Hukum membayar Zakat Fitrah secara SMS

Bayar Zakat Fitrah SMS

Salam. Beberapa tahun lepas telah diperkenalkan sistem pembayaran zakat fitrah secara SMS. Walaupun pada ketika itu terdapat sedikit kekeliruan, ulamak jugak telah mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan keadaan ini:

 

  • HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.
  • HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit.
  • Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.
  • Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.

 

Untuk membaca lebih lanjut, boleh lah baca di sumber yang saya ambil, iaitu di artikel Guna SMS untuk membayar Zakat Fitrah pada laman web Lembaga Zakat Selangor.

Selain itu, jika anda hendak mengetahui kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia, boleh lah rujuk artikel Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H ini.

Trackbacks

  1. Hukum membayar Zakat Fitrah secara SMS — Critical Angle v.Live!…

    lamak jugak telah mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan hukum membayar zakat fitrah menggunakan SMS…

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge