Kos haji semakin rendah? Mustahil! Mungkin ramai yang beranggapan begitu kalau saya tak letak perkataan “dengan Dinar” pada hujung tajuk. Iyalah, mana mungkin kos menunaikan haji menurun, semakin bertambah tiap-tiap tahun adalah. Jadi, semakin banyaklah duit yang perlu disimpan pada masa hadapan untuk menunaikan haji.
Jika kos menunaikan haji tahun ini rm10k (anggaran), agak-agak berapa yang anda perlu bayar untuk 5 – 10 tahun akan datang?
Ada satu gambar rajah yang menarik perhatian saya, thanks to Usrahonline sebab tolong tag saya di Facebook.
Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji dalam Dinar ternyata terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000, biaya haji sekitar 70 Dinar, maka tahun ini hanya sekitar 21 Dinar sahaja atau mengalami penurunan rata-rata 12% setahun.
Apabila trend ini terus berlanjutan, anda dapat pergi haji dengan 10 Dinar sahaja pada tahun 2015.
Logik
Mungkin ada yang masih tak faham. Cuba bayangkan ye:
Tahun 2002:-
- 1 Dinar = RM 140
- Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140
- Jumlah = RM9,100.00
- Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
- 1 Dinar = RM 502
- Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502
- Jumlah = RM 9,036.00
- Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
Tahun 2010:-
- 1 Dinar = RM 595
- Kos Haji = 17 keping x RM 595
- Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
Bila saya tulis saya baru sahaja membeli dinar pertama kira-kira minggu lepas, ramai yang tanya berkaitan harga dinar. Sebenarnya harga dinar berubah setiap hari (bergantung kepada harga emas). Harga turun naik setiap hari, jadi ianya sekitar 824 – 740 (bergantung kepada pengeluar dan ketulenan emas). Jadi kalau tengok, berapa beza harga 1 dinar pada tahun ni berbanding 2010?
Dalam kata lebih mudah, walaupun harga menunaikan haji meningkat setiap tahun, harga dinar juga meningkat setiap tahun!
ps: Ada juga yang kata takde modal. Sebenarnya kalau melabur dalam dirham/perak lagi untung. Kadar kenaikan perak adalah 1.6 kali ganda dari emas. Lagipun perak jauh lebih murah, jadi modal yang dikeluarkan tidak banyak, asal ada duit sikit dah boleh beli π
akubiomed
Sudah tentu kos untuk mengerjakan haji mengunakan dinar emas pada masa hadapan akan turun nilainya kerana kenaikan harga nilai emas itu sendiri.
Affan Ruslan
Betul bro. Harga emas naik, jadi byk keuntungan di situ π
MDHAFiZ.NET
dinar emas rupanya… ingatkan dinar Bahrain td…hehehe..
doakan saya tuan..dpt naik Haji… π
Affan Ruslan
Dinar tu emas lah hehe. Dinar adalah duit syiling, standard untuk satu dinar 4.25 gram. Dinar adalah duit syiling dgn kalimah tauhid padanya, kalau tiada kalimah tauhid dipanggil dinarius
anif
Ada benarnya… Cuma berharap unsur-unsur spekulasi tidak terlalu memberi kesan kepada harga emas sebenar.
azman
Bila lah nak start melabur dengan dinar dan dirham.
Affan Ruslan
Nak taknak je haha.
Start dgn silver/dirham dulu pun ok
kimmie
tgk kpd contoh yg diberikan ..mmg melabur dlm dinar satu pilihan yg bijak. Semoga plan utk pelaburan ini terlaksana next year.
Affan Ruslan
InsyaAllah, sikit2 pun takpe. Contohnya beli 2 3 keping setahun ke. Kalau 3 keping setahun, 3 4 tahun dah cukup, InsyaAllah
puanbee
salam ,
ye saya tk mampu beli dinar , tp saya beli dirham , untung ada abg ipar yang menjual senang nak beli sikit2 setiap bulan ..
Affan Ruslan
Salam.
Ha sng sangat lah camtu. Dirham pun bagus, modal tak mahal.
Lagipun ada juga org cakap invest dalam dirham lagi untung hehe.
Takpelah, sikit2, ni long term investmen
harith
sy x tau ape2 psal nilai matewang ni, hehe
Affan Ruslan
Hehe. Dinar tu syiling emas π
Takpe, slow2. Saya pun sblm berminat nak beli dinar ni, bila nampak je artikel pasal emas/silver ni, saya terus tolak, tak minat! Sbb dulu ingat orang kaya2 je beli emas. Tapi rupanya tak, kalau orang bijak, masa belajar lagi dah melabur dalam emas. Ada yg masih belajar, simpan2 sikit duit untuk beli emas atau perak
harith
ooo gitu..haha thanks info 2 π
ZoOL
haha.. master of manipulator la ko ni.. aku ingat kan kos semakin turun.. rupanya, bilangan dinar berkurang utk mengerjakan haji tapi itu disebabkan price satu dinar meningkat 5x dari masa dulu π
Affan Ruslan
haha mana ada manipulating π
Actually aku pun baru jumpa gambar ni kat FB, ada orang tag. Dah masa first time aku sedar benda ni, aku jadi sangat kagum. Sekurang2nya boleh letakkan “target” untuk dinar
Hadi Rofiee
Ayat memanipulasi namun menarik. π
Boleh dijadikan pengetahuan penting untuk menunaikan haji di masa hadapan. Semoga dipermudahkan. Amin.
