Hi kIddo!

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H

Salam dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Antara perkara yang kita perlu ingat juga adalah mengenai zakat fitrah yang wajib dibayar oleh golongan yang telah cukup syarat-syaratnya. Sepertimana yang kita tahu, kadar zakat fitrah berbeza bagi setiap negeri (disebabkan faktor-faktor tertentu) dan juga mungkin berbeza pada setiap tahun.

Terima kasih jepada pemilik Blog Rojak yang ada menulis mengenai perkara ini di blog beliau, jadi di sini saya juga ingin berkongsi kepada para pembaca semua.

Kadar zakat fitrah tahun 2011 bagi semua negeri di Malaysia

Untuk maklumat lanjut, boleh lah rujuk pada jadual di bawah:

Zakat Fitrah 2011

Waktu membayar zakat fitrah

Selain itu, waktu membayar zakat fitrah juga terbahagi kepada 5, iaitu:

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

 

Jadi jangan lupa ingatkan rakan-rakan ataupun ayah dan sedara mara untuk menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah ye.

Comments

  1. Kadar Zakat Fitrah di Pulau Pinang adalah RM7.00 seorang…bukan RM7.30 seperti yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih.

Trackbacks

  1. Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H — Critical Angle v.Live!…

    Kadar zakat fitrah tahun 2011 bagi setiap negeri di malaysia seperti selangor, kuala lumpur, perak, kelantan dsb….

  2. [...] Selain itu, seperti yang sudah saya nyatakan sebelum ini, kadar zakat fitrah bagi setiap negeri adalah berlainan. Untuk mengetahui kadar zakat fitrah yang perlu dibayar, sila rujuk artikel saya Kadar Zakat Fitrah tahun 2011/1432H. [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge