Critical Angle

oleh AffanRuslan

  • Profil
  • Kanada
  • Tutorial
  • Contact
  • Arkib
entry-bg

Jalan-jalan di Quebec City, Kanada – Bahagian 2

18/09/2012 Affan Ruslan 20 Komen

Bersambung daripada artikel Jalan-jalan di Quebec City – Bahagian 1 sebelum ni. Memandangkan kami ke sana dua hari, jadi kali ni gambar berkaitan hari kedua pula. Pada hari kedua, kami kembali semula ke Old Quebec dan sempat ke beberapa tempat menarik antaranya Citadelle, Plains of Abraham dan Montmorency Falls Park.

1. Old Quebec

Pada hari kedua, kami kembali ke bandar Old Quebec (atau dalam bahasa Perancis, Vieux Quebec). Sempat bersarapan pagi dengan croissant yang sangat sedap dan membeli souveneir. Rugi pulak rasa tak beli baju 🙁

Quebec Flag

Bendera Quebec

Quebec Foods

Croissant dengan inti coklat. Terbaik!

Quebec Souveneir

Kedai Cenderamata

Restoran Popular

Antara restoran paling popular di Quebec.

Kereta Kuda

Jika ada duit, boleh naik kereta kuda. Anda akan dibawa bersiar-siar sekitar bandar ini. Tapi bau kuda ni sangat busuk. HAHA

Tren Mini

Caj 2 dolar dikenakan untuk menaiki benda ni. Pada bahagian atas bukit adalah Chateau Frontenac, iaitu hotel paling popular di Quebec.

2. Citadelle

Merupakan kubu pertahanan. Untuk melawat ke bahagian dalam bangunan, bayaran sebanyak $10 dikenakan. Tetapi memandangkan tiada orang yang ingin masuk, ditambah dengan kesuntukan masa, jadi kami hanya dapat melawat bahagian hadapan kubu ini sahaja.

Menariknya, terdapat pengawal yang akan menjaga kubu ini. Mereka akan berjaga untuk beberapa jam sebelum tugas mereka diambil alih oleh pengawal yang bertugas pada sesi berikutnya. Ketika berada di sana, kami berkesempatan menyaksikan upacara penyerahan tugas. Cool.

Citadelle Quebec

Pintu masuk ke bangunan kubu.

Citadelle

Upacara penyerahan tugas.

Quebec Citadelle

Citadelle Fort

Citadell Guard

3. Plains of Abraham

Kawasan ini terletak di atas bukit di kawasan bandar Old Quebec. Dari atas ni, dapat melihat persekitaran bandar Old Quebec. Kawasan ini bersambung dengan Citadelle.

Panorama of Quebec

Gambar panorama Quebec daripada Plains of Abraham

Plains of Abraham

Kiri: Peta berkaitan Plains of Abraham. Kanan: Faiz dan Muhaimin

4. Fairmont Le Chateau Frontenac

Chateau Frontenac merupakan hotel paling popular di Quebec dan merupakan tumpuan utama untuk bergambar. Bangunan hotel ini sangat menarik dan mempunyai rekabentuk bangunan lama yang unik.

Chateau Frontenac

Chateau Frontenac

4. Montmorency Falls Park

Montmorency merupakan tempat yang selalu dikunjungi pelancong yang datang ke Quebec. Menariknya, air terjun ini lebih tinggi daripada Niagara Falls, iaitu 30m lebih tinggi. Untuk ke puncak air terjun ini, anda boleh menaiki cable car ataupun menggunakan tangga.

Montmercy View

Kiri: Montmercy Falls. Kanan: Tangga yang perlu didaki untuk sampai ke puncak air terjun.

Stairs Montmercy Falls

Montmercy Falls

Montmercy Falls, Quebec, Kanada.

On top of Montmercy Falls

Pandangan dari puncak

Bridge at Montmercy Fall

Jambatan gantung pada puncak Montmercy Fall

Montmercy Falls merupakan destinasi terakhir di Quebec. Kemudian, kami singgah makan nasi beriani kambing di sebuah restoran Muslim berdekatan. Sangat terharu apabila pemilik restoran tersebut menyediakan ruang untuk solat sekali. Hehe.

Selepas makan, kami singgah ke sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya’ pula. Selesai solat, kami terus ke Montreal yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan. Di Montreal, kami hanya sempat ke beberapa tempat sahaja memandangkan kami tiba di sana pada kira-kira 12 tengah malam. Kira-kira pada pukul 3 pagi, kami pulang semula ke Ottawa.

Kalau ada rezeki, harap-harap dapat berjalan-jalan di Montreal pula. Sebenarnya banyak juga tempat menarik di Montreal. Tengok lah, kalau ada rezeki, ada lah 😉

Kepada yang belum membaca bahagian pertama, jemput baca artikel Jalan-jalan di Quebec City, Kanada – Bahagian 1.

 

Kredit gambar: #1, #7, #8, #13, #16 – Amiruddin. #2, #3, #4, #5, #6, #9, #10, #11, #14, #15, 17, #19 – Nazmi Shaarani. #11, #12, #18 – Affan

Kategori: Kanada

Komen Pembaca

  1. Man

    18/09/2012 at 8:22 am

    nak no plate yang dekat kedai cenderahati tu.=)

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      20/09/2012 at 9:00 am

      hahah teliti betul tengok gambar

      Balas komen
  2. sjiehan

    18/09/2012 at 9:29 am

    lawa gambar….

    teringin aku nak p sana…. view sana mmg cantik!!

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      20/09/2012 at 9:01 am

      Subhanallah, mmg lawa. Btw, kalau kat Malaysia, blh gi Colmar Tropicale di Bukit Tinggi

      Balas komen
  3. woot

    18/09/2012 at 2:13 pm

    haha kuda busuk macam hang -.-“

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      20/09/2012 at 9:02 am

      Comment will be marked as spam >__< haha

      Balas komen
  4. Kodet

    19/09/2012 at 1:05 am

    Cable car dia power.
    Pemandangan pun mmg indah

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      20/09/2012 at 9:02 am

      Haritu tak naik pun. Panjat dengan tangga. Sampai atas, naik kereta, kawan aku ambil. Haha

      Balas komen
  5. iqbalhakimi

    19/09/2012 at 9:02 am

    ni bandar pengakap ka ?..bendera hampir sama je..haha

    Balas komen
    • Affan Ruslan

      20/09/2012 at 9:03 am

      Haha aku taktau weh. Memang sama ek bendera?

      Balas komen
    • Hafizul

      20/09/2012 at 9:49 am

      Hahaha..mungkin kot..haha

      Balas komen
  6. ProfHariz

    19/09/2012 at 12:07 pm

    Bestnya hang. Bilalah gamaknya aku dapat pi kanada~

    Balas komen
  7. Hafizul

    20/09/2012 at 9:48 am

    ehh org betul ke orang yang kawal tu patung??tegap molek jer walaupun lama kena berdiri..haha..memang kemas la..baju pun menarik..rasa nk suruh affan beli baju dan pos kat sini jer..tapi kot mahal..haha

    Balas komen
  8. Hafizul

    20/09/2012 at 9:50 am

    ehh tangga tu kukuh ke tak tu???eee takut jer nak naik..haha

    Balas komen
  9. akubiomed

    20/09/2012 at 11:25 am

    Saya suka melihat tangga untuk naik ke Montmorency Falls Park. Unik

    Balas komen
  10. nenscoll

    20/09/2012 at 11:34 am

    seronoknyer korang..saya kalo dpt t-shirt 1 pon dh okey..hehe..
    letak banyak2 gambar ye..suka layanzz..xde kt mesia sume tu..haha

    Balas komen
  11. daddydee

    21/09/2012 at 3:06 pm

    Cantik gambarnya…

    tak pernah lagi merasa ke oversea…

    Balas komen
  12. syazlinaiza

    21/09/2012 at 3:47 pm

    Montmercy falls tu mcm best. Nice view. Nice shots. Nice photos.

    Balas komen
  13. Izwanyusof

    23/09/2012 at 1:15 am

    aku suka compo kau. menarik. lagi2 street yang baju kat atas tu.

    Balas komen
  14. Hairul Azni

    25/09/2012 at 6:58 pm

    Gambar2 yang menarik..layan gambar macam ni teringat kat blog http://palereddot.blogspot.com/

    Balas komen

Komen Anda Batal

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.

Kategori

  • Admin (34)
  • Advertorial (7)
  • Artikel (33)
  • Comparative Religions (3)
  • Facebook (7)
  • Fotografi (5)
  • Giveaway / Contest (15)
  • Islam (66)
  • Israel/Palestin (13)
  • Kanada (41)
  • Keluarga (3)
  • Menarik! (36)
  • Pencinta Binatang (9)
  • Tips dan Tutorial (52)
  • Wordpress (13)

Carian

Paling banyak komen

  • Penipuan penggunaan Shoutmix! (330)
  • Akibat putus cinta, facebook kena hack (296)
  • Tips menjadi blogger otai, terkenal dan ternama. (259)
  • Hukum meletakkan gambar mendedahkan aurat, khas untuk photographer dan blogger (251)
  • Kanada dan Produk Apple - Saya Mahu Macbook Air! (249)

Hakcipta Terpelihara © 2018 · Critical Angle · Dikuasakan oleh WordPress dan Genesis Framework