Kenapa scam adalah bahaya

rafayhackingarticles.blogspot.com

Dalam kalangan orang Malaysia, security awareness tentang dunia internet kurang. Scam juga adalah salah satu bentuk penipuan cyber, termasuk phising. Kalau dalam program buat duit online, memang banyak. Contoh, paybox.me. Sebenarnya scam dan phishing ni lebih kurang je motif die. Kalau ikut definisi answers.com:

A scam is a deliberate attempt to defraud you. Phishing is trying to obtain your data to steal your identity and/or credit.

Tapi bagi saya terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Phising site selalunya akan guna fake url, contoh macam kat bawah ni:

helzerman.com

Tapi kalau scam, selalunya service provider akan bina identiti sendiri, contoh paybox.me. Haritu saja2 nak test. Jadi pergilah daftar. Boleh tahan jugak income, takyah buat apa2. Login tiap2 hari, lepas tu jawab survey. Hahah! Kaya, takpayah main klik-klik.

Scam

Kenapa Scam bahaya?

1. Pencurian data peribadi.

- Kalau anda daftar dengan nuffnang dengan menggunakan email dan password yang sama untuk email sekalipun, data-data tersebut akan disimpan oleh pihak nuffnang dan tidak akan didedahkan kepada sesiapa. Cuba kalau daftar dengan website scam macam kat atas ni, lepas tu korang pulak terlebih pandai guna password dan email yang sama, memang privasi korang dengan mudahnya akan dicuri. Kalau jual pun boleh gak dapat duit tu. Hehe.

2. Spam Email.

- Ni pun salah satu masalah gak ni. Cuba bayangkan kalau beribu-ribu orang daftar, lepas tu diorang jual email tu.

Tips

Kalau nak try buat duit online, cuba tanya kawan2 yang dah selalu join. Kebanyakannya adalah scam. Jadi daripada buang masa, baik korang survey dulu. Satu lagi, bila nak daftarkan akaun di mana2 laman web, elakkan daripada guna email utama yang digunakan untuk urusan rasmi. Kalau dah malas sangat, guna password lain je.

Komen & Pandangan

  1. Selalu yang tertipu ni sebab tak berhati-hati.. dan kurang ilmu. Jadi kenalah ambil tahu sedikit sebanyak tentang dunia internet ni agar tidak mudah diperdaya.

  2. aku dah 2 kali kena phishing~
    1st time memang acc Yahoo tu tak dapat diselamatkan~

    2nd time kena (lepas buat yg baru), dapat diselamatkan~

    apapun, prefer guna Gmail~ hush~

  3. aku penah ditipu dulu.
    scam melalui eBay. dorg gn email PayPal, custom Nigeria, Australia police n DHL yg FAKE. aku tertipu dgn email2 tu. mimpi ngeri aku dibuatnya. habis duit elaun JPA aku waktu tu sbb kena tipu. jumlahnya terpaksa aku rahsiakan. seriously aku serik dgn scam2 ni…

  4. banyak kali dah aku dapat web phishing maybank.
    adik aku hari tu lepas sebulan dia bukak akaun maybank,
    dia dpt email suruh tukar password maybank2u dia.
    dgn naifnya pegi klik login link dlm email tu lepas tu tukar password n username.
    nasib baik dia bagitau kat aku, terus aku tukar balik.

    • betul bro, semakin teruk. kalau kita yang dah tau ni mungkin alert skit, cuba kalau budak2 yang baru guna. kesian pulak, dah jadi tanggungjawab ibubapa pulak nak kena ajar agaknya

  5. kat mana2 je ada scam ni.. facebook ada, twitter pun ada, myspace pun ada.. semua tpt dh x selamat.. jd nk kena protect diri sendiri dr benda2 scam ni.. kat dunia ni xde keje yg leh wat free money gitu je, mcm skim cepat kaya.. jangan caya, control diri supaya tak terpedaya..

    p/s: aku biasa guna bookmark jd phising2 tu tak kn berlaku..

    • betul gak kan. kalau guna bookmark blh elak. aku mmg ada bookmark, tapi dah byk sgt. so untuk certain2 benda je aku tekan yang dah bookmark, kalau setakat fb malas lah, nyemak je bookmark. tapi minatk2 lah tak kena in the future

  6. sekarang nie, scam nie dah jadi cam trend. kalo satu servis tue mula popular, mula la banyak scam gile. yang selalu aku jumpa kat inbox aku, emel dari maybank2u. haha~

  7. syukur setakat ni tak pernah lagi kena..
    pesanan-pesanan daripada kawan macam ni yang banyak bantu kita dan elakkan daripada mangsa.. thanks tips tu

  8. aku pun dah berpengalaman dalam hal ni..dari kena tipu jual hp sampailah click program tu..adoii now dah tak terpengaruh dah dengan semua tu..sampah-sampah tu semua aku buat tak tahu je.. tapi still geram sebab dah banyak rugi duit spend on those scam dan program penipu di internet ni. maybe more than 1k kot..adoiii

  9. Kenapa nak cari duit online? Duit tu datang dari sumber yang tidak pasti halal haramnya. Kenapa bila makan kita begitu teliti mencari yang halal. Tetapi bila cari duit, semua nya main try je. Cuba lah pikir sket duit tu datang dari mana. Kenapa kita begitu ignorant? Siasat dulu. Benda ini akan jadi darah daging kita eventually.

    • Terima kasih ustaz. betul, saya setuju. Sebab itulah saya masih ragu2 buat duit secara online, byk perkara perlu diambil perhatian. Jangan yang haram masuk perut sudah, nahas!

  10. setuju dgn bro… Spam email lah yang paling tak suka.. penat tiap2 hari nak kene remove.. pastu masa mula-mula dulu hampir2 nak login dalam Phising site m2u… huhuu

    • huhu. nasib bro tak login. hehe. kalau dah terlogin, kena cpt2 lah tukar.

      haah, tension jugak dapat spam email ni. tapi nasib baik kebanyakannya masuk spam inbox, so cuma kadang2 kalau terlepas masuk dalam inbox je lah kena delete manually

  11. RedBoys

    memang bahaya.. thanks sudi ingat mengingati sesama sekepala..

    p/s: rasanya baru first time dtg komen blog ini.. haha..

  12. I have a friend who have become a victim of scam. I don’t know how it happened, maybe he clicked a link from a spam email and he was directed to a phishing site. Few days later ‘he’ sent emails to his friends asking for money ‘coz he’s in Europe and that he lost all his money, mobile phones and travel documents. He gave the details on where to send it, promised to pay when he returns. One of his friends followed his instincts and contacted him on his phone asking if it’s true. Good thing, it’s not. He is not even aware that he ‘sent’ them email. He accessed his email afterwards but the hacker changed the password already.

    • betul tu bro. aku risau gak makcik2 kat rumah tu, takpun org2 yang memang taktau langsung pasal ni. Lagi2 kalau phishing dari bank, blh lesap duit. Harap2 masyarakat semakin sedar

    • aku search dalam forum ngn blog, scam.
      Tak silap aku owner die dah pindah, so yang skg ni scam.
      Lagipun kalau tgk2 blk, ko takleh transfer duit tu ke paypal atau cashout.
      Duit tu hanya blh transfer ke akaun2 paybox.me org lain.

      haha. baik takyah. ingat main monopoly ke. hehe

  13. makin maju teknologi, otak dan akal yang dikurniakan tuhan utk kebaikan pun dimajukan dan disalahgunakan pulak..ape nak jadi ntah..

    so kita ni kena la lebih berwaspada dan berhati22..

  14. setuju sangatlah ni….aku ada gak daftar paybox.me tu…agak menipulah smpi duit beratus dollar dalam beberapa hari jerk…bohong…haha

    • hahahaha. betul tu bro. macam siot je. aku main test je, selalu tak bg original info. adui, nasib.

      kalau 2 3 hari dah beratus, sng ah macam tu. hehe

  15. janganla scam kat aku.. aku dah la miskin hina, papa kedana.. nak login banking online pun make sure tgk url betul2… ..

Tinggalkan pendapat atau komen