Kesibukan nampaknya menghalang untuk update blog lebih kerap. Hehe. Pertama sekali maaf lah siapa yang yang terasa dengan entry sebelum ni, Merendah Diri Dalam Berblog. Bak kata seorang pembaca:
entri macam ni kalau dipandang dr positif, bagus. kalau sensitif.. hm..macam2 la tafsiran org
Berbalik kepada tajuk asal mengenai Kelebihan Lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEO. Saya bukanlah pakar SEO, tapi seorang blogger yang minat belajar mengenai SEO. Bagi yang perasan, kat bahagian Navigation bar kat atas tu dah ada tab untuk SEO, tapi entah bila lah nak banyak entry kat situ kan. Hehe.
Apa itu SEO?

sumber: orlandosearchenginemarketing
Perkataan SEO merujuk kepada Search Engine Optimization, iaitu teknik-teknik yang digunakan untuk memaparkan entry di laman pertama enjin carian seperti Google, Bing dan lain-lain. Tapi disebabkan Google memonopoli enjin carian, jadi ramai orang fokuskan SEO untuk Google je. Hehe.
Kelebihan Lain SEO
1. Membantu memudahkan pencarian maklumat
Menggunakan SEO dengan baik juga membantu pengguna mencari maklumat yang diingini. Dari biarkan blog-blog spam atau dikenali sebagai splog tipu sesuatu katakunci tu, lebih baik korang guna keyword tu untuk memudahkan orang lain cari maklumat kan? Jadi bila nak amalkan SEO, pastikan maklumat yang diberikan tepat, jangan tipu penggunaan katakunci seperti yang saya tulis dulu. Rata-rata yang meninggalkan komen berkongsi rasa tidak puas hati sebab selalu tertipu di saat-saat memerlukan maklumat yang tepat.
2. “Memulihkan”

Contoh terbaik adalah katakunci “Melayu”. Cuba taip katakunci “Melayu”, dan antara cadangan (suggestion) yang akan muncul termasuklah Melayu boleh, Melayu bikini, Melayu Seksi dan Melayu terlampau. Kebanyakannya dimonopoli oleh carian-carian yang “kurang menyenangkan”. Kata kunci Melayu Boleh, misalnya cukup popular. Walaupun perkataan Melayu Boleh itu terlalu umum dan boleh dikaitkan dengan kejayaan-kejayaan orang melayu, contohnya, namun realitinya dikaitkan dengan kegiatan-kegiatan tidak bermoral tentang orang Melayu.
Bagaimana SEO boleh “memulihkan”? Contohnya beberapa tahun lalu, telah dianjurkan pertandingan SEO menggunakan katakunci “Melayu Boleh” untuk “memulihkan” maksud Melayu Boleh itu sendiri. Contoh lain, adalah Melayubuntu, sebuah blog mengenai sumber terbuka (khususnya Ubuntu) yang berjaya menempatkan diri diantara tangga teratas bagi perkataan melayu macam gambar kat atas tu. Tahniah!
Salah faham mengenai SEO

Lebih kurang beginilah komen yang saya terima dahulu.
1. SEO adalah untuk orang yang gila trafik dan duit semata-mata?
Salah. Walaupun tujuan SEO adalah untuk memaparkan tulisan atau entry kita di muka pertama Google, namun bukan semua orang yang amalkan SEO adalah gila trafik dan duit. Tujuan lain SEO sudah pun saya tulis kat atas tu. Hehe.
2. SEO hanyalah untuk isu-isu semasa?
Salah. Mungkin ada segelintir orang kata, kalau nak organic traffic (trafik dari enjin carian),perlu guna kata kunci mengenai isu-isu semasa. Contohnya, mengenai sinopsis drama-drama melayu TV3 dan berita-berita panas akhbar. Memang tidak dinafikan, trafik yang diperolehi mungkin tinggi. Walaubagaimanapun, kadang-kadang terdapat juga keyword yan lebih evergreen, maknanya sentiasa dicari orang ramai. Keyword sebegini selalunya menyumbang kepada trafik untuk jangka masa panjang. Selalunya yang guna keyword evergreen ni yang saya perasan kakjie lah. Hehe


memang tdk dinafikan seo ni pentingbagi setenga2 blog…tapi dlm terlalu penting ada yg salah manfaatkannya…
hehe. biasalah tu, apa2 pun macam tu gak. mungkin sebab tu timbulnya istilah black hat seo
huhuhuh..black hat seo ni mmg geng2 otai le yg bley faham btol2.. kalau yg kita ni baru g nk bljar sal seo, mmg mungkin akan jadi cmpltly blur la…
huhuhu, blog kak jie mmg punya keywords yg menarik… kita perlu banyak beljar lagi dan yg pnting, jgn mudah putus asa walaupun pernah buat kesilapan…
p/s: kak jie mmg terbaik dalam seo ni..
