Artikel ini ditulis oleh seorang penulis jemputan, Syahrilhafiz, pemilik blog Syahrilhafiz.com
Assalamuaikum dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah, dengan berbesar hati saya ingin berterima kasih kepada tuan punya blog iaitu Affan kerana membenarkan saya menjadi penulis jemputan di blog Critical Angle untuk kali ini. Ok lah sebenarnya, tajuk yang diketengahkan hari ini ialah kelebihan dan kekurangan menggunakan sistem operasi sumber terbuka. Sebelum itu berapa ramaikah yang tahu apa itu sistem operasi sumber terbuka?
Sistem operasi sumber terbuka atau dikenali open source merupakan salah satu sistem pengoperasian komputer dimana dengan erti kata lain sumber terbuka lebih kepada bebas. Sistem operasi sumber terbuka boleh diklasifikasikan sebagai salah satu sistem operasi yang “bekerja” didalam komputer mahupun laptop yang kini hanya tinggal kebebasan kita sebagai pengguna untuk meneruskan menggunakannya. Tatkala sistem operasi sumber terbuka lebih mesra pengguna dan semestinya ianya percuma.
.
Kenapa pilih sistem operasi sistem terbuka sedangkan ada sistem operasi lain iaitu Windows dan Mac OSX ?
Ok lah, saya sebagai pengguna sistem pengoperasian ini, ingin saya menerangkan beberapa kelebihan dan kekurangan yang ada pada sistem operasi ini:
Kelebihan Sumber Terbuka:
1. Kenapa ianya bermaksud bebas.
Bebas yang ingin disampaikan disini bermaksud ianya percuma dan semestinya mampu dimiliki oleh semua pengguna. Bebas ini juga boleh ditakrifkan dimana sistem operasi ini memerlukan sokongan yang besar dari pengguna agar terus kekal bersama sumber terbuka. Seperti mana yang kita ketahui, selain dari Windows dan Mac OSX, kedua-dua sistem operasi ini adalah $$$. Kerana apa? Kerana setiap software dari sistem ini perlukan dana untuk terus membangun.Sebab itu kita tengok, kebanyakkan Windows dan Mac lebih unggul dan dikenali sebab dana yg disalurkan dapat menerapkan lebih banyak fungsi untuk kegunaan manusia. Tapi kenapa sumber terbuka tak kena $$$. Ini kerana sumber terbuka dibawah lesen GNU/Linux telah mencapai persetujuan dimana setiap software di sistem operasi ini percuma dan boleh diguna pakai oleh semua pihak. Ianya Bebas ! Ianya Percuma!
2. Selamat daripada virus,ancaman malware dan sebagainya.
Ya ini saya akui kerana sistem operasi sumber terbuka sangat kebal dari serangan virus-virus. Ini dibuktikan sekarang dimana virus dari sistem operasi Windows lumpuh dan tidak mampu menyerang segala fail yang ada di sistem operasi sumber terbuka buat masa sekarang. Ini antara sebab kenapa saya kekal menggunakan sumber terbuka
3. Lebih banyak distro bawah Linux.
Ya, distro bermaksud distribution dimana sistem operasi ini boleh diubah suai dan dibangunkan. Ok disini saya boleh terangkan sedikit. Dibawah Linux sekarang rujukan dari Distrowatch lebih daripada 1000. Distro ini umpama sel yang membiak. Setiap distro yang kita kenali mempunyai pelbagai environment(persekitaran) yang berbeza seperti Ubuntu, Fedora, Linux Mint, RedHat,SimpleLinux OS dan sebagainya. Dibawah ada sedikit persamaan bagi distro-distro yang dibangunkan. Contoh yang sesuai bagi persekitaran
Ubuntu = Gnome
Fedora = Gnome/KDE
Apa Gnome ?
Gnome bermaksud GNU Network Model Environment dimana persekitaran dekstop(GUI) sebagai paparan atas sebuah sistem operasi sumber terbuka. Ianya dibentuk berdasarkan komputer lama
Apa itu KDE?
KDE bermaksud komuniti perisian antarabangsa yang menghasilkan set aplikasi bersepadu bagi pelbagai platform. Dikenali sebgai Desktop Plasma dan persekitaran desktop(GUI) asas untuk persekitaran kerja.
