Kembali Berblog Setelah Lama Menyepi

Yay, berjaya jugak update blog. Hehe. Rasanya dah lama sangat tak update blog ni, kali terakhir update blog pada 19 Disember tahun lepas, berkaitan Kos Haji Semakin Berkurang Dengan Dinar. Kebetulan lepas habis final exam pada 20 Disember ada winter break, lebih kurang 2 minggu. Macam-macam aktiviti join, tapi tahun lepas tak join pulak program Reviving Islamic Spirit (RIS) sebab nak beralih arah ke program lain.

Retreat de Winter Canada

Retraite Winter de Canada

Program ni lebih kurang macam kem kat sekolah, tapi peraturan tak ketat sangat :lol: . Antara perkara yang menarik adalah dapat berjumpa pelajar-pelajar Malaysia yang study di universiti lain. Selain tu, tinggal dalam cabin. Dugaan masa nak mandilah, sebab tandas jauh daripada bilik hahaha :lol:

Winter Camp

Kebetulan masa hari kedua, salji lebat turun. Disebabkan kem ni terletak di kawasan luar bandar yang terpencil, Subhanallah memang lawa sangat pemandangan.

Winter Volley Ball

Bermain volley ball masa winter. Ada berani? Lepas main je masing-masing tangan kebas kesejukan :lol:

Snow Trekking

Selain tu, ada juga aktiviti snow-trekking. Jalan-jalan masuk hutan, tapi dalam keadaan salji yang sangat tebal. Sepanjang perjalanan tu memang syok dapat melihat pemandangan alam sekitar, sambil main baling-baling bola salji kat orang lain hehehe.

Pengisian Program

Program ni sebenarnya lebih kepada pengenalan mengenai khalifah, taribyyah, usrah dan beberapa perkara in between. Mungkin kat Malaysia program seperti ni dah banyak sangat, tapi bagi kami yang belajar di Kanada, program macam ni kalau tak join mungkin akan rasa sedikit rugi kut.

Resolusi Program:

1. Jadikan cinta kepada Allah sebagai asas ketaatan kita kepada Allah.

2. Marilah kita mengambil tahu tentang situasi umat supaya kita tersedar dari lena dan bangun dari tidur.

3. Marilah kita yakin bahawa tarbiyyah merupakan cara untuk mengemabalikan zaman kegemilangan Islam.

4. Bersama-sama komited untuk menghadiri usrah.

 

 

Kredit gambar: Aiman Azlan, Fazry, Naim dan Gathering-Kita.

Komen

  1. anif says:

    Wuuii.. lamanya tak ber “update” blog ni! :D

    Bagus jika dapat menyertai aktiviti seperti ini.. Terisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
    anif recently posted..Swiss Army Knife Alam DigitalMy Profile

  2. Saya ke Ireland bulan lepas. Balik dari sana terus demam *kafarah*
    muhammad fakhruddin recently posted..Al-Fateh Alaf BaruMy Profile

  3. izwannizam says:

    memang lama hang tak update and now dan ‘bangin’ dari tidur :D

  4. rozuan says:

    wah,study kat kanada ke dulu?
    rozuan recently posted..SEGMEN RAMAH MESRA BLOGGER (1) | EDISI PERCUBAANMy Profile

  5. puanbee says:

    dapat baca dan tengok gambar pengalaman orang lain pun jadilah .. bestnya main2 salji ek ..
    puanbee recently posted..Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500 Di Bayar Ahad Baucer Tunai Untuk Yang LayakMy Profile

  6. Faiz says:

    xde gambar muka hang pun…tipu ni :p

  7. Syahbinar says:

    woww… bestnyaaa mainnn saljiii :)
    misi pencarian affan ruslan belum lagi selesai.. hehe :D

  8. kimmie says:

    bestnya dpt main salji, tp tgk gmabar pun tahu kesejukkannya.
    kimmie recently posted..Dato Siti Nurhaliza di History ChannelMy Profile

    • Affan Ruslan says:

      Hehe. Sekali sekala main salji best la, tapi kalau duduk lama2 nanti rasa macam tak best pulak hehe. Apa2 pun, tetap bersyukur kerana masih berpeluang study kat sini, Alhamdulillah