tu la .
kata kunci evergreen ye.. mcm lagu lagu evergreen tahan lama hehe
boleh try praktik ni pulak
hehe. antara kata kunci evergreen ada mengenai tips dan tutorial
penting jugak seo ni.. emmm..
Salam,
rasanya akak pun ada keyword evergreen *cara edit gambar* ehehe nak jugak tu, dari dulu, kini dan kini keywords tersebut xpernah luput, tetiap hari ada je masuk, kadang bilangannya mengatasi jumlah keywords semasa
Terasa mcm nak try jer keyword cara edit gambar tu.. hehe
tu antara tutorial yang orang selalu cari rasanya. cuba lah tutorial2 lain yang orang selalu cari. hehe
wah nak try jugak la nak tgk hasilnya…hihihhi
hehe. haah, tips dan tutorial, sentiasa ada orang cari. hehe.
bagus2
rakyat malaysia ni bukan sahaja dalam pertuturan guna ayat rojak, dalam enjin carian pun guna bahasa rojak “edit gambar” , kenapa tak “ubah suai gambar” .. kelakar jadi bunyi nya…
yg gunakan bahasa ringkas, dan salah taip pun ada…huhu..
Isu Panas recently posted..Beza Tutup Vs Bungkus
Mengenai spamming web akibat kesan search engine gagal mendapatkan keyword yang berkesan menjadi perdebatan tokoh ilmiah kerana Google di salahkan sebagai leader didalam produk search engine gagal menampis manipulasi spamming web yang semata-mata mengunakan black hat dan seo. Apa yang dicari tidak dapat tetapi hanya sampah.
Ketiga-tiga wakil Search engine ini telah dipanggil untuk perdebatan mengenai masalah spamming web.
Bing dan Blekko(carian mengunakan konsep slash) di katakan mempunyai algorithm search engine tersendiri. Sehingga sekarang belum ada keseragaman algorithm diantara ketiga-tiga search engine ini(Google, Bing dan Blekko)
Pengguna tidak dapat manfaatkan jika ketiga-tiga Search engine ini terus bersaing antara satu sama lain untuk siapa lebih baik.
Salam bro,
Saya nak tanay sikit pandangan bro.Antara cara yang saya gunakan untuk dapat page pertama di enjin carian Google ialah saya akan boldkan perkataan yang berkaitan dengan blog saya.
Contohnya blog saya khusus tentang buah pinggang,jadi saya akan boldkan perkataan yang berkaitan seperti buah pinggang,buah pinggang sihat dan lain-lain.
Selain itu saya jadikan perkataan yang berkaitan tu sebagai tag.Dan hasil yang saya dapat melalui google analytic,dengan menggunakan keyword tersebut blog saya ada di page pertama dalam keputusan enjin carian.
Jadi apa pandangang bro?Atau bro sudi kongsikan cara yang lebih baik untuk mendapatkan keputusan terbaik di enjin carian.
W’salam,
Saya buka pakar IT mahu pun SEO tapi seseorang cuba memahami kuasa SEO. Sila tegurkan saya jika penerangan tidak sampai maksudnya. Cara bro mengunakan keyword ‘buah pinggang’ memang bertepatan kerana blog bro memang berkaitan kesihatan buahpinggang.
1. Yang betul
Apabila seseorang itu mengunakan keyword ‘buah pinggang’ untuk mencari informasi mengenai kesihatan buah pinggang dan search engine menyenaraikan blog bro yang memang secara natural mempunyai artikel yang relevan dengan keyword yang dicari maka ia mencapai objektif kedua-dua pihak iaitu pengguna dan search engine.
2. Yang salah
Cuma mengunakan keyword secara salah untuk mendapat kedudukan teratas search engine dan artikel langsung tidak ada kaitan dengan keyword yang dicari dipanggil spamming web. Ia sesuatu merugikan kerana search engine gagal mencapai fungsi iaitu mencari relevan artikel.
Perlu kita ingat disini search engine mengunakan Algorithm yang cuba memahami setiap patah perkataan manusia dan bot ini bukanlah manusia. Ada setengah-setengah mengambil peluang manipulasi kekurangan ini. GIGO (Garbage In Garbage Out)
terima kasih banyak2 bro akubiomed kerana sudi membantu menerangkan. rasanya takde yang salah kat penerangan tu.
setuju, algorithm yang digunakan untuk bot, bukan untuk manusia. antara cara black hat adalah link cloaking, hasilnya, apa yang dipapar kepada bot tidak sama apa yang dipaparkan kepada manusia
GIGO, ilmu baru ni. saya pun macam baru pertama kali dengar.
GIGO ini bukan perkara baru terutama yang belajar IT dan Elektronik yang berlajar subjek Mikroprosesor yang mana jika input kita compute salah makan hasilnya pun salah juga
rasanya tidak ada yang salah bro. tahniah jika telah berjaya, dan terima kasih kerana menggunakan seo sebaik2nya. lepas ni kalau ada orang cari info mengenai buah pinggang, dapat lah info berguna dari blog bro.
saja nak tambah, pendapat mengenai boldkan keyword ni, dari pengamatan saya:
1. ada orang boldkan
2. ada juga pengamal seo, italickan
3. ada juga yang berpendapat, tidak perlu boldkan atau italickan, kerana plugin sudah memadai untuk memudahkan bot mencari keyword dalam entry
seo ni subjektif, asalkan kita try and error, dan dapat lihat hasilnya, Alhamdulillah
aku macam baru tau mengenai blekko ni.
terima kasih bro, byk ilmu ye. hehe.
google pun dilaporkan tidak akan memaparkan carian torrent atau piracy
Ish, jangan cakap begitu saya pun suka explore dunia maya ia memang unik
terbaik ar. aku pun biasa jeh..
study cukup makan je
hehehe, bagus penerangan kot atas nie, ade juga ke orang yang iri hati dengan trafik yg byknya dari seo, huhu,
entah, ada kot. huhu.
takpe, mungkin mereka tak faham lagi
cuba mengelak keyword ’18sx’ masuk ke blog walau itu adalah carian popular – kak jie percaya sumber keberkatan dari blog
cuba tidak menulis isu hubungan suami isteri /petua2 seks macam muda mudi sekarang ( walau belum kahwin )
cuba tidak menulis tentang pihak ketiga – ada juga sesekali tetapi menyesal kemudian hari..hehe ( ini soal akhirat – kena ambil berat )
jadi keyword2 kelas ketiga saja yang kak jie guna..hehe dan biasanya evergreen sebab carian ramai walau tak banyak tetapi sentiasa ada
terimakasih kerana mention kak jie
1. betul
2. ish, segan pulak. kang nanti mesti ada gambar2 kurang menyenangkan
3. erk, contohnya macam mengenai politik ke? hehe. bahaya gak kalau pasal politik, kadang2 fitnah je banyak
Oh.. SEO hanya utk org yg gila trafik? agaknya pengomen tu dengki sebab blog dia tak masuk traffic. ternyata pandangan tu salah sama sekali.. Walaupun SEO mmg akan memberi traffic, ianya lebih mudah kita faham konsep iklan percuma.
Kalau SEO utk isu semasa, ianya lebih dikatakan sebagai teknik meta marketing. Cukup sesuai utk memperkenalkan blog dlm masa yg singkat melalui iklan percuma search engine.
owh, nama die meta marketing ye.
thanks bro, ilmu baru ni.
hehe
haah, tak salah pun guna seo untuk isu semasa, tapi jangan lupa seo juga boleh digunakan untuk keyword evergreen. cuba lah try, mana tau berbaloi
A’ah bro..
Sama2 bro..
http://affanruslan.com/kelebihan-lain-seo-dan-salah-faham-mengenai-seo/
RT @affanruslan: http://affanruslan.com/?p=2304
SEO…utk wordpress jer ke? mcm maner pulak SEO utk blogger? *still confuse…*
taklah. hehe. untuk pengguna blogspot pun blh guna, tapi kalau guna wordpress lebih mudah dan byk kelebihan.
bagi pandangan aku, blogspot ni lebih kepada blogwalking.. kalau nak dapat dari search engine kene usaha lebih..
dulu Sya guna blogspot, tapi tak tahu apa pasal SEO ni, cuma gunakan tajuk entri je untuk berada di 1st page dan cuma ada 1 je tajuk yang agak evergreen, bagi visitor tiap2 hari. Lain-lain cara nak optimizekan SEO, Sya tak tahu. Sejak guna WP, rasa lagi senang, banyak pluign yang boleh membantu dan banyak entri duduk 1st page. Tapi masih lagi tak expert SEO ni. Huhu..
Sya Isya recently posted..AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA
SEO….new info yg sy dpt today, n sgt berguna untuk alam blogger nih. i like, thanx sbb kongsi this maklumat bro.
sama2. saya pun masih belajar.
Mengapa apabila keyword ‘Melayu’ ditaip secara automatik akan tersenarai perkataan yang berkaitan ‘Melayu’ dan jangan terkejut ia menyenaraikan senarai yang menyebabkan kita senak kerana ia adalah keyword paling tinggi density dan Google Algorithm menganggap ia adalah perkataan yang dicari oleh pengguna.
Blekko search engine baru cuba kategori keyword dengan menapis mengunakan slash (/). Contoh
Malaysia / Budaya /
Maka dengan cara ini ia akan membawa pengguna kepada info yang berkaitan dengan memberi kuasa kepada pengguna memilih dan menapis
wow. thanks bro, mesti rajin membaca dan belajar tentang seo ni.
pasni blh lah tengok kuasa blekko ni, mungkin lebih bagus dari google?
alang2 dah ada ruang, why not digunakan.. rasa ko pernah mention dulu,rugi tak main ngan seo..sikit2 pun jadi.. tapi nak top page susah gak.. eh,comel kartun ko kat melayubuntu tu.. hehehe
eh, perasan ko ye kartun tu.
hehe. ada dalam photoscape je tu bro.
ala, bukan kena bayar pun seo ni, ada ilmu sikit jadilah.
pendapat aku,teknik SEO lagi penting dari blogwalking.Rasa pelik juga bila ada yg anggap SEO ni utk org gila trafik
takleh gak salahkan diorang. sebabnya, ramai orang terangkan kepentingan seo adalah trafik.
entry ni pun hasil pengamatan aku, dan komen orang tu. hehe
masih belajar ttg SEO
tp ada masa malas nak fikir2 banyak
hahaha
cuba membersihkan perkataan melayu tu..malu le ngan bangsa lain..taip melayu kuar perkataan tak senonoh..
Salam affan.. Cemana nak check kata kunci yang paling tinggi org cari?
hik3. rahsia tu. keh3.
kalau yg free, try google insight dan google trend.
kalau yg berbayar lagi bagus.
kalau nak free lagi, tgk berita surat khabar. apa yg ada kat situ, tulis kat blog. har har har
Salam…
Suka jgk belajar selok belok SEO ni tapi tak la sampai tergila-gilakan duit. Apa ada kalau nk kejar duit semata-mata?
ada apa? dapat duitlah kak. hik2
Mmg la dapat duit tp letih ooo macam tu…nak kena kejar duit. Duit kejar kita tak pe la…
salam..
sedang belajar tentang SEO tp tak pernah habis2 sbb selalu sj muncul pendapat baru.
ada yg bilang menebalkan kata akan membantu dalam SEO optz betul kah bang Affan??
tak melangar t&c google ke??
Wa’alaikumsalam.
Owh, boldkan tu tak melanggar t&c google. hehe.
pasal tebalkan tu, saya rasa ada 3 pendapat, ada orang kate tebalkan, ada orang italickan, ada orang kata tak perlu, sebab dah ada plugin (setkan tag misalnya. tapi untuk pengguna wordpress je lah)
maCAM GITU RUAPANYA..HUHU MAKIN FHM
Affan, macam mana ye kita hendak tahu kata kunci itu memang akan dicari orang? Hendak check di mana? Macam susah sahaja SEO ini…
boleh cuba guna google trends dan google insight…
terima kasih tolong jawabkan. memang aku nak cakap benda yang sama
tak susah pun. cuma benda ni subjektif. kalau nak belajar, try lah guna katakunci yang kurang kompetitif. kalau dah pandai, guna lah katakunci yang kompetitif. tu untuk tujuan belajar lah
Memang tak dinafikan SEO penting dalam menaikkan satu2 blog pada kedudukan carian utk sesuatu katakunci…
Aku cukup suka gaya tulisan Bro Azuanrazi kita tentang SEO…
Sama2 kita belajar…
hehe. die banyak ilmu seo tu, kena belajar dengan die hehe
Waaaaaah….
panjangnya cerita pasal SEO.., kami suka SEO juga…
tapi kalau tipu kata kunci pun boleh juga, cuma pastikan ada alternatif lain yang boleh mengumpan pembaca terus kekal di blog.
