(HR al-DarQutni)
“Kebanyakan azab kubur itu adalah lantaran kencing“
(HR al-hakim, Ahmad dan Ibn Majah)
“Rasulullah SAW telah melalui dua kubur yg sedang diazab penghuninya, kemudian baginda memberitahu bahawa seorang daripada mereka diazab kerana menjadi batu api antara dua orang agar bermusuh manakala seorang lagi diazab kerana tidak bersuci daripada kencingnya.
(HR Imam Bukhari dan Muslim)
Adab-adab beristinjak dan qada’ hajat
a.) Dilarang membuang ari di jln org ramai atau tempat mereka duduk atau berkumpul kerana ia boleh menyakitkan mereka;
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW telah bersabda: Takutlah kamu kepada 2 perkara yg membawa kpd laknat. Para sahabat bertanya: “Apakah 2 perkara tersebut?” Rasulullah SAW menjawab: “Org yang membuang air besar (menunaikan hajatnya) di tempat laluan org ramai atau tempat mereka berteduh.”
(HR Muslim (269) diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
b.)Elakkan kencing di tempat terbuka spt tempat2 kencing berdiri yang dibina tanpa pintu tandas atau dimana2 tanpa berselindung dari mata kasar;
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak membuang air besar atau kecil hendaklah ia berlindung.”
c.) Elakkan daripada menghadap atau membelakangi kiblat;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu datang ke tempat qada’ hajat maka janganlah kamu mengahadap ke arah kiblat dan jangan kamu membelakangkannya sama ada ketika buang air kecil atau besar.” (HR Al-Bukhari (381) dan Muslim (264), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
d.) Membuang air di air yg tenang dan bertakung
(HR Imam Muslim (281), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
Larangan disini adalah dgn makna makruh ttp Imam Nawawi telah meriwayatkan bahawa ia memberi makna HARAM
e.) Membuag air dalam lubang pada tanah atau dinding atau seumpamanya.
Daripada Abdullah bin Sarjis bahawa: Rasulullah SAW melarang daripada kencing di dalam lubang iaitu lubang pada tanah
(HR Abu Daud (29), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
f.) Tidak menjawab salam ketika membuang air.
(HR Imam Muslim (370), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
g.) Dilarang bercakap.
(HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
h.) Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.
(HR Imam Bukhari (153) dan Muslim (267), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
i.) Mengurut kemaluan setelah membuang air.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang kamu kencing maka hendaklah dia mengurut kemaluannya 3 kali (agar keluar semua kencing yg masih melekat di kemaluannya.”
(Source: kitab Fiqhul Manhaji dan Majalah Anis Febuari 09)