Affan Ruslan
Hehe. First time saya baca pun saya kagum dgn situasi ini, itulah kekuatan emas berbanding wang fiat.
Moga dipermudahkan
shraqs
Pelaburan emas memang takkan rugi pun. Permintaan terhadap emas senantiasa tinggi.
blackrosehunter
memang untung sebab harga emas kalau jatuh pun takkan merudum dengan teruk..
Affan Ruslan
Yup. Tapi dlm satu blog yang saya baca, pelaburan dalam silver lebih menguntungkan π
Aizan Fahri
nak beli macbook kos dia berapa dinar?
Affan Ruslan
lagi 2 tahun 3 dinar cukup kut haha
wazy
Pada masa hadapan,kos mengerjakan haji memang murah la kan,lebih-lebih lagi apabila ramai melabur dalam dinar dna dirham tak lupa juga emas
Affan Ruslan
Yup betul tu. Risau gak kan nanti dah besar, mesti jauh lebih mahal harga sekarang. Lepastu nak kena tunggu turn lagi. Sabar je la, kalau ada rezeki ke rumah Allah, ada la π
Cik Kuntum
Alhamdulillah suka entry berkenaan dengan Dinar & Dirham ni…sejujurnya saya sendiri pengumpul dinar & dirham…terima kasih kerana tag Usrah Online π saya tag kerana hari tu dah berjanji dengan affan untuk berkongsi sedikit ilmu tentang Dinar & Dirham di Twitter…semoga usaha affan ni menjadi tauladan buat blogger-blogger lain dalam menyiapkan tabungan untuk masa hadapan…
Affan Ruslan
InsyaAllah, harap2 dapat membuka mata dan hati sesetengah pihak berkaitan kepentingan dinar dan dirham π
arrizz
aku rasa sesiapa yang nak start bermain dengan dinar/dirham nie, i think dirham is a good start..kos rendah..at least belajar dulu selok belok benda nie..dah tahu baru boleh proceed dengan dinar lak..setuju bro?
Affan Ruslan
Yup, ok juga tu π
Kos rendah, absolutely. So bila2 ada duit, boleh tambah stock.
Aku before beli first dinar, aku baca2 sikit pasal hukum hakam berkaitan dinar dan dirham ni. Lepas dah beli, baru nak berjinak2 pula dgn strategi untuk mendapatkan keuntungan
ohcikgu
logik tu. logik…hehe
Affan Ruslan
Hehe. Saya lepas tengok graf dan bandingkan harga dinar dulu dengan sekarang, baru perasan.
Amirez
betul juga tu. kenapa tak fikir sebelum ni. rasanya menyimpan dinar jauh lebih untung daripada melabur dalam ASB
Affan Ruslan
Yup, ada juga dengan begitu π
syahrilhafiz
uh? macam ni ek, kena perbanyakkan sedut ilmu pasal semua ni lagi tentang dinar.
noob gila..
Anarm
sedut ilmu cepat2 bro.. hehe..
Mohd Isa
tumpang tanya, macam mana nak bayar haji ni dengan dinar? tabung haji terima ke?
Anarm
boleh kot.. tapi kalau tabung haji tak terima, dinar tu boleh dijual atau dipajak untuk dapatkan wang fiat yang ada nilai.. problem solved..
Mohd Isa
banyak kerja pulalah kena buat kalau tabung haji tak terima, aku baru je buka akaun tabung haji secara percuma untuk kakitangan kerajaan. hehe
bancik
menarik..
Al-Fath
Yaa Allah…jika sudah waktunya ijinkan hamba menuju rumahMu…
Kharisma
Assalamu’alaikum…..
terimakasih atas infonya pak dan salam kenal…
sot
Hmmm…menarik tu. Namun kalau kita start beli dinar skrg di mana harganya agak tinggi iaitu RM595 sekeping…berbanding dgn harga tahun 2002 iaitu RM140 sekeping…maka kalau harga dinar turun di masa depan macamana pula? Tidakkah kita akan alami kerugian kerana sudah membeli dinar pada harga yg agak tinggi tadi?
Anarm
harga dinar sekarang ni lebih kurang RM750 ++.. harga akan meningkat setiap tahun.. sape2 yang masih menunggu sebab kurang yakin atau sebagainya, memang rugi..
GTR
Tula, nape la tabung haji tak nak guna dinar ea?
Ahmad Fikrizaman
Aku dah register untuk pegi haji… tahun 2040 baru dapat.. tp mungkin dapt p awal sebab dengan mak aku.. haa.. awt aku tak tau benda macam ni ha?? dulu mnasih ada dok cerita pasal dinar2 ni.. tp aku macam ada interesting la jugak.. tp bila aku tengok dia tulis 1 dinar 600, mana nak cari duit bai.. agak2 time aku boleh pegi nanti, ntah2 1 dinar ja.. tp 1 dinar = 20k.. dinar hang ada sekarang sebijik dah boleh p haji nanti.. huhu..
iza
Assalam…
Nak kena beli dinar cepat nih…
kyrul
aku tak tau sangat lah dinar dinar ni π
soutulmujahid.com
promote dinar dirham kaw2 ni. haha
iridz
dinar pun mahal skrng ni. baru kumpul 1 keping. bila la nk bertmbah lagi
manzarina
semakin cantik la blog ni…lama x melawat….salam dan bertanya khabar…
cik tom
2 bln lepas berminat nk beli dinar tp msh teragak2..last2 ciktom bli brg kemas je..blh pki..hehehe π
Affan Ruslan
barang kemas pun ok jee π
titan
hehe..bila orang nampakk..barulah mula nak cari dinar nih..
Syabil
Aku nk jugak, tp dlm bank bru ada Rm130..maklumlah bru 15 tahun
Affan Ruslan
Takpe, slow2 bro. Masih muda lagi, byk masa untuk belajar. Skg ni ko study atau baca dulu artikel2 pasal pelaburan dulu pun ok, nak melabur perlukan ilmu π
Maya
π
Juan
betul tu affan, aku setuju
Fariq
ade persoalan kat sini. kalo tau jawab la..
kalau kita simpan dinar ni tujuan untuk pelaburan kan.. wajib x kita bayar zakat untuk emas?
sebab dinar tu sendiri emas kan..
Affan Ruslan
wajib, ada syarat2 die. kalau untuk pelaburan, maknanya kita simpan emas tu.
tak silap aku, berat die 85gram baru kena zakat π
Fitri Anuar
Pelaburan perak perlukan kesabaran tahap dewa dewi untuk tunggu kenaikkannya. Orang macam saya, gelojoh. harini beli, harini gak harap dia boleh naik…hihi.
Pilihan saya masih utama dengan emas.
Ada juga sikit-sikit tambahan beli dirham. sebab boleh gunakan untuk jual beli.. lain dia punya feel.
muhammad fakhruddin
Yang penting ada melabur/menabung untuk naik haji.
Ok, menarik juga simpan dinar ya.
Fyzal
salam brother. lama sungguh tak datang ke sini. aku pun bercadang nak beli emas juga. tp dalam masa terdekat ini belum berkemampuan. lagi pun emas adalah bentuk simpanan yang bagus.
Affan Ruslan
Salam.
Hehe, betul. Lama jugak tak ke blog ko. Aku pun baru je sempat update ni, lama bercuti dari update blog ni hehehe.
Emas mahal, jadi modal tinggi. Kalau setiap tahun dapat beli sikit pun jadi lah, sbb ni long term investment.
bardboo
lepasni bolehlah start melabur dengan dinar plak…
eiela
tak tau sangat pasal nih, tapi memang kos haji meningkat saban tahun.
Anarm
kos haji meningkat.. harga dinar emas pon meningkat jugak.. tp kadar kenaikan harga dinar emas lebih banyak.. sebab tu jumlah dinar yg diperlukan untuk kos pegi haji tu jadi semakin berkurang..
Affan Ruslan
Haah anarm, aku rasa tu je reason yang paling sesuai nak terangkan keadaan macam ni ahaahha
nurmisnan
Tahun lepas aku tanya kat TH diorang kata coast haji 19k..
naik bengang bila mendengornya..
Anarm
tahun 2012 ni aku nak beli 1 dinar setiap 1 Bulan.. dah dapat 1 dinar dah.. bulan depan angkat lagi 1 dinar.. nk konsisten buat tiap2 bulan.. setahun bleh dpt 12 dinar.. wuhuuu~
Affan Ruslan
Plan yg bagus tu bro haha. Aku pun pernah terfikir nak buat camtu gak, atau sekurang2nya 2 bulan 1 dinar, ikut kemampuan gak la hehe
Anarm
2 bulan 1 dinar pon ok jugak.. ikut kemampuan.. asalkan ada
bukit gambang
menarik ni, lepas ni boleh lah beralih arah ke dinar dan emas pulak.
ciksembang
saya cuba membeli emas dengan kuwait finance.. so dinar ni dah lain pulak.. macam minat juga
aqil
Ambo minat nok cebur dale pelaburran dinar ni. Tp cuma ilmu je kurrang.ada sape2 blh bantu? Pitih blh doh ni.
Affan Ruslan
G baca sini, di situ saya ada sertakan senarai group di FB, tempat jual beli dinar, dan tempat pertanyaan. Boleh juga menuntut ilmu di sana π
Link: http://affanruslan.com/membeli-dinar-emas-pertama/
aqil
Time kasih sahabatku affan atas info ini.
Harland Rastogi
I don’t even know the way I ended up right here, but I believed this publish used to be great. I don’t
know who you might be however certainly you are going to
a famous blogger when you aren’t already. Cheers!