Terutama cerita berkaitan seks tu.., byk orang gila seks kat luar sana….
bacaan yang menambahkan pengetahuan
aku tak pandai dalam bab ni
tapi dengan membaca di sini
banyak yang aku dapat
hehe
thanks
sama2 berkongsi dan belajar.
Ramai yang still tak faham apa itu SEO.selain traffik ia membantu orang lain buat research melainkan dia guna taktik kotor untuk bermain SEO
iye. nak mantap, kena pandai buat keyword research. tu pun salah satu skill penting dalam seo.
kalau blogger biasa macam aku ni, biasa2 sudah lah ehe
pada pandangan aku, tak salah nak beranggapan orang yang pentingkan SEO ni gila traffik. memang betul kan? kita nak mendapat rank pertama dalam search engine, supaya menjadi yang pertama sekali diklik.. tapi jangan sampai menyalahguna kata kunci seperti yang dinyatakan di atas..
cara “SEO” ini lebih baik untuk dapatkan traffik dari cara SPAMMING blog orang dengan komen sampah.
betul tu bro.
hehe.
memang tujuan utama untuk ranking, seterusnya seo.
yang aku tulis kat atas tu, kelebihan sampingan lah, yang mana kita mungkin sedar atau tidak
contoh nya apa ye..hehe
masing-masing ada cara sendiri untuk up trafik…ilmu seo ni luas sampai pening kepala aku nak pahamkan satu persatu..huhu
haah, agak luas. terus terang, aku tak amalkan semua. semua blog ni blog semi personal, bukan blog niche.
kalau jadi internet marketer, atau ada blog niche, memang patut amalkan.
aku pun minat belajar seo walaupun tak amalkan sgt.
ada ilmu insyaALLAH aku kongsi kalau rasa nak kongsi. hehe
wah~ terbaik..
salah faham tu sebab keyword macam haram
tahu la kan rakyat malaysia ni macam mana
benda2 omegle2 tuh dia nak tengok..adeh
so komen tadi memang s**k ok!..hehe
komen mana ni? ahaha.
ko lah penyumbang keyword camtu kan? ehe
haha..
mungkin..entah la..buat pe
baik aku bukak p**n site terus kalau macam tuh..*sensor*
Kelebihan lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEO http://selangorbloggers.com/read/21370
RT @affanruslan: Kelebihan lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEO http://selangorbloggers.com/read/21370
oo baru tau pasal SEO ni…
buta it betul..
hehe. seo ni takde kaitan pun dengan it
keyword evergreen pun kena pandai pilih gak kot.. cari yang saingan rendah.. kalo blog memang dah mantap tu lain la.. hehe..
blog aku rasanya masih baru lagi.. so tak banyak keyword yang evergreen..
sama lah, hehe. aku pun tulis ikut suka
Keyword2 panas memang memberi impak kat blog bro..
Tapi bila dah sejuk..suam je trafik kat blog..
hehe. tu beza trafik sementara, dengan trafik yang konsisten
Kelebihan lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEO http://kelantanbloggers.com/read/11566
masih lagi mengkaji.. apa2 keyword yang mungkin boleh kita dapat manfaatnya dikemudian hari. Yela buat orang yang nak cari sources untuk buat assignment, keluarnya mendalah lain.. dah menjajau carinya… nak harapkan buku….. kena pinjam, itu inilah, (bagi yang last minute punya kerja lah tuh..) huhu
internet adalah tempat yang bagus untuk cari ilmu, tapi bila ramai orang salah guna, orang lain juga tanggung susahnya
Salam. Kawe taklah praktikkan sangat SEO ni terutama bab keywords tu.. Tetapi tak le sampai tak pakai langsung sbb nanti tenggelam blog – orang tak baca… buat penat aje kita tulis.