Sebenarnya terdapat banyak lagi pesekitaran sistem operasi yang kita belum didedahkan dan meng”explore” antaranya LXDE, XFCE dan sebagainya
4. Mesra pengguna.
Kenapa saya kata ianya mesra pengguna? Ini kerana sistem operasi Linux ini lebih stabil, laju, dan ringan untuk dicuba bersama sistem operasi lain. Anda mesti masih kurang fahamkan bagaimana ianya berfungsi. Sistem operasi ini sama sahaja seperti Windows dan Mac tapi bagi pengguna yang betul-betul ingin beralih kepenggunaan sistem operasi ini, saya sarankan anda mencubanya. Oleh kerana ianya mesra pengguna, setiap sistem operasi akan dinaik taraf dalam masa 6 bulan ataupun setahun. Setiap peningkatan ini akan diselaraskan dengan paparan antaramuka GUI yang menarik, fungsi aplikasi yang lebih mencabar dan semestinya kepuasan ketika menggunakannya.
.
Kenapa saudara KlipKlip80 kata sistem operasi windows menyenangkan. Kerana kita dah terbiasa dengan sistem operasi windows. Sebab itu, kita kena cuba buang pemikiran ala Windows dan jadikan sumber terbuka tersohor di Malaysia~~
Wassalam….
Ha, apa lagi. Bagi yang baru nak berjinak-jinak tu boleh baca tutorial install ubuntu dualboot dengan windows, terbaik!
Artikel menarik mengenai kelebihan menggunakan sumber terbuka ini ditulis oleh penulis jemputan, Syahrilhafiz, penulis blog Syahrilhafiz.com. Blog beliau memaparkan tentang hal peribadi dan tips-tips berguna untuk pengguna sumber terbuka. Untuk sebarang pertanyaan mengenai sumber terbuka boleh lah bertanya kepada beliau sendiri atau join forum Jomlinux!
fitri
linux rocks bebeh!
first time pakai ubuntu rasa best lak..laju je untuk laptop usia emas ni..hehe
Affan Ruslan
haha. ubuntu lebih ringan, tu yang aku tau lah 🙂
suri
tak tahu pilih mana satu sampi buntu huuu..
Affan Ruslan
haha. buntu tu benda lah suri.
hafizmd
keh3…ni kalau guna ubuntu…pasti hilang buntu tuh suri…:D
dnoBiz
kalau aku,
mungkin makin buntu jadinya 😀
donny
rocks!…
suffer8zine
kau kene guide aku bro, jem pale
Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular
mijie
aku memang akui kelebihan sistem operasi sumber terbuka ini ,tetapi persekitaran di tempat bekerja dan lain-lain tidak menggunakannya jadi agak payah untuk kita masuk ke dalam dunia mereka dari segi bekerja
apa2pun kerajaan malaysia pun telah mengambil langkah iaitu cuba untuk menggantikan produk microsoft dengan menggunakan open office, itupun dah satu usaha yang patut kita puji
Affan Ruslan
owh ye ke? baru tau malaysia dah cuba guna open offce. open office tu free kan, dapat jimat.
haah, masalahnya ialah belum ramai pakai, contoh macam kat tempat kerja.
tapi ada sesetengah syarikat dah mula gunakannya, jadi sedikit sebanyak menggalakkan pekerja2 lain guna juga.
akubiomed
Memang ada peningkatan dipihak kerajaan menggunakan open source software
dnoBiz
Sekurang kurang nya tak bergantung pada satu jenama je,
Ps : mungkin akan terjadi perang harga dan yang dapat untung ialah penguna 😀
syahrilhafiz
Linux memang Rock!!
RedBoys
wah2. dh jadi penulisan jemputan ye. haha. bguslah.
Affan Ruslan
kalau nk pun blh. maaf takde masa nk menulis, busy prepare untuk final.
kalau ada idea best, pm
Affan Ruslan
hahah.
anif
“Open Source Movement” dah berkembang lama di Malaysia. Kalau diperingkat Kerajaan rasanya sudah mencapai 97% sasaran OSS masterplan, inisiatif oleh MAMPU – melalui Malaysia Public Sector Open Source Software Program – http://www.oscc.org.my/
Yang menjadi masalah kenapa open source tidak popular ialah kadar penerimaan pengguna yang rendah. Betul sesuatu perlu dilakukan untuk mempromosi “open source movement” ni tetapi sekuat mana pun promosi ni tetap akan tewas dengan promosi pembuat software komersial yang pastinya mempunyai budget yang lebih besar untuk pengiklanan.
Selain daripada MAMPU, Malaysian National Computer Confederation (MNCC) – http://www.mncc.com.my/ juga aktif mempromosi “open source software” untuk orang ramai dengan menganjurkan seminar serta kursus jangka pendek.
Affan Ruslan
banyak info bro, biasalah org yang sudah kerja lebih tau keadaan semasa.
pasal pengiklanan tu saya setuju, bila open source percuma, budget pengiklanan tu mungkin kurang berbanding microsoft, apple etc.
terima kasih atas info tu bro
Affan
Update! Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka http://goo.gl/fb/Q94w2
fitri
♺ @affanruslan: Update! Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka http://goo.gl/fb/Q94w2
Affan
Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka http://selangorbloggers.com/read/7479
Anip
aku trgin gak nk pakai linux nie..hehehe
1)Bila Isu Bertunang Tanpa Sedar Itu Salah, Harap Maklum !
2)Kilang Al-Quran Dan Bagaimana Al-Quran Dibuat ?
3)Mengumpat! Adakah Ianya Hobi Manusia Zaman Sekarang ?
Affan Ruslan
kena cuba. aku pun teringin gak hehe
akubiomed
Ubuntu boleh dibuat dual boot dengan Windows. Tak makan space banyak dan tak menggangu OS Windows. Boleh dibuang bila-bila masa tanpa menjejaskan Windows
Amirez
aku zero lagi pasal linux ni…
Affan Ruslan
sama lah, aku pun baru nak berjinak2. macam best je
dnoBiz
ramai yang tak tahu termasuklah aku
Affan Ruslan
haha. promosi kurang
hafizmd
aku tau..tapi tak terguna2 lagi…kena try jugak lepas ni..
Panduan Buah Pinggang Sihat
Aku lagi teruk Zero tentang apa itu linux,apa itu ubuntu dan macam-macam istilah lagi.Nak kena berguru dengan pak google la macam ni 🙂
Affan Ruslan
haha. pak google tu memang sumber terbaik kat internet.
kalau nak lagi specific, mungkin blh cari dan join mana2 forum yang berkaitan
Ismail N
same jugak… minat nak ambik tahu.. tapi masih tak tahu2… 😀
Affan Ruslan
haha. kalau nk cuba, dual boot dulu dgn windows
tehr
pernah juga sekali sekala guna si linux ni
kat makmal sekolah ada disediakan keduanya, windows dan linux
tapi 99.99% guru suka guna windows
Affan Ruslan
owh dualboots ye. bagus gak tu ada pendedahan.
biasalah tu, dah terbiasa dgn windows. guru2 pun nak mudah jugak sebenarnya, mesti diorg selalu guna powerpoint, word untuk buat kerja.
kena terapkan slow2 lah. hehe
zik
aku pernah guna ubuntu.. guna comp orang lain.. main internet jela.. lain tak tahu… hehe
Affan Ruslan
hehe. aku pulak rasanya tak pernah jumpa org guna ubuntu. hehe. nak cuba pun takleh
Anarm
jgn sekadar ingin mencuba tapi tak cuba2.. beranikan diri ‘masuk ke dunia lain’.. sistem operasi sumber terbuka (linux) memang terbaik..
Mohd Isa
tudia…pendapat pakar…hehe
RedBoys
hehe. penuh yakin. hebat2
syahrilhafiz
gyahaha~ betul2 otai tenten sudah komen maa
dnoBiz
ramai yang tak yakin sebab kurang publisiti,
Pengiklanan memang mengpengaruhi penguna
Pejuang Kesenian Extreme
Betul tu,saya pun kurang mahir mengenai sistem ini..
Affan Ruslan
haha. betul bro
ardzham
ada sesiapa yang dok kat area yang dah mahir guna linux, harap dapat hubungi saya, saya nak menuntut ilmu linux ni…
ardzham
ada sesiapa yang dok kat area MUAR yang dah mahir guna linux, harap dapat hubungi saya, saya nak menuntut ilmu linux ni…
Affan Ruslan
takpasti lah bro. hehe. saya rumah di selangor.
tapi mesti ada punya kat muar.
senang2 join forum je bro, forum.jomlinux.com 🙂
syahrilhafiz
salam..bro boleh tengok ni
http://www.jomlinux.com/organisasi/osto-jomlinux/
ardzham
Terima kasih Syahrizalhafiz, Nampaknya kat Muar tak ada lagi OSTO, paling hampir pun kat Batu Pahat.
syahrilhafiz
ha ah, tak pe.
kalau bab tolong2 rasanya diorang boleh bantu..
Pejuang Kesenian Extreme
Saya duduk dimuar..tapi tak tau pasal linux ni..hehe
Anarm Khairul
Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka http://bit.ly/fo6GR2
Mohd Isa
bro, ubuntu bukan blh pakai distro KDE dah ke? anyway dah jadi kewajipan kita sebagai peminat linux untuk mewar-warkan kepada rakyat malaysia menggunakan linux…kasi kaw2 punya…org malaysiakan suka yg free…gunakan istilah free dan penjimatan kos utk dorg…satu lagi…kepada engineer2 dan programmer sekalian…anda wajib mempelajari dan menggunakan linux…hehe
syahrilhafiz
ha ah, memang tak de dah..
itu sebab gnome~ gnome environment dia lain dengan kde
samanosuke_04
hehe, sori.. staying with windows.. yg len semue x ori. haha! weyh, best gak bleh guest post camnie.. cane nak apply nie?
Affan Ruslan
haha. nak apply ke?
takyah apply.
nak tulis blh je.
aku dah busy nak final ni. tu yg malas nak menulis.
dnoBiz
Terima kasi atas perkongsian ni,
sebenarnya ramai yang tak tahu pasal ni, kurang pendedahan termasuklah saya sendiri
Affan Ruslan
betul, saya pun baru jugak tahu pasal ni. hehe
dnoBiz
Tapi yang pasti Bill gate memang bersaing dengan cara negatif bagi mengatasi pesaingnya
Affan Ruslan
cara negatif macam mana tu bro
yoy
tak pernah terpikir lagi nak gune..sebab environmen masih menggunakan windows..
Affan Ruslan
biasalah tu, tu pun antara sebab mengapa ramai yang tak nak mencuba. hehe
Aretikz
Oh yeah.. secara jujurnya.. diri ini teramat blur membaca.. perlu godek lagi memandangkan banyak bagi thumbs up.. hehe..
Affan Ruslan
owh, biasalah sumber terbukan ni memang ramai yg taktau bro 🙂
adamfaiz
walaupun x berapa paham..tetapi secara dasarnya aku tertarik dengan perkongsian ini…pasni nak baca tutorial tu plak..tq
Affan Ruslan
owh, tutor dualboot tu ye? sila2.
mungkin bro tak faham sbb baru pertama kali baca pasal sumber terbuka ni.
ps: mmg tak ramai yg tahu pasal benda ni 🙂
Ali ridha
sumber terbuka boleh berjimat cermat.
Affan Ruslan
free, takyah update software.
sume software free jugak 🙂
hafizmd
dahla free…yg bestnya macam si penulis kata…susah nk kene malware dll…
Ali ridha
sekarang ni aku tengah belajar ni.
guna sumber terbuka.
Affan Ruslan
haha. bagus2. siap post kat blog lagi tu.
Johari Hamzah
wah affan.. syahrilhafiz rupanye penulis jemputan.. huhu.. 🙂
syahrilhafiz
bro mau satu ke? hehe
Hadi Rofiee
Ada buku panduan tak?
Teringin nak cuba.. aku dalam proses nak beli laptop ni. Hehe. 🙂
Affan Ruslan
takde pulak. join forum lah.
forum.jomlinux.com 🙂
tu org Malaysia punya, so lagi senang faham
Hadi Rofiee
Terima kasih. i’Allah. 🙂
syahrilhafiz
ada buku dia..bro boleh tengok sini..
http://www.gumuu.com/m/l/c/jlu10.04
Fitrihadi
aku pernah guna linux ni.. memang best dari segi performance dan interfacenya… mungkin dah terbiasa dengan windows so rasa malas skit nak explore OS dari linux ni..
Affan Ruslan
hehe. biasalah tu, rata2 org Malaysia, dari kecik lagi memang guna windows
faiz_slur@yahoo.com
linux laju and best..kalau nak try ubuntu or lain2 OS tapi takut nak buat dualboot kat pc, boleh guna virtualbox atau pun install OS kat pendrive and boot OS tu..aku pun still berjinak2 dengan linux sejak2 guna maemo..huhu
Affan Ruslan
owh, virtual box. tapi tu macam tak best je. hehe. lagi berat aku rasa tu
ardzham
saya ada juga sikit minat kat opensource ni tapi tak tahu macamana nak mula. tak ada sorang pun member terdekat yang guna opensouses. kalau nak merangkak sendirian tanpa bimbingan rasanya memang kecundang…
Affan Ruslan
bro blh join forum.jomlinux.com
tu forum org Malaysia, nak bantu pengguna2 linux
ZoOL
Artikel hebat.. mmg mantap.. aku suka dua2 Windows and Ubuntu.. tapi aku suka software environment lam Ubuntu lg sbb kemas, systematic, integrated.. alangkah bagus kalo semua developer game amik berat pasal sistem linux dpt la diorg tarik minat gamers kt seluruh dunia..
kelebihan Ubuntu~ boleh boot kat mana2 je, w’pun tu dh lapok ditelan zaman ~ bayangkan desktop pc yg dh berumur 10 thn lebih leh buka ubuntu ngan smooth tanpa sebarang problem..
Affan Ruslan
betul, ubuntu lebih eye-catchy dan ringan
Hadi Rofiee
Hmm.. Ubuntu tu bawah Linux kan.. Kalau tak silap, ia adalah syarikat dari Malaysia. Ya tak?
Aku dalam proses nak beli laptop. Mungkin akan pertimbangkan untuk menggunakannya. Belum cuba belum tahu. 🙂
Terima kasih kerana artikel ini. 🙂
Affan Ruslan
dari malaysia? tak. tapi ada distro dari Malaysia, nama die simpleLinux. hehe.
Hadi Rofiee
Oh ya ka. Aku ni fanatik sikit kalau dari Malaysia. Hehe. 🙂
Affan Ruslan
haha. bagus lah tu, blh try simpleLinux. dgr citer lagi simple
Hadi Rofiee
i’Allah. Siapa yang boleh jadi pakar rujuk, syahrilhafiz boleh kut? Ka Bro sendiri. Hehe. 🙂
syahrilhafiz
oh simple linux tu distro malaysia
dah ada versi kde..memang cun..
tunggu je entri dari saya..
nak download sini boleh dah..
http://www.simplelinux.tk/2010/05/download-simplelinux-distro.html
Ladfe Amir
sebenarnya ..kalu nak pasang linux. beli je motebook yg tak dilengkapi windows. biasanya harganya jauh lbh murah.
mana2 jenama pun ada. tak kiralah Acer, Dell atau Asus.
kena tanya kat kedai. nak beli notebook utk pasang linux
fendidahada
aku penah guna kejap…internet dia memang puashati..laju dr windows
skrg tak guna dah..space hardisk aku dah penuh..keke..asyik torrent je memanjang
Affan Ruslan
torrent tak baik untuk kesihatan komp. hehe
fendidahada
aah…hdisk aku dah biol dah ni…slow smacam je
MR.Z
memang bagus guna open source ni.. hmm dah lama tak godek2 fedora.. last hari tu pakai fedora 10 je.. sebelum ni ada gak pakai ubuntu dan linux mint.. hehe
syahrilhafiz
ha ah, dua2 tuh mudah gak nak guna
kalau nak mencabar pakai kde le..hehe
aman
jom support linux reramai. =)
Ladfe Amir
aku mmg tahu linux laju dr windows. tp aku blm berkesempatan nak mencubanya.
sbb aku ada baca review..sorang mamat tu guna SSD drive dan linux.. proses booting cuma 3 saat.
kita semua dah terbiasa ngan pendapat ramai. sebab tu ramai yg tak berani cuba yg baru.
contoh:
lbh ramai yg guna windows berbanding Mac dan linux.
lbh ramai yg guna Intel walaupun AMD jauh lebih murah dan berdaya saing.
lbh ramai yg guna phone Nokia walaupun banyak brand yg lbh baik.
oh ya. aku biasa baca Majalah PC. sllnya majalah PC ada artikel pasal linux
syahrilhafiz
betul3..
jomlinux banyak share ilmu dalam majalah pc
maza
maza hanya tahu microsoft dan mc apple jerk.. heheh
Sasa Al-Sharif
aku penah try ubuntu tapi skg pakai windows7 pulak. susah mau cari software yg best semua kena online. tapi yg bestnya semua free. menarik minat para pengguna streamyx ja
nash
aku pernah tengok sistem operasi linux kat lappy kawan..mmg nampak menarik gak…cuma aku xpaham sgt pasal linux..lebih selesa ngan windows…hu3…tp apa salahnya mencuba yg baru? hehe
Amir Said
wah menarik. aku ingat kena bayar… tp aku x reti la dgn benda2 ni semua.. nak google malas.
Nine
syok baca nih, thanks berkongsi buat penulis n juga Affan…hosting pun semua Linux, server asal dulu Red Hat cuber cafe guna…masa mula2 Internet kat Mesia…best tahu pasal nih, cuma kena rajin explore kalo nak cekap..
Skrg dah tak tahu pasal Linux sangat kerana terlalu banyak, cuma suka amik tahu gak kdg2 even tak practice….
Nine
*cyber cafe..typo..
Omar
salam, tertarik dengan entri kali ini.
rasanya open source mula mendapat tempat selepas windows 8 dilepaskan nanti, sebab windows 8 rasanya dah tak boleh dipiratekan kerana fail kernel windows 8 diletakkan secara pengkomputeran awan, jadi setiap kali fail tersebut nak digunakan, kena dihubungkan terlebih dahulu ke server microsoft. boleh refer amanz.my untuk more info.
pasal kelebihan Open source, yang nombor 1 tu perlukan pembetulan aku rasa. dalam ayat “Tapi kenapa sumber terbuka tak kena $$$. Ini kerana sumber terbuka dibawah lesen GNU/Linux telah mencapai persetujuan dimana setiap software di sistem operasi ini percuma dan boleh diguna pakai oleh semua pihak”, percuma yang dinyatakand dlm perenggan Lesen OSS adalah bermaksud percuma source code bukan percuma 100% harganya.
Open source masih mempunyai lesen dan bukanlah 100% percuma seperti yang dianggap oleh kebanyakkan rakyat Malaysia hari ni. Walaupun jarang sekali kita jumpe Open source software yang kena bayar, tapi kita harus faham konsep Open source. open source bukanlah percuma. boleh google atau refer http://www.linuxtoday.com/infrastructure/2007102500926OSLL (nak paste 2 lagi link, tapi takut kena assume sebagai spam la pula.
that’s all. itu yg saya fahami tentang open source. tentang promosi di Malaysia, dah banyak dah, sebagai contoh program penguinmasukkampung.
Affan Ruslan
owh, thanks bro.
ni syahrilhafiz.com tulis. hehe
*letak je banyak2 link kalau rasa perlu. memang aku saja tapis, kalau letak satu link pun aku still filter dulu. hohoh
syahrilhafiz
oh betul tu omar..thank perbetulkan..
bukan semuanya percuma, tapi lesen tu yang membuktikannya ianya boleh milik semua orang..
Sir Marcello
nice explanation!!
birakbatu
ntah berapa kurun sudah aku guna xp.. member2 kata aku dah ketinggalan zaman.. hehee
Affan Ruslan
takpe, asal boleh birak cukup lah
kulanz
info menarik ni bro.. sekarang ni aku tak guna OS sumber terbuka lagi.. tapi mungkin suatu hari nanti guna juga.. jadi elok juga dapat info awal2 macam ni
Norizwan
Aku sebenarnya tak tahu apa pasal ni…thanx beri knowledge dan info yang sangat menarik….sila tunjuk ajar yer huhu…
EzzEddin
linux the best..tapi aku tak praktikkan sebab terpengaruh dengan persekitaran..
fuhss..ape2 pun open office yang govmnt offer satu pendekatan baru..
thumbs up bro
Fahmi Raazali
penah pakai linux Ubuntu… tp kat laptop… resolution dia jd pelik… huhu… lg satu… function2 khas kat laptop yg guna touch pad tu xberfungsi… kekok jadinya sbb dah biasa guna function kat touchpad tu 🙂
has
huhuhu..tak reti guna..penin..penin..
arrizz
aku setuju dengan klipklip80..rakyat malaysia nie dah di-mind-set-kan, windows is the best walhal os open source macam ubuntu way much better..nak ubah susah sikit sebab pergi mana-mana kedai or kompleks jual komputer, windows merata-rata..dengan adanya entri yang bro dan kawan2 kongsikan nie, mind set tue dapat diubah tapi ambil masalah..
aku nak try guna ubuntu tapi risau kalau tak support game since aku nie kaki game,hehe. lagipun aku ada laptop jer..nanti dah angkat desktop, semua game pindah sana dan bolehlah install ubuntu kat latop lak, hehe..
syahrilhafiz
boleh dual boot dengan windows kan? huhu
Sir Marcello
kita negara membangun…so barang2 luar yang mudah digunakan diadaptasikan 100%…bila benda baru nak masuk (terang2 sangat mudah) kita anggap susah…
lagi satu…kita malas nak belajar benda baru…hidup nak duduk dalam zon selesa jer…
ada betul ka blogger semua?
syahrilhafiz
yeah!!! aku setuju dengan pendapat miyahaha ni..
anda pula?
bolamalaysia
Tak boleh main FIFA 11 dekat Ubuntu. Wine tak berfungsi dengan baik. -,-
Sir Marcello
sila tunjuk ajar…saya tak reti guna sumber terbuka….
p/s: gua dah agak dah…mesti org len punya tulisan…hang dah maju nohh…siap ada penulis jemputan…
p/s/s: nice entry….dalam bahasa melayu….biar celik rakyat malaysia 🙂
syahrilhafiz
hehe…dia ni memang bagus dalam jemput menjemput
donny
alamak,saya zero pasal bab2 nie..terima kasih berkongsi info 🙂
etomyam
tak pernah guna..dan sebenaunya tak tahu nak guna sistem terbuka ni hehe
tengkorak emas
pergh..aku dah habis baca..tgk2 ada tutorial..k bro, aku nak p blog syahrilHafiz 😀
touya
Memang best pakai , tapi pening pala jugalah nak install codec apa semua . Tapi sumber terbuka nie biasanya internet kena power ahh .
Affan Ruslan
haa, aku rasa pun camtu gak. takde internet, tak guna gak
MuzzamMiL
Nice entry..
Bro nak tanya..
Kalau aplikasi software open source guna GNU licence camne..?? Boleh ubah sourcecode dan jual balik..??
Huhuhuh.. sorry, lama tak refresh programming.. jammed kepala nie..
Affan Ruslan
eh, takleh jual. tu sume license, cuma kita blh guna free. hehe
Kamal Mustafa
Banyak jugak software dari open source nie boleh dipercayai,contonhnya NVU
H.P.B Blog
owh
den tak pandai sangat bab2 nih
Ali ridha
dualboots buat permulaan.
mas0kis
dgn windows…. masokis leh buat duet 😛
Affan Ruslan
ps: macam mana tu? hehe.
mijie
lama betul tuan rumah tak update blog, busy ke
Affan Ruslan
tuan rumah tgh final exam bro. lagi seminggu. hehe
syahrilhafiz
ish2 tuan rumah, kenapa ni..hoho
4 flat ok!!! =D
diden
i like linux 🙂
Diyana
memang blur bab2 ni.pening2.
Anwar Osman
Aku penah pasang Slax 6.2 kat pendrive sebagai OS kalau aku pi guna pc kat cyber cafe. Untuk mengelak daripada kena “key logger” tapi disebabkan pendrive aku jenis lemah punya.. x sampai 20x boot dari pendrive. System pun corrupted.. sampai skrg x pasang balik Slax 6 tu kat pendrive.
Ubuntu pulak aku sempat test sampai Karmic Koala je.. 10.04 penah install je tapi x sempat test. Notebook orang.
Bila aku nak bawak PC aku ke KL nie untuk study balik linux pun aku x tau. Aku serah kat syahrilhafiz jela untuk godek dan story benda2 nie. Tahniah dah jadi guest writer.
Affan Ruslan
owh, boot dari pendrive.
aku ada gak bookmark website untuk buat benda tu.
boleh lah install backtrack pasni kehkeh
Ali ridha
langsung aku tak beri
sumbangan pada Linux.
dea
wah… macam best je..
nak try juga ah..
thx dah share 🙂
cursefinger
aku dah try ubuntu. api sekejap je. pasalnya banyak task guna software dr microsoft. kalau kolej aku pakai linux, lama dah aku beralih arah. nak buat dual boot, memang jauh panggang dari api la jawapnya. haha.
Affan Ruslan
buat je dual boot.
uni aku pun takpakai linux.
buat dual boot, linux tu saja nak try2.
windows pulak, guna untuk assignment hehe
mnt6277
aku wat 3D modelling&animation guna Blender tapi lecturer aku suruh guna AutoCAD gak,Wine dah la tak stable bila run AutoCAD…sedih siot!!!
Tapi kalau nak tau,kolej matrikulasi dah start ajar guna open source apps cam open office ngan GIMP.harap kerajaan dapat luaskan lagilah ke premis lain
KesengalanMaksimas
Affan Ruslan
owh taktau pulak matriks pun dah start guna ye.
thanks berkongsi bro 🙂
amirrulhanifah
Hhhmmm.. bila dengar perkataan Linux, ramai yang garu kepala. Lebih-lebih lagi distro yang terkenal iaitu Ubuntu. Linux tak terkenal?. Hey! Android Linux!.. sape tak kenal Android?.. emm.. tapi pada pendapat saya.. Linux memang tak hebat!.. Tetapi Linux ada potensi untuk bersaing lebih hebat dengan Windows dan Mac. Mengapa saya cakap Linux tak hebat?. Ok ini pendapat saya sahaja, Linux hanya sesuai kepada pengguna yang suka pada cabaran. “Try and Error” jadi pegangan. Kalau korang sekadar nak pakai linux untuk tunjuk macho kononnya desktop korang lain dari yang lain, tak payah la. Kalau terminal tak pernah jenguk macho pe benda. Tiada software-software yang setanding dengan Adobe. Seperti Adobe Photoshop, After Effect dan Flash Professional. GiMP memang mati kene lanyak ngan Photoshop. Ok kenapa pula saya cakap Linux berpotensi untuk menandingi Windows dan Mac?. Its all about FREEDOM!. Seperti Linus kate “pengguna menggunakan program, mereka tak gunakan sistem pengoperasian”. Sebelum nak pakai Linux, tanya diri sendiri. Untuk kegunaan ape nak guna Linux. Kalau sekadar nak main game, please stick with windows. Linux lebih cenderung kepada pelajar sains komputer. dan kepada pelajar sci komp, sila jadi aktivis sumber terbuka. Linux perlukan anda. Kalau korang guna Laptop sekadar nak surfing, youtube, facebook wall-to-wall spamming, guna la linux untuk mengelakkan dari diserang malware. Cara yang terbaik guna Linux, Dual-boot. Memang tak nafikan ape kelebihan Linux yang disenaraikan oleh penulis benar. Saya tak nafikan. Sekadar pendapat. Wallahuallam.
Affan Ruslan
Setuju bro.
Terima kasih untuk komen panjang lebar ni.
1. Sebenarnya, aku pun baru lagi guna linux. Adalah dalam sebulan kot.
2. Terminal pun baru bape kali try, not bad.
3. Betul, nak lebih selamat guna lah linux hehe.
4. Aku pun dual boot, sebabnya ada software penting macam excel yang diperlukan untuk buat assignment.
5. Penulis, syahrilhafiz merupakan pengguna tegar linux. hehe
arora
salam dah pun lama gn linux sgt byk guna serta jimatkan duit spt saya guna modsecurity utk protect web server gn ubuntu http://protocolunique.com/waf.html
syafiq
benar kata saudara amirulhanifah. dekat ofis aku pakai centos untuk pantau proses load server company aku. semuanya guna terminal. kadang2 tu nak cepat sampai salah taip command,haha..nak configure file pon senang. xpayah nak klik sana klik sini. bagi aku untuk tujuan server memang elok pasal stabil.
AminCv
Salam..ada sesiapa disini yang join sebarang group pengguna-pengguna baru Linux OS kt Malaysia x? Aku sebenarnya memang lama tertarik dengan Linux Mint 13 tapi x pernah pakai..sekarang microsoft win8 sudah mula naik, jd aku bercadang nak upgrade Linux Mint OS, rata-rata kawan terus upgrade dengan Win8 jadi aku x nak terus jadi single-permanent-user microsoft dan bercadang gune Linux OS untuk kegunaan sendiri. Mohon tunjuk ajar otai-otai linux. Aku dapat taw latest Linux Mint dah kuar version 14 )