Pemain Arsenal, Samir Nasri bakal sertai Manchester United?

Samir Nasri

Wow. Baru terbaca di ruangan berita Harian  online bahawa pemain Arsenal, Samir Nasri mungkin akan menyertai musuh tradisi mereka, Manchester United yang baru memenangi kejuaraan ke 19 Liga Perdana Inggeris. Maknanya, ini merupakan satu tamparan hebat pada Arsenal. Awww. Hahaha. Setau saya, Samir Nasri merupakan antara ayam tambatan Arsenal. Jadi, jika perpindaham Nasri ke Manchester United itu positif, Arsenal mungkin akan sedikit goyah. Hehe.

Walaubagaimanapun, seperti yang dipetik dari Berita Harian, perpindahan Nasri ke Machester United ini hanya ura-ura sahaja. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata:

“Apa yang pasti kami tidak akan menjual Nasri kepada Manchester United.”

Pendapat peribadi: Saya harap perpindahan Nasri ke Manchester United ini benar. Walaubagaimanapun Manchester perlu memastikan beliau ada ruang kosong untuk diserapkan ke pasukan utama. Kalau tak rugi je lah kan ambil Samir Nasri ni?

Kredit: Berita Harian, dan gambar dari hidupmatiarsenal.blogspot.com