Wa’alaikumsalam.
blog peribadi cam blog ni, biasa2 sudah memadai.
lain lah kalau internet marketer hehe
banyak lagi nak kena belajar pasal SEO ni. dulu belajar juga tapi tak terkejar, ada je yang baru
seo ni subjektif bro, bagi aku tak semuanya ada bukti konkrit, dan sering berubah2.
google pun algorithm berubah2
agaknya apa masalah mereka kata macam tu ek? sememangnya tidak tahu apa itu SEO atau buat-buat tak tahu!?
taktau agaknya, takpun salah faham.
bukan semua orang minat seo ni. hehe.
SEO entry ni memang terbaik! Hehe, bila lah kiter nak dapat buat entry penuh SEO sedap nyum nyum macam ni agaknya…? Hurmm…
takde lah sedap mana pun hehe.
entry ni pun tulis ikut pengalaman je
pergh…ada juga yang salah faham dalam SEO ni…dengkilah tu, hehe. tarbaiklah affan…aku tak pernah lagi guna keyword evergreen ni…selalu yg semasa jerk…pasni nak kena cubalah…hehe
cubalah, buat tutorial yg orang selalu cari ke hihi
dah lama otak aku tak panas bab seo ni..heheheh
Kelebihan lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEO http://johoreanbloggers.com/read/13701
salam..saya tengah belajar lagi huhu
aku agak ketinggalan mengenai SEo ni..
owh seo..masih belajar lagi bab nie..
RT @affanruslan Kelebihan lain SEO dan Salah Faham mengenai SEO | Critical Angle http://bit.ly/h24QgW
yang guna SEO ni semata2 nak kejar traffik n duit. macam kurang setuju ngan pendapat tu. kalau orang tu memang minat pasal SEO, apasalahnya untuk dia praktikkan ilmu dia kan. kata-kata tu rasanya macam kata iri hati dari mereka yang tak pandai SEO
aku pon tak pandai SEO. huhu, sikit2 tu tahu la tapi malas nak praktik. macam leceh jer.
mungkin satu masa nanti nak layan jugak la SEO ni…. sekarang ni belasah je tak ambik port sangat berkenaan SEO… tetapi tetap membaca teknik2nya tu… terima kasih kerana memberi info ni..
sama2 bro.
aku pun mula2 baca2 je.
skg ni pun macam2 teknik seo aku baca/belajar, tapi tak semua aku amalkan. blog peribadi je pun hehe
Pd saya, salah faham ini berlaku kerana itu yg berlaku disekitar blogosphere kita. Jika kita perhatikan blog luar, mereka menerapkan ciri2 ini secara natural pada blog mereka. Ttp utk blog kita.. kebanyakannya diletakkan secara extreme. Ini menyebabkan ada yg berpandangan bahawa mereka ini gila trafik.
Namun, tiada salahnya kita belajar sesuatu yg boleh memberi ilmu dan kebaikan. Hanya satu yg dikesali, ada yg beranggapan bahawa ‘dirinya’ sudah pakar dgn SEO. Sedangkan SEO itu adalah sesuatu yg infiniti dan banyak bergantung kepada SE bot. Jika SE bot itu di improve, maka kaedah SEOnya pun kena berubah.
Cthnya, Google baru2 ini terpaksa meningkatkan keupayaan/kebolehan search enginenya mengenalpasti manipulasi dlm SEO. Ini menyebabkan ada beberapa kaedah yg sebelum ini berkesan, jika dibuat sekarang akan menyebabkan blog tersebut diletakkan dalam senarai pemerhatian.
Anyway.. saya suka perbincangan yg ada di sini..
Thanks bro.. thumb up
betul, setuju tu. SEO ni memang subjektif, berubah2.
Macam yg bro cakap, Google punya algorithm berubah2. Diorang memang sedaya upaya nak atasi masalah spam2 ni.
terima kasih untuk komen yg bernas tu
Mantap sekali artikelnya gan,
salam kenal yaaa
jom buat kempen pulihkan kata kunci melayu nak?
serius kecewa dengan keyword2 melayu tu…..
hope Blogger dapat menyumbang pemulihan kata kunci melayu tu..
wah, bagus2, dapat belajar SEO. Dulu xtau pon…
seronok bermain dgn seo nih..
x perlu update blog hari2.. sebab sudah pasti hari2 ada konsisten trafik disebabkan carian yg dicari di google akan mlangsung membawa mereka ke blog kita yg terletak di atas….sbb saya pernah buat mcm tu..
betul ke x nih?? tegur saya kalau saya salah…
As-Salaam…
aku paling mnyampah bila tulis je keyword melayu..mula la keluar bnda2 yang lucah n negatif..ini boleh memburukkan imej orang melayu
betul tu ayai..type melayu je..porno yg keluar…
wah…jauh betul aku nak scroll comment ke bawah ni.. dah la jauh.. ke bawah jugak komen aku ni… hahaha…
SEO itu ada keseronokan tersendiri.. ye tak? abis.. kalau tak ada blogger SEO… diorang nak dapat info dari mana? dari buku? Silalah cuba… hahahaha…
hehe
salahkan org kat atas sebab komen banyak2
SEO ada keseronokan tersendiri, tapi mungkin tak semua org nak manfaatkan
RT @affanruslan Kelebihan lain SEO dan Salah Faham mengenai SEO | Critical Angle http://bit.ly/h24QgW
aku suka main seo nih sebab bila aku dah 3 bulan tak update,rangking alexa aku jatuh..tapi traffic blog aku masih berjalan….dan duit nuffnang aku makin up setiaphari…
good. kalau buat long term seo, mmg bagus. nak buat long term seo, guna evergreen keyword hehe. InsyaALLAH trafik akan masuk gak secara konsisten walaupun tak update hehe
SEO baru2 ni betol2 buatkan blog sy jd terfemes la minggu ni..eh femes sgt ke?..hehe..gara-gara rumors M.Nasir meninggal la…ish2…
owh, ada baca tadi. lebih kurang lah kot.
seo ni lagi best kalau bersaing dengan keyword yang ramai org guna.
kalau keyword yg org tak ramai guna, senang sikit nak muncul kat google 1st page. tapi kita taktau skill kita tahap mana sebab kurang saingan. just sharing
bro..aku pun baru nak godek2 gak seo ni..hehe
haha bagus2. antara ilmu penting gak seo ni, tau basic2 pun cukup lah
sampai hari ni aku masih frust dengan seo blog aku bro. kalau check kat nuffnang, keyword starting dengan perkataan “awek” mesti kena kat blog aku. pasrah aku. dah macam lucah pulak blog aku tu. padahal satu je personal entri yang guna perkataan awek dan seumpamanya. haha
haha entahlah. keyword density tinggi sangat kot kekekeke
Kelebihan SEO dan salah faham mengenai SEO – http://bit.ly/e140Ul
RT @affanruslan: Kelebihan SEO dan salah faham mengenai SEO – http://bit.ly/e140Ul
saya suka tulisan anda.. sgt berinformasi plus blog ini sangat kemas.. sy sgt suka. teruskan usaha anda untuk menyumbang sesuatu yang berguna kepada semua jenis org hehe
Alhamdulillah, terima kasih.
belum cukup bagus, tapi harap2 bermanfaat.
amat jahil aku tentang SEO ni..:D
kekadang masih blur jugak pasal SEO ni..hahahaha
Bagi saya, SEO memudahkan pencari maklumat (pengunjung) terus sampai kepada maklumat yang dicari.
Your resource is actually great. Keep posting that way.
artikel SEO manfaat sekali, krn sy sedang belajar ini .. salam
halobro recently posted..Halobro Naik Kelas PR-1
saya budak baru belajar seo…tq!
sjiehan recently posted..Kembara : 20 ramadan terakhir !
Kebanyakan orang dah salah tafsir kepentingan SEO. Sebenarnya SEO membantu untuk kita terus menghasilkan idea-idea yang segar.
yusenze recently posted..Manfaat Teknik Asas SEO On Page
Guna keyword yang evergreen lagi best…trafik maintain

Harfiz@Bizstudent recently posted..Tingkatkan Trafik Blog Melalui Twitter dan Facebook
wah mantbs nih artikel boleh tuh share ke tmpat ane ya dan salm silaturahim bang atau bu n kunjungi blik blog saya klu perlu koment yah
tutorial seo yang bagus bagi saya yang mentah nie,,,,boleh tolong tengok blog saya tak,, pastu bagi komen apa keyword yang sesuai dan kat mana nak letak keyword tu,,,kat coding ke
hatiputera recently posted..Video bunyi aneh dan menakutkan di langit samarahan
sampai ke hari ni aku masih tak mampu lagi nak menguasai teknik seo..