Siapa di sini suka minum kopi?
Semasa di Malaysia, saya bukanlah penggemar kopi tegar. Rasanya kopi yang best pun air kopi nescafe sejuk, yang dijual dalam tin. Kalau bancuh sendiri, memang tak sedap. Haha.
Kopi bukanlah kegemaran majoriti rakyat Malaysia. Kalau diberi pilihan antara kopi dan teh tarik, sudah tentu ramai yang memilih teh tarik berbanding kopi. Lagipun kalau berkunjung ke rumah orang, selalunya anda akan dihidangkan dengan teh ‘o’.
Lepak kedai mamak berjam-jam, mintak secawan teh tarik je. Ada ke yang lepak kedai mamak minum kopi? Haha.
Kopi dan Budaya
Berbeza dengan negara Barat dimana minum kopi setiap hari seakan-akan budaya. Jarang jumpa orang yang tak minum kopi. Kalau di universiti pula, setiap pagi mesti nampak professor bawa mug atau bekas air yang berisi kopi. Setiap hari. Ada yang minum kopi untuk menghilangkan mengantuk di pagi hari, tapi mungkin ada juga yang minum sebab ketagih kut.
Bila disini, saya mula belajar minum kopi. Tak seperti di Malaysia, ada lebih banyak pilihan, jadi takdelah bosan. So far inilah kopi paling sedap:
Ada juga yang kata kopi dapat memanaskan badan. Taktaulah betul ke tidak. Tapi kalau masa musim sejuk, kalau dapat minum kopi panas… Fuhh nikmat betul. Hehe.
Tim Hortons dan Kanada
Jika anda nak tahu, di Kanada ada satu brand popular untuk kopi, iaitu Tim Hortons. Ia merupakan brand tempatan, iaitu jenama yang memang berasal dari Kanada, bukan Amerika. Kalau di Malaysia, Tim Hortons ni macam kedai mamak lah kut, pergi mana-mana je mesti ada Tim.
Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan Tim Hortons lebih popular daripada Starbucks. Harga secawan kopi pun jauh lebih murah, dalam $1.15 – $3, jauh lebih murah daripada Starbucks. Memang affordable kepada penggemar kopi sejati.
Syafiq Лomoтехн
\o/ woot woot. abam appan buat pasal kopi. yeah. sila hadiahkan aku satu coffee maker ya. 😀
Lizz
aku dah tak ingat apa nama kedai kopi yg aku minum masa dekat uk dulu. kopi yg ni ada dekat uk ke tidak? hahahaha!!! tapi, aku mmg suka minum kopi if pi oversea n kebetulan winter. WAJIB!!!! nak panas je pun…sedap lain cite -…………-
lynn
mmg minum coffee pagi2 before g kelas.feel fresh! 😛
Affan Ruslan
Awak tu, online twitter je pun dah blh fresh kut. Haha.
lynn
perliii. tak baikkk ohhhh. K. T___T
hafizrahim
aku jarang minum kopi..kalau takda air lain, baru terpaksa minum kopi..tu pun kalau boleh nak tahan dahaga dulu..hehe
shy
peminat tegar kopi tak kira lah apa jenis kopi..tiap pagi mesti cari kopi..hehe..
Lord Zara
Aku setiap pagi wajib KOPI. Wajib! Kalau tak dapat menggigil tak tentu hala. Haha.
🙂
Kalau keluar dengan kawan baik, kopi memang pilihan setakat ni. Minum berdua lebih baik daripada kosong tak tentu hala. 🙂
mohd firhan jasni
tak selalu minum kopi, tapi kalau dapat, memang layan. hahaha!
Nurul Shafika Binti Ahmad
suka minum kopi sejak umur 7 tahun… now, 1’m 20… kiranya dah 13 tahun minum kopi… sehari tak dapat kopi, tekak dah mula rasa lain 🙂
Azah
aku suka minum kopi, tapi kat malaysia susah la nk dapat kopi murah. nk beli yang dlm tin, leceh plak nk kena beli hari2. kalau nk beli byk2 terus macam melampau plak. instant 3in1 plak org kata tak bagus. kena wat trendsetter jenama kita sekali. setakat starbuck tu mmg x leh nk startkan trend, mahal nak mati. hoho…
Naziman Blogger Malaysia
Saya tak minum kopi. hehe Buka pa rasa pahit, tak sedap. Tapi orang kata, kopi ni banyak jenis. Nescafe pun di panggil kopi. Tak tahu la juga betul ka tak.
Khalilah MNor
Peminum nescafe tegar berada di sini~!
Pernah 3x sehari bila clinical pactices kat hospital… (T_T)
btw i’m new here.
Hairul Azni
Saya memang suka minum kopi..tapi tak boleh banyak sbb bila dah terlebih minum malam2 jadi susah nk tido…dah jadi macam insomnia pulak..
Cikgu Hairul
Budaya minum kopi di Malaysia memang tak wujud lagi. Tapi kalau kopi 3in1 tu memang tumbuh bagai cendawan lepas ujan. Mungkin sebab tu la juga tak banyak variasi kopi yang dihasilkan berbanding di Kanada.
Hafizul
tengok gambar tim horton tu rasa nak pegi jer..suasana nmpk best jer..tenang kan fikiran..emm sy suka minum teh tarik..kopi?dalam sebulan boleh bilang berapa kali minum..hehe
shraqs
Aku plak kalau kopi & teh memang tak boleh minum, especially kalau awal pagi masa perut kosong,.. boleh terkeluar balik dibuatnya. Dah ketagih Nescafe, siang malam pagi petang asyik nescafe memanjang…
Hazmin Hamudin
Aku pun semenjak dua menjak ni terminum kopi pulak. Tapi kalau dekat Malaysia ni susah nak dapat kopi yang sedap melainkan kena kuar duit lebih utk beli Starbuck tu. Sebab teh lagi murah agaknya ramai yang minum teh je.
iAwani
… saya pula ndak ada idea kalau ndak minum kopi terlebih dahulu..
Izwanyusof
aku suka layan kopi kat old town ke,kopitiam gitu la.
kopi diorang lebih terasa aromanya.
kalau kopi warung minum gak tapi macam banyak gula.
titan
aku memang suka minum kopi. hoho..
muhammad fakhruddin
Di Malaysia memang tak berapa layan kopi. Tapi dengan segala kedai kopi di UK, memang duk layan kopi sahaja.
Untuk orang UK, ada sejarah kenapa mereka boleh jadi peminum teh daripada peminum kopi. (idea buat entri baru tiba-tiba)
puanbee
uihh kopi akk suka sgt tau .. akk lah org yg akan pegi kedai semata2 nak beli kopi dan tanpa kopi tak lengkap hari2 akk..
akubiomed
Jarang minum kopi tetapi kalau asyik menguap akan bancuh kopi. Kopi yang paling suka adalah serbuk kasar dan berserdak menjadi kegemaran. Hendak minum kena tapis dahulu. 🙂
arrizz
satu jer la aku slack pasal minum kopi nie..perut jadi sakit..jarang sangat minum tapi kalau datang angin tu, sakit tak sakit, aku pekena gak..haha
ainunlmuaiyanah
🙂 Saya penggemar kopi 🙂 Dan bila tengok entri ini saya rasa saya nak pergi pantri buat kopi. Huhuhuhu 🙂
amri
As Salam..
nak tnya sket..
kopi tim hortons ni halal ke haram.
terima kasih
Affan Ruslan
Salam. Halal je, nape ye? Ada isu ke?