  9. azrijohan says:

    identiti masih lagi disembunyikan :p
    azrijohan recently posted..Infografik: Pencapaian Mozilla Firefox 2011My Profile

  10. akubiomed says:

    Sekelilingnya semua putih. Selamat kembali bro. :-)
    akubiomed recently posted..Ada hati buat header blog tapi tangan kerasMy Profile

  11. Izwan says:

    aktif kau kat sana program waktu cuti.. kem ni 2 minggu ke? bayar atau free ek?
    Izwan recently posted..Jom Sertai Kem Jambori Remaja Islam 2012My Profile

  12. Aizan Fahri says:

    suhu camne bro? aku ingat nak pergi jugak main-main salji tapi malu lah.. ^^
    Aizan Fahri recently posted..2 Hari Yang Teramat ‘Awesome’ !!My Profile

  13. Liana Ryan says:

    Selamat kembali berblogging.. enjoy =)
    Liana Ryan recently posted..Penipuan di internetMy Profile

  14. fasz says:

    selamat kembali beblogging…hehehe
    fasz recently posted..Yang mana satu pilihan anda?My Profile

  15. puteriCahaya says:

    jelesssssssssss………………..

    p/s: welkam bek. hee~
    puteriCahaya recently posted..stop looking back!My Profile

  16. azura says:

    cukupp sekadar dapat tengok indahnya alam di tempat lain, semoga seronok belajar di sana…

  17. lynn says:

    *fuh.fuh.cuci sawang*
    main volley ball sesejuk camtu?hebat hebat!

    meh nak btau apan yang manaaaaa.haha.kbai!XD
    lynn recently posted..tua sebelum usia?My Profile

  18. azman says:

    Orang popular kalau tak update pun tak per ,readers masih ada hehehe…selamat kembali!
    azman recently posted..Saman dia Tok!My Profile

  19. iHudas says:

    Siapa nak tengok muka Apan boleh PM saya. Dia pendek je sebenarnya. Ada la janggut sejemput kat dagu. Hewhew

    Btw, semua orang xnmpk Apan dlm gmbar sebab ketinggian tidak mengizinkan. HAHA kbai :p

  20. Denaihati says:

    selamat kembali berblog. puas bro main salji.
    Denaihati recently posted..Honda Hybrid Insight Test Drive Day 1My Profile

    • Affan Ruslan says:

      Hehe. Selalu first time snow, ataupun pagi lepas snow storm je lah happy nak main snow sbb snow lebat. Masa lain dah tak lalu nak main, sejuk sangat :D

  21. titan says:

    ingatkan ko merajuk. haha..
    titan recently posted..Innity makin ketat-petat.My Profile

  22. suri says:

    salam..

    sihat ker?
    sudah lega bila studynya udah habis hee… moga2 dpt best result..amin.
    wah best dpt pelung bgtu,sb tu agaknya lope kami kwn2 blog ni heeee
    suri recently posted..Tentera Bergajah Abrahah dan Burung AbabilMy Profile

    • Affan Ruslan says:

      Salam kak suri.

      Lama tak berkunjung ke blog akak hehe.
      Alhamdulillah result spt yang diharapkan, tapi takdelah cemerlang.

      Harap dapat kembali blogwalking ke blog kawan2 spt dulu, kalau masa mengizinkan hehe

  23. suri says:

    tgok pic tu semua llki he..mmg kelasnya/kuliah tmpt belajar tu tak der girl ke heee
    suri recently posted..Tentera Bergajah Abrahah dan Burung AbabilMy Profile

    • Affan Ruslan says:

      Eh ada je haha. Cuma program ni agak Islamik, so program2 luar kelas diadakan berasingan.
      Kalau program dlm kelas pulak, ada tirai yang pisahkan laki dan perempuan hehe

  24. suri says:

    semoga selepas ini akn aktif berblog kembali >___<
    suri recently posted..Tentera Bergajah Abrahah dan Burung AbabilMy Profile

  25. acul says:

    waaa.. salji. best2. teringin nk main salji :(

    ape2pun selamat kembali mengaktifkan diri. (ckp ngn diri sendiri gak nie :D )
    acul recently posted..Memasang Plugin Facebook Comments Pada Blog BlogspotMy Profile

  26. bardboo says:

    sesekali main salji ok lagi..kalau hari2, rasanya boleh beku otak..hehe…
    bardboo recently posted..Pengalaman Kena Denda di SekolahMy Profile

  27. zie fauzi says:

    selamat kembali aktif berblog… :)
    syoknya tengok depa buat aktiviti bersalji mcm ni…
    zie fauzi recently posted..Anak Aset ke Syurga atau Neraka?My Profile

  28. Fyzal says:

    seronok tu. outdoor program memang marvelous.
    Fyzal recently posted..Movies: Killer Elite Tak Sehebat TajuknyaMy Profile

  29. Cikgu Hairul says:

    Selamat kembali berblogging. Patutla lama menyepi.. Bizi rupanya.
    Bila baca cerita ni, saya teringat lecturer saya cerita masa dia belaja kat oversea. Dia tipunya kami sekelas. Kalau kat sana musim sejuk, nak kencing kena sedia tukul besi. Keluar je terus beku dan kena ketuk air kencing tu. Hehehe..
    Cikgu Hairul recently posted..Sindrom TakutMy Profile

  30. arrizz says:

    snowman mane?tak buat ke?hehe..best giler la dapat pengalaman macam nie
    arrizz recently posted..Lepak Santai bersama Ustaz Don Daniyal – “Kamu nak siapa?”My Profile

  31. Amirez says:

    selamat kembali berblog ;)
    bagus join aktiviti macam ni. kadang2 kita lalai sikit nak mentarbiah diri sorang2. join program macam ni semangat sikit bila ramai2
    Amirez recently posted..Lee Chong Wei Mara ke Final Badminton Terbuka Malaysia 2012My Profile

  32. klcitizen says:

    wah bestnya main salji. tak pernah rasa :)
    klcitizen recently posted..tak minatMy Profile

  33. Zida says:

    Ya Allah bestnya ada salji. Zida harap sangat nanti masa pegi puncak Gunung Sinai masa winter break nanti ada salji!!

    Heheh :D
    Zida recently posted..Permainan Zaman Dulu Yang Jarang Dimainkan Zaman KiniMy Profile

  34. adamfaiz says:

    Terkenang semasa dulu… hehehe..
    adamfaiz recently posted..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah – Versi MRSMMy Profile

  35. Cheqno says:

    Assalamualaikum, Alhamdullilah gembira baca N3 anakanda Affan lepas tengok perkembangan ‘kurang sihat’ Amalina (pelajar cemerlang tahun?) dlm blog-blog minggu lepas. Semuga berjaya dunia & akhirat buat Affan.
    Cheqno recently posted..PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012My Profile

  36. muazfaris says:

    yang islamik tu best nak dengar.. mmg superb la.. Apan ke organized prog ni..? bkn dah duk lama kat canada ke?
    muazfaris recently posted..Wow, smart video Gila Internet Sale Digi di YoutubeMy Profile

  37. ema says:

    terima kasih dtg ke blog ema..salam kenalan dr jauh..
    ema recently posted..Pembukaan Trutti Frutti di Lake Field Sungai Besi..Jom SerbuMy Profile

  38. lazaac says:

    jauh mana pun bro pergi Allah dan agama Islam xdilupakan… :)

  39. anwarnaim says:

    kembali berblog juga, huhu
    wah, best program tu yep..
    anwarnaim recently posted..Azam Tahun 2012My Profile

  40. tehr says:

    aku pernah join aktiviti pengakap kat sekolah je
    tehr recently posted..Ikut Masa Atau Ikut MataMy Profile

  41. cik tom says:

    owh entry dinar tue dah lama rupanya..xperasan plk tarikh publish…
    seronok kan aktiviti cam kem2 ni…
    rindu plk zaman belajar dl…hee

  42. nuriz says:

    cantiknya memang best ye dapat peluang main salji dan beriadah ni hehe
    nuriz recently posted..Gambar Menakjubkan Letupan Solar di MatahariMy Profile

  43. bestnyer kalau dapat main salji..

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge