruslan

  24. Affan says:

    Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://plzretwt.me/bllz

  25. Affan says:

    RT @jackiekoh: Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://bwtm.co/821s via @affanruslan

  26. decrewz says:

    Bilalah dapat g luar negara nih.. G siam pun jadilah..hu3
    decrewz recently posted..Selamat Hari Ibu Untuk Puan Sa’adiahMy Profile

  27. anies hisham says:

    cantik nyerrrr

    bla la dpt menjejakkan kaki ke sana agk nyer
    anies hisham recently posted..Jiran ooo jiranMy Profile

  28. lawa yg pelangi tuh , cantik !

  29. melihat dgn pandangan akal membolehkan kita belajar law of nature,

    namun berapa ramai yang boleh melihat dgn mata hati, untuk mengenali Pencipta dan mengapa semua itu diciptakan..

  30. Affan says:

    Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://kelantanbloggers.com/read/20808

  31. tehr says:

    ciptaan yang cantik sekali
    kawasan air terjun tu sesuai untu mandi manda tak, bro?
    tehr recently posted..Lawak Janganlah Sampai…My Profile

  32. yas says:

    Kalau la gua dapat gi [sekali pn jadi laa...] kat belah sana…pehhh kompom syok gilerzz ahhh…..
    yas recently posted..Perdamaian Fatah dan HamasMy Profile

  33. RT @affanruslan: Menikmati Keindahan Alam di Webster Fall, Hamilton, Kanada http://bit.ly/jSCFzZ

  34. mancai says:

    peh… memang layan betul dengan keindahan ciptaan Nya… bilo la aku nak sampai sana? ish2

  35. mcm gayat jer dundas peak tuh

  36. cik tom says:

    indahnya alam yang Allah ciptakan…tak puas mata memandang akan segala kebesaranNYA kerana lagi jauh perjalanan lagi luas pemandangan…
    cik tom recently posted..Hampir Lemas Di Pusat Taman Laut- Pulau RedangMy Profile

  37. aimannajmy says:

    wah syoknya dapat study overseas lihat tempat2 menarik huhu impian sejak kecik tapi apakan daya otak ni memang tak mampu nak jadi bijak huhu,

  38. plankton says:

    nice! syukur ade mate..blh tumpang tgk indahnye waterfall tuh..tak dapat p..dpt tgk pon jadi..^_^

  39. titan says:

    wahh..best gila ko..
    titan recently posted..Komisen ke 74 dari TNXMy Profile

  40. Sir Marcello says:

    ini betul2 best!! pergh…memang kenangan lah…kalo aku jadi hang…time raya jer aku balik Malaysia…selebihnya…lepak sana, pusing keliling~
    Sir Marcello recently posted..Kes Simbah Asid Mula Berleluasa – Waspada!My Profile

  41. Nine says:

    Perghhh..tobat best Affan…aku suka gak tempat2 cam nih..aptah lagi pergi ngan geng2 satu kepala…photoshoot :) terbaik….:)

  42. missnina says:

    subhanallah, cantiknya pelangi dalam gambar tu :)

  43. Cik.Tedy says:

    indah nya ciptaan ALLAH..=)

  44. Ain Rabiatul says:

    cantik…subhanallah…

    suker sangat2 ..lg2 yg pelangi tue..

    untung saudara affan dpt study kat saner..klau x slap – k-pop artis ramai jgak yg suker spent holiday kat sana..hehehe..

    hmm, bila la dpt peluang jejak kaki ke sana…

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge