Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

Kenapa Saya Tulis Blog?

25/09/2012 Affan Ruslan 47 Komen

Mungkin ramai yang belum tahu asal-asal saya mula menulis blog. Saya mula menulis blog kira-kira pada bulan Julai tahun 2009. Kiranya dah 3 tahun lah ye?

Kalau diikutkan 3 tahun dulu, blogger Malaysia tidaklah seramai sekarang. Dalam tiga tahun jugalah, bermacam-macam perubahan yang dapat dilihat dalam dunia blog di Malaysia ni. Tidak seperti dulu, terma “blogger” juga lebih dikenali. Syarikat-syarikat korporat juga banyak menjemput dan menggunakan khidmat blogger untuk membuat hebahan tentang sesuatu aktiviti atau menjual produk (dalam kata lainnya, beriklan πŸ˜† )

Alexendra Bridge

Alexendra Bridge, Ottawa. Gambar oleh Amiruddin

Bagaimana Segalanya Bermula?

Kalau diikutkan, saya bukanlah gemar menaip atau menulis. Inspirasi untuk membuat blog sendiri bermula daripada seorang kawan yang mempunya blog di AnasFaris.comΒ (blog tersebut masih wujud ye πŸ˜‰ )

Dalam kata lain, saya menulis blog sebab kawan. Orang lain ada blog, saya pun nak ada blog. Haha.

Memandangkan saya bukanlah jenis yang suka menulis tentang hal peribadi di blog, maka penulisan pada waktu itu hanyalah perkongsian artikel menarik yang dibaca daripada buku-buku dan suratkhabar. Memandangkan ketika itu saya baru sahaja tamat program persedian di program International Canadian Pre-University di Taylors College dan sedang menunggu untuk fly ke Kanada pada bulan September, maka masa tersebut digunakan untuk menulis blog.

Pada ketika itu saya hanyalah menggunakan perkhidmatan percuma Blogspot yang disediakan oleh pihak Google. Ketika itu, langsung tak terlintas dalam hati untuk buat duit melalui blog.

Menggunakan Domain Sendiri

Beberapa bulan kemudian, saya membeli domain Affanruslan.com daripada Yahoo. Jika tidak silap, saya membayar kira-kira $1.99 untuk domain tersebut dan masih menggunakan domain tersebut (Obviously, anda sedang membaca blog ini πŸ˜‰ ).

Masih ingat lagi, ketika itupun belum ramai blogger yang menggunakan domain sendiri. Sesiapa yang dah ada domain tu, kira macam dah ada website sendiri lah. Haha πŸ˜†

Sekarang ni dah lain, memiliki domain sendiri bukan lagi satu kemegahan. Domain boleh dibeli pada harga serendah RM30 untuk satu tahun, dan terdapat lebih daripada 15 syarikat tempatan yang menjual domain.

Hello WordPress!

Kira-kira setahun selepas memiliki blog sendiri, pada bulan Oktober 2010 saya berpindah ke blog yang menggunakan hosting sendiri, menggunakan skrip WordPress.org.

Terima kasih pada seorang blogger, ketika itu saya belum mengenali beliau tetapi beliau memberi kepercayaan untuk menumpang di hosting milik beliau, sampailah sekarang πŸ˜‰

Jika anda ingin tahu kenapa perlu menggunakan hosting sendiri, baca artikel lama saya mengenai sebab-sebab anda perlu menggunakan WordPress secepat yang mungkin. Memetik kata-kata seorang blogger daripada artikel tersebut:

Memang aku tersenyum kegirangan sebab dapat juga merasa apa yang kebanyakan blogger rasa. Sebelum ni, aku gunakan Blogspot, ramai yang tak boleh masuk sebenarnya. Pageview 100+ sehari selama 2 bulan bukanlah motivasi terbaik bagiku. Dengan itu, aku bersyukur aku telah mengambil tindakan bijak seperti bro Mohd Isa kata kat aku. Heheh

Kita pun tak perlu risau kalau ada sesiapa nak menuntut hak blog ataupun delete blog kita sebab bila dah menggunakan WordPress, keseluruhan blog adalah milik kita, bak kata Izamir Ridzwan

Ketika itu, semakin ramai blogger yang mula beralih-arah menggunakan skrip WordPress.org dan saya pun pernah membantu beberapa orang blogger untuk berpindah menggunakan hosting sendiri.

Β Memupuk Minat Menulis

Saya bukanlah jenis yang suka menaip dan menulis, tetapi gemar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Selain berkongsi artikel menarik daripada buku/majalah/suratkhabar, saya juga suka menulis tutorial. Antaranya tutorial yang menarik adalah:

  1. Risiko salah guna plugin di WordPress
  2. Perbandingan Lengkap antara aplikasi Punchtab dan Rafflecopter
  3. Sila hormati privasi pengomen di blog anda
  4. Tips menulis Tips Blogging Terbaik
  5. Panduan Asas Menggunakan Commentluv

Itu adalah antara tips dan tutorial yang pernah ditulis di blog ini, selebihnya boleh tengok di artib kategori Tips dan Tutorial.

Semua penulis akan mati, hanya karyanya yg akan trs abadi. Maka tulislah sesuatu yg dpt membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Saidina Ali)

Selain itu, setelah lebih 3 tahun menulis blog, saya mula yakin untuk menulis tentang hal peribadi dan menulis artikel berkaitan pendapat di blog ini. Saya juga menggunakan kesempatan belajar di Kanada untuk berkongsi dengan para pembaca blog ini tentang pengalaman kehidupan di sini, antaranya:

  1. Jalan-jalan di Niagara Falls.
  2. Berkenu di Brantford, Kanada.
  3. Bermain Roller Costers di Canada’s Wonderland.
  4. Jalan-jalan di Bruce Peninsula, Tobermory.

Untuk melihat kesemua artikel berkaitan kehidupan di Kanada, sila lihat arkib kategori Kanada.

Rakan-rakan blogger

Selama lebih 3 tahun, saya bersyukur kerana memiliki rakan-rakan blogger yang sering menyokong antara satu sama lain. Tidak lupa juga kepada saudara Eizil yang banyak membantu saya terutamanya berkaitan WordPress. Selalunya kalau ada soalan WordPress, beliau merupakan tempat rujukan terbaik.

ps: Artikel ini merupakan sebahagian daripada penyertaan untuk kontest yang dianjurkan di Eizil.com. Jangan lupa untuk turut serta, sebab terdapat beberapa hadiah menarik yang ditawarkan.Β 

Woot Media dan Busuk.org?

Saya juga merupakan co-founder Woot Media dan salah seorang admin kacak Busuk.org πŸ˜‰ Bab ini saya akan terangkan dalam artikel yang akan datang.

Busuk.org

Sumber: Ranking Alexa Malaysia

 

Kategori: Admin

Komen Pembaca

  1. fileex

    25/09/2012 at 11:59 am

    bagus bang, semangat terus nulisnya..
    saya baru belajar ngblog bang, kalau ada waktu ajarin asaya ya bang

    Balas komen
    • MingHuiRaingerz

      27/09/2012 at 11:37 am

      sy tulis blog untuk dapat duit πŸ™‚

      Balas komen
  2. hatiputera

    25/09/2012 at 2:51 pm

    memang banyak tip-tip dan artikel kat blog nie. nanti aku terjah satu persatu.

    Balas komen
  3. jeffry

    25/09/2012 at 4:37 pm

    teruskan berusaha bro, kita sama-sama belajar.

    Balas komen
  4. iqbalhakimi

    25/09/2012 at 7:14 pm

    kacak ke co founder wootmedia ni…tak pernah nampak muka pun kat blog? hahaha

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:20 am

      Pemalu orangnya πŸ˜†

      Balas komen
  5. Hairul Azni

    25/09/2012 at 7:14 pm

    Harap Encik Affan akan terus berjaya..Amin..

    Balas komen
  6. MameeMonster

    25/09/2012 at 7:52 pm

    hm, cantik alexendra bridge tu ;D

    Balas komen
  7. manyusoef

    25/09/2012 at 7:53 pm

    teringin nak berblog secara serius, ada hosting sendiri..tapi sejak kebelakangan ni semangat berblog macam makin kurang.so postpone dulu lah.hahaha

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:21 am

      Haha better ko fokuskan kat Twitter je. Haha

      Balas komen
  8. Anas Faris

    25/09/2012 at 8:35 pm

    Tiba2 saya rasa inspired la baca post ni. hik3.

    Balas komen
  9. wazy

    26/09/2012 at 1:25 am

    salam dan hai abang kacak..hehehe
    semoga terus menulis di blog dan sukses
    tutorial di dalam blog ni terbaik,tak rugi kalau baca selalu

    Balas komen
  10. Eizil

    26/09/2012 at 5:41 am

    baru sempat untuk berkunjung ke sini, terima kasih bro atas perkongsian, pengaruh rakan yang baik ni, sebab akhirnya wujud blog ni yang mantap…

    teruskan perkongsian demi perkongsian, terutama cerita-cerita menarik dari kanada tu, tak dapat pergi, dapat baca pun jadilah kan. Selamat maju jaya bro…

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:28 am

      Lebih kurang begitulah. Awal2 dulu kalau ada masalah template blog, rujuk die lah.

      Thanks juga atas tunjuk ajar bro selama ini.
      Nampaknya dah kena start mengarang artikel tugasan kedua nampaknya.

      Balas komen
  11. akubiomed

    26/09/2012 at 9:12 am

    Sudah melangkah jauh bro Affan. Tanniah. πŸ™‚

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:23 am

      Hehe terima kasih bro. Perjalanan masih jauh. Sekarang ni dah ramai blogger yang jauh lebih berjaya πŸ™‚

      Balas komen
  12. nenscoll

    26/09/2012 at 9:35 am

    terbaikk..sy suka amek gambar ajek..nulis x pandai nk karang2..skit2 boleh laa

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:24 am

      Takpe, kalau camtu buat la photoblog.
      Mesti ada peminat yang tersendiri.

      Balas komen
  13. Bro Framestone

    26/09/2012 at 10:25 am

    Bro start berblog tahun 2006 dan menggunakan wordpress pada tahun 2007

    Balas komen
  14. iHudas

    26/09/2012 at 11:09 am

    “Ketika itu, semakin ramai blogger yang mula beralih-arah menggunakan skrip WordPress.org dan saya pun pernah membantuk beberapa orang blogger untuk berpindah menggunakan hosting sendiri.”

    Apa ni pan. Membantuk. Hang ngantukkkk kaaa? :p

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:25 am

      Spammer detected >__< haha

      Balas komen
  15. Shahrul

    26/09/2012 at 2:29 pm

    mantap bro…teruskan berblogging

    Balas komen
  16. sharkox

    26/09/2012 at 10:41 pm

    Semasa di Kanada, saya dan apan selalu makan canadian pizza…ok ini tipu

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:27 am

      Haha. Weh, canadian pizza tu aku tau ada satu branch, kat subang jaya.

      Balas komen
  17. azriMy

    26/09/2012 at 11:27 pm

    ni master dah ni πŸ˜€ wooo

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:26 am

      Mintak tunjuk ajar dari abang Azri. Hehe

      Balas komen
  18. kujie

    27/09/2012 at 12:08 am

    Affan adalah satu satunya blogger yang saya dah jumpa mak dia tetapi belum jumpa tuan blog itu sendiri…lawak?

    hahaha… itulah uniknya hubungan online.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      27/09/2012 at 2:26 am

      hahaha terkejut haritu. Ingatkan memain je, rupanya betul-betul gi jumpa. Haha

      Balas komen
  19. sensasi2020

    27/09/2012 at 3:14 am

    Lama menghilang muncul kembali di sini,
    Ingat2 dulu semasa contest Denaihati.

    #Semoga berjaya. Bagus susun atur entri saudara.

    Balas komen
  20. lynn

    27/09/2012 at 2:27 pm

    keep blogging.

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      01/10/2012 at 3:30 am

      keep blogging? Bila nak tolong updatekan blog saya? πŸ˜†

      Balas komen
      • lynn

        01/10/2012 at 10:50 am

        Updatekan blog? Awak salah orang ke nih? K

        Balas komen
  21. eszairy

    27/09/2012 at 10:29 pm

    Banyak info-info menarik dalam blog ini.orang yang pandai menulis ada kelebihan dalam blog.

    Balas komen
  22. Naziman Blogger Malaysia

    28/09/2012 at 3:17 pm

    Baru saya tahu co-founder Woot Media dan salah seorang admin kacak Busuk.org siapa. hehe. Betulkah domain ni RM6 ja? murah juga.

    Balas komen
  23. Khalilah MNor

    28/09/2012 at 3:17 pm

    Saya baru sangat bermula sebagai blogger. Tak pernah ambil tau sebelum ni. Bukan tak suka, cuma taj terdedah sangat. Menulis diary dengan pen buat sakit jari. Sampai bengkak!

    Sebab tu tiba-tiba jadi blogger tak bertauliah~!
    Owh, gerun melihat otai-otai sekaliannya menulis pasal blog… (T_T)

    Balas komen
  24. boni kacak

    28/09/2012 at 8:31 pm

    saya sangat serius untuk berblog.. tapi untuk berpindah ke wordpress saya memang langsung tiada keyakinan.. apa lagi perlu membayar harga yang saya sendiri risau tak mampu nak membayarnya. adakah blogspot ni terlalu banyak kelemahannya ye?

    Balas komen
    • LilyNrman

      29/09/2012 at 2:16 am

      Jangan risau boni. Blogspot pun bagus. Google suka sbb kita guna produk sia. Jadi rank pun bagus. Kalau kualiti blog boni yang humor dan kelakar tu, mesti ada orang yang keep on datang. Cuma kalau boni serius dengan jenama blog bonikacak, keputusan boni utk ke arah domain bonikacak.com adalah keputusan yang betul. Ia buatkan kita serius untuk terus menulis. So, don’t worry ok.

      Balas komen
  25. Raidenovich

    30/09/2012 at 11:57 am

    Masa tahun 2009 dulu xramai yg tau pasal blogging ni berbanding skrg.tapi ramai jugak blogger yg sama2 naik masa tu dh tak teruskan blogging.bertahun tak update.xmampu nk bagi komitmen dh agaknya.

    Balas komen
  26. Hafizul

    30/09/2012 at 3:46 pm

    Bertuah rasanya jika ada kemahiran mcm ni..untung badan kan pandai dalam bab wordpress dan theme ni..baru lagi rupanya ada blog..ingatkan dah bertahun-tahun..hehe..menarik gambar kat atas tu..nk copy boleh?hehe

    Balas komen
  27. faizal blog gajet

    10/10/2012 at 2:00 pm

    terbaik…masih tak phm cmne nk guna wordpress

    Balas komen
  28. dhinai

    11/10/2012 at 9:27 pm

    Aku masih cetek lagi dalam dunia blogger ni.Tak faham lagi keistimewaan penggunaan domain antara blogspot dengan wordpress ni.Sekarang masih menggunakan blogspot dan masih belum nampak lagi kekurangannya atau masalah yang timbul.

    Balas komen
  29. iAwani

    18/10/2012 at 11:01 pm

    … owh, mengenai sebab kenapa berblog, saya pula tulis blog sebab suka menaip kata-kata yang ada di kepala ke dalam bentuk ayat di blog. Lama kelamaan ada orang datang baca. Dalam banyak-banyak topik yang saya minat (sukan renang, gajet, software) saya paling minat gajet. jadi, saya tulis artikel-artikel pasal gajet. Maka lahirlah iAwani.

    Balas komen
  30. ciknor

    25/10/2012 at 12:09 am

    ….tulis blog sbgai kenangan dan diari yg penah den lalui

    (dari dulu suka negara kanada:))

    Balas komen
  31. rozuan

    31/10/2012 at 1:31 pm

    wah, boleh jadi sumber inspirasi ni

    Balas komen
  32. aliff

    20/12/2012 at 11:31 pm

    Best lah baca blog ni, bro boleh ajar sy mcm mana nak buat blog minat lah. Tak ada org tunjuk ajar

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      01/01/2013 at 1:39 am

      boleh sahaja. Emel saya

      Balas komen

Komen Anda Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (36)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Hakcipta Terpelihara © 2021 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework