Alhamdulillah saya dah sampai Malaysia awal November yang lepas. Kira-kira 2 minggu lepas (15 Nov 2014) berkesempatan untuk menghadiri majlis konvokesyen seorang kawan yang baru sahaja menamatkan pengajian di USIM yang terletak di Nilai. Memang first time datang USIM ni, probably the first and the last time datang sini.
1. Berbeza dengan majlis konvo di Kanada, majlis Konvo di Malaysia sangat meriah. Ada banyak gerai jualan di perkarangan dewan. Macam-macam ada jual, kedai bunga sahaja dah berderet.
2. Best konvo kat Malaysia. Jubah konvo boleh pinjam lama-lama untuk dibuat bergambar. Masa saya konvo dulu, pinjam jubah pagi tu, tengah hari lepas habis majis konvo terus kena pulangkan balik jubah. Itupun tak dapat mortar board, topi yang dipakai kat kepala tu. Mortar board tu hanya layak di pakai untuk graduan Masters dan Phd sahaja.
3. Kebetulan pagi tersebut sangat panas. Memang bermandi peluh lah pagi tu.
4. Apa-apa pun, pengalaman berharga dan rasa sangat happy dapat jumpa kawan dan keluarga beliau.
Nah gambar satu. Haha
Oh, sudah pulang Malaysia rupanya.
Yay Affan dh balik Malaysi
Oh dah balik yeee…
Welcome home encik!
welcome back home ..
selamat datang . hehe
selamat kembali ke tanahair tuan Affan!
dah tinggalkan kanada rupanya wah sibuk tak update blog lagi
hai. dah 2015 dah…
bila nak update? c(;
Baru nak stalk blog kot2 ada entry baru hem hemm..
P/s : bangga pulak lynn komen time bday aku ahakss
Baru update. Lol
Dah balik ye bang. Good!
Harap dapat update dengan maklumat yang banyak sikit lagi.