Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka

Artikel ini ditulis oleh seorang penulis jemputan, Syahrilhafiz, pemilik blog Syahrilhafiz.com

 

Assalamuaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, dengan berbesar hati saya ingin berterima kasih kepada tuan punya blog iaitu Affan kerana membenarkan saya menjadi penulis jemputan di blog Critical Angle untuk kali ini. Ok lah sebenarnya, tajuk yang diketengahkan hari ini ialah kelebihan dan kekurangan menggunakan sistem operasi sumber terbuka. Sebelum itu berapa ramaikah yang tahu apa itu sistem operasi sumber terbuka?

Linux

via itsvenkys

Sistem operasi sumber terbuka atau dikenali open source merupakan salah satu sistem pengoperasian komputer dimana dengan erti kata lain sumber terbuka lebih kepada bebas. Sistem operasi sumber terbuka boleh diklasifikasikan sebagai salah satu sistem operasi yang “bekerja” didalam komputer mahupun laptop yang kini hanya tinggal kebebasan kita sebagai pengguna untuk meneruskan menggunakannya. Tatkala sistem operasi sumber terbuka lebih mesra pengguna dan semestinya ianya percuma.

.

Kenapa pilih sistem operasi sistem terbuka sedangkan ada sistem operasi lain iaitu Windows dan Mac OSX ?

Ok lah, saya sebagai pengguna sistem pengoperasian ini, ingin saya menerangkan beberapa kelebihan dan kekurangan yang ada pada sistem operasi ini:

Kelebihan Sumber Terbuka:

1. Kenapa ianya bermaksud bebas.

Bebas yang ingin disampaikan disini bermaksud ianya percuma dan semestinya mampu dimiliki oleh semua pengguna. Bebas ini juga boleh ditakrifkan dimana sistem operasi ini memerlukan sokongan yang besar dari pengguna agar terus kekal bersama sumber terbuka. Seperti mana yang kita ketahui, selain dari Windows dan Mac OSX, kedua-dua sistem operasi ini adalah $$$. Kerana apa? Kerana setiap software dari sistem ini perlukan dana untuk terus membangun.Sebab itu kita tengok, kebanyakkan Windows dan Mac lebih unggul dan dikenali sebab dana yg disalurkan dapat menerapkan lebih banyak fungsi untuk kegunaan manusia. Tapi kenapa sumber terbuka tak kena $$$. Ini kerana sumber terbuka dibawah lesen GNU/Linux telah mencapai persetujuan dimana setiap software di sistem operasi ini percuma dan boleh diguna pakai oleh semua pihak. Ianya Bebas ! Ianya Percuma!

2. Selamat daripada virus,ancaman malware dan sebagainya.

Ya ini saya akui kerana sistem operasi sumber terbuka sangat kebal dari serangan virus-virus. Ini dibuktikan sekarang dimana virus dari sistem operasi Windows lumpuh dan tidak mampu menyerang segala fail yang ada di sistem operasi sumber terbuka buat masa sekarang. Ini antara sebab kenapa saya kekal menggunakan sumber terbuka

3. Lebih banyak distro bawah Linux.

Ya, distro bermaksud distribution dimana sistem operasi ini boleh diubah suai dan dibangunkan. Ok disini saya boleh terangkan sedikit. Dibawah Linux sekarang rujukan dari Distrowatch lebih daripada 1000. Distro ini umpama sel yang membiak. Setiap distro yang kita kenali mempunyai pelbagai environment(persekitaran) yang berbeza seperti Ubuntu, Fedora, Linux Mint, RedHat,SimpleLinux OS dan sebagainya. Dibawah ada sedikit persamaan bagi distro-distro yang dibangunkan. Contoh yang sesuai bagi persekitaran

Ubuntu = Gnome
Fedora = Gnome/KDE

Apa Gnome ?
Gnome bermaksud GNU Network Model Environment dimana persekitaran dekstop(GUI) sebagai paparan atas sebuah sistem operasi sumber terbuka. Ianya dibentuk berdasarkan komputer lama

Apa itu KDE?
KDE bermaksud komuniti perisian antarabangsa yang menghasilkan set aplikasi bersepadu bagi pelbagai platform. Dikenali sebgai Desktop Plasma dan persekitaran desktop(GUI) asas untuk persekitaran kerja.

Sebenarnya terdapat banyak lagi pesekitaran sistem operasi yang kita belum didedahkan dan meng”explore” antaranya LXDE, XFCE dan sebagainya

4. Mesra pengguna.

Kenapa saya kata ianya mesra pengguna? Ini kerana sistem operasi Linux ini lebih stabil, laju, dan ringan untuk dicuba bersama sistem operasi lain. Anda mesti masih kurang fahamkan bagaimana ianya berfungsi. Sistem operasi ini sama sahaja seperti Windows dan Mac tapi bagi pengguna yang betul-betul ingin beralih kepenggunaan sistem operasi ini, saya sarankan anda mencubanya. Oleh kerana ianya mesra pengguna, setiap sistem operasi akan dinaik taraf dalam masa 6 bulan ataupun setahun. Setiap peningkatan ini akan diselaraskan dengan paparan antaramuka GUI yang menarik, fungsi aplikasi yang lebih mencabar dan semestinya kepuasan ketika menggunakannya.

.

linux OS

Kenapa saudara KlipKlip80 kata sistem operasi windows menyenangkan. Kerana kita dah terbiasa dengan sistem operasi windows. Sebab itu, kita kena cuba buang pemikiran ala Windows dan jadikan sumber terbuka tersohor di Malaysia~~

Wassalam….

Ha, apa lagi. Bagi yang baru nak berjinak-jinak tu boleh baca tutorial install ubuntu dualboot dengan windows, terbaik!

Artikel menarik mengenai kelebihan menggunakan sumber terbuka ini ditulis oleh penulis jemputan, Syahrilhafiz, penulis blog Syahrilhafiz.com. Blog beliau memaparkan tentang hal peribadi dan tips-tips berguna untuk pengguna sumber terbuka. Untuk sebarang pertanyaan mengenai sumber terbuka boleh lah bertanya kepada beliau sendiri atau join forum Jomlinux!

 

Komen Pembaca

  1. aku memang akui kelebihan sistem operasi sumber terbuka ini ,tetapi persekitaran di tempat bekerja dan lain-lain tidak menggunakannya jadi agak payah untuk kita masuk ke dalam dunia mereka dari segi bekerja

    apa2pun kerajaan malaysia pun telah mengambil langkah iaitu cuba untuk menggantikan produk microsoft dengan menggunakan open office, itupun dah satu usaha yang patut kita puji

  2. “Open Source Movement” dah berkembang lama di Malaysia. Kalau diperingkat Kerajaan rasanya sudah mencapai 97% sasaran OSS masterplan, inisiatif oleh MAMPU – melalui Malaysia Public Sector Open Source Software Program – http://www.oscc.org.my/

    Yang menjadi masalah kenapa open source tidak popular ialah kadar penerimaan pengguna yang rendah. Betul sesuatu perlu dilakukan untuk mempromosi “open source movement” ni tetapi sekuat mana pun promosi ni tetap akan tewas dengan promosi pembuat software komersial yang pastinya mempunyai budget yang lebih besar untuk pengiklanan.

    Selain daripada MAMPU, Malaysian National Computer Confederation (MNCC) – http://www.mncc.com.my/ juga aktif mempromosi “open source software” untuk orang ramai dengan menganjurkan seminar serta kursus jangka pendek.

    • banyak info bro, biasalah org yang sudah kerja lebih tau keadaan semasa.

      pasal pengiklanan tu saya setuju, bila open source percuma, budget pengiklanan tu mungkin kurang berbanding microsoft, apple etc.

      terima kasih atas info tu bro

    • owh dualboots ye. bagus gak tu ada pendedahan.
      biasalah tu, dah terbiasa dgn windows. guru2 pun nak mudah jugak sebenarnya, mesti diorg selalu guna powerpoint, word untuk buat kerja.

      kena terapkan slow2 lah. hehe

  3. bro, ubuntu bukan blh pakai distro KDE dah ke? anyway dah jadi kewajipan kita sebagai peminat linux untuk mewar-warkan kepada rakyat malaysia menggunakan linux…kasi kaw2 punya…org malaysiakan suka yg free…gunakan istilah free dan penjimatan kos utk dorg…satu lagi…kepada engineer2 dan programmer sekalian…anda wajib mempelajari dan menggunakan linux…hehe

  4. aku pernah guna linux ni.. memang best dari segi performance dan interfacenya… mungkin dah terbiasa dengan windows so rasa malas skit nak explore OS dari linux ni..

  5. linux laju and best..kalau nak try ubuntu or lain2 OS tapi takut nak buat dualboot kat pc, boleh guna virtualbox atau pun install OS kat pendrive and boot OS tu..aku pun still berjinak2 dengan linux sejak2 guna maemo..huhu

  6. ardzham

    saya ada juga sikit minat kat opensource ni tapi tak tahu macamana nak mula. tak ada sorang pun member terdekat yang guna opensouses. kalau nak merangkak sendirian tanpa bimbingan rasanya memang kecundang…

  7. Artikel hebat.. mmg mantap.. aku suka dua2 Windows and Ubuntu.. tapi aku suka software environment lam Ubuntu lg sbb kemas, systematic, integrated.. alangkah bagus kalo semua developer game amik berat pasal sistem linux dpt la diorg tarik minat gamers kt seluruh dunia..

    kelebihan Ubuntu~ boleh boot kat mana2 je, w’pun tu dh lapok ditelan zaman ~ bayangkan desktop pc yg dh berumur 10 thn lebih leh buka ubuntu ngan smooth tanpa sebarang problem..

  8. Hmm.. Ubuntu tu bawah Linux kan.. Kalau tak silap, ia adalah syarikat dari Malaysia. Ya tak?

    Aku dalam proses nak beli laptop. Mungkin akan pertimbangkan untuk menggunakannya. Belum cuba belum tahu. :-)

    Terima kasih kerana artikel ini. :-)

  9. memang bagus guna open source ni.. hmm dah lama tak godek2 fedora.. last hari tu pakai fedora 10 je.. sebelum ni ada gak pakai ubuntu dan linux mint.. hehe

  10. aku mmg tahu linux laju dr windows. tp aku blm berkesempatan nak mencubanya.

    sbb aku ada baca review..sorang mamat tu guna SSD drive dan linux.. proses booting cuma 3 saat.

    kita semua dah terbiasa ngan pendapat ramai. sebab tu ramai yg tak berani cuba yg baru.

    contoh:
    lbh ramai yg guna windows berbanding Mac dan linux.

    lbh ramai yg guna Intel walaupun AMD jauh lebih murah dan berdaya saing.

    lbh ramai yg guna phone Nokia walaupun banyak brand yg lbh baik.

    oh ya. aku biasa baca Majalah PC. sllnya majalah PC ada artikel pasal linux

  11. aku pernah tengok sistem operasi linux kat lappy kawan..mmg nampak menarik gak…cuma aku xpaham sgt pasal linux..lebih selesa ngan windows…hu3…tp apa salahnya mencuba yg baru? hehe

  12. syok baca nih, thanks berkongsi buat penulis n juga Affan…hosting pun semua Linux, server asal dulu Red Hat cuber cafe guna…masa mula2 Internet kat Mesia…best tahu pasal nih, cuma kena rajin explore kalo nak cekap..

    Skrg dah tak tahu pasal Linux sangat kerana terlalu banyak, cuma suka amik tahu gak kdg2 even tak practice….

  13. salam, tertarik dengan entri kali ini.

    rasanya open source mula mendapat tempat selepas windows 8 dilepaskan nanti, sebab windows 8 rasanya dah tak boleh dipiratekan kerana fail kernel windows 8 diletakkan secara pengkomputeran awan, jadi setiap kali fail tersebut nak digunakan, kena dihubungkan terlebih dahulu ke server microsoft. boleh refer amanz.my untuk more info.

    pasal kelebihan Open source, yang nombor 1 tu perlukan pembetulan aku rasa. dalam ayat “Tapi kenapa sumber terbuka tak kena $$$. Ini kerana sumber terbuka dibawah lesen GNU/Linux telah mencapai persetujuan dimana setiap software di sistem operasi ini percuma dan boleh diguna pakai oleh semua pihak”, percuma yang dinyatakand dlm perenggan Lesen OSS adalah bermaksud percuma source code bukan percuma 100% harganya.

    Open source masih mempunyai lesen dan bukanlah 100% percuma seperti yang dianggap oleh kebanyakkan rakyat Malaysia hari ni. Walaupun jarang sekali kita jumpe Open source software yang kena bayar, tapi kita harus faham konsep Open source. open source bukanlah percuma. boleh google atau refer http://www.linuxtoday.com/infrastructure/2007102500926OSLL (nak paste 2 lagi link, tapi takut kena assume sebagai spam la pula.

    that’s all. itu yg saya fahami tentang open source. tentang promosi di Malaysia, dah banyak dah, sebagai contoh program penguinmasukkampung.

  14. info menarik ni bro.. sekarang ni aku tak guna OS sumber terbuka lagi.. tapi mungkin suatu hari nanti guna juga.. jadi elok juga dapat info awal2 macam ni

  15. linux the best..tapi aku tak praktikkan sebab terpengaruh dengan persekitaran..
    fuhss..ape2 pun open office yang govmnt offer satu pendekatan baru..
    thumbs up bro

  16. penah pakai linux Ubuntu… tp kat laptop… resolution dia jd pelik… huhu… lg satu… function2 khas kat laptop yg guna touch pad tu xberfungsi… kekok jadinya sbb dah biasa guna function kat touchpad tu :-)

  17. aku setuju dengan klipklip80..rakyat malaysia nie dah di-mind-set-kan, windows is the best walhal os open source macam ubuntu way much better..nak ubah susah sikit sebab pergi mana-mana kedai or kompleks jual komputer, windows merata-rata..dengan adanya entri yang bro dan kawan2 kongsikan nie, mind set tue dapat diubah tapi ambil masalah..

    aku nak try guna ubuntu tapi risau kalau tak support game since aku nie kaki game,hehe. lagipun aku ada laptop jer..nanti dah angkat desktop, semua game pindah sana dan bolehlah install ubuntu kat latop lak, hehe..

  18. sila tunjuk ajar…saya tak reti guna sumber terbuka….

    p/s: gua dah agak dah…mesti org len punya tulisan…hang dah maju nohh…siap ada penulis jemputan…

    p/s/s: nice entry….dalam bahasa melayu….biar celik rakyat malaysia :)

  19. touya

    Memang best pakai , tapi pening pala jugalah nak install codec apa semua . Tapi sumber terbuka nie biasanya internet kena power ahh .

  20. MuzzamMiL

    Nice entry..

    Bro nak tanya..

    Kalau aplikasi software open source guna GNU licence camne..?? Boleh ubah sourcecode dan jual balik..??

    Huhuhuh.. sorry, lama tak refresh programming.. jammed kepala nie..

  21. Aku penah pasang Slax 6.2 kat pendrive sebagai OS kalau aku pi guna pc kat cyber cafe. Untuk mengelak daripada kena “key logger” tapi disebabkan pendrive aku jenis lemah punya.. x sampai 20x boot dari pendrive. System pun corrupted.. sampai skrg x pasang balik Slax 6 tu kat pendrive.

    Ubuntu pulak aku sempat test sampai Karmic Koala je.. 10.04 penah install je tapi x sempat test. Notebook orang.

    Bila aku nak bawak PC aku ke KL nie untuk study balik linux pun aku x tau. Aku serah kat syahrilhafiz jela untuk godek dan story benda2 nie. Tahniah dah jadi guest writer.

  22. cursefinger

    aku dah try ubuntu. api sekejap je. pasalnya banyak task guna software dr microsoft. kalau kolej aku pakai linux, lama dah aku beralih arah. nak buat dual boot, memang jauh panggang dari api la jawapnya. haha.

  23. aku wat 3D modelling&animation guna Blender tapi lecturer aku suruh guna AutoCAD gak,Wine dah la tak stable bila run AutoCAD…sedih siot!!!

    Tapi kalau nak tau,kolej matrikulasi dah start ajar guna open source apps cam open office ngan GIMP.harap kerajaan dapat luaskan lagilah ke premis lain

    KesengalanMaksimas

  24. Hhhmmm.. bila dengar perkataan Linux, ramai yang garu kepala. Lebih-lebih lagi distro yang terkenal iaitu Ubuntu. Linux tak terkenal?. Hey! Android Linux!.. sape tak kenal Android?.. emm.. tapi pada pendapat saya.. Linux memang tak hebat!.. Tetapi Linux ada potensi untuk bersaing lebih hebat dengan Windows dan Mac. Mengapa saya cakap Linux tak hebat?. Ok ini pendapat saya sahaja, Linux hanya sesuai kepada pengguna yang suka pada cabaran. “Try and Error” jadi pegangan. Kalau korang sekadar nak pakai linux untuk tunjuk macho kononnya desktop korang lain dari yang lain, tak payah la. Kalau terminal tak pernah jenguk macho pe benda. Tiada software-software yang setanding dengan Adobe. Seperti Adobe Photoshop, After Effect dan Flash Professional. GiMP memang mati kene lanyak ngan Photoshop. Ok kenapa pula saya cakap Linux berpotensi untuk menandingi Windows dan Mac?. Its all about FREEDOM!. Seperti Linus kate “pengguna menggunakan program, mereka tak gunakan sistem pengoperasian”. Sebelum nak pakai Linux, tanya diri sendiri. Untuk kegunaan ape nak guna Linux. Kalau sekadar nak main game, please stick with windows. Linux lebih cenderung kepada pelajar sains komputer. dan kepada pelajar sci komp, sila jadi aktivis sumber terbuka. Linux perlukan anda. Kalau korang guna Laptop sekadar nak surfing, youtube, facebook wall-to-wall spamming, guna la linux untuk mengelakkan dari diserang malware. Cara yang terbaik guna Linux, Dual-boot. Memang tak nafikan ape kelebihan Linux yang disenaraikan oleh penulis benar. Saya tak nafikan. Sekadar pendapat. Wallahuallam.

    • Setuju bro.
      Terima kasih untuk komen panjang lebar ni.

      1. Sebenarnya, aku pun baru lagi guna linux. Adalah dalam sebulan kot.
      2. Terminal pun baru bape kali try, not bad.
      3. Betul, nak lebih selamat guna lah linux hehe.
      4. Aku pun dual boot, sebabnya ada software penting macam excel yang diperlukan untuk buat assignment.
      5. Penulis, syahrilhafiz merupakan pengguna tegar linux. hehe

  25. syafiq

    benar kata saudara amirulhanifah. dekat ofis aku pakai centos untuk pantau proses load server company aku. semuanya guna terminal. kadang2 tu nak cepat sampai salah taip command,haha..nak configure file pon senang. xpayah nak klik sana klik sini. bagi aku untuk tujuan server memang elok pasal stabil.

  26. AminCv

    Salam..ada sesiapa disini yang join sebarang group pengguna-pengguna baru Linux OS kt Malaysia x? Aku sebenarnya memang lama tertarik dengan Linux Mint 13 tapi x pernah pakai..sekarang microsoft win8 sudah mula naik, jd aku bercadang nak upgrade Linux Mint OS, rata-rata kawan terus upgrade dengan Win8 jadi aku x nak terus jadi single-permanent-user microsoft dan bercadang gune Linux OS untuk kegunaan sendiri. Mohon tunjuk ajar otai-otai linux. Aku dapat taw latest Linux Mint dah kuar version 14 )

Komen Anda

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.