Mungkin ramai yang belum tahu asal-asal saya mula menulis blog. Saya mula menulis blog kira-kira pada bulan Julai tahun 2009. Kiranya dah 3 tahun lah ye?
Kalau diikutkan 3 tahun dulu, blogger Malaysia tidaklah seramai sekarang. Dalam tiga tahun jugalah, bermacam-macam perubahan yang dapat dilihat dalam dunia blog di Malaysia ni. Tidak seperti dulu, terma “blogger” juga lebih dikenali. Syarikat-syarikat korporat juga banyak menjemput dan menggunakan khidmat blogger untuk membuat hebahan tentang sesuatu aktiviti atau menjual produk (dalam kata lainnya, beriklan π )
Bagaimana Segalanya Bermula?
Kalau diikutkan, saya bukanlah gemar menaip atau menulis. Inspirasi untuk membuat blog sendiri bermula daripada seorang kawan yang mempunya blog di AnasFaris.comΒ (blog tersebut masih wujud ye π )
Dalam kata lain, saya menulis blog sebab kawan. Orang lain ada blog, saya pun nak ada blog. Haha.
Memandangkan saya bukanlah jenis yang suka menulis tentang hal peribadi di blog, maka penulisan pada waktu itu hanyalah perkongsian artikel menarik yang dibaca daripada buku-buku dan suratkhabar. Memandangkan ketika itu saya baru sahaja tamat program persedian di program International Canadian Pre-University di Taylors College dan sedang menunggu untuk fly ke Kanada pada bulan September, maka masa tersebut digunakan untuk menulis blog.
Pada ketika itu saya hanyalah menggunakan perkhidmatan percuma Blogspot yang disediakan oleh pihak Google. Ketika itu, langsung tak terlintas dalam hati untuk buat duit melalui blog.
Menggunakan Domain Sendiri
Beberapa bulan kemudian, saya membeli domain Affanruslan.com daripada Yahoo. Jika tidak silap, saya membayar kira-kira $1.99 untuk domain tersebut dan masih menggunakan domain tersebut (Obviously, anda sedang membaca blog ini π ).
Masih ingat lagi, ketika itupun belum ramai blogger yang menggunakan domain sendiri. Sesiapa yang dah ada domain tu, kira macam dah ada website sendiri lah. Haha π
Sekarang ni dah lain, memiliki domain sendiri bukan lagi satu kemegahan. Domain boleh dibeli pada harga serendah RM30 untuk satu tahun, dan terdapat lebih daripada 15 syarikat tempatan yang menjual domain.
Hello WordPress!
Kira-kira setahun selepas memiliki blog sendiri, pada bulan Oktober 2010 saya berpindah ke blog yang menggunakan hosting sendiri, menggunakan skrip WordPress.org.
Terima kasih pada seorang blogger, ketika itu saya belum mengenali beliau tetapi beliau memberi kepercayaan untuk menumpang di hosting milik beliau, sampailah sekarang π
Jika anda ingin tahu kenapa perlu menggunakan hosting sendiri, baca artikel lama saya mengenai sebab-sebab anda perlu menggunakan WordPress secepat yang mungkin. Memetik kata-kata seorang blogger daripada artikel tersebut:
Memang aku tersenyum kegirangan sebab dapat juga merasa apa yang kebanyakan blogger rasa. Sebelum ni, aku gunakan Blogspot, ramai yang tak boleh masuk sebenarnya. Pageview 100+ sehari selama 2 bulan bukanlah motivasi terbaik bagiku. Dengan itu, aku bersyukur aku telah mengambil tindakan bijak seperti bro Mohd Isa kata kat aku. Heheh
Kita pun tak perlu risau kalau ada sesiapa nak menuntut hak blog ataupun delete blog kita sebab bila dah menggunakan WordPress, keseluruhan blog adalah milik kita, bak kata Izamir Ridzwan
Ketika itu, semakin ramai blogger yang mula beralih-arah menggunakan skrip WordPress.org dan saya pun pernah membantu beberapa orang blogger untuk berpindah menggunakan hosting sendiri.
Β Memupuk Minat Menulis
Saya bukanlah jenis yang suka menaip dan menulis, tetapi gemar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Selain berkongsi artikel menarik daripada buku/majalah/suratkhabar, saya juga suka menulis tutorial. Antaranya tutorial yang menarik adalah:
- Risiko salah guna plugin di WordPress
- Perbandingan Lengkap antara aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
- Sila hormati privasi pengomen di blog anda
- Tips menulis Tips Blogging Terbaik
- Panduan Asas Menggunakan Commentluv
Itu adalah antara tips dan tutorial yang pernah ditulis di blog ini, selebihnya boleh tengok di artib kategori Tips dan Tutorial.
Semua penulis akan mati, hanya karyanya yg akan trs abadi. Maka tulislah sesuatu yg dpt membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Saidina Ali)
Selain itu, setelah lebih 3 tahun menulis blog, saya mula yakin untuk menulis tentang hal peribadi dan menulis artikel berkaitan pendapat di blog ini. Saya juga menggunakan kesempatan belajar di Kanada untuk berkongsi dengan para pembaca blog ini tentang pengalaman kehidupan di sini, antaranya:
- Jalan-jalan di Niagara Falls.
- Berkenu di Brantford, Kanada.
- Bermain Roller Costers di Canada’s Wonderland.
- Jalan-jalan di Bruce Peninsula, Tobermory.
Untuk melihat kesemua artikel berkaitan kehidupan di Kanada, sila lihat arkib kategori Kanada.
Rakan-rakan blogger
Selama lebih 3 tahun, saya bersyukur kerana memiliki rakan-rakan blogger yang sering menyokong antara satu sama lain. Tidak lupa juga kepada saudara Eizil yang banyak membantu saya terutamanya berkaitan WordPress. Selalunya kalau ada soalan WordPress, beliau merupakan tempat rujukan terbaik.
ps: Artikel ini merupakan sebahagian daripada penyertaan untuk kontest yang dianjurkan di Eizil.com. Jangan lupa untuk turut serta, sebab terdapat beberapa hadiah menarik yang ditawarkan.Β
Woot Media dan Busuk.org?
Saya juga merupakan co-founder Woot Media dan salah seorang admin kacak Busuk.org π Bab ini saya akan terangkan dalam artikel yang akan datang.
fileex
bagus bang, semangat terus nulisnya..
saya baru belajar ngblog bang, kalau ada waktu ajarin asaya ya bang
MingHuiRaingerz
sy tulis blog untuk dapat duit π
hatiputera
memang banyak tip-tip dan artikel kat blog nie. nanti aku terjah satu persatu.
jeffry
teruskan berusaha bro, kita sama-sama belajar.
iqbalhakimi
kacak ke co founder wootmedia ni…tak pernah nampak muka pun kat blog? hahaha
Affan Ruslan
Pemalu orangnya π
Hairul Azni
Harap Encik Affan akan terus berjaya..Amin..
MameeMonster
hm, cantik alexendra bridge tu ;D
manyusoef
teringin nak berblog secara serius, ada hosting sendiri..tapi sejak kebelakangan ni semangat berblog macam makin kurang.so postpone dulu lah.hahaha
Affan Ruslan
Haha better ko fokuskan kat Twitter je. Haha
Anas Faris
Tiba2 saya rasa inspired la baca post ni. hik3.
wazy
salam dan hai abang kacak..hehehe
semoga terus menulis di blog dan sukses
tutorial di dalam blog ni terbaik,tak rugi kalau baca selalu
Eizil
baru sempat untuk berkunjung ke sini, terima kasih bro atas perkongsian, pengaruh rakan yang baik ni, sebab akhirnya wujud blog ni yang mantap…
teruskan perkongsian demi perkongsian, terutama cerita-cerita menarik dari kanada tu, tak dapat pergi, dapat baca pun jadilah kan. Selamat maju jaya bro…
Affan Ruslan
Lebih kurang begitulah. Awal2 dulu kalau ada masalah template blog, rujuk die lah.
Thanks juga atas tunjuk ajar bro selama ini.
Nampaknya dah kena start mengarang artikel tugasan kedua nampaknya.
akubiomed
Sudah melangkah jauh bro Affan. Tanniah. π
Affan Ruslan
Hehe terima kasih bro. Perjalanan masih jauh. Sekarang ni dah ramai blogger yang jauh lebih berjaya π
nenscoll
terbaikk..sy suka amek gambar ajek..nulis x pandai nk karang2..skit2 boleh laa
Affan Ruslan
Takpe, kalau camtu buat la photoblog.
Mesti ada peminat yang tersendiri.
Bro Framestone
Bro start berblog tahun 2006 dan menggunakan wordpress pada tahun 2007
iHudas
“Ketika itu, semakin ramai blogger yang mula beralih-arah menggunakan skrip WordPress.org dan saya pun pernah membantuk beberapa orang blogger untuk berpindah menggunakan hosting sendiri.”
Apa ni pan. Membantuk. Hang ngantukkkk kaaa? :p
Affan Ruslan
Spammer detected >__< haha
Shahrul
mantap bro…teruskan berblogging
sharkox
Semasa di Kanada, saya dan apan selalu makan canadian pizza…ok ini tipu
Affan Ruslan
Haha. Weh, canadian pizza tu aku tau ada satu branch, kat subang jaya.
azriMy
ni master dah ni π wooo
Affan Ruslan
Mintak tunjuk ajar dari abang Azri. Hehe
kujie
Affan adalah satu satunya blogger yang saya dah jumpa mak dia tetapi belum jumpa tuan blog itu sendiri…lawak?
hahaha… itulah uniknya hubungan online.
Affan Ruslan
hahaha terkejut haritu. Ingatkan memain je, rupanya betul-betul gi jumpa. Haha
sensasi2020
Lama menghilang muncul kembali di sini,
Ingat2 dulu semasa contest Denaihati.
#Semoga berjaya. Bagus susun atur entri saudara.
lynn
keep blogging.
Affan Ruslan
keep blogging? Bila nak tolong updatekan blog saya? π
lynn
Updatekan blog? Awak salah orang ke nih? K
eszairy
Banyak info-info menarik dalam blog ini.orang yang pandai menulis ada kelebihan dalam blog.
Naziman Blogger Malaysia
Baru saya tahu co-founder Woot Media dan salah seorang admin kacak Busuk.org siapa. hehe. Betulkah domain ni RM6 ja? murah juga.
Khalilah MNor
Saya baru sangat bermula sebagai blogger. Tak pernah ambil tau sebelum ni. Bukan tak suka, cuma taj terdedah sangat. Menulis diary dengan pen buat sakit jari. Sampai bengkak!
Sebab tu tiba-tiba jadi blogger tak bertauliah~!
Owh, gerun melihat otai-otai sekaliannya menulis pasal blog… (T_T)
boni kacak
saya sangat serius untuk berblog.. tapi untuk berpindah ke wordpress saya memang langsung tiada keyakinan.. apa lagi perlu membayar harga yang saya sendiri risau tak mampu nak membayarnya. adakah blogspot ni terlalu banyak kelemahannya ye?
LilyNrman
Jangan risau boni. Blogspot pun bagus. Google suka sbb kita guna produk sia. Jadi rank pun bagus. Kalau kualiti blog boni yang humor dan kelakar tu, mesti ada orang yang keep on datang. Cuma kalau boni serius dengan jenama blog bonikacak, keputusan boni utk ke arah domain bonikacak.com adalah keputusan yang betul. Ia buatkan kita serius untuk terus menulis. So, don’t worry ok.
Raidenovich
Masa tahun 2009 dulu xramai yg tau pasal blogging ni berbanding skrg.tapi ramai jugak blogger yg sama2 naik masa tu dh tak teruskan blogging.bertahun tak update.xmampu nk bagi komitmen dh agaknya.
Hafizul
Bertuah rasanya jika ada kemahiran mcm ni..untung badan kan pandai dalam bab wordpress dan theme ni..baru lagi rupanya ada blog..ingatkan dah bertahun-tahun..hehe..menarik gambar kat atas tu..nk copy boleh?hehe
faizal blog gajet
terbaik…masih tak phm cmne nk guna wordpress
dhinai
Aku masih cetek lagi dalam dunia blogger ni.Tak faham lagi keistimewaan penggunaan domain antara blogspot dengan wordpress ni.Sekarang masih menggunakan blogspot dan masih belum nampak lagi kekurangannya atau masalah yang timbul.
iAwani
… owh, mengenai sebab kenapa berblog, saya pula tulis blog sebab suka menaip kata-kata yang ada di kepala ke dalam bentuk ayat di blog. Lama kelamaan ada orang datang baca. Dalam banyak-banyak topik yang saya minat (sukan renang, gajet, software) saya paling minat gajet. jadi, saya tulis artikel-artikel pasal gajet. Maka lahirlah iAwani.
ciknor
….tulis blog sbgai kenangan dan diari yg penah den lalui
(dari dulu suka negara kanada:))
rozuan
wah, boleh jadi sumber inspirasi ni
aliff
Best lah baca blog ni, bro boleh ajar sy mcm mana nak buat blog minat lah. Tak ada org tunjuk ajar
Affan Ruslan
boleh sahaja. Emel saya