Hi kIddo!

Tip Blogging Terbaik: Plugin Asas untuk pengguna WordPress

wordpress plugin

Antara kelebihan bagi blogger yang menggunakan wordpress, mereka boleh menggunakan plugin-plugin yang direka khas. Setiap plugin mempunya fungsi-fungsi tersendiri. Jadi, untuk Tip Blogging Terbaik kali ini saya akan cuba berkongsi dengan pembaca semua mengenai plugin asas yang perlu di install pada wordpress masing-masing. Ingat, senarai berikut adalah dari pengalaman peribadi saya sendiri, pendapat blogger lain mungkin sedikit berbeza.

1. w3 Total Cache

Ini adalah plugin yang dapat meningkatkan loading speed blog anda dengan menggunakan fungsi cache. Setting untuk plugin sedikit sukar, tetapi terdapat banyak tutorial yang boleh diikuti yang telah ditulis di luar sana. Cuba google, dan anda pasti akan menjumpai tutorial setting plugin W3 Total Cache dengan betul.

2. Akismet

Secara defaultnya, Akismet adalah plugin wajib yang di datang kan sekali apabila anda install wordpress anda. Ianya merupakan plugin yang paling popular untuk menghalang komen spam. Jika anda tidak mahu menggunakan akismet, terdapat beberapa lagi plugin alternatif lain yang boleh digunakan. Untuk pembacaan dan pemahaman lanjut mengenai cara menghalang spam, sila rujuk dua artikel di bawah:

3. Comment Reply Notification

Apabila pembaca meninggalkan komen, ada kalanya mereka inginkan balasan komen tersebut dari anda. Jadi untuk memudahkan mereka mengetahui komen yang ditinggalkan sudah di balas, plugin ini adalah jawapannya!

4. Wp Touch / Wapple Architect / WordPress for Mobilephone

Sekarang ini pengguna smartphone semakin bertambah. Jadi pastikan blog anda boleh di view oleh pengguna smarphone. Walaubagaimanapun, jika theme anda sudah mempunyai tetapan asal untuk mobile view, anda tidak perlu lagi menggunakan plugin ini.

5. Google XML Sitemap

XML adalah satu format yang memudahkan semua tulisan di blog anda di senaraikan dan mudah dibaca oleh bot dari enjin carian<

6. WordPress SEO / All in One SEO / Platinum SEO

Ini adalah plugin untuk SEO (Search Engine Optimization) yang membantu blog anda disenaraikan lebih baik pada enjin carian, terutamanya google. Walaubagaimanapun, penggunaan plugin ini adalah asas SEO, dan penggunaan plugin tidak menjanjikan tulisan dari blog anda sentiasa di muka hadapan enjin carian. Terdapat lagi beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk SEO. Selain itu, kebanyakan theme yang baru dikeluarkan pada 2011 sudah mempunyai tetapan khas untuk SEO. Jadi jika theme anda sudah mempunya tetapan untuk SEO, anda tidak perlu menggunakan lagi plugin SEO, memadai dengan setting yang sudah disediakan.

7. Broken Link Checker

Plugin ini akan memudahkan anda menguruskan link broken pada blog anda. Jika terdapat link broken, anda akan mendapat notification dan anda boleh pilih sama ada henda Unlink, Edit Url ataupun Not Broken.

8. WP-DB Manager

Plugin ini memudakan anda membuat backup files untuk database blog anda. Selain itu, terdapat juga option untuk download, email atau simpan backup files pada hosting anda. Antara kelebihan lain, anda boleh memilih untuk “Optimize Database” atau “Repair Database”. Walaubagaimanapun, jika anda sudah mahir menggunakan phpmyAdmin, anda boleh melakukannya sendiri tanpa menggunakan plugin ini.

Comments

  1. My programmer is trying to persuade me to move to .net from PHP.
    I have always disliked the idea because of the costs. But he’s tryiong none the less.
    I’ve been using WordPress on a variety of websites for about a year
    and am anxious about switching to another platform. I have heard good things
    about blogengine.net. Is there a way I can transfer all my wordpress posts into
    it? Any kind of help would be greatly appreciated!
    Tutorial SEO recently posted..Tutorial SEO

  2. mcam mana cara betul untuk menggunakan google xml tu?
    nazray recently posted..Cara menyembunyikan direktori sulit wordpress dari dilihat.

  3. tqs atas info…saya baru aje mencuba plugin-plugin nie tapi SEO tu mcm banyak cengkadak pulak nak donations bagai

Trackbacks

  1. Tip Blogging Terbaik: Plugin Asas untuk pengguna WordPress — Critical Angle v.Live!…

    Tip blogging mengenai plugin-plugin asas yang perlu digunakan oleh pengguna wordpress